Assalamualaikum dan hai warga FS. Aku peminat setia kisah-kisah seram dalam FS ni. Ketika ni aku masih berbaring di kerusi malas sambil minum air merah guna straw. Tiba-tiba tanganku memanjang menggagau keyboard, sedangkan tubuh masih di kerusi lalu aku terus menaip perkataan-perkataan dijadikan sebuah hikayat al seram wal psiko ni. Hihihihihi…arghhhhhhhhhhh (menyeringai sambil keluarkan gigi taring).
Hikayat 1
Korang biasa dengar atau baca tak kanak-kanak yang kononnya disunat oleh makhluk alam ghaib atau bunian? Cerita ni pernah disiarkan dalam sebuah majalah misteri yang popular (aku taknak sebut aku yakin kebanyakan dari korang sendiri tau apa nama majalah tu) awal tahun 2000. Mesti ada yang tertanya-tanyakan perkara tu benar atau tak benar? Masa tu umur aku menjangkau belasan tahun. Rumah banglo lama tempat keluargaku menyewa tu terlalu besar untuk diduduki oleh keluargaku yang bilangannya kecil sahaja. Tuan rumah mohon kebenaran ibu bapaku untuk jadikan rumah itu sebuah lagi ruang rumah untuk disewakan kepada anak saudaranya. Ibu bapaku setuju tambahan sewa rumah tu akan dikurangkan. Ibu bapaku ni memang penjimat sikit tambahan ekonomi keluarga tak berapa stabil ketika itu.
Selesai mendindingkan ruang masing-masing, anak saudara tuan rumah pun pindah masuk , aku namakan dia Kak Siti dan suaminya Abang Meon (bukan nama sebenar). Kak Siti dan Abang Meon ada tiga orang anak yang masih kecil, Peah 3 tahun, Manan 2 tahun dan Ajib 1 tahun. Kak Siti suri rumah, Abang Meon pemandu teksi. Aku dan adik-adik memang suka budak-budak, jadi dari awal lagi aku dan adik-adikku layan baik kedatangan 3 beradik ni. Baiknya sampai kalau time nak tidur, nak makan ke, atau bagitau rancangan Cartoon di tv tu kami boleh jerit-jerit dari celah dinding, “ Woiii, kami nak makan ni”. “Woiii, ampa tak tengok Dragon Ball ke?”. “ Woiii, jangan tidoq lewat, satgi toyol mai kat ampa”, camtu lah.
Kak Siti ni suam-suam kuku, kadang-kadang dia baik kadang-kadang ada masanya dia nampak pelik. Nak tau pelik kenapa? Hurmm. Diringkaskan alkisah, kami pernah beberapa kali buat kenduri dan jemput jiran tetangga. Kak Siti ringan tulang, jadi dia offer diri untuk siang ayam. Aku dan rakan sebaya buat kerja mengupas bawang dan p****g sayur. Ibu-ibu yang lain buat kerja memasak. Ibu aku panggil aku ambik ayam yang telah disiang oleh Kak Siti. Tempat Kak Siti melakukan aktiviti tu memang tersorok sikit, dia yang memilih ruang belakang tersebut kerana katanya senang dan dia beria betul nak lakukan kerja tu sendiri.
“Kak Siti, ibu nak ayam yang dah siap siang”.
“Nah..siap dah ni tinggal sekor dua ja”, Kak Siti menghulurkan besen yang berisi ayam yang siap disiang dan d******g beberapa bahagian.
Sambil mengangkat besen tu mataku melilau mencari sesuatu.
“Kak Siti, mana hati, pedal dan perut ayam-ayam ni?”.
Dia diam sambil menetak ayam yang berbaki menggunakan parang pemotong. Seingat aku semua ayam-ayam tu belum dibuang isi perutnya. Aku sendiri menemani bapaku ke pasar membeli ayam. Plastik asal yang membungkus ayam-ayam tu kosong, kalau kata dia simpan dirumahnya pasti aku nampak Kak Siti lalu dihadapan kami dan tiada jalan lain untuk keluar dari bahagian rumah ku. Kak Siti tak mengendahkan soalanku. Aku berlalu dan teruskan kerja-kerja yang berbaki.
