Histeria Dan Lain-Lain

STORY 1
Assalam. Aku Fina (nama samaran). Kisah aku ni x de lah seram sangat kot tapi just nak kongsikan jerk. Kisah ni berlaku 3 tahun lepas tahun 2014. Waktu tu aku berusia 14 tahun, baru form 2 lah kan. Tahun tu adalah tahun permulaan sekolah kami digemparkan dengan kes histeria (nama sekolah dirahsiakan).

Histeria tu semakin hari semakin ramai yang kene. Aku dikira bolehlah suka gak haha, tapi bukan sebab ada hantu tau!! Tapi sebab boleh balik awal, tu ja hahaha. Lagipon aku boleh dikira dari kecik dah pernah terkena bende2 mistik ni. Contohnya boleh nampak bende tu. Ada yang jelas tapi muka dia memang x ingat atau x nampak. Kadang2 tu ada dengar bumbung rumah dibaling dngn batu. Lagipon aku dok rumah kampung jerk. Rumah kayu+batu. Ok2 dah melalut ke cite lainlah pulak.

Disebabkan aku dari kecik pernah ada pengalaman sebegini, so aku ada lah jugak rasa teruja nak tengok orang kene histeria. Just tengok orang kene je tau bukan nampak bende tu pulak. Boleh terkencing jugak kalau nampak bende tu. Hilang ayu kang. Dari 50 lebih budak yang kene terus hampir jugak keseluruhan budak melayu perempuan yang kene semasa perhimpunan. Time yang dinanti2kan aku nak tengok tibe2 aku x hadir ke sekolah sebab bangun lambat huhuhuhu.

Yang ni aku dengar2 cerita lah kan dari mulut ke mulut x tau lah kebenarannya idok. Waktu tu ustaz2 sekolah kami menahan pelajar melayu untuk berselawat dan membaca ayat2 yang patut bagi meredakan keadaan sekolah yang semakin menjadi ni. Pastu ada satu budak ni lah, perempuan sebaya aku. Nama dia Ita (nama samaran le dok). Dia ni boleh dikira bermasalah lah jugak hehe. Kawan2 aku kata dia ni baru balik dari tandas nak duduklah balik kat perhimpunan lah kan. Tapi tibe2 tu dia menjerit bak kata orang kene histeria lah kan.

Permulaan tu lah diorang yang kat perhimpunan tu beramai2 lah join menjerit. Ada yang termuntah lah, yang x kene tu apa lagi nangis je lah sebab ketakutan. Nasib baik x terkencing?. Ada yang kata masa tu ada sorang akak ni dia nampak satu lembaga ni seakan2 mcm beruk besar lah warna hitam. Dia pon apa lagi pandang tempat lain sambil tutup mata. Then bile dia bukak mata balik, mesti korang daapt agak…bende tu ada di depan mata weyhhh. Maybe sape x kene x tau lah takut dia camne. Apa lagi, nasib ler aakk tu kuat semangat. Dia tutup mata balik then baca ayat kursi sebanyak mungkin and bende tu lenyap.

Masa tu memang haru biru lah kan. Mana x nye ustaz yang pandai ubatkan pon 2-3 orang je. Ok penyebab dia k. Tempat perhimpunan tu bersebelahan dengan surau and belakang tempat perhimpunan pulak terletak asrama perempuan. Ada yang kata ada sesetengah diorang x gheti jaga kebersihan and tau lah ‘roti’ diorang tu dorang x cuci pon just main campak keluar. X pon ada je pelajar yang bukan islam buat cemtu di tandas. Tapi bukan asrama lah sebab asrama tu just untuk pelajar islam sahaja. Tapi sekarang alhamdulillah dah ok.. Cuma kadang2 tu ustaz akan lepaskan ketidakpuasan hatinya biler ada sambutan yang terlampau meriah dibuat sebab takut bende tu terganggu, haaaa!!

Lupa and bende ni JUGAKKK kemungkinan berpunca daripada satu akak ni f5 yang baru berpindah dari sekolah sains2 gitu. Xsure lak tapi budak pandai lah. Ada org kata dia kene buang sebab sekolah dia pon kene histeria yang teruk berpunca dari saka yg diberikan atoknya. Tapi x tau lah kan betul ke x. Kalau mereka tipu so tipulah sayaaa. Tapi dengar cite akak tu lah yang paling teruk kene. Kesian dia. Dia x nak bende tu tapi apakan daya dipaksa. Sekarang x tau lah apa citernya.

STORY 2
Story ni tentang aku jugak. Macam aku cakap, dari kecik lagi aku dah boleh nampak2 bende halus ni tapi x lah teurk mana pon. Tapi alhamdulillah bile semakin meningkat dewasa ni dah x de. Family aku memang jenis mudah nampak lah jugak, terutama aku dan 2 orang akak aku. Memasing pon just waktu kecik je nampak. One day ni waktu nak tido, dalam umur 6/7 tahun waktu aku kene ni. Waktu kecik2 tido dengan mak ayah. Soaku ni sebagai tembok penghalang antara mak dan ayah aku haha. Aku tido tengah2 tapi paling aku rapat bile tido adalah dengan mak aku. Aku ni jenis suka himpit mak aku bila tido sebab aku rasa selesa and selamat tau. Kitorang ni tido atas tilam je, bukan katil.

Kat kepala kitorang ada satu almari lama. Almari tu ada sejak mak ayah aku kawin lagi. Waktu tu bapak aku tengah baca selawat2 yang ada dalam buku. Bapak aku memang suka baca buku2 agama ni. So lampu bilik pon masih terpasang. Mak aku baru je lelap and aku pon nak joinlah kan. Pusing sana sini x tido2. Tibe2 x tau camne kepala aku ni boleh nak pandang atas. APALAGI, nampak ler pontianak tengah mencangkung atas robok tu dengan kepala dia terjuntai2 tengok2 aku. Muka tu aku x ingat lah, tapi x macam yang selalu orang citer kain kotor lah apalah. Aku rasa macam x kotor kain dia tapi sumpah memang aku x ingat sangat warna ke kan. Aku tau jerit je. Ayah mak aku apalagi terbangun lah tengok tempat yang aku tunjuk. Bile bapak aku nampak terus lah terkeluar nama “ALLAH”, “ALLAHUAKBAR” berulang kali.

Bende tu main cak2 tau. Jangan pikir hantu x tau main. Dia boleh pulak jengukkan kepala dia kat pintu bilik. Akulah orang yang akan tunjukkan kat ayah aku. And aku ada feel jugak yang kat ruang tamu kitorang ni ada toyol minum arak (maybe korang rasa funny kan?). Hahaha, aku pon. Bile pon tu terbang keluar and TEMBUS pintu rumah kat belakang dia, ada lah beberapa toyol agaknya. Sku pon x sure ikut srkali dia. Bile dah besar ni aku macam peliklah, aku pikir maybe tu mimpi aku jerk sebab pelik. Tergerak nak tanya mak aku. Bile ditanya mak aku mengiakan. X sangka bukan mimpi. Tu jelah citer. Maaf kalau x best. Banyak citer lagi tapi penat dah taip huhuhuhu.

Manusia rahsia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

10 thoughts on “Histeria Dan Lain-Lain”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.