HISTERIA

Assalamualaikum. Nama aku Dhia. Aku berasal dari Perak. Kejadian yang masih segar di ingatanku ingin aku kongsikan bersama yang lain.

“Haish….tak larat nak naik tangga macamni setiap hari. Boleh kurus aku,” getus hati kecilku. Entah mengapa pada tahun itu, aku ditempatkan di tingkat empat iaitu tingkat paling atas yang majoritinya di huni oleh para junior. Sudahlah dorm di tngkat empat, di hujung pula lokasinya. Itulah yang terjadi sekiranya sudah lama tidak naik turun tangga sejak tinggal di dorm bawah. aku berjalan sambil menikmati pemandangan senja yang memukau mata yang memandang.

Sememangnya pemandangan di tingkat empat tersebut paling cantik di antara yang lain. Kebetulan pula aku ketika itu uzur, jadi aku ambil kesempatan untuk berehat di dorm manakala kawan-kawanku yang lain mengambil keputusan untuk bersiar-siar dan lewat sedikit ke atas. Aku tidak suka merayau lagi-lagilah waktu senja.

Suasana ketika itu sepi, hanya lampu koridor yang menyala dan aku terpaksa melalui beberapa bilik dorm yang agak meremang bulu roma juga bagiku. Sesampai di pintu dorm, aku memberi salam dan membuka lampu. Mataku liar mencari katilku yang betul-betul berhadapan dengan pintu masuk. Baru sahaja aku mahu merebahkan diriku, tiba-tiba ada junior yang berlari ke arah pintu dorm memberi salam dengan suara kelam-kabutnya.”Akak, kawan saya Haneem kena rasuk kak kat dorm C1 kak, cepat kak tolong kami!”. Aku yang masih terpinga-pinga terus memakai semula tudung sambil berjalan menutup suis lampu dan pintu. sempat juga aku memperbetulkan awning tudungku yang herot berot. Macam mana keadaanpun kena maintain kemas. Hehehehe.

Dari jauh aku sudah mendengar suara orang menjerit.”Ah sudah, habis aku”, aku berbisik kecil. Sesampai di depan pintu dorm, aku terkejut melihat Haneem yang sedang melompat setempat sambil memeluk tubuhnya. Taulah aku spesis apa yang masuk ke dalam tubuhnya. Akupun tak berdaya kerana aku turut dalam keadaan uzur. Aku segera menyuruh dua orang sahabat Haneem memanggilkan Asnah temanku yang agak alim merangkap EXCO BADAR di asrama serta memaklumkannya kepada guru.

Seketika kemudian dua orang tadi naik dan memaklumkan Asnah sedang mengurus hal yang sama di surau! Rupa-rupanya di suraupun ada kes kerasukan. Aku yang masih terkaku akhirnya mengambil risiko untuk berkomunikasi dengan benda tersebut. Aku membaca basmalah sambil berniat dan akupun memberi salam kepada benda tersebut.”Assalamualaikum”, dia tidak menjawab malah menjegilkan matanya dan tersenyum seram.

Taulah aku benda tersebut bukan Islam. Aku pun bertanya,”Apa yang kau nak dari budakni?” Lantas dia menjawab, “D***h kotornya” sejurus tersebut dia ketawa mengilai. Aku menasihati yang lain supaya berzikir sementara menungguh Asnah sampai. Aku menjenguk ke bawah. Kelibat Asnah masih belum terlihat. Aku mengambil keputusan untuk turun ke bwah dan memanggil sendiri Asnah.

Sesampainya aku di depan pintu surau, ada pula yang menyambut. Salah seorang temanku, Nisa! Ya, dia turut dirasuk! Oh ya, dia antara salah seorang yang merayau di kawasan sekolah ketika itu. Dia menerkam ke arahku seperti ingin memanjat tubuhku sambil berkata,”Kenapa kau buang aku!?”. Aku terkejut dan mula memahami. Mungkin dia yang menumpang di belakang badanku selama ini yang sering membuatkan badan aku terasa berat sehingga aku membongkokkan badanku.

Aku terus menepis tangan Nisa sehingga dia terjatuh lantas aku berlari ke arah Asnah yang memerhati gelagatku dan Nisa.”Jom naik atas sekarang, aku takut kalau tinggal lama-lama makin ramai pulak yang kena. Bukan seorang dua yang dirasuki di dalam surau tersebut. Lebih kurang lima orang dan majoritinya adalah kumpuluan yang merayau tadi.