Disuatu pagi, ibuku menyuruhku untuk menghantar kuih muih ke rumah Kak Siti. Pintu rumahnya terbuka, anak-anaknya masih tidur.
“Assalamualaikum” aku memberi salam tiga kali. Tiada jawapan. “Kak Sitiiiii..Oohh Kak Sitiiii”, tiada jawapan juga. Disebabkan pintu rumahnya terbuka aku slumber badak masuk. Tengok di ruang menonton tiada siapa, aku ke ruang dapur.
“Emmmm, nyaaamm nyammm nyammm…” bunyi seperti orang tengah kesedapan makan. Aku tengok Kak Siti berdiri tegak mengadap sinki. Aku lihat ada ayam yang tengah disiang.
“Amboiiii, Cheq panggei dari tadi Kak tak dengaq naa” kataku sambil tersengih. Kak Siti masih tak pedulikan ku. Aku letakkan kuih tu diatas meja makan.
“Takpalah, Cheq letak sini ja kuih ni”. Aku terhidu bau hanyir perut ayam. Kepala kak siti melentok-lentok kekiri kekanan sambil “nyamm, nyammm, nyammm” aku dah cering buru roma. Aku perlahan-lahan meninggalkan dapur. Selangkah dua, aku ditegur “ Marilah join” Kak Siti bersuara. Aku berpaling kembali ke arahnya. Aku lihat di bibirnya ada kesan d***h dan di tangannya ada hati dan usus ayam. Sambil dia menjilat hati dan usus mentah itu, dia membuntangkan mata. Aku terketar-ketar. Otak ku beku dan terus lari berdesup keluar dari rumah itu. Ibu memandangku yang berlari sambil menyebut “hantu, hantu!”. Petang tu, aku demam panas. Bila aku ceritakan pada keluarga ku mereka gelak berdekah-dekah. “Hang buat cerita karut, ehh” tulah perkataan mereka.
Sejak dari kejadian tu aku memang kurang bercakap dengan keluarga tu. Selain perkara tersebut, aku pernah melihat Kak Siti menari tango diiringi lagu “Gloomy Sunday” nyanyian Billy Holiday yang ramai tahu sejarah lagu tu “Creepy”. Sambil dia menari tango dia senyum menampakkan gigi dan bercakap sendiri kemudian kepalanya diangkat ke atas dan tunduk ke bawah berkali-kali. Boleh kot korang bayangkan. Abang Meon kerja sampai tengah-tengah malam dan satu sikapnya, dia kurang bersosial dengan jiran tetangga. Jadi tak banyak cerita mengenai abang Meon ni.
“Melah, aku pinjam buku ******* ni ya” kata Kak Siti pada ibuku satu petang.
“Pinjamlah, banyak lagi kat dalam almari tu kalau Siti nak pinjam”, Ibuku mempelawa Kak Siti.
Kebetulan ******* yang ada di tangan Kak Siti ketika itu ada cerita mengenai kanak-kanak di sunat orang ghaib. Khusyuk Kak Siti membaca kisah-kisah dalam ******* tu sambil duduk di sofa ruang tamu kami.
“Best juga ******* ni, aku nak pinjam beberapa buah lagi”, Kak Siti tersenyum sambil bergerak ke arah almari yang menempatkan buku-buku tu disimpan. Aku yang ketika itu tengah menonton drama “La Usurpadora” menjeling melalui ekor mata melihat gelagat Kak Siti. Aku lihat dia mencapai 5 buah buku. Perasan kerlinganku dia tiba-tiba menegur, “Wa taknak join ke?”. Aku terus tersentak. Mukaku berkerut dan terus memandang skrin TV. Terimbau memori haritu. “Hahahaha” Kak Siti gelak sebelum berlalu pergi. “Ciss, gila punya olang!”, hatiku menggerutu sendiri.
