Tq admin FS sudi siarkan lagi kisah yang aku pernah lalui. Piza datang nak becerita lagi heheheee. Kali ni aku nak bercerita tentang kejadian di highway PEDAS LINGGI. Aku dengan seorang kawan aku Azie, kami memang selalu buat kerja outstation bersama, cuti pun bersama. Kami berdua memang ada sedikit kelebihan boleh melihat mahluk halus. Tapi aku kadang2 saja. Azie memang hijab dia terbuka dari umur 4 tahun. Dia memang selalu nampak macam2 mahluk berbanding aku.
Ada one day, kami bertolak dari Johor ke KL waktu malam. Macam biasa la aku drive malam tu. Sambil drive atas highway Pedas Linggi, Azie bercakap dengan aku. “Piza.. Kau kat area ni jangan bawa laju2 sangat, macam2 cerita kat sini aku dah dengar”. Aku pun tanya kat Azie, ” Cerita apa weiiiii” Azie jawab “Ishhhh dah malam laaa. Besok siang aku cerita laaaaa”. Aku pun angguk kepala kata, ok. Sebab aku memang faham Azie. Kalau dia cakap esok, esok jela aku tunggu ceritanya.
Setel buat kerja di Kl, kami balik ke Johor. Dalam perjalanan aku dengan Azie bercerita pasal hal semalam, kali ni Azie yang drive. Aku tanya ke Azie, “Kenapa semalam kau tak nak cerita pasal highway tu??”. Azie pun jawab ” ko tau tak, kat situ banyak eksiden. Punca eksiden sebab para pemandu selalu nampak ada lelaki tua, berbaju putih melintas atas highway. Untuk mengelak dari terlanggar orang tua tu, para pemandu pun mengelak. Time mengelak tu la sebenarnya pemandu dah terbabas eksiden ke mana2. Sebenarnya orang tua tu tak wujud, benda tu saja kacau, nak bagi kita hilang fokus time tengah drive. Tu sebab tu, aku tak bagi ko laju2 semalam. Benda tu suka muncul tiba2″.
Aku pun mengiyakan cerita Azie. Masa tu perjalanan kami dah sampai area highway Pedas Linggi. Jam pukul 12 tengahari. Cuaca di luar hujan panas. Kami tukar borak topik lain pulak. Tengah borak tu aku rasa kereta yang aku dengan Azie naik macam berat je, macam mendak. Walaupun aku tak drive tapi aku dapat rasa berat. Aku tengok meter kereta, meter gerak setakat 30KM, aku tengok kaki Azie pulak. Aku tengok kaki dia dah tekan pedal minyak sampai bawah. Bermakna dia dah tekan minyak tu sampai habis. Tapi yang aku pelik, kenapa meter baru 30KM pergerakannya?
Aku bercakap dengan Azie, ” ko ada rasa something tak? Aku rasa kereta ni macam berat, padahal kita berdua je” Then Azie pun jawab, ” Aku pun rasa berat, dah habis aku tekan minyak tapi tak laju2 jugak”.
Aku pun cakap lagi dengan Azie ” aku rasa bukan kita berdua dalam ni”. Bila aku cakap macam tu, Azie sempat toleh ke belakang. Terus Azie cakap dengan aku “Patutla berat, ‘dia’ ada kat belakang”.
Aku toleh ke belakang nampak apa korang tau?? Bagus cikpon duduk kat tengah2 mengadap depan, mata merah, rambut kusut masai. Aku dah terkejut masa tu. Azie suruh aku baca ayat kursi. Terus aku baca ayat kursi dalam hati. Azie pun baca doa dalam hati.
Kereta masih berat, benda tu tak pergi lagi. So kami pun bincang, macam mana nk halau benda ni keluar dari kereta. Kereta dah mendak sangat ni. Azie pun bagi idea, “nanti kalau kau nampak tempat rehat, bagitau aku. Kita stop situ sekejap”. Dan kami pun teruskan perjalanan. Nampak je tempat rehat yang ada tandas awam, kami masuk berhenti situ sekejap dalam 20 minit.
Sambil berhenti kereta disitu, Azie bersuara, “Jangan ganggu kita orang tau, kita orang tak ganggu kau, ko balik ye. Kita orang pun nak balik juga” dan aku pun menyampuk ” kau baliklah rumah kau, jangan kacau kita orang berdua”. Agak2 dah 20 minit berlalu, kami teruskan perjalanan semula. Barulah kereta rasa ringan dan perjalanana rasa normal semula.
Aku sendiri tak sangka time hujan panas pukul 12 tengahari benda ni boleh datang masuk dalam kereta. Nak join la tu, dengar kisah seram aku dengan Azie pasal highway pedas linggi tu. Betul2 kat pedas linggi dia dok dalam kereta kami. Padahal kat ats dashboard tempat duduk belakang ada senashkah Al-Quran kat situ.
Takdenya benda tu nak takut, kalau kita letak je Al-Quran kat situ tapi tak baca. Masuk je dia dalam kereta. Sama juga dengan yasin. Kalau kita tak baca tiada function. Benda2 ni semua tak takut pun. Oklah, thank you kepada semua sudi baca kisah seram, dari aku Piza. Nanti next tima kisah yang lain pulak ye. Wait for me.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Syok la baca citer Piza.Piza ada kelebihan mesti banyak pengalaman.Harap Piza dapat citer lagi pengalaman Piza
Tq Az. Walaupun ada segelintir yang kutuk cerita piza, perli2 piza, tapi masih ada juga yang sudi membaca cerita piza.. Piza memang banyak pengalaman. Piza pun tak tau kenapa piza banyak pengalaman yang seram2. Mungkin itu ujian untuk uji keimanan piza. kadang2 piza jadi takut tengok benda tu. Semua buat piza teperanjat. Kadang piza ok, kadang2 piza pura2 cool. Padahal dalam hati, rasa macam nak meletup sebab terkejut tengok benda yg kt tak nak tengok. Manusia pun belum habis tengok. Pastu kena tengok dia pulak. Org yang ada banyak pengalaman macam piza, kt org pun tak nak jadi macam ni.. Tapi dah jalan hidup kami macam ni. Kenalah kami lalui tempuh juga cabaran hidup kami.
biasanya mmg piza akan npk rupa diorg semua menyeramkan ke? SubhanAllah. saya pun pernah gak kena kacau tp dia test² gitu je x tunjuk muka. Huhu..
