#Hidup diselubungi misteri : Rumah sewa

#Hidup diselubungi misteri:
Rumah Sewa

Assalamualaikum admin Fiksyen Shasha serta peminat FS sekalian. Terima kasih kerana publish cerita #sisselemah ni. Alkisahnya, peristiwa ni berlaku kira-kira sekitar sepuluh tahun lepas, yang mana semasa tu aku masih lagi belajar di tingkatan enam atas (sekolah diatas kawasan berbukit sebelah utara dan mempunyai asrama yang jenis harian). Di sebabkan jarak antara rumah aku dengan sekolah tersangat lah jauh maka aku sampaikan hasrat murni aku dekat keluarga, yang mana aku dah bersepakat dengan dua orang kawan lagi nak duduk menyewa rumah yang berdekatan dengan area sekolah tu. Keluarga aku ada gak tanya, Kenapa aku tak pilih duduk asrama saja kan lagi senang.

Jawapannya aku dah serik duk asrama (dari form 1-5 kut). Alasannya waktu prep @ study, pelajar asrama selalunya la kan bukan nak mentelaah sangat kan? Yang rajin belajar berapa kerat jari saja selebih tukang buat bising dan potpetpotpet ramai la. Siapa yang duk asrama mesti dah hadam sangat situasi ni mungkin dah jadi tradisi dari dulu dan sampai sekarang apa.(padahal rasa seram-sejuk dah pun melanda diri sejak aku terpandang asrama sekolah tu yang mana asrama pelajar perempuan mengadap hutan dan bukit manakala asrama pelajar lelaki mengadap padang sekolah- ada la juga kes histeria melibatkan budak asrama pelajar perempuan masa tu).

Setelah agenda pujuk-memujuk, rayu- merayu aku kepada keluarga tentang hasrat hati aku yang nak duduk rumah sewa telah diberi green light duk menyewa dengan kawan-kawan aku. ( yes! akhirnya tertunai jua permintaanku) betapa happynya hati aku waktu tu. Bukannya apa, nanti senang kalau ada kerja sekolah yang tak tau dan tak faham boleh dibawa berbincang dengan kawan- kawan. (jadi kawan- kawan aku ni aku namakan sasa dan yola saja la). Kami bertiga pun dapat la menyewa sebuah rumah jenis kampung (10 minit saja jalan kaki ke sekolah) yang ada satu bilik dan satu bilik air serta bersebelahan dengan tuan rumah.

Nasib baik bilik air kat rumah sewa ni sejenis yang ada dalam rumah, kalau ada kat luar mampus aku malam- malam nak tunaikan hajat. Hari demi hari berlalu, kehidupan sekitar rumah sewa yang kami bertiga duduki tak ada menimbulkan sebarang masalah pada kami. Aktiviti kami bertiga macam budak- budak sekolah yang lain juga, pagi pi sekolah, petang jam dua baru balik sekolah. Balik dari sekolah terus masak untuk alas perut. Selepas tu kami belajar secara berjemaah. Selepas solat maghrib, kami masak untuk makan malam dan makan bersama-sama. Setelah habis makan kami bertiga sambung belajar lagi sampai pukul 11 malam macam tu dan masuk zzzzz sampai pagi.

Makin hari Aku semakin pelik dengan diri sendiri sebabnya, sejak dua menjak ni, boleh dikatakan hampir setiap malam la aku dibayangi dengan mimpi yang tidak pernah menyinggah pun sebelum ni iaitu mimpi dikejar oleh anjing yang besar. Ala yang macam anjing perliharaan geng forensik yang duk cari jejak penjenayah dan mayat tu. Tiba-tiba aku terkejut lalu terjaga pada sekitar pukul 3 pagi lebih macam tu dengan muka dan badan aku berpeluh- peluh la juga.

Rupanya Sasa dan yola ada kejutkan aku tadi sebab katanya aku ni tengah meracau dalam tidur tadi. Sejak dari tu, Aku mengambil sikap untuk berdiamkan diri dan tidak ceritakan kepada sesiapun termasuk sasa, yola dan keluarga aku pasal mimpi yang dialami aku tu. Hal mimpi dikejar sang anjing si baka serigala tu terus menghantui tidur lenaku. Sampai la ke hari yang mana tuan empunya rumah sewa kami tu nak pergi bercuti ke rumah anaknya selama dua minggu, dan aku tidak lagi didatangi oleh mimipi ngeri tersebut.

