Harta Pusaka Misteri

Selamat sejahtera para pembaca fiksyen sasha sekalian, sebelum aku mulakan cerita izinkan aku perkenalkan diri nama aku AN, lelaki dan berusia 25 tahun dan menetap di Johor Bahru. Rasanya, ini kali pertama aku berkongsi cerita di FS. Sebenarnya 5 tahun yang lalu, aku baru sahaja berhenti dari kerja lama aku, iaitu seorang penasihat kewangan dan bernaung bawah satu institusi kewangan di kawasan Johor Bahru. Tugas aku pada mulanya hanyalah setakat investkan client punya EPF atau cash ke Fund. Lebih kurang unit trust fund. Tapi lepas beberapa bulan, akhirnya aku menjadi “executor”
untuk wasiat salah sorang client aku.

Dia ni seorang yang berprofil tinggi juga, dan akhirnya aku berjumpa client tersebut untuk menunaikan segala hasrat wasiat tersebut. Waktu aku jumpa client tersebut dah dalam keadaan yang tenat tapi still boleh bercakap jelas cuma agak kurang jelas. Btw, client tersebut seorang muslim. Yang jadi permasalahan tentang wasiatnya ialah, client tersebut tak ada waris lelaki. Hanya seorang isteri dan 5 orang anak perempuan. Umum kita tahu, harta wasiat bagi muslim akan dibahagikan mengikut sijil hukum Faraid. Di mana pembahagiannya di utamakan kepada waris anak laki-laki. Kalau tidak ada waris laki laki. Maka abang dari si M**i yang wasiatkan harta tersebut akan di amanahkan kepada beliau. Selepas berbincang semua sekali.

Akhirnya, Client tersebut menamakan Abangnya, iaitu seorang Tuan Haji sebagai pewaris kepada hartanya. Sebelum di bahagikan sama rata kepada anak dan isteri Client tersebut. Dan akhirnya, aku jumpa dengan tuan Haji tersebut, aku terangkan segala hal dengan terperinci. “Harta ni nanti kita fikir,
saya sayang adik saya dan keluarga dia. Kalau terjadi apa-apa saya akan jaga keluarga dia”, selalunya, sebelum menurukan penamaan. Kami akan terlebih dahulu menyiasat latar belakang si penama tersebut. Tapi Client tersebut yakin yang abang dia akan berlaku adil terhadap pembahagian harta tersebut.

Selepas siap segala dokumen dan tanda tangan di depan saksi. Akhirnya 2 minggu kemudia client tersebut meninggal dunia. Selepas satu bulan berkabung. Akhirnya, Aku jumpa keluarga si m**i dan terangkan secara terperinci wasiat suami dia. Tapi di marahnya aku. Katanya tak boleh sabar ke. Pada mulanya, aku iyakan sahaja dan tunggu bulan berikutnya. Tapi hari makin hari hati aku tak tenang. Aku mimpi macam-macam benda. Antaranya, aku lemas di lautan emas, m**i di kerumun segerombolan kambing. Di kejar binatang berbisa dan terbaring di ruang sempit.

Jadi aku tak tunggu lama. Bulan berikutnya aku kembali ke rumah pewaris tersebut. Tapi di marahnya aku lagi, dia kata aku terlampau gelojoh untuk dapat komisen. Aku terangkan satu-satu yang aku perlukan tandatangan abang ipar beliau. Dan manusia ni hati makin hari boleh berubah. Tapi dia marah aku katanya kalau dia dah bersedia dia akan telefon aku segera mungkin. Tapi makin hari macam ada sesuatu yang menghantui aku. Sebenarnya, Client ni amanahkan aku jika nak umumkan
pembahagian tersebut di rumah lama peninggalan beliau. Aku tunggu telefon dari si waras. Tapi langsung tiada. Dan akhirnya aku nekad untuk tinjau dulu kawasan rumah tersebut. Rumah tersebut agak lama dan terpencil.