Malam kejadian..
Rumah banglo tu dua tingkat, atasnya papan style banglo lama tahun 60an, 70an. Kebetulan bilikku berada sebaris dengan bilik anak-anak Kak Siti. Bilik mereka tingkat bawah. Dari celahan lantai kayu tu aku terdengar sesuatu.
“Syutttttttt”.
“Akitt mama”, aku yakin tu suara Manan. “Akitttt!”, dia menangis tersedu-sedu.
“Sikit jeee, jap lagi oklah”, kemudian senyap beberapa ketika.
Aku padam lampu, peluk bear dan tutup mata. Suasana malam tu hening tanpa sebarang bunyian.
“Aaaaaaaaaaa!”, suara kanak-kanak menjerit dan kemudian senyap. Aku terjaga. Aku berfikir, “Kenapa si Manan ni?” “Ahh, dah senyap, pedulikanlah”, tapi bulu romaku meremang. Aku baca surah apa yang patut sehingga tertidur.
Sehari dua selepas kejadian,
Aku tengah bersantai di balkoni atas rumah sambil menghirup teh “o”. Aku lihat sebuah kereta Wira parking di halaman rumah kami. Beberapa minit, keluar dua orang lelaki berbaju kemeja memegang kamera dan buku catatan ditangan.
“Assalamualaikum, dik”, mereka menegurku.
“Waalaikumusalam”, jawabku.
“Ni, rumah Puan Siti ke?”.
“Haah, rumahnya bahagian bawah tu. Ketuk je”, ringkas jawapanku. Belum sempat ketuk, aku lihat Kak Siti membuka pintu sambil tersengih ke arah dua lelaki tersebut. Aku lihat kak Siti berpakaian cantik dan ber make-up. Tak pernah-pernah aku tengok dia begitu. Ahh..
Beberapa bulan selepas kejadian..
“Wa, tengok ni”, ibuku memanggilku sambil memegang buku ******* yang terbuka disatu halaman. Mataku membaca ayat-ayat pada kisah tu. Damnn!! Kisah Manan di sunat makhluk ghaib. Ada gambar Kak Siti dan anaknya itu pada halaman tersebut. Otakku ligat berfikir, hari kejadian yang ditulis dalam kisah tu sama dengan hari yang aku dengar Manan menjerit. Ringan mulutku bercerita hal itu pada ibu. Ibu terdiam.
“Ibu rasa, keluarga Kak Siti pelik”, ibu membuka bicara.
“Kan Wa pernah cerita pada ibu tentang Kak Siti makan hati dan usus ayam mentah-mentah”.
“Hurmm..”, Ibuku seperti terfikir-fikir sejenak.
“Haritu Peah ada cakap kat ibu, malam-malam mama mereka jadi nenek sambil menggayakan lagak nenek kebayan. Ibu fikir itu imaginasi Peah. Tapi banyak kali jugalah Peah tu bercerita pada ibu. Kemudian ibu pernah terdengar Kak Siti membebel sendiri masa sidai baju. Kemudian gelak, lepastu marah-marah seolah-olah bercakap dengan seseorang”.
“Ibu tak tanya Peah selanjutnya tentang mamanya yang berlagak nenek tu?”.
“Tak, lagipun budak-budak tu dah tak datang rumah kita sejak beberapa bulan ni. Hang perasan dak?”, soal ibuku.
“Haah, kan”.
Sekali sekala adik-adikku ada juga jerit-jerit kat celahan lubang angin tu panggil anak-anak Kak Siti. Tapi seperti..
“Aaa..”, suara terputus-putus. Bagai menyahut tapi mulut tiba-tiba ditutup sesuatu. Pernah sekali kami buka TV, kebetulan Tilawah Al-Quran.