Lebih kurang dalam dua hari tuan empunya rumah sewa kami pergi bercuti, yang mana hari tu kami ada masak menu ikan kembung masak kicap empat ekor dan telur dadar. Setelah siap dihidangkan kami bertiga pun makan la seorang seekor ikan masak kicap tu. Jadinya ada la lebihan baki seekor lagi ikan tu, kami simpan dalam tudung saji. Selepas itu, kami bertiga belajar macam biasa sampai jam 11 malam. Semasa Kami bertiga mengemas-ngemas tempat tidur masing- masing, sambil tengah memasang kelambu untuk tidur tiba-tiba, kami bertiga dikejutkan dengan bunyi bummb…(bunyi macam benda berat terhempap) pastu disertai bunyi glupkkkkkkk…glupkkkk…berulang-ulang macam benda tengah asyik bergolek-golek pula jatuh terus ke bawah (bunyian kat atas atap bumbung rumah sewa kami).

Aku positifkan minda aku dan mengata kan bunyi tu mai dari kucing yang tengah bergaduh kot. Kalau nak tau, Rumah kami duk tu tersangat la jauh dari sebarang jenis pokok-pokok tinggi, yang da pun rerumput halus dan bunga- bunga renek saja. Ingatkan gangguan tadi hanya sampai kat bunyi golek-golek manja tadi saja, Rupa-rupanya ramalanku tak benar belaka, sudahnya dia topup lagi sound effect bunyi pasir bertaburan pula di atas bumbung(jenis zink). Waktu tu aku tengok sasa dan yola terkedu, terkelu dan terpaku bercampur menjadi satu rasa (takut) termasuk la dengan aku sekali, kami masing-masing ambil jalan untuk diamkan diri sambil saling pandang- memandang antara satu sama lain sebentar.(waktu tu hati kecut bagai nak gila) Dengan kadar segera tangan kami menadah sambil membaca ayat2 suci dan berdoa(mulanya bunyi macam tunggang-langgang). Kemudian, apabila masing-masing dah boleh kawal emosi, kami meneruskan bacaan dengan tenang.

Semasa dalam proses pembacaan ayat-ayat suci tadi kami disajikan pula dengan bunyian angin pula yang sedang menderu sangat kuat secara tiba-tiba, sampaikan alang rumah (macam kekuda yang bersambung antara palang kayu yang dialaskan dengan bumbung zink.) bergegaran umpama nak reban dan roboh dilanda badai gamaknya, sedangkan suaca pada malam tu sedang elok saja, tak ada langsung menandakan macam hari nak hujan mahupun pun ribut-taufan. Akhirnya, setelah kami selesai membaca ayat-ayat suci dan doa, gangguan bunyi tadi terus senyap. Dalam hati ni terdetik juga apalah nasib kami lepas ni agaknya.

Sewaktu itu emosi kami bercampur-baur sedikit takut dan berani(50-50). Setelah beberapa minit kemudian, kami menunggu dan bersiap sedia kalau kalau gangguan tu datang serang hendap kami balik (tak ka naya tu). Tapi kami bernasib baik sebab tak ada tanda- tanda gangguan sebentar tadi kot kot la mai balik, lalu Kami pun pasrahkan la diri dan putuskan untuk tidur saja.(yang mana hanya bertemankan surah Yaasin di tepi bantal tidur masing-masing) memandangkan esok kena pi sekolah pula.

Keesokkannya pagi, selepas aku bangun saja dari tidur, terus pi mandi dan bersiap-siap nak pi sekolah. Sementara tunggu sasa dan yola keluar pi warung mencari nasi lemak di area rumah sewa, aku pula didapur tengah bancuh air teh ‘o’ panas nipis untuk minum sarapan pagi. Dalam sibuk-sibuk tengah bancuh air teh tu aku buka la tudung saji nak tengok baki lauk ikan masak kicap yang simpan semalam tu, masih elok kah lagi ke atau dah basi.

Alangkah terkejutnya aku terus (Zuppppp….Ddup…dappp…) jantung aku berdetak lebih kencang bila tengok ikan kembong yang nan seekor semalam tu tinggal separuh saja (bahagian dari perut sampai ekor). Kepala sampai bahagian perut ikan kembung tu hilang la pula tak dapat dikesan. Aku tercari-cari la juga kut la ada dalam tong sampah atau sekitar dapur tu, malangnya tak ada apa-apa pun baki ikan kembong separuh lagi yang hilang tu, tapi kini hanya menjadi tinggal tanda tanya saja.