Katanya, ini rumah semasa beliau muda atau zaman bujang. Rumah tu berpagar rapi. Tapi ditumbuhi
tumbuhan, lata liar dan melingkar. Aku pun keluarkan kunci yang diamanahkan dan membuka pintu rumah tersebut. Rumah tersebut kosong. Hanya ada kerusi dan meja tengahnya. Masuk je ke dalam rumah tersebut. Ada satu nota atas meja tersebut. Nota tu bertulis “Kamu orang yang pertama”. Aku pelik lah siapa tulis nota ni. Nota tu pun agak usang. warna kertas tersebut pun dah bertukar warna. Tapi tulisan nota tersebut agak kemas. Mungkin di tulis dengan pensel Khat kerana bentuk hurufnya. Aku pun duduk sekejap. Aku labuhkan sahaja p******g dekat atas kerus. terus aku dengar bunyi angin kuat melanggar setiap sudut rumah tersebut. Dan terasa ada segerombolan manusia datang menerpa aku. Aku terjatuh dari kerusi tersebut.

Dahi aku berpeluh laju, aku kuatkan diri bangun dan perhati keadaan sekliling. Tiba-tiba satu suara halus menerpa telingaku. “Wahid, ithnaan, thalasah, Arba’ah, ada suara halus bisik aku bilangan nombor dalam bahasa Arab. Waktu itu keadaan rumah tu jadi sangat suram. Satu badan aku meremang bulu roma. Sampailah ada suatu suara garau jerit dekat telinga aku “Ma’yit”, iaitu m**i dan “Warith” iaitu waris. Dan ada lagi beberapa perkataan bahasa arab lain yang aku tak faham. Waktu tu tangan aku dah kaku habis. Aku rasa ada tangan yang sejuk pegang pergelangan tangan aku. Dalam hati aku kuatkan istighfar. Dalam 10 minit akhirnya aku mampu bergerak dan keluar dari rumah tersebut. Dan aku tak kunci disebabkan rasa takut.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Kereta aku parking jauh, aku lari dan terus masuk dalam kereta. Masuk dalam kereta start enjin aku keluar dari kawasan tersebut.Aku sempat juga menoleh belakang guna cermin sisi. Aku nampak lembaga serupa muka client aku dan 3 orang berjubah hitam tengah angkat tangan dekat aku. Jadi gila jantung aku. Bawa kereta tak betul. Nyaris juga aku terlanggar akak naik motor ni waktu keluar simpang. Balik rumah tu aku telefon isteri waris tadi. Aku cakap dengan dia aku kena bagi harta ini secepat mungkin. Dia kata okay dan suruh aku datang minggu hadapan.

Setelah siap segala persediaan, aku telefon tuan Haji tersebut. Aku perlukan tandatangan dari Tuan haji tersebut terlebih dahulu. Bila aku explain hal tersebut Tuan haji itu buat-buat blur. Dan akhirnya dia tanya aku berapa banyak harta yang arwah tinggalkan. Aku bagi dia anggaran kasar semua sekali lebih kurang 150 JUTA termasuk investment dan segala macam asset dan cash. Tercengang sekejap dia. “Banyak juga harta arwah ni ye”, tiba-tiba dia cakap dia kena bincang dengan keluarga dan
lawyer dia. Aku tanya dia kenapa tanya mereka. Mereka tak penting langsung untuk pembahagian harta ini. Dia marah dekat aku, katanya harta ni dia berhak ke atas dia sendiri. Aku dah tepuk dahi, “cilake mata duitan pak haji ni”, getus aku dalam hati. Seminggu lepas tu Pak haji ni kata dia okay.

Jadi aku pun bawa satu keluarga ni pergi ke tempat yang diamanahkan tersebut. Sebelum pergi sana aku dah hubungi lawyer keluarga tersebut, dan sebenarnya lawyer tersebut juga ada amanah yang arwah berikan. Sampai je di sana lawyer tersebut dah berdiri di luar rumah tersebut. Sebelum masuk ke dalam. Lawyer tersebut tahan aku. “Siapa yang pertama?”, Soal peguam tersebut. Aku tanya apa yang pertama dalam keadaan marah sebab nak cepat. Peguam tersebut pun terangkan aku. Di hari pembahagian harta tersebut hendaklah di umumkan berdasarkan nombor pemberian. Aku blur kejap. Allahu sejak Arwah pesan dekat aku. Lepas tu aku teringat pesan terakhir sehari sebelum dia meninggal. “Ikut nama bunyi arabb ye AN, Jangan silap nanti diganggunya”. Aku pun ambil file nama waris tersebut satu satu. Dan tulis 2 kolum.

