Hi FS dan pembaca FS.
Aku nak cerita sikit ni. Tak banyak pun. Seram ke tak aku pun tak tau.
Cerita ni masa aku darjah enam. Sekitar tahun 2001. Masa ni abah aku baru meninggal. Masa tu hujung bulan 31.5.2001.
Meninggal malam jumaat. Alhamdulillah.
Ok cerita bermula.
Selepas arwah abah meninggal, rumah yang kami duduk tu jadi seram gila. Nak pergi dapur pun semua berteman. Nak pergi ke toilet pun rasa seram sangat sangat. Semua kena pergi berteman. Paling kelakar nak berak pun kena teman. Ada satu masa tgh berak tiba tiba perasaan takot tu datang terus peneman dan yang tengah berak tu berlari ke depan (ruang tamu). Ok tak kelakar kan? Tak pelah.
Perasaan seram ni bukan pada waktu malam je tau. Tapi waktu siang pun rasa seram sangat. Ko nak pergi ambil wudhuk solat zohor pun kena suruh kakak temankan. Rumah kami tu dah jadi kelam. Mcm xde cahaya. Padahal dah bukak lampu. Haaaaaaa
Selepas itu kami adik beradik demam berturutan. Mula mula abg sulung kemudian berurutan lah sampai adik yang last no 7. Masa tu dah pergi klinik tapi baik sekejap. Demam ni berurutan lah selama beberapa bulan. Lepas adik yang last tu baik demam, abg yang first tu pulak demam. So demam tu berpusing je sampai tiga kali.
Kemudian kami pun pergilah berubat dengan ustazah ni. Ustazah ni hanya baca Al Quran dekat kami yang tgh baring sambil pegang sebaris kayu. Kayu tu tak pasti jenis apa. Masa baca Al Quran tu nanti ustazah tu akan pukul bahagian badan kami yang dirasakan “benda” tu ada. Kami berubat seperti biasa. Rasanya dekat 3 bulan jugak la. Alhamdulillah demam dah tak ada. Semua dah sihat.
Intermission.
Kena kacau.
Masa tu rasanya dah sebulan arwah pergi. Benda ni belaku dekat abang aku. Masa tu die berjaga malam. Dia nak tengok bola. Masa tu dalam pukul 2 pagi. Masa dia tgh tengok bola tu. Tiba tiba tikar yang di hampar dekat ruang tamu menggelembung. Ibarat ko masuk bawah tikar kemudian mengensot dari hujung ke hujung. Masa tu abang aku tu tercengang dan hanya lihat je sampai “benda” tu berlalu pergi.
Ok tak seram sangat kot. Masa ni kami panggil bomoh kampung suruh tengokkan rumah kami. Bomoh ni perempuan. Baik je mak cik ni. Masa tu kami kena sediakan beras yang digaulkan sekali dengan kunyit hidup. Di letakakn dalam mangkuk. Kemudian dibaca sesuatu dan dihembuskan kedalam mangkuk berisi beras tadi tu. Bomoh tu ckp kalau beras tu pusing ikut lawan jam “benda” tu akan keluar. Tp kalau beras tu pusing ikut arah jam “benda” tu tak mau keluar.
Fuhhhhhhhhh…sekali beras tu pusing ikut arah jam! Percaya tak? Benda tu tak nak keluar dari rumah kami tu! Lepas tu bomoh tu cuba “negotiate” dgn “benda” tu untuk keluar. Tapi haramm..pusing ikut arah jam jugak. Tak mau keluar! Bomoh ni surrender. Dia kata ambil masa nak berubat, dia nak kena balik kampung dah esok harinya.
Dari saat itu mmg rumah kami duduk ni sering kali berbunyi bising yang entah apa apa bunyi nya. Mak masa tu ada jumpa dengan kawan dia. Nenek dah tua dah. Dia cuba buat ubat. Di bagi air kat mak aku untuk di renjis sekeliling rumah pada waktu senja. Korang nak tahu tak lepas tua apa jadi? Ada suara perempuan muda menangis. Tersesak esak weh. Serius x tipu! Masa tu jiran keesokan hari nya bertanya kat mak aku, ada dengar suara perempuan menangis tak waktu maghrib semalam. Jiran pun dengar kan. Ok settle hal tu.
Akibat dah tak tahan dengan “pengacau” ni semua kami panggil bomoh yang handal sikit. Yang pandai “negotiate” dengan “benda” ni. Bomoh ni muda lagi. Masa tu rasanya dalam lingkungan umur lewat 20-an.
Dia datang terus dia scan. Lepas tu dia mulakan perbualan dengan “benda” tu. Bincang punya bincang “benda” tu rupanya marah kat kami sebab ganggu laluan dia. Kira rumah kami tu ada terkena dengan laluan dia.
Jadi “benda” tu beralah. Dia kata nak buat laluan highway baru dekat atas bumbung rumah kami. Bomoh tu kata malam ni tepat pukul 12 malam jangan terkejut jika ada bunyi bising atas bumbung. Bunyi macam mesin nak kedapkan tar ke, bunyi korek korek ke, abaikan.
Ok tepat jam 12 malam! Maka kerja nak buat jalan baru dimulakan. Mula mula kami ingat bomoh tu saja tipu. Sekali betul weh!! Memang real bunyi tu. Kalau korang pernah lalu kat highway org nak turap tar macam tu lah bunyi nya! Seram masa tu hanya Allah yang tahu.
Rasanya hampir pukul 3 pagi baru bunyi tu semakin hilang. Dan kami pun dapat tidur dengan nyenyak.
Pada keesokan harinya, masa tu aku baru balik sekolah. Tiba tiba pommmmmmmmmmmm! Bunyi meletup atas bumbung. Sekali pergi tgk bumbung pecah. Aikk…macam mana boleh pecah? Wallahualam~
Selepas kejadian ni semua rumah kami kembali tenang dan aman. Tapi kan yang pelik nya masa arwah abah ada lagi tak da pulak gangguan macam ni. Herm…
Bam- mana yang kenal, kenal lah.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
bunyi meletup atas atap tu.. aku terus imagine ‘benda’ tu accident sesama diorang. sebab atas tu ka highway. haha. apesallah ak imagine mcm tu plak. adoyai. hahah
bwahahaha….adakah patut dorang buat highway?!…
betul ke diaorg pun ada highway? hahahahha..aku tak sangka pula.. aku tak rasa seram sgt…
so..lepas ni kalau ada bunyi bertukang ke aku fikir maybe tgh bina sesuatu kot… blh fkr +
peh siap de highway..hebat2
artu sumbat parok