Mujur tadi aku tidak turut serta. Berkemungkinan aku mungkin jadi mangsa. Aku, Asnah, Reen segera berlari menaiki tangga. Lupa sudah kepenatan yang menjadi keluhan aku. Sangkaan aku benar. Sekarang bukan hanya Haneem yang dirasuki, tambah seorang lagi temannya. Mujur ada beberapa orang yang masih selamat memilih untuk mengunci pintu dari luar dan menahan mereka berdua di dalam. Kedengaran suara ketukkan dari kedua-dua pintu tersebut.”Bukaklah hoi!” sambil memaki-maki orang yang diluar. Asnah menyuruhku menjaga junior yang lain. Aku sekali lagi menasihati mereka supaya perbanyakkan mengingati Allah sambil berzikir. Nadaku tegas berbaur kerisauan yang memuncak aku dan beberapa orang yang lain menjaga pintu belakang manakala Asnah dan Reen menjaga pintu depan.

“Bismillah”, aku perlahan-lahan memulas tombol pintu dan membuka. Gugur jantungku apabila Haneem berdiri sambil melompat dan menjegilkan matanya. Ya Allah, matanya lebih merah dari tadi. Riak mukanya seperti marah. Beberapa orang menyorok di belakangku dan ada yang ingin lari namun sempatku halang dengan memanggilnya kembali. Segera aku ulangi pesanku kepada mereka.”Ingat, Allah lebih berkuasa. Dia tak boleh melakukan apa-apa tanpa keizinan-Nya.Kita lebih kuat daripadanya. Berani sikit!”tegasku.

Sementara itu Asnah dan Reen sedang memegang tubuh Fit, teman Haneem yang sudah terkulai layu lantas menyedarkan Fit dan mendudukkannya di atas kerusi. Haneem yang masih menatapku tajam lantas ingin melompat ke arah tong sampah. Aku lantas menahannya tetapi kudratnya agak kuat. Dia menghantukkan kepalanya ke kepalaku. kepalaku pening seketika. Alangkah jijiknya aku apabila Haneem memasukkan mukanya ke dalam tong sampah dan mengeluarkan pad yang masih kotor.

Reen lantas menarik Haneem yang menjadi semakin extreme. Asnah mengarahkanku dan beberapa orang menjaga Fit yang masih lemah. Aku cuba menyedarkan Fit agar tubuhnya tidak dirasuki lagi. Seketika Fit sedar aku meminta beberapa orang mengambil air di dalam dorm. Aku menyuruh Fit membaca basmalah dan berselawat.

Seketika kemudian, Asnah menghampiriku dan memintaku menolongnya memapah Haneem di surau kerana dia tidak mampu untuk berlawan dengan makhluk yang berada dalam badan Haneem. Aku terus membawa Haneem yang masih sama keadaannya membuatkan aku merasa jengkel dengannya. Mana tidaknya, setiap langkahnya tangan kami turut terangkat. Aku hanya menyaksikan keadaan kucar kacir di dalam surau. Alhamdulillah, hanya Haneem yang masih belum sembuh, yang lain sudah kembali normal seperti sediakala.

Selepas selesai dan suasana menjadi tenang seketika, mereka menunaikan solat isyak manakala kami duduk di belakang surau dan bezikir. Setelah selesai solat, warden asrama mengadakan roacall. Dia berpesan supaya jangan merayap di waktu maghrib dan duduk di dalam dorm sehingga selesai solat isyak. Ketika itu, warden masih belum tahu tentang kejadian di atas. Aku sebagai ketua asrama(hehehe) dengan senang hatinya mengadakan roacall sekali lagi. Aku dengan nada tegas menasihati agar menjaga kebersihan diri tambahan yang h**d. Taulah aku puncanya kenapa. Semuanya angkara manusia yang tak bertanggungjawab membuang pad ke dalam tong sampah biasa tanpa mencucinya.

Sepanjang aku mengomel di hadapan, Haneem hanya tertunduk malu. Aku menjadikan perkara itu sebagai pengajaran bagi yang lain. Sekian….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

dhia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

2 thoughts on “HISTERIA”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.