Histeria Di Sekolah

Assalamualaikum Admin & pmbaca FS . Nama aku Nurul,asal sabah.Cerita yang aku nak sampaikan ni rasanya bukan genre seram kot, cuma nak bkongsi pengalaman yang aku alami sendiri. Maafkan aku kalau cerita ni panjang sangt ya, aku akn cuba pendekkan . hehe

Benda ni b’laku pada tahun 2009, masa tu aku ditingkatan 5, dan yang paling syoknya kejadian tu b’mula pada hari lahir aku . haha

Aku ada banyak sahabat, so pagi birthday aku tu, sahabat2x aku semua plan sambut birthday aku dekat surau sekolah. Ok, aku malas nk cerita panjng pasal “birthday surprise’ tu. Kita straight to the point lah ya.

Selesai sambut brithday tu, masa kami nak naik ke kelas, kami hairan ramai pelajar dekat tingkat paling atas keluar dari kelas diorang, macam tngah jadi sesuatu, selidik punya selidik rupa2xnya ada sorang pelajar perempuan ni kena histeria .

Pelajar tu tengah jalan2x keliling dekat tingkat atas.Bila kitaorang perhatikan betul2x, rupanya pelajar tu adik classmate kitaorang,apalagi pecut naik kelas terus bagitau abang dia pasal adiknya . Dia bgegas naik tingkat atas, ambik adik dia bawa turun ke surau,masa tu satu skolah da heboh pasal dia. Lepastu kami ingatkn benda tu stop sampai situ rupa2xnya itu baru introduction.

Tak lama dari situ, benda ni melarat dari satu orang,btambah dan terus b’tambah, bukan sahaja plajar perempuan dia try,pelajar lelaki pun ada yg kena. Huru hara jugak lah keadaan sekolah masa tu. Keadaan tu berterusan sampailah hujung tahun. Malah masa spm pun ada jugak sahabat aku yg kena sampai dia tpaksa diasingkan ambil paper dekat bilik kaunseling.Kesian dia.

Yang paling aku tk dapat lupa, bila ada beberapa orang sahabat baik aku turut kena histeria. Ada yg kena rasuk oleh jin sesat, ada yg memang dah ada dlam badan,ada jugak yg sengaja nak masuk,kononnya saja testing iman. ALLAHU..

Dalam kelas aku sahaja, ada lima orang pelajar tmasuk tiga orang sahabat aku kena rasuk. Habis tangan mereka luka2x sebab hentam cermin kelas . bayangkan cermin kaca tu,kena tumbuk macamtu saja cuma pakai tangan.

Aku bukan lah sorang yang kuat iman sebenarnya,iman aku pun lebih nipis dari kertas A4 tu tapi Alhamdulillah selama sahabat2x aku kena rasuk, aku yang jaga & pegang diorang,suruh diorang lawan benda yg menumpang dalam bdan mereka tu.Pernah jugak lah aku aku t’lepas cakap dekat sorang sahabat aku tu .

Aku cakap macam ni, ” kau bagitau jin dalam badanmu tu,jangan kasi tunjuk mukanya, buruk. ” dan akibat celuparnya mulut aku,sahabat aku tu renung aku tajam,sorang lagi sahabat aku tutup mulut aku . Ok fine, bila kena tenung macamtu, terus meremang bulu roma .

Ada sekali tu, masa kitaorang khusyuk belajar dalam kelas,kalau tak silap masa tu subjek BM, tiba2x ada sorang budk tngkatan satu berhenti depan kelas kitaorang sambil ketawa, lengan baju dia ada banyak tompokan d***h fresh dan keadaan btambah panik bila dia cuba panjat dinding koridor, macam nak terjun ke bawah, untuk pngetahuan korang, kelas aku dekat tingkat 1, tapi tnggi gila kalau tjatuh boleh sebabkan tulang retak jugak .

Nasib baik ada budak2x lelaki halang dia kalau tak, confirm ada yang masuk hospital, cikgu BM aku da panik gila masa tu,cikgu aku bagi rehat 5minit,nak bagi pulih semangat yg terbang sebab kejadian yg baru blaku depan mata, bila keadaan dah reda, kMi teruskan jugak pnp sbab masa tu percubaan spm dah nak dekat.

Kebetulan,tiga orang sahabat aku ada hadir masa tu, kawan sebelah aku perasan perangai mereka berubah terus dia bisik dkat aku dan arahkan aku pergi ddekat diorang.Walaupun aku sendiri takut nk dekat tapi demi sahbat Aku pndah jugak tmpat duduk dekat sahabat aku,pegang tangan dia dan bawa dia baca ayat Kursi,selawat,suruh dia kuatkan diri lawan bnda tu sambil2x tu aku signal kawan aku suruh diorang bawa sahabat kitaorang yg dua lgi tu buat benda yang sama .

