Hati Hitam

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia #Fiksyenshasha. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih pada Admin kerana sudi publishkan cerita aku yang pertama sebelum ni iaitu https://fiksyenshasha.com/rumah-sewa-zaman-study/ korang boleh baca kalau nak tapi tak seram, that’s why kena kecam! Kalau jenis hati tisu boleh jiwa kacau baca komen2 korang ni, terima kasih pada yang dah kecam tu #sisredha.

Apa pun aku nak share lagi satu story yang jadi dekat family aku. Sebelum tu, siapa yang tak kenal aku, nama aku #WA umur 23 dari Johor. So, let’s begin!! Ayah aku seorang pesara dan mak aku pulak suri rumah masa kejadian ni berlaku kira kira 10 atau 11 tahun yang lepas. Pandai2 lah korang kira sendiri umur aku berapa masa tu. Jadinye lepas ayah aku ni bersara, ayah aku nekad nak berniaga jual sarapan dan kuih muih berdekatan dengan pasar di kawasan rumah aku. Yelah, nak tambah income sedikit sebanyak untuk menyara keluarga sebab masa tu aku masih bersekolah.

Lama jugak mak dan ayah aku berniaga dari aku sebelum tadika sampai aku dah berumur 12 atau 13 tahun, aku lupa. Masa tu mula jadi perkara2 ‘pelik’. Pelik yang aku maksudkan bila kuih2 yang mak aku buat semua tak menjadi, tak masak dan mentah, masuk dalam oven kot. Kuih tu pulak yang dia dah biasa buat kalau nak kata salah atau terkurang bahan, takkan semua kuih macam tu. Sebenarnya banyak lagi yang jadi, tapi cukuplah korang tahu yang tu. Mak aku ada cakap yang ada orang marah ayah aku sebab masih meniaga dengan jual kuih2 tu dgn harga RM1 untuk 5pcs. Sedangkan peniaga lain jual 3pcs RM1. Wallahualam.

Makin teruk bila mak aku tiba2 sakit, kakak dengan abang aku ada bawak pergi klinik dan hospital tapi diorang kata mak aku cuma demam. Dah makan ubat pun, keadaan mak masih sama. Terbaring atas katil, nak bangun pun kena papah, berat badan mak aku pun turun mendadak *sedih weii nak nangis rasa masa taip cerita nie. Fuhh. Mengimbau betul. Sampai kitorang terpaksa ubat ikut cara kampung, aku ingat lagi masa tu aku ikut akak aku 2 orang ni pergi jumpa Tok Moh @ bomoh *teringat tokmoh dalam majalah Ujang. Hahaha. Tok moh ni kata ada orang yang cuba ‘buat’ mak aku, dia bagi limau dengan bawang suruh gosok dekat ibu jari kaki mak aku. Tak tahu lah untuk apa. Aku pun pergi lah ikut apa si Tok Moh ni suruh. Tapi keadaan mak still sama, tak ada tanda2 nak sembuh.

Ada la jugak kitorang panggil sorang makcik ni datang urut mak, sambil makcik tu urut, dia cakap ada orang dah ludah kepala mak aku. What?! Aku macam nak gelak bila makcik tu cakap macam tu, tapi aku pendam jela. Nanti ingat aku biadap pulak. Aku tak tahu la, dia ludah secara batin mungkin.
Gangguan bunyi pulak mula jadi dekat rumah aku. Rumah aku rumah kampung, so atap zink lah kan. Bayangkan pukul 2 pagi dengar bunyi orang berlari dekat atas bumbung, nanti kejap ketuk2 tingkap dengan pintu rumah aku pulak. Tapi, Alhamdulillah sebab benda ni tak masuk dalam rumah, ayah kata dia dah pagar kawasan rumah, tu sebab dia memberontak agaknya lari2 atas bumbung rumah aku. Huh.

Pernah satu malam aku tengah tidur, aku terbangun sebab dengar macam suara mak aku panggil aku.
“Wa.. wa.. sini kejappp tolong mak”. Aku pun bangun keluar dari bilik tapi yang peliknya suara tu datang dari luar rumah. Ahh sudahh benda ni mula kacau aku pulak. Aku jenguk bilik mak ayah aku, elok je haa diorang tengah tidur. Aku apa lagi masuk bilik terus baca surah-surah yang aku ingat sampai tertidur. Bila pagi aku buka pintu, depan rumah dekat beranda tu penuh dengan lumpur ntah dari mana. Padahal semalam nya tak hujan pun. Berhuhu jelaa. Akhirnya, ayah aku jumpa dengan seorang Ustaz. Ustaz M aku gelarkan. Kawan ayah aku yang suruh ayah jumpa dengan Ustaz M ni.

Pendekkan cerita Ustaz M ni lah yang tolong rawat mak aku, Alhamdulillah, mak aku semakin sembuh. Memang ada orang yang tak puas hati dan cuba buat kacau dekat family aku ni, Ustaz M cakap. Dia kata orang dekat dan mak ayah aku pun kenal. Ntah la, mak dan ayah aku tak nak fikir pun siapa. Tapi lepas perkara ni semua jadi, mak dengan ayah aku dah tak berniaga lagi. Mungkin seronok lah orang tu tak ada saingan dia nak berniaga lagi.

Maaf lagi sekali kalau cerita aku tak seram, sebenarnya banyak lagi gangguan tapi takut panjang sangat cerita nya. Sampai sini je aku mampu cerita. Aku cuma nak kongsikan apa yang jadi dekat family aku ni satu pengajaran dan pembelajaran buat kita semua. Manusia ni luaran mungkin sama atau mungkin nampak baik tapi hakikatnya hati dia punya hitam dan busuk hanya Allah S.W.T je yang tahu.

Terima kasih pada yang sudi baca cerita aku. Cuma nak pesan, kalau nak komen, bagi komen yang membina bukan kecaman. Hahaahaa. K bye!

wa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Hati Hitam”

  1. Dik…
    Baik ko detailkan ape gangguan2 yg jadik tu…
    Sbb mostly org bace FS sbb nk rase keseraman tu…
    Jadinye, lg detail lg serem kan…
    Chaiyok!!!

    Reply
  2. Kenapa ade org mcm tu eh. Sedeh nau, taktau nak cakap ape lagi tapi mmg sedeh kalau ade org dengki mcm tu :'(

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.