Belah kiri nombor dalam bahasa Arab Kanan pula nama semua pewaris. Jadi hasilnya macam ni

1) Waahid = Wahidah
2)
3)
4)
5) Khamsah = Hamizah
6) Sittah = Masitah
7) Sab’ah = Sabariah
8)
9) Tis’ah = Tisha
10) Asharah = Maisarah

Lepas aku tulis dan akhirnya cukup, nama isteri arwah dan 5 orang lagi nama anak perempuan arwah. Aku hulur kertas tersebut dekat peguam tersebut. Katanya tak cukup ni. Tampar dahi lagi aku. Apa pula tak cukup. Lepastu tu aku teringat nama aku Asnan = (2) ithnaan, peguam tadi Arbok = (4) Arba’ah dan tuan Haji / Salman = (8) Thaminiyah dan akhir sekali Nama Arwah
Salzali = (3) Thalatah dan list penuh nama tersebut.

1) Waahid = Wahidah
2) Ithnaan = Asnan
3) Thalatah =Salzali
4) Arba’ah = Arbok
5) Khamsah = Hamizah
6) Sittah = Masitah
7) Sab’ah = Sabariah
8) Thaminiyah = Salman
9) Tis’ah = Tisha
10) Asharah = Maisarah

Habis sahaja aku fikir dan susun semua, peguam tu pun tercengang. Keluarga dia yang lain pun sama termasuk aku dan Tuan Haji tadi. Dan peguam tersebut hulur aku satu kertas. Dia suruh kami masuk satu persatu ikut turutan tadi. Kami pun ikut. Sampai di dalam aku tengok kerusi dan meja haritu kosong. Aku tanya Peguam tu dia ada datang ke dia cakap ini first time. Aku diamkan sahaja. Dan suruh semua duduk bersila. Dekat luar hujan lebat. Aku periksa jam dah pukul 6.15 .Selepas aku terang semua figure harta tersebut. Pembahagian. Aku pun suruh tuan Haji tu turunkan tanda tangan dulu. Tuan haji tu tiba2 taknak. Dia kata rugilah dia cuma dapat 500K hasil di amanahkan. Aku kasitahu dia jumlah itu dah cukup banyak.

Tapi dia berdegil, dia kata dia nak rasa ada duit berjuta juga. Aku genggam je penumbuk, diorang dekat situ ramai ramai jadi argue pula. Aku pun keluarkan satu lagi surat wasiat. Arwah amanahkan harta sepencarian sebanyak 50 percent kepada isteri. Dan aku buat pengiraan secara kasar selepas pembahagian kepada anak arwah. Tuan haji tu akan dapat juga sebanyak 5.3 JUTA. Tapi dia berkeras.
Dia kata mana cukup. Aku kata itu dah cukup banyak. Tengah sedap bergaduh mulut. Baru perasan yang peguam tadi tak ada pun dekat dalam rumah tu. Aku tanya yang lain dia kata tak nampak.
Salah sorang anak arwah pula kata mungkin ada dekat luar. Aku peliklah aku dekat sebelah dia macam mana aku boleh tak perasan.