“Bam,bam,bam!” dinding diketuk. “Oiii! Korang tutup tv tu sekarang!!”, kami dengar suara Kak Siti menjerit dari rumah sebelah. Aku dan adik beradikku berpandangan sesama sendiri. Adikku menutup televisyen. Berapa minit kemudian, aku buka balik TV tu, tapi channel lain, kebetulan ada lagu Patriotik, aku tinggikan volume. Tunggu seminit dua, tiga minit, empat mint, lima minit..tak pula dia menjerit. Aku buka balik channel yang menyiarkan pertandingan Tilawah Al-Quran tu. Tiba-tiba volume radio yang mendendangkan lagu “Gloomy Sunday” dari rumah Kak Siti dipasang dengan kuat sekali. Aku rasa volume paling tinggi tu. Adehhh.
Dari peristiwa tu, kami 4 beradik dah tak mesra dengan keluarga tu. Mereka berpindah ke tempat lain dengan alasan jiwa Kak Siti dah tak tenang berjiran dengan kami. Sejak berpindah dia dah tak pernah datang ke rumah kami dan kami pun tak tau ke mana mereka sekeluarga berumah. Tuan rumah tak marah kami, cumanya dia ada cerita ahli keluarga mereka pun tak berapa berkenan dengan perangai pelik Kak Siti, isteri kepada anak saudaranya Abang Meon. Menurut tuan rumah, Kak Siti pernah mengaku yang dia berkahwin dengan lelaki bunian, dan Manan tu anak hasil perkahwinannya dengan orang bunian. Ada ke? Ada ke? Habih tu Abang Meon dimadukan ke? Parohhh!!
Pasal kisah anaknya disunat tu korang fikirlah sendiri siapa sebenarnya yang menyunat Manan pada malam berkenaan? Jen jen jenggg..
Hikayat 2
“Kejar dia, kejar dia!”. Sekumpulan lelaki mengejar wanita bertelekung putih yang jaraknya 20 meter dari pandangan mata mereka. Jam sudah pukul 1.30 pagi. Aku yang terdengar jeritan kumpulan lelaki itu terus mengintai dari tingkap bilik. “Zupppp” berdesup wanita bertelekung putih itu berlari dibawah cahaya neon-neon jalan raya. Aku terpana seketika. “Astaghfirullah! Berlari ke terbang wanita tu?”, hatiku berbisik. Sebab apa tau? Sebab aku nampak dia seperti berlari tapi kaki tak jejak tanah. Kumpulan lelaki yang tak kurang 10 orang itu, berusaha mengejarnya. Aku menggigil, tutup tingkap dan terus tarik selimut. Lelap.
“Tok, tok, tok”. Pintu rumahku diketuk pagi tu. Aku buka pintu. Seorang wanita bersinglet putih berkain batik dan bertudung singkat terpacak depan rumah ku. Aku melihat wanita hampir separuh abad itu.
“Habaq adik lelaki hang, toksah duk galak kawan dengan anak aku!”, wanita itu bercakap separuh menjerit padaku.
“Sapa nama anak makcik?”, aku bertanya.
“Pian dan Mali”, jawabnya.
Aku tergelak kecil. “Oooh.. dua malaun tu rupanya”, aku berbisik.
“Adik hang duk ajaq pa orang lain mencuri kat sekolah?”, makcik tu start membebel. Dia meneruskan bebelannya sambil membetulkan singlet dan tudungnya, sekali sekala kain batik yang hampir terlucut. Aku diam ja. Sampailah satu ayat dia keluarkan, “anak haram jadah, mak pak bagi makan duit haram famili hampa ni!”.
Aku tak pikir panjang, aku capai botol kicap kosong depan ku yang tersusun rapi. Aku pecah kan satu-satu depan makcik tu. Geram. Ya pun nak marah tolonglah jangan libatkan sensitiviti keluarga. Ibu bapa ku bukan seperti itu. Disebabkan risau dengan perbuatanku memecahkan botol, makcik tu blah cepat-cepat dari rumahku. “Malaun dua ekoq tu yang duk gatai ajak adik aku mencuri, siap ugut-ugut bagai dia kata kat anak orang pulak!”, aku membebel.
