Hati Hati Dengan Orang Sekeliling

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Aku ingin berkongsi suatu kisah, walaupun banyak lagi kisah lain yang aku kira agak misteri di dalam hidup aku. Tak apalah, kisah yang lain itu lain kalilah aku kongsikan di sini.

Aku berasal dari Sarawak, di sebuah daerah kecil yang boleh juga dikatakan sebagai kawasan luar bandar. Aku membesar di situ, tanah kelahiran yang amat aku sayang. Ceritanya bermula apabila ayah bawa kami sekeluarga pindah ke kampung sebelah, atas sebab yang tertentu. Pada mulanya, aku memang tak pernah alami benda-benda mistik begini walaupun dulu ibu aku pernah kena santau kerana ada perempuan lain yang tergila-gilakan ayah aku. Tapi aku fikir, mungkin kerana aku tak pernah alami sendiri dan saksikan sendiri depan mata, jadi aku tak berapa nak kisah sangat.

Alkisahnya, bila berpindah mula-mula semuanya okay. Jiran-jiran kami semuanya saudara mara, adik beradik ayah aku sendiri. Ayah aku kerjanya menangkap ikan. Itulah sumber rezeki kami sekeluarga. Sampai satu masa tu, langsung tiada ikan yang ditangkap ayah. Begitu juga dengan pak cik yang lain, yang kerjanya juga nelayan. Mereka hairan, aku pun juga hairan. Selalunya kalau air laut bukan musim ikan pun, akan ada juga seekor dua dibawa balik. Ini tidak, kosong terus! Memang rezeki itu Allah yang tentukan, ayat inilah aku selalu jadikan penguat untuk keluarga. Tapi pelik itu tetap ada.

Sampailah suatu hari tu, ayah kata ada orang guna-gunakan sampan tempat ayah cari rezeki. Bukan ayah saja yang kena, adik beradik dia yang lain pun kena. Macam mana ayah boleh tahu? Sebab dia yang rasa pelik dan tidak sedap hati akhirnya dia berikhtiar jumpa seorang hamba Allah yang pandai mengubat orang ni. Rupa-rupanya memang ada diletakkan sesuatu di bahagian bawah perahu, untuk bagi ikan tak masuk pukat ayah. Pak cik yang lain pun ada, ada yang diletakkan kain kapan mayat, taring haiwan dan macam macam lagi. Nauzubillahiminzalik.

Manusia.

Dan yang menggunakan ilmu hitam untuk khianatkan kami tu pula bukan orang lain, orang depan rumah kami je. Isteri kepada pak cik kami, kira kakak ipar kepada ayah aku. Punyalah aku terkejut, tak sangka perempuan itu yang buat kerja gila begini. Bila sudah berubat, dengan izin Allah juga, semuanya kembali seperti sediakala. Tetapi isteri pak cik aku tu masih tak puas hati dengan kami sekeluarga. Orang tua itu lebih seram daripada harimau betina, menakutkan! Rambutnya menggerbang, kembang. Tak cukup dengan fitnah dan umpat keji dia sebarkan kepada orang orang kampung, dia sanggup pergi travel jauh-jauh semata-mata nak dapatkan ilmu hitam yang kuat untuk kenakan keluarga aku.

Sampai sekarang, bawah rumah aku, memang dari hujung jalan sampai ke tiang tengah rumah, penuh dia tanam benda benda khurafat. Sebab itu, ayah dan ibu selalu bawa orang pandai berubat ke rumah kami. Bersihkan keadaan sekitar rumah dan paling aku tak dapat lupa, benda hitam yang duduk di dalam bilik aku sebab bilik aku berada di kawasan tiang rumah, memang itu aku rasa nak menyumpah.

Di sini nak ingatkan, kadang-kadang orang yang dekat dengan kita itulah, merupakan orang yang paling nak menjahanamkan kita. Paling nak tengok kehancuran kita, tak kiralah mak cik, pak cik, sepupu, kawan baik. Bergaul boleh, tetapi berhati-hati.

Dalam berkawan, ada lawan.
Dalam hati, entahkan suka entahkan dengki.

Adios!

Kalau ada masa, aku share lagi ya.
Banyak lagi kisah yang aku nak kongsi.

-Cikpemerhati-

Sipemerhati

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “Hati Hati Dengan Orang Sekeliling”

  1. Samalah ngn family aku, kazen mak aku pun yg guna2 kan mak aku…nak sembhyang kaki selalu sakit,masa nak rukok…ya bpk aku lah..mak aku kepala slalu sakit2..aku plak gagal polytech,tak dapat sambung semester 3,dia buat aku mls bljr..nasib baik mak aku dpt tauk..g brubat..stiap nenek ngah,mak kazen aku bagi kuih or apa2 makanan,mak aku buang,walaupun yg polah mak aku ya kazen nya,takut bah..masa aku nak kawen ya,baruk nya ngakuk nya yg polah..sampe melutut di kaki mak n nenek aku..mintak maaf…mak aku ngenang nenk ngah bah..nya maafkan..tapi gik masih berwaspada kata org..jerak…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.