Histeria beramai ramai.

Terima kasih FS sebab siarkan cerita saya ni eh. Mintak maaf kalau cerita ni bosan ye! Sekadar nak share experience je hee hope terhibur 🙂

Aku bersekolah dekat sebuah sekolah di Ipoh, Perak. Form 1-3 aku bersekolah seperti biasa takde apa apa gangguan pun. Tapi masuk je form 4 sampai lah form 5 boleh dikatakan setiap hari ada histeria dekat sekolah aku.

Aku masih teringat peristiwa dalam kelas, waktu tu kita orang semua tengah belajar macam biasa, sembang-2 gelak-2. Tiba-2 ada kawan aku sorang ni nama dia yah gelak. Dia gelak sorang sorang, lepastu kawan aku yang lagi sorang ni nama dia tira sound la yah ni, sebab tira ni ketua kelas so dia memang pantang kalau ada orang bising. Dia sound lah ” yah hg ni kenapa gelak kuat kuat, jaga sikit perangai tu, jangan nak seronok sangat “. Yang si yah ni makin kuat gelak dia, lepastu tiba tiba dia menangis, dia menangis sambil gelak. Time ni memang dah selalu sekolah ni kena histeria so cikgu daapt rasa yang si yah ni dah kena cikgu suruh kita orang tenangkan yah ni. Baca surah surah Al-Quran dkt dia.

Tiba tiba member kelas lagi sorang ni nama dia ina. Ina usha padat je dakat yah. Usha taknak lepas lepas. Lepastu ina tunduk. Dia usha lagi, dia tunduk sikit lepastu dia senyum macam, taktahu nak cakap mcm mana sebab cara dia senyum tu memang creepy gila. Mmg meremang berdiri tegak segala bulu. Yang si yah dah tetiba macam nak keluar lari dari kelas, dia dah meronta-2 lepastu jerit-2. Cikgu suruh kita orang panggil ustaz & bawak yah & ina duduk dekat dewan. Time nak pegi panggil ustaz tu terdengar jeritan budak perempuan kelas atas. Waktu tu suasana dah jadi kelam kabut sebab lepas je kena histeria kelas aku, terus macam benda tu menjadi-2 makin ramai budak yang kena histeria duduk dekat dewan sampai sekolah pasang ayat ayat alquran bagi satu sekolah dengar. Time cikgu pasang tu lagi lah teruk jadinya.

Aku masih teringat kejadian yang satu ni memang menakutkan aku. Budak ni dah kena rasuk, lepastu bawak dalam makmal sains. Sebab budak yang dalam makmal sains ni kiranya yang kena histeria teruk lah. Budak perempuan ni budak kelas aliran agama, tapi agaknya tak kuat semangat. Ustaz tu tengah baca baca ayat nak bagi dia okay, lepastu dia berdiri, dia senyum & menari hentak kaki macam tarian india tu tahu kan. Pergh muka budak tu time tu memang creepy level seribu aku rasa macam nak lari pecut balik rumah serious cakap. Lepastu ada abang form 5 ni berdiri depan pintu & azan kan.

Ya ampun maleh kabo le melting dia tetiba rasa nak ajak kapel hahahaha ok lari topik pulak tapi serius memang sedap abang tu azan, rasa macam nak jadi makmum je eheheh. Start daripada situ hari hari yang lainnya akan ada je dengar bunyi budak perempuan jerit sebab kena histeria. Ada yang nampak benda berbulu la dekat depan bilik guru disiplin. Ada pelajar yang pindah sekolah sebab time dia kena rasuk tu, dia sampai hentak hentak kepala dekat dinding & pindah sekolah sebab tak tahan. Ramai yang cakap puncanya dari sekolah sebelah. Tapi hanya Allah je yang tahu.

Aku ada lagi satu cerita pasal akak senior aku. Dia yang aku rasa membuatkan sekolah tu lagi bertambah histeria. Kalau nak tahu next time aku cerita sebab aku tak larat nak type dah nak patoh rase jari ni hahaha

Cerita aku ni tak reka punya tau. Memang true story! Hehe. Ada yang cakap, kalau orang tu kena rasuk, jangan tengok mata dia sebab nanti kalau kau lemah semangat benda tu beralih ke kau pulak. Betul ke?

 

 

2 comments

  1. “Lepastu ada abang form 5 ni berdiri depan pintu & azan kan.

    Ya ampun maleh kabo le melting dia tetiba rasa nak ajak kapel hahahaha ok lari topik pulak tapi serius memang sedap abang tu azan, rasa macam nak jadi makmum je eheheh.” – SEMPAT ko eh? Tapi aku paham… heheh

    Part jangan tengok mata ada betulnya jugak. Sama elak pengang atau mengadap kaki pasal benda tu boleh keluar melalui ibu jari kaki. Nanti terus lompat kat ko. Jangan lupa sambung, tau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *