Hijabku Terbuka

Assalamualaikum dan hai.

Hari ni aku nak share cerita pasal yang terjadi dalam hidup aku pulak. Aku gelarkan nama aku D jela ye..

Bermula dari aku darjah 2. Parent aku dah bercerai. Entah macam mana start je parent aku bercerai aku boleh tengok benda2 ni semua. Ni bukan rekaan ye. Ini betol-betol weh!! Ok. Lepas tu benda pertama yang aku nampak adalah Puan Pont betol2 depan aku dalam jarak 5 inci! Tapi mungkin time tu bebal lagi tak tahu menatang tu hantu ke apa, so aku tengok la dekat2. Hehe dia lutsinar je. Boleh nampak belakang. Muka tak clear tapi rambut panjang serabai. Lawa lagi rambut aku. Lalala~

Time tu bukan si puan pont je ado! En cong pon ada! Dia betol2 sebelah meja belajar aku! Harey betol. Yang aku tau die sandar menyenget. Muka mcm tengkorak tak clear sangat lepas tu nampak yang ikatan kat atas kepala. And en cong and puan ni berlanjutan sampai aku darjah berapa pun aku tak ingat.

Next cerita. Hari lain pulak, aku ngan adik dan ayah aku nak keluar makan. Masa nak reverse kereta aku nampak ada perempuan. Berselendang putih dok terjengok jengok kat tepi pokok pisang. Then aku bagitau la ayah aku ada orang kat belakang. Ayah aku ngn adik aku kata mana ada orang kat belakang. Hadoi. Makin lama reverse makin dekat pulak dgn benda tu. So aku nampak clear la muka dia. Ya ampun hodoh banget!! Muka calar-balar. Mata pulak putih, emm. Actually aku nampak kepala yang dibaluti kain putih je . Badan tak nampak.

Next cerita. Masa ni aku duduk berdua ngn adik aku kat rumah. Masa tu adik aku lena dah sebelah aku depan tv. Time aku tersedar pulak. Aku dengar ada orang bagi salam sayup-sayup je aku dengar. So aku lantakkan je la niat nak sambung tidur balik. Tapi tak boleh tidur. Entah mcm mana aku nampak ada benda tembus dari rumah aku. Dia macam api, tapi warna putih. Boleh pulak buat movement slow motion depan aku. Tak tau dah berapa kali aku kesat mata nak pastikan benda yg aku nampak. Bentuk dia macam jaring spongebob tu kalau korang nak tau. Ha lepas tu benda tu hilang masa dia langgar ayat Kursi kat dinding rumah aku ni. Haih heran~

Yang ni pulak masa aku dah sambung belajar. Dah besar daaa. Aku study Kat UITM Utara. Ok aku ringkaskan. Masa ni pukul 3 pagi. Aku pon suka sangat la duk basuh pinggan mangkuk cawan segala lah . Normal lah kan budak Uni pagi2 buta la nak lapar lah apa. Bahaha. Ok masa ni aku dok syok2 basuh pinggan aku dengar sayup2 pompuan nangis. Aku buat rilek je la sambil basuh pinggan. Eh eh dia makin kuat pulak!!! Aku steady lagi weh!! So makin feeling pulak dia nangis habis aku campak pinggan span semua aku terus masuk bilik. Tapi tak boleh tidur pon sebab tengah tahan nak terkuncil. Aduhaii. Actually, masa aku kena kacau tu.. toilet tu bau darah hanyir orang period!! So for those yang da tau period tu. Cuci la bersih2!! Haih..

Itu sajalah sekian. Cerita ni based on pengalaman aku. Banyak lagi sebenarnya. Mungkin ni kelebihan yang Allah S.W.T nak bagi dekat Aku. Wassalam…

9 comments

  1. Aku nak perbetulkan sikit tangapan ko wahai pencerita..
    Ni bukan kelebihan ya
    Tapi ni ke malang nye..
    Kelebihan adalah bende baik2 dari allah.

    Ko boleh melihat bende yg org lain x blh lihat salah satu punca kemungkinan ada bende dlm badan ko,pendamping,jin,saka or anyelse sebab tu kau boleh tgk…xpercaya??.pergi scan darul syifa…

    Tapi kenapa cerita ko hanya area umah je..xde ke jalan2 ternampak bende tu..org yg ada sixthsen ni kat lua mana2 pn die nmpk tp ko kt dlm umah je..
    Ape kes

    1. Kalau kau kata kelebihan..mesti semua nak kelebihan tu..cuba ko tanye org lain..ko nak x KELEBIHAN mcm ni..confirm 100% xnak..itu ke kelebihan sehinggakan org lain pn xnk?.

      1. bagi org yg x pernah mengalami hijab trbuka x kn faham apa yg dialami oleh mereka yg trbuka hijabnya, cuba tanya en zulkifli dari mata tak berhijab (mtb) apa perasaan beliau memiliki mata tak berhijab, lpas baca pengalaman hidup beliau aku rse kpd sesiapa yg nk sngt hijab sndri trbuka bwk la diri tu mendekati allah.. xsmua bnda boleh dipelajari tanpa izin allah..

  2. Kelebihan juga kekurangan.ada dua sbb kemungkinan terbuka hijab,satu mmg kau ada ilmu buka hijab dan kedua ada saka/gangguan dr iblis jin(selalu yg ni jarang2 ja nampak benda halus, x selalu).pengalaman aku lah.

    1. setuju, tapi besar kemungkinan dalam badan penulis mmg ada something, that’s why dia boleh nampak, hope penulis pergi berubat, kemungkinan saka sbb penulis dah kena dari kecil kot

  3. pernah dengar ustaz ckp benda yg sama, org yg boleh lihat jin, makna nya dlm badan dia pun ada jin, mata jin saja yg boleh tengok jin yg lain, sama mcm manusia juga.sbb jin dan manusia hidup dlm dimensi yg berlainan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *