Hijabku Terbuka 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera all!! Grasias (terima kasih) admin sebab publishkan cerita aku yg bertajuk ‘HIJABKU TERBUKA’ . Itu adalah serba serbi apa yang terjadi dan berlaku dalam hidup aku. Eh sebelum tu terima kasih lagi admin kalau publishkan cerita aku ni lagi!! Muah ciked!

Now, aku nak share lagi cerita .Semoga anda semua terhibur. Hehe macam Gegor vaganzo pulak terhibur ni ye idok. Macam yang aku cakap sebelum ni, segala cerita yang aku share ada la yang sebenar-benar dan bukan rekaan. Ok lets start!!

Kisah Benar 1
Parent aku dah bercerai masa aku darjah 2 dan mama aku pon dah berkahwin lagi atas desakan nenek aku maybe? Yes! Aku panggil nenek aku ni wan. Wan ni dari dulu suka sangat jumpa bomoh. Sakit jumpa bomoh, nak pandai dalam belajar jumpa bomoh, nak apa apa la guna bomoh. Sekarang taubat dah la kot. Tapi perangai hampeh! So aku mempunyai ayah tiri. Aku panggil dia pakcik K dan dia seorang bomoh. Carik menantu pon nak bomoh. Pftt. 1 malam ni aku tidur kat rumah mama aku which is rumah pak cik K ni dan malam tu aku rasa tak sedap hati rasa semacam. Aku suka tidur mengiring belah kanan so aku pon nak ubah la posisi ubah belah kiri. Kau tau apa aku nampak bila ubah posisi?? Perempuan pendek rambut panjang cecah lantai pandang aku dia gelak2 kecik pulak. Apa lagi!! Mengiring belah kanan balik la. Lantak kau la ketot! Hehe tu je.

Kisah Benar 2
Aku study kat UITM utara ni almost 3 years. Bau getah dia perghhh. Ok sambung cerita. Aku ni jenis suka private2. So aku memang mintak sangat la semoga bilik aku ni tak ada roommate. Sebab aku mintak bilik just untuk 2 orang sahaja. Kita straight to the point. 1 hari tu aku gadoh ngn ex bf aku pasal apa pon aku tak ingat. Biasa la perempuan hati tisu kan mesti la menangis. Huuu~. Ex bf aku ni pulak saje dok kacau aku dia cakap “jangan nangiss. Nanti loker terbukak sendiri tau la”. Guess what??? Yes!! Betul! Loker belakang aku terbukak sendiri. Macam ada orang pusing tempat lock tu dia bukak then die tutup 2 kali. Ha macam tu la! Tapi time tu aku tengok tak ada apa pon. Lantak kau la nak main loker. Aku tengah sendu senda ni . Huhuhu

Kisah Benar 3
Macam panjang kan? Takpe lah. Sambung lagi. Huhu dekat Uitm jugak kejadian ni berlaku. Time ni pukul 3 pagi macam tu lah. Aku ni pulak suka sangat tidur lambat sebab study wokay. Tengah dok khusyuk study tiba-tiba ada benda ketuk pintu bilik aku macam nak roboh pintu aku tu. MashaAllah. Tak reti nak ketuk slow-slow! Haish. Luruh jantung aku. Nasib sempat kutip balik!! Lepas dia ketuk pintu dia p sambung ketuk tingkap pulak. Aku berlalu ke katil? Tidak. Aku berlalu ke heater nak masak air sebab lapar. So aku biarkan je benda tu main ketuk-ketuk. Lantak p kat hang la weh.

Kisah Benar 4
Ok yang ni last!! Kisah ni masa aku dah habis belajar dan aku pon dah bekerja dekat 1 company Oil & Gas. Time ni aku dekat toilet tengah membuang. Dekat office ada 2 orang je sebab yang lain cuti. Tapi officemate aku tu kat Ground Floor. Masa tengah duk membuang tu ada bayang2 macam orang dekat depan toilet aku. Setahu aku kalau masuk pintu toilet once dikuak akan berbunyi. Ni bunyi orang masuk pon tak ada. Bila aku keluar je dari toilet aku perasan lampu toilet terbukak. Akan tetapi, kat hujung toilet je. Rasa tak sedap pulak hati kite ni. Aku pon tutup lampu toilet hujung tu then sambung kerja balik.

Tu sajalah buat masa ni. InsyaAllah kalau ada kesempatan nanti aku share lagi citer. K wassalam.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 thoughts on “Hijabku Terbuka 2”

  1. Alah,klau mata xberhijab means setiap perjalanan ngko,ngko akn trsermpak dgn bnda2 tu…mcm zulkifli “Mata Tak Berhijab” lagi padat n best?

    Reply
  2. pekatnya bahasa perak! hahahha
    syok pula baca cerita dgn komen

    dlu masa form2 tahun 2006 ada ikut trip tp sehari ja la,alhamdulillah tak ada apa2 pun jadi. agaknya niat pun suci..huhu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.