Tapi betoi la.Kita kena ckp camtu.Kena percaya benda2 mcm ni wujud.As long as kita tak cakap besar,Insha Allah dia tak kaco kita.Kita pon berkongsi planet yg sama dgn makhluk2 lain.
Tq atas pemahamannya.. Betul kata kmu kt bkongsi planet yg sama
Piza piza..kau harus mengerti itu bukan satu kelebihan…
Kelebihan adalah satu bende yg org lain nak semua org nakkan kelebihan tu. Tp apa yg ada pada kamu tak de org yg nak..itu bukan kelebihan..
Pizaaaaaaa, citer lg tawwwwwww….
malas nk bace org yg perasan ada sixth sense ni…. hijab buka lh… cume nabi Sulaiman a.s n nabi muhammad s.a.w je yg hijabnya dibuka oleh Allah s.w.t… bangang betul korang ni…
Mcm tak msuk akal cerita ni. Nmpak cik pon dok blkng kete, bincang cmne nak halau… Haha ko ingat ayam ke? Lawak. Ni mereka cerita he ni. Nmpak sngt rekaannya
dh pnh lalu highway tu tp biase je
jngn minta atau sombong sy bg tau ni…sejarah pedas linggi..pda 1 mlam sy dngn kwan sy blik dri seremban menghala ke muar johor..sewaktu sy nk p****g 1 kereta ni..waktu tu kelajuan dlam 80km ke 90km perjam..tiba2 engin mcm trkena 1 bnda yg mngakibatkn engin kereta sy trbakar..asap hitam keluar ikut aircond keta..sy trun tingkap berenti tepi jalan..ada signboard 500meter hentian rehat pedas linggi..sy brsma kwn sy keluar dri kreta trus lari tinggalkn keta..sbb tkut meletop..mmber sy sorang ni dngn brani dia patah blik n buka bonet engin..dia cabut kedua2 wayar btery kereta..terus api tu trpadam..waktu pegawai yg meronda highway pn smpai tanya knp..kmi pn crita apa yg brlaku..tp pegawai ronda tu pelik..biasa hangus dh keta..tp sbb mmber ni mngkin pndai bab2 ni..dia bg tau yg mmbuat api tu keluar n lmbat padam sbb arus elektrik msih ada lg..walaupn engin d matikn..jdi bila cabut dua2 wayar btery arus elektrik tu akn hilang..ok nk jdikn crita..kmi.pn pnggil towing utk tarik keta tu..esok pgi smpai d bengkel..yg mnjadi mushkil nye..betul2 kt bahagian engin tu brlubang elok..lubang saiz gelas plastik..tp piston x trkeluar..jd mnjdi prsoalan apa yg melanggar engin kereta sy..smpai skang mnjdi tanda tanya..dan klau msih ragu..buka blik sejarah bas excden yg trbalik tahun bila xingat..brapa ramai yg m**i tu..pastu check lg slepas beberapa ari kes bas excden tu..selang beberapa ratus meter lorong sebelah plak bas excden..selepas beberapa ari lpas tu plak ada kes kereta excden..sume jarak ari,masa,jarak tmpat yg brlaku kalangan tu sume xbrapa jauh…try la check blik lokasi highway selatan..stiap kli sy mnghala ke johor..lpas je seremban..mst lutut sy mnggigil atau seram 1 bdan..sbb highway selatan tu tmpat sy slalu lalu..tiap kli lalu xprnah xde excden..jdi brhati2 la sewaktu memandu..minta prlindungan allah serta minta la keredhaan allah..yg buruk dtang dri sy yg baik dtang dri allah s.w.t..
cerita dari piza mmg best. tapi tak seram ke korang dua ni bila ada cikpon kt belakang? kalau aku lah mmg gelabah habis.
Hmm.not bad pizza good luck in future
ok la citenye..janji sampai
sbb tu dlam islam kte kena prcaya prkara2 ghaib..sbb allah pn ghaib..kte xprnah tngok wajah atau pn rupa..sbb allah xleh d bayangkn dngn rupa..subhanallah..yg sy blajar klau jmpa makhluk tu bg salam pastu bg tau dia..yg kte ni tetamu dia..tetamu kena layan dngn baik..ada 1 kisah sy prnah dngar..1 hamba allah ni sesat dlam hutan…dan dia trjumpa gua..sewaktu dia brteduh dalam gua tu..ada seekor harimau..n dia bg salam serta mmberitahu bahawa dia dtang sbgai tetamu utk menumpang teduh..sbb dia pn makhluk allah..tu sbb kte di galakkn sngt2 kerap la ingat allah..sebut la serta ingat la allah bnyk2..sesungguhnye..allah yg maha brkuasa atas muka bumi ini n stiap makhluknye..
Aduh..saya dan bapa saya selalu balik ke pontian dari kangar mesti lalu kawasan ni kalau guna lebuh raya utara selatan..seram jugak ni..kalau pkp habis dan boleh rentas negeri ingat nak gerak ke pekan linggi Bercuti dari lebuh raya utara selatan ni..mcm seram pulak ni bila baca..