.Alhamdulillah sahabat2x aku kuat,diorang dapat lawan benda tu aku nmpk betapa strugglenya diorang lawan jin yg ada dalam badan diorang, aku hampir menangis masa tu tapi aku tahan jgak sebab aku tahu jin suka dengan orang yg lemah semangat.

Boleh dikatakan setiap hari ada saja pelajar yang kena rasuk, dan yang paling kasihan bila setiap hari badan mereka luka2x sebab cermin . Masa tu keadaan sangat tak terkawal, sana sini ada sja yang kena.Bila keadaan macam tu dah tak terkawal,satu hari,lepas sahaja perhimpunan pagi pengetua arahkan semua pelajar yang kena histeria tu dikumpulkan di surau dimana setiap pelajar tsebut msti ada sorang yg jaga dan guess what, dengan tak semena2x aku terjebak sbb kawan aku yg lain tk berani nak hadap benda macam tu, last2x aku iring 5org classmate aku tmasuk sahabat aku menuju ke surau utama sekolah.

Sepanjang pjalanan ke surau aku risau kalau2x diorang buat onar sbb aku sorang sja kot yg handle dorang,bnyak benda la yg tlintas dlam fikiran, “mcm mna kalau diorang pakat terjun ramai2x, lari, ataupun menjerit time2x macam ni. Siapa nak tolong aku” . Mujur masa tu ada beberapa org plajar lelaki yg sma batch dngan aku tngah duduk2x spanjang jlan dekat surau tu, boleh la mnta tolong kalau ada apa2x jadi nnti.

Sampai dekat pintu surau, sahabat aku Anis (bukan nama sebenar) pulak buat hal, tknak masuk ke dalm, takut katanya.Lama jugak la aku pujuk dia ajak masuk,mula2x dia bkeras tapi bila aku cuba pujuk dan pujuk dan pujuk,akhirnya dia masuk jugak ke dalam walaupun aku tpaksa tolak badan dia sebab dah kaku mcm batu dah aku rasa.Masuk shaja ke dalam surau,Suasana dalam surau tu Subhanallah, memang seram gila.

Meremang bulu roma aku. Masa tu la semua pelajar yg kena tu tkumpul sekali darilah jin yg paling kuat smpaila jin sesat, semua jenis jin ada dlam tu kata ustaz. Xda siapa pun yg berada di dalam surau tu dibenarkan kluar sehingga sesi pemulihan selesai.Kitaorang yg jadi jaga ni diarahkan untk mngambil wudhuk dan baca ayat pelindung. Sesi pemulihan bmula dan sebaik sahaja ustaz kitaorang buka mulut, baca ayat2x ruqyah macam ada satu gelombang bdesup dlam telinga kitaorang, tau apa ? Pelajar2x tu semua menjerit secara serentak .Masa tu memang ALLAH saja yg tau perasaan kitaorang mcam mana.

Sorang sàhabat aku Juli (bukan nama sebenar) panggil aku sambil menangis dia kata badan dia sakit sangat, dia mnta aku bawa dia keluar dari situ masa tu jugak. Tapi walaupun aku kesian tengok dia,aku tahu itu bukan Juli sahabat aku. Sesi pemulihan tu blangsung smpai tengahari,banyak benda blaku spanjang sesi pemulihan tu, ada yg cuba lari, ada jugak pelajar yg tendang pintu surau sebab nak larikn diri, bayangkan pintu surau utama sekolah kami jenis slaid,cermin pulak tu, besar jugak luka dekat kaki budk tu.Kasihn dia,bila dia sedar baru dia rasa kaki dia sakit.

Ada jugak pelajar yg kalau tengok dari cara dia lawan ustaz kami tu,macam dia lah ketua segala jin dekat situ, dia diam,semua ikut diam,dia menjerit,semua ikut menjerit,dia ketawa mak aii seram aku dengar, ada yg badan terangkat,ada yg tiba2 tk nampak apa2x,mata jadi gelap katanya.Aku tahu sbb budak tu menjerit2x kata mata dia gelap xnmpk apa2x. Semua tu aku nampak sendiri depan mata,memang real, aku cuma mampu mengucap panjang masa tu. ramai jugak pelajar yg da sedarkan diri tmasuk sahabat2x aku..

Syukurlah pada haritu semuanya selesai,tapi belum berakhir lagi tau,masih banyak lagi yg jadi lepastu sama ada disekolah mahupun asrama kami.Tapi yang tu nnti lah aku cerita ya,buat masa ni stakat sini sahaja dulu. Yang ni pun ada bnyak part yg aku tak mention sbb nnti panjang sangat,korang malas nak baca da. Akhir kalam, Terima kasih sebab ambik masa baca cerita aku ni.Semoga kita semua dilindungi dari sebarang bentuk musibbah .Aaminn . Assalamualaikum .

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.8]

2 thoughts on “Histeria Di Sekolah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.