Hentakan Kaki Siapa?

Assalamualaikum semua pembaca tegar FS. Ini adalah kali pertama aku share pasal horror story dekat sini. Nama aku Kak Pah . Aku nak bercerita sedikit pasal kejadian 2 tahun lalu (2015). Cerita ini aku pernah share dengan kawan-kawan aku, dan dia orang percaya ke tak itu terpulang pada mereka. Aku bercerita ni mengikut pengalaman, dan bukannya rekaan.

Ceritanya bermula macam ini. Semasa hari kejadian tu ia berlaku di rumah semasa maghrib, kira-kira pukul 7:30 petang (kalau tak silap). Masa tu, di rumah hanya 3 orang saja iaitu Mak, adik dan aku. Yang lain iaitu Ayah dan abang aku ada di masjid untuk menunaikan solat fardhu. Semasa di rumah, kami buat hal masing-masing. Mak aku di dalam bilik sedang solat dan adik aku pulak asyik bermain phone. Dan aku pulak sedang melayan drama pukul 7 di tv3 .

Asyik leka dengan cerita di tv3, perut pulak buat hal (lapar hahahha) tapi malas nak bangun pergi ke dapur dan aku akan pergi selepas habis cerita tersebut. Sebaik sahaja cerita tu habis, aku terus pergi ke dapur untuk cari makanan dan bawanya sekali sambil menonton tv. Belum sempat aku melangkah ke ruang tamu, tetiba aku dikejutkan dengan bunyi hentakan yang sangat kuat malah ia seperti hentakan kaki manusia. Aku cuba menenangkan diri dan berfikir positif, maybe ia cuma barang yang jatuh. Rumah aku ni berlantaikan kayu, so dapat laa dengar bunyi yang pelbagai.

Tanpa berfikir panjang, aku memperlahankan langkah aku dan berjalan menuju ke ruang tamu. Ruang tamu aku ini ada tangga, ia menghubungkan ruang tamu dan dapur dan jaraknya tidak terlalu jauh. Setibanya di tangga, aku naik perlahan satu demi satu anak tangga dia hadapan aku dan memberhentikan langkah aku di anak tangga kedua. Lalu, aku memanjangkan leherku dan melihat ke arah ruang tamu . Tersentak aku melihat tiada siapa di ruang tamu , malah tiada tanda pun menunjukkan sesuatu benda jatuh. Bulu roma ku meninggi. Pada masa yang sama, aku merasakan seperti seseorang memperhatikan aku dari jarak dekat. Aku berfikir, hanya imaginasi aku sahaja.

Selepas tu aku membatalkan niat aku untuk menonton tv dan hendak duduk sahaja dalam bilik bersama Mak aku. Belum sempat aku menuruni tangga, aku terpandang ke arah bilik abang aku yang pintunya hanya sedikit tertutup. Biliknya berada betul-betul berada di tengah ruang tamu, kiranya dapat juga laa mengintai. Aku berandaian, mungkin hentakan itu dari abang aku yang baru sahaja balik dari masjid dan terus meluru ke dalam bilik. Abang aku seorang yang kuat bergurau. Sah! Mesti dia hanya nak menakutkan aku sahaja , tanpa berfikir panjang aku pun terus meluru ke arah bilik abang aku dan menolak pintu tersebut. Tapi andaian aku meleset sama sekali. Tiada seorang pun manusia di dalamnya, hanya kedengaran kipas terpasang.

Aku berfikir sejenak. Jika abang aku balik, pastinya aku terdengar bunyi motor dan suara ayah memberi salam, tapi ini tiada. Aku mula gelisah. Dan tetiba badan aku menjadi kaku seperti batu, tapi aku kuatkan diri dan terus menuju ke tangga dan segara mendapatkan mak di dalam bilik. Setibanya saja di bilik mak, mak masih lagi solat, dan aku bercadang untuk memberitahunya selepas selesai solatnya. Selesai solat, aku membuka pintu untuk mengadu tentang kejadian tadi. Tetapi mak aku seperti tidak percaya dan dia berkata ia cuma imaginasi aku saja. Aku tahu mak aku merasakan perkara yang sama tapi ia cuma menyedapkan hati aku saja. Kejadian ini menjadi tanda tanya dalam fikiran aku, kerana ia menjadi persoalan “siapa melakukan hentakan tu?”.

Kejadian ini adalah perkara yang pertama kalinya berlaku. Aku masih lagi mencari jawapan hingga sekarang. Sampai sini sahaja cerita aku, maaf jika ia membosankan, terima kasih kerana sudi membaca.

Kak Pah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

15 thoughts on “Hentakan Kaki Siapa?”

  1. Tapilah kan…
    Beraurakan DETEKTIF D9…
    Akk ghaselah kan, tu bunyik tikus jatuh dr siling ke lantai…
    Dr atas lemari ke…
    Sbb lantai kayu kan soo effect bunyik tu over sket kuatnye…
    Bkn tupai je akhirnye jatuh ke tanah dek…
    Tikus, cencurut, biawak pon boleh gak jatuh…
    Udah ekau jln terngendap2 makanya haiwan2 saspek td dh lari ke mane2 nyorok…
    Iyelah…
    Deme lari tu smda sbb ketakutan sbb kantoi atau sbb dh termalu2 dek jatuh…
    Sekian…hrp dpt merungkai misteri ekau yooo…

    Reply
    • Setuju… Hentakan, di rumah lantai kayu. Boleh jadi haiwan.. Cicak pun masih boleh hasilkan bunyi hentakan kuat…. Kipas terbuka, dlm bilik yg tiada org. Dibiarkan saja.. Itu pembaziran elektrik

      Reply
    • Hentakan kek lantai kayu pon dh soram…
      Ekau x kono laie hentakan tukul bosi 4kali kek dinding bilik tdo maso ekau tggu turn nk solat…
      Bergogar dinding dek ooiii…
      Ehhh tershare kt komen plak citer seram…
      Langsat sila jgn komen citer hakak ekkk…

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.