Sebelah aku pula ada satu kertas hitam putih. Dekat situ ada nombor arab, dan ruang kosong bawah dia untuk tulis nama dan tandatangan. Waktu masuk tadi aku ada teringat Peguam tadi bisik dekat aku katanya ini jangan lupa isi. Lepas dah tenang aku pun hulur kertas tersebut. Aku suruh isi ikut list yang dari tadi nama ikut bunyi nombor. Diorang pun satu-satu isi. Sampai giliran aku tanda tangan. Tiba-tiba kertas tu terbakar dan jadi abu. Serupa macam kertas yang magician guna. Terperanjat semua. Yang pak haji tadi diam. Lepas tu ada satu ketukan pintu. Aku bangun dan bukak. Sekali aku bukak rupanya peguam tadi. “Maaf saya lambat sikit, Tadi jalan depan tu Banjir saya tak dapat nak lalu”.

Semua diam. Aku pun tengok jam dah 7.10 dah nak maghrib. Aku ajak semua balik. Sampai di rumah, aku mandi solat semua dalam pukul 11 aku tidur. Malam tu aku mimpi ada sekumpulan manusia berkumpul sekeliling aku, dan baca satu surat yang panjat dalam bahasa arab aku tak faham langsung. Tapi bunyi dia seram dan menakutkan. Aku terjaga pukul 3 pagi. Subuh tu aku dapat call dari keluarga Client aku. Dia suruh aku datang rumah. Diorang cerita semua dapat mimpi sama. Dan pada masa yang sama kita orang dapat call dari keluarga Tuan haji tadi. Yang haji tersebut di masukkan dalam unit rawatan rapi ikutan cubaan m******h diri.

Dalam pada masa yang sama kami dapat panggilan dari peguam keluarga yang rumah tempat kami datang semalam telah selamat dirobohkan. Bila di tanya siapa suruh roboh katanya contractor tersebut dapat panggilan, dan arahan dari arwah. Pagi tadi dan suruh dirobohkan dengan segera. Waktu tu semua dalam rumah tu jadi takut. Pucat, selang 2 minggu tuan haji tersebut di khabarkan ada masalah mental. Selepas berbincang semua, ahli keluarga tersebut dermakan jumlah yang besar dari harta tersebut ke serata rumah kebajkkan, anak yatim orang tua tua dan lain lain serata Johor. Lebih kurang 25 Juta. Dan sampai sekarang kami tak tahu hujung pangkal punca kejadian tersebut. Dan berdiam diri sesama sendiri. Mungkin ada ahli keluarga tersebut yang mungkin terbaca tulisan ini dan bereaksi. Sejak kejadian tersebut, keluarga tersebut telah berpindah keluar dari Johor dan berhijrah di merata negeri dan ada juga di luar negara. Aku harap mereka semua dalam keadaan sihat.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 5]

16 thoughts on “Harta Pusaka Misteri”

  1. Besttt..mesti seronok kan kendali kan wasiat ni..mcm2 ragam org ade..kene plak wasiat yg berpenunggu cmtu haaa xpasal2 aji jadi gile..tu la ji..tamak bebeno rete dunia..btw xfollow up ke aji tu..kesian dia duk kira juta2 dlm wad..silap hb hospital pon nak dibelinye..ekekekekee

    Reply
  2. pandai figure out pembahagian harta yg penuh misteri.. mcm detective pon hado.. hehe suke suke 🙂 haha aku lak excited.. hehe

    Reply
  3. Serius weeiiii…
    Inilah pestaim akk bace cerita yg akk xleh menoleh lgsg, xnak menyahut org panggil, kalau boleh xnak kedip mata lgsg…
    Sbb akk takot terlepas info2 dan figure2 penting dlm ini kesah…
    Udah mcm gaya akk ni slh sorg penerima wasiat plak bersungguh benor gayanye, hahahhaha…

    Weeehhhh…ko x citer ekkk…
    Nama ko ade mknanye ko ade bhgn gak ke atau just komisen???
    Mmg geraaammmm sgt ngan pak aji tu…
    Org tamak tak selalu rugi…
    Tp yg rugi tu bile org x gheti bersyukur dan x amanah…
    Menganiaya anak yatim plak tu…

    Reply
    • Best cerita ni, tolong sambung, nak tahu akhirnya.. mesti ada apa2.. iye tak. Banyak nak tanya, nama ada ni mesti dah jugak.. nama Arbok tu dapat jugak ke?

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.