Adik lelakiku diam je pandang aku. Aku yang halau budak dua orang tu tempoh hari kerana mengugut adikku depan rumah sebab tak nak berkawan dengan mereka. Adikku menceritakan semua kegiatan mereka padaku. Walaupun adikku hanya penjaga pintu (adikku ni memang lurus sikit) ketika melakukan aktiviti pecah masuk stor sekolah, memang aku bagi sedas dua juga padanya. Padan!
Satu hari, adik lelakiku tak balik rumah sehingga waktu senja. Kami sekeluarga dah risau. Aku dan bapa mencarinya sekitar kampung dan sekolah. Puas mencari, namun tak ketemu.
“Pa, cari kat rumah kawan-kawan dialah”, aku memberi cadangan.
“Ok, kita cari start dari rumah Rosli, kemudian Anan dan Apek”, kata bapaku.
Kami pun teruskan pencarian di ketiga-tiga buah rumah kawan adikku itu. Tapi kami balik dengan kecewa. Ibuku dah risau, katanya kalau dalam masa 24 jam adikku tak dijumpai dia dan bapa akan buat laporan polis. Selepas makan malam dan solat isyak, aku terfikir tentang dua beradik tu. Pian dan Mali. Aku terus beritahu ibu dan bapa tentang cadangan mencari adikku di rumah mereka. Bapaku bersetuju untuk ke rumah itu. Rumah Pian dan Mali lebih kurang 1 Kilometer dari rumahku.
“Assalamualaikum”, ayah memberi salam. Tiada jawapan.
“Assalamualaikum”, sekali lagi. Sama juga. Kali ketiga kami ketuk pintu. Aku mengintai di celah tingkap. Tiada siapa diruang tamu. Aku berjalan menuju ke belakang rumah. Dari luar, aku nampak macam tempat sembahyang cina dalam rumah tu. Berwarna merah siap ada colok baru dibakar. Aku fikir balik, “eh, kami silap rumah ke?”. Aku intai lagi ada beberapa tasbih besar-besar disangkut pada tengkorak manusia. Aku terkejut tapi berfikir positif. Mungkin itu tengkorak seperti dalam bilik makmal sains sekolahku. Bapaku menepuk bahuku.
“Dah jomlah kita balik, takdak orang dalam rumah”, kata ayahku sambil start motor. Sebelum bergerak pulang aku sempat memandang ke arah rumah itu. Tiba-tiba aku ternampak wanita bertelekung putih bersantai atas balkoni sambil menghayun kaki. “Hahahahahaha”, dia mengilai. Jelas suaranya. Aku peluk bapa.
“Pa, pa”.
“Apa?”, tanya bapaku.
“Dengar tak tu?”
“Baca apa yang patut!” kata bapaku. Aku dengar suara bapapun tersekat-sekat.
Sampai dirumah, kami dua beranak membisu. Bila ibu bertanya, kami menggeleng sahaja. Kecut lagi kot dengar hilai tawa sebelum tu. Kami sekeluarga tak dapat tidur malam itu memikirkan adik lelaki ku yang baru berusia 11 tahun ketika waktu kejadian. Risau, cuak. Itulah bermain dimindaku. Ibuku yang menangis tak henti. Bapa cuba menenangkan ibu sekali sekala.
Jam 1.30 pagi..
“Dang,dang,dang!” pintu rumah kami diketuk. Ada suara riuh rendah. Bapa membuka pintu. Aku dan ibu mengekori bapa dari belakang.
“Bang, ni anak abangkan?”, kata salah seorang kumpulan lelaki itu.
“Ya”, bapaku jawab ringkas. Adik lelakiku terkulai layu sambil didukung masuk kerumah. Kaget kami sekeluarga.
“Kami jumpa dia dengan perempuan gila tu”, kata salah seorang lelaki lain.
“Perempuan gila?”, soal ibuku. Aku tak fikir apa lagi ketika itu. Yang penting adikku hidup ke m**i?
