Hijab mataku

بسم الله الرحمن الرحیم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalamua’laikum buat editor FS dan para pembaca FS sekalian.
Aku ingin membawa kalian ke arah satu dimensi lain mungkin ia selalu didengari cuma kisah ini berlaku pada diriku sendiri. Aku mempunyai kelebihan untuk melihat dan merasa kehadiran makhluk halus atau entiti mistik sejak di usia yang masih kecil. Aku sering ketakutan dan menangis apabila kerap melihat entiti mistik yang mana ia tidak dapat dijelaskan oleh fikiran seorang budak kecil pada saat dan ketika itu.

Aku masih ingat satu ketika mungkin usiaku dalam lingkungan antara 4-5 tahun. Aku selesa melelapkan mataku didalam buaian kain batik yang diikat pada kayu di atas atap. Ketika sedang melihat ke atas sudut atap rumah terpandang pada satu bahagian tiga segi dan pada nya jelas kelihatan susuk seorang wanita berambut panjang dan berbaju putih labuh. Aku memanggil emak sambil menangis, apabila memberitahu emak tentang kehadiran si wanita itu emak berkata tiada apa-apa. Sedangkan si rambut panjang baju putih masih berada disitu memerhatikan ku.
Kelibat wanita berbaju putih ini sering juga kulihat walaupun aku telah menginjak ke alam remaja.

Sudah menjadi kebiasaan aku akan tidur dahulu dan bangun awal pukul 4-5 pagi untuk membuat latihan ataupun sekadar membaca buku nota. Kebiasaannya aku akan terjaga andai jam yang berbunyi namun kali ini ku tersedar sendiri dan mata terus melihat pada kerusi di hadapan meja belajar. Di kerusi itu jelas dapat dilihat susuk tubuh wanita berambut hitam dan berbaju putih sedang memerhatikan ku. Hajat untuk mengulangkaji dibatalkan kerana giliran tempat di ambil oleh si dia. Maka aku menyambung tidur semula dan berharap jangan pula dia menumpang tidur di sebelah. Namun si dia tidak membuat apa-apa dan aku bangun keesokan hari seperti biasa.

Setiap kali aku bangun untuk ke bilik air untuk mengambil wuduk pada waktu malam atau sekadar menunaikan hajat. Pasti aku akan berasa seram kerana sering dapat melihat susuk seperti wanita rambut putih panjang dan berbaju putih di satu sudut di ruangan bilik air ku. Dia akan memerhatikan kumengambil wuduk atau pun menunaikan hajat. Di dalam hati ku ketika itu adalah lebih baik tidak memberikan reaksi ketakutan bimbang si nenek tua ini akan datang mendekati. Aku hanya buat seperti tidak pernah nampak dia di situ dan segera keluar dari bilik air. Sekarang apabila pulang ke kampung nenek tua ini telah tiada mungkin telah berpindah ke tempat lain yang lebih baik dan selesa.

Setelah berhijrah ke pantai timur untuk menyambung pengajian, ku menganggapkan si baju putih ini telah tiada. Rupa-rupanya ia masih setia mengikuti hingga ke pantai timur. Di rumah sewa ku itu memang wujud entiti lain selain si baju putih ini. Di bahagian belakang rumah sewa ada satu bilik yang digunakan untuk menyidai pakaian yang telah dicuci. Seringkali aku melihat kelibatnya melintas di hadapan ku saat aku menonton televisyen ataupun sedang menulis tesisku. Bilik belakang itu umpama tempat tinggal mereka. Ada juga kelihatan anak kecil yang berlari dari tangga tingkat atas ke tingkat bawah. Apabila dilihat semula anak kecil itu telah hilang.

Di rumah sewa ku ini aku sering didatangi oleh entiti yang aku tidak tahu daripada mana. Keadaan ini amat menyerabutkan fikiran ku. Malahan budak kecil itu kerap kali muncul dalam mimpiku. Ia berbadan berwarna coklat gelap, berambut pendek, tidak berbaju dan hanya memakai seluar yang dibuat daripada kulit kayu. Ia sering mengikutku setiap kali aku bermimpi tentangnya.
Satu pagi lebih kurang pukul 9.00 pagi aku masih berada di atas katilku. Tubuhku pada ketika ini kerapkali sakit dan tidak selesa.

Aku tiba-tiba mendengar suara seseorang memanggil nama ku berkali-kali. Aku sangkakan rakan serumah ku yang lain tetapi lain benar suara itu. Apabila aku membuka pintu ternyata tiada orang pun di dalam rumah kecuali aku. Aku kembali merebahkan diri ke katil. Kepala ku semakin berdenyut-denyut dan aku pun cuba melelapkan mata.

Kemudian aku terpandang di hadapan pintu bilik ku seorang wanita berbaju putih dengan rambut putih lurus. Dia bergerak perlahan-lahan ke arah ku dan dia duduk di sisi katil ku. Aku sempat melihat dia dan aku tidak melihat wajah nya kerana tetutup oleh rambutnya. Lama dia duduk di sisiku aku membaca surah Qursi dan aku menoleh ke sisiku ia telah tiada. Namun aku dapat mendengar hilaian yang menyeramkan.

Kini peristiwa itu telah bertahun berlalu namun aku masih ingat lagi. Dan kini aku tidak boleh pergi ke tempat- tempat yang ada penunggu. Jika nasib tidak baik mereka akan mengikuti aku. Pernah aku pergi mendaki bukit di suatu negeri. Aku telah diikuti oleh dua orang makhluk yang mendakwa ia adalah jin yang mendiami kawasan perbukitan itu. Mereka berdua banyak mengajar aku tentang seni hiasan wajah dan personaliti. Cuma sekarang kedua mereka telah tidak berada bersama ku. Tubuh aku tidak cukup kuat untuk menahan tenaga daripada entiti mistik.

Kisah ini sekadar perkongsian dan kerana minat ku menulis. Semoga ia menjadi bacaan yang baik dan memberi manfaat ataupun panduan. Yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu dari ku yang hanya lah hamba. Sekian.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Siti Norhajah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “Hijab mataku”

  1. Waaahhh…
    Yg sorg bersungguh pepagi buta cop kerusi meja study…
    Yg lain plak sukarela bg ilmu seni hiasan wajah…
    Baguslah makhluk2 tu masih ade keinginan utk belajar dan mengajar…
    Sentap hakak…hakak belajar pn paksa2 diri jer dlu…
    Heheheheh…

    Reply
  2. Berapa kali aku nak komen bgtau tu bukan kelebihan tu ke malang nye kau..

    Perasan betul kau ni…

    Kalo kelebihan semua org nak
    Kelebihan yang ko perasan sgt tu org nak ke?xde sp nak oii

    Reply
    • dah Allah nak bagi, macam mana? ? tu kelebihan yang Allah bagi. ada sebabnya kenapa Allah bagi. bukan malang. and x semua orang nak kelebihan. ada je yang ada kelebihan tapi dia x suka and orang lain suka

      Reply
    • So nak ckap ustaz yang ade kemampuan dlm perubatan islam serta nampak makhluk ni satu bende malang??? Sape kite nak tentukan malang dan tuah? Allah lebih maha mengetahui. Allah akan bg dugaan/sesuatu kpd hambaNya selaras dgn kemampuan. Bole jd org y tak nampak ni mmg x mampu nak handle situasi bile nampak makhluk ghaib ni. Wallahualam.

      Reply
    • Bagi saya itu kelebihan kalau dia boleh handle.

      However part ni…”Aku telah diikuti oleh dua orang makhluk yang mendakwa ia adalah jin yang mendiami kawasan perbukitan itu. Mereka berdua banyak mengajar aku tentang seni hiasan wajah dan personaliti.”

      Mixed feeling betul nak comment pasal ni sebab macam tak patut je belajar apa2 daripada jin, takut menyesatkan.

      Reply
  3. إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ تَرَوْنَهُمْ

    ”Sesungguhnya, iblis dan golongannya bisa melihat kamu dari suatu tempat yang (di sana) kamu tidak bisa melihat mereka.” (Qs. Al-A’raf:27)

    Ayat menjadi dalil bahwa manusia tidak bisa melihat jin dalam bentuknya yang asli. Kecuali orang-orang yang dikecualikan seperti Nabi Muhammad dan Nabi Sulaiman.

    Mmg ‘bangang’ org yg mengakui boleh nampak makhluk2 halus ni…

    Reply
    • Mmg la but kalau Allah nak bagi kelebihan nampak makhluk ghaib nie nak buat macam mana ? Kita kena redha . yg kau nak bangang kan org macam la pandai sngt . acah je lebih 😂

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.