Dalam kotak fikiran aku ni, cuma persoalan ini yang berlegar-legar(sebab apa potongan bahagian ikan yang tinggal tu elok ja tak bersepah-sepah langsung dan Rasanya ni bukan kerja cik ti (tikus) sebab tudung saji elok saja terletak, tak berubah dari tempat asal letak semalam(ishh, pandai pula menyimpan ya).

Ahh, akal aku menafikannya dan menganggap ni mesti kerja sasa tak pun yola. Mana la tau kan kot kot mereka lapar semalam, fikir aku lagi. Kemudian, Sasa dan yola pun balik dari warung sambil membawa tiga bungkus nasi lemak. Kami bertiga pun bersarapan dengan lahap sekali lalu aku pun bertanya pasal kejadian ikan kembung masak kicap semalam yang tinggal separuh tu. Sasa dan Yola langsung mengaku bahawa mereka berdua tak bangun makan pun semalam sebab masing-masing takut dengan kejadian bunyi-bunyian aneh tu. Masa ini kami masing-masing berkrik…krik.. Nasib baik esoknya cuti sekolah dua minggu maka kami bertiga pun berpakat selepas balik dari sekolah terus balik rumah keluarga masing-masing.

Selepas tempoh cuti sekolah dah beransur habis. pada sehari sebelum pembelajaran akan bermula dengan penggal yang baru, kami bertiga pun berpakat balik pi rumah sewa pada sebelah waktu petang. Apabila kami bertiga sampai di kawasan rumah sewa, kami nampak tuan rumah sewa sudah balik bercuti dari rumah anaknya, lalu bertegur sapa dan bersalam macam biasa. Tak dak salah seorang pun dari kami bertiga nak bertanyakan hal ehwal gangguan malam tersebut dengan tuan rumah(tak berani sebenarnya dan takut kecik pula hati tuan rumah tu kalau soal siasat nanti).

Mungkin tuan rumah sendiri tidak tahu menahu? Siapa yang tahu kan. Menjelang malam kami tidur macam biasa dan tak ada apa-apa pun jadi. Tapi nasib aku yang tak baik sebab mimpi ngeri dan seram menghantui aku balik hanya kadang-kadang saja berlaku. Aku jadikan mimpi-mimpi tersebut sebagai hanya mainan tidur dan selalu upgredkan diri dekatkan dengan Maha Pencipta sekalian alam semesta.

Ini cerita betul tau bukan mimpi dan ilusi. Baru-baru ni, keluarga aku bagitau bahawa rumah sewa yang kami penah duduki dulu telah menganggu penghuni baru (juga budak tingkatan enam atas). Menurut keluarga aku lagi, mereka siap ada panggil ustaz dari pusat perubatan Islam untuk datang melihat keadaan gangguan tersebut. Katanya gangguan itu tidak bertuan dan datang dari penunggu asal di kampung tersebut sebelum penempatan awal belum wujud untuk dimajukan menjadi perkampungan seperti sedia ada sekarang ni, yang mana sebelum ni kawasan tu asalnya hanyalah sebuah kawasan yang berhutan belantara dan berbukit-bukau.

**P/S : hati-hati ada yang sedang memerhati.. jangan masak sedap-sedap sangat kang nanti ada pula yang teringin merasa masakan korang.

Pssstt…..cer korang tengok dalam tudung saji korang tu, lauk tu ada tak yang kurang? Ngehngeh…

Sisselemah

Leave a Reply

7 Comments on "#Hidup diselubungi misteri : Rumah sewa"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
#AA2017

hari tu tajuk lain
bukan tajuk ikan kembung ke
apa lah publish 2 kali

Twelve
Twelve

haah la. hari tu cerita ikan kembung

http://fiksyenshasha.com/misteri-rumah-sewa-ikan-kembung/

z

Dah pernah baca

IzZaTi

sama je ni…terpubclih double kot

Nurul

same dngn cerita Ikan Kembung

ummi

dah pernah keluar ni admin, ada tajuk ikan kembung, gambar tudung saji daun mengkuang tu….

wpDiscuz