“Pengsan je ni”, kata bapaku. Ibu mengambil kain dan air untuk mengelap tubuh adik lelakiku. Beberapa minit kemudian adikku sedar. Dia macam orang mamai.
“Beginilah, kami pun tengah mengejar dan ingin menangkap wanita itu untuk dipulihkan. Abang uruskan dulu anak abang ni kalau dia tak pulih juga bawa berubat dengan ustaz”.
“Siapa perempuan tu?”, soal ibuku.
“Emm, perempuan tu sering berlegar-legar di kampung ni pada waktu tengah malam untuk mengganggu penduduk serta mencuri ternakan jiran tetangga. Dia bukan hantu, tapi pengamal ilmu hitam yang dipelajarinya sejak muda”.
Belum sempat kami bertanya dengan lebih lanjut, kumpulan lelaki tu bergerak meneruskan niat mereka. Adikku terbangun sebentar, bila ditanya dia lelapkan diri sampai keesokannya. Pagi yang indah itu dicemari dengan khabar angin rumah Pian dan Mali dicerobohi sekumpulan lelaki. Adik lelakiku tak bercerita banyak tentang kejadian menimpa dirinya ketika itu sehingga kini. Bila melihat adikku berkeadaan seperti biasa dan dirasakan tiada apa-apa yang pelik pada dirinya, aku dan bapa menyibukkan diri untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku di rumah Pian dan Mali.
Seperti biasa aku membonceng motor bersama bapa. Sampai di rumah mereka. Aku lihat emak Pian dan Mali diikat kaki tangan, sambil ada seseorang membaca ayat suci Al-Quran. Meronta, melolong makcik berpakaian singlet berkain batik tu. Aku sempat melihat mata makcik itu yang membuntang dan menakutkan. Pada satu saat matanya memandang tepat mataku sambil menunjukkan giginya yang kemerah-merahan. Seram pula aku melihat wanita itu. Dan ditepinya ada barang-barang kegiatan amalan ilmu hitamnya yang bakal dimusnahkan serta sehelai telekung yang pernah aku nampak.
Ok lah, setakat ni je jari-jariku boleh menaip. Aku nak sambung makan makanan eksotik pula untuk tengahari ni. Menu otak dot.dot.dot dihirup menggunakan straw ketika menggelegak..Yummieee.. bye bye cuuuu..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Sambung lah lagi T_T tersangkut2 nafas sambil baca tup tup bersambung ke? Huaaaaa
Awesome. tak jemu baca dan tak membosankan
Uiiikkkk…
Mcm x abis ni…
Ape kesudahannye mak JLo bersinglet tu…???
Kena dakwa ke, kena cuci ke…
Pian dan mail ape citer selepas tu…????
Akk plg kagum part ko pecahkan botol kicap tu…
Serius giler macho gaya ko wooo…
Kesah kak siti tu sereeeemmmm jer psycho die…
Loya plak tekak ni dok bygkan die melahap isi perot ayam…
Errrkkk uweeeekkk…
Kesiannye manan…
X dpt byg betapa sakit+takotnye die time kena khatan tu…
Cmne arrr life 3beradik tu dok hadap mak yg pelik cmtu…
Kesiannye…
ganas tu kasi pecah2 botol gitu..bila lagi nk sambung..ko xtry tanya ke apa kes dgn kak siti tu..ko skodeng2 ler skt duk mn..apa kes perangai gitu..huhu
apa2 pon sila teruskan usaha ko utk sambung menyambung story mory ko..sambil2 ak baca tu buleh jgk ak hirup mengirup cm ko jgk..heeeeeee
Cerita ni bukan setakat watak2 dalam tu je yg psycho, dengan penulis pun psycho jugak..haha.. tapi tak cukup psycho makan otak dot3 tu..aku dah lama makan makanan eksotik ni..otak lembu masak lemak cili padi..ape kejadah makan time menggelegak?tak melecur lidah ke?kah3..
ksian manan
#cumel