Hikmah Rumah Diganggu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera buat peminat setia FS.
First time, aku diuji dengan roommates yang didampingi seseorang. Okey straight to the point, cerita ni berlaku sewaktu aku di semester awal di salah sebuah ipts. Hostel kami adalah rumah kami, which means kami duduk rumah sewa tapi kolej kami yang sewakan.

Aku mengaku dulu aku & kawan2 jahil bab membersihkah rumah baru. Kami langsung tak ambil berat soal baca doa sebelum masuk rumah, azan kan atau buat doa selamat atau paling teruk bacaan yaasiin. Tak, kami tak buat. Sebab bagi kami rumah ni ‘bersih’ memandangkan rumah baru.

Tiada perabot, tiada dapur gas. Segalanya kosong melainkan katil dan almari serta meja makan.

Satu hari, kalau tak silap awal tahun 2014. Malam tu kami stay rumah. Memang jenis aku dan kawan2 tak suka keluar rumah mahupun bilik. Kami banyak habiskan masa dalam bilik memandangkan tiada apa di luar. Terdengar suara lelaki di luar bilik kami. Bilik aku dihuni 3 orang, Aku, Mek dan Yuyu.

Kami saling berpandangan sebab rumah kami tak pernah ada lelaki masuk. Pelik. Diketuknya pintu bilik kami tapi kami diam. Ketuk lagi. Kami mula bersuara, sekadar untuk memberitahu kami dengar. Dia suruh kami keluar bilik. Kami akur dan mula sarungg apa yang ada.

Sewaktu keluar dari bilik, keadaan masih tenang. Kami masuk bilik depan yg menempatkan 2 orang student. D dan H. Kami lihat H sudah terbaring di atas katil sambil meracau kecil. Matanya terpejam, mulutnya seolah berkata sesuatu. Kata kawannya dia pengsan selepas memberitahu ternampak sesuatu di atas bumbung sewaktu menyaksikan pertunjukan bunga api. Malam tahun baru.

Aku mula membacakan ayatul kursi. Kawanku yang lain ada yg membacakan Yaasin dan 3Qul. Sekadar apa yang kami tahu. H mula panas. Dia mengerang kata panas. Kami teruskan bacaan. Lagi kuat kami baca lagi kuat dia meronta melepaskan diri. Oh ya, kami baca sambil memegang pergelangan tangan dan kaki kerana H nak lepaskan diri.

Kawan lelaki H datang, salah seorang antara mereka mahir sedikit cara mengubati orang yg dirasuk. Dia picit ibu jari H. H menjerit kesakitan. Aku dan kawan2 lain mula cuak. Kata mereka jika sakit, bermakna ada yang ‘menumpang’ dalam badan. Huhu.

Malam itu kami tidur sekali satu bilik. Bilik sebelah mai masuk bilik kami. Kami tak tutup lampu, takut punya pasal. Haha. Esoknya, ingatkan dah reda. Tapi still sama. H mula meracau bila masuk waktu maghrib. Salah dia sebab suka keluar lewat malam. Mangsanya? Kami.

Kebetulan berdekatan rumah sewa kami ada satu madrasah. Kami cuba try test usha ustaz kat situ. Sebab kami takda ikhtiar lain. Mostly kami budak biasa, takda pengetahuan agama yang bagus. Biasa2 ja. Ustaz tu ambil biji lada hitam. Dia baca2 then dia suh tabur kat penjuru rumah. Kami buat. Ustaz tu kata dia akan mai umah. Tolong tengok apa yang patut.

Masa tu kami cool lagi. Bila jaa dia mai umahhh. Hamek.. katanya ada beberapa ekoq kat dalam bilik, kat dapur dan stor. Paling besaw kat dapur. Chill lagi walaupun kami semua dah meremang. Siap dia cakap plakk, ha tuuu kat belakang awak pun ada!

Dia tanya dalam rumah ni berapa orang ja yg solat?
Dia cakap dia tahu walaupun ada 10 orang serumah, yang solat dalam 2,3 orang ja kan?
Masa tu malu jangan cakap.
Dia cakap lagi, benda ni memang suka rumah kotor, rumah orang tak solat, tak mengaji. Benda ni kata dia dah jumpa ‘port’ untuk dia lepak.

Itu jin, mungkin. Rumah kami ni tingkat atas, memang jenis kami kalau kelas full, seminggu sekali lah buang sampah. Sampai berulatt. Aku dengan geng aku je selalu buang so kami buat keputusan nak ‘ajar’ bebudak lain p buang. Rupanya selama kami longgok sampah, benda tu lagi suka plak.

Patutlah ada satu hari ni, kami dengar plastik tong sampah macam diselongkar. Bising sungguh. Kami tengok, aik takda orang. Bila kami leka, dia selongkar balik. Kata ustaz tu benda tu carik tulang. Nak makan.

Pasal kawan aku yg kena rasuk tu, dia sebenarnya didampingi oleh seorang gadis nama Sarah. Rupanya rumah kami bekas tapak lombong. Sarah ni bunuh diri, pasaipa taktau. Cuma dia kata dia nak jasad dia dikebumi cara sempurna. Dia suka kat kawan kami, si H ni sebab rupa mereka hampir sama. Aku tahu sebab masa ustaz tu berinteraksi dengan H, H tu jadi Sarah. So Sarah ni ceritalah hal dia.

Lepas dah slowtalk. Ustaz tu janji akan sedekahkan doa tapi nak kebumi nak carik sisa baki mayat dia tak bolea lah sebab tempat dah lama dibangunkan. Susah nak cari. Then Sarah surrender. Dia pulang dengan izinNya.

Rumah kami kembali tenang. Lepastu, kuranglah kes kes rasuk. Moralnya, jaga lah solat. Mengaji selalu. Jangan lupa doa sebelum masuk rumah. Kita tak boleh elak benda ni, tapi kita boleh ikhtiar supaya benda ni tak terjadi pada kita. Alhamdulillah sejak hari kena sound dengan ustaz, housemates aku mula bagi feedback positif. Depa mula solat. Itulah hikmahnya.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *