Histeria di UUM

“Uum sintok”

Tak kenal maka tak cinta. Itulah perumpamaan yg sesuai utk bakal student uum sintok. Bila aku dapat keputusan upu terus blur.uum sintok? Kedah? Mak aii jauh bebeno . Bila search tengok gambar2 uum rasa nak nangis tengok rupanya uum ni di kelilingi hutan .dah la bila search tu ade pulak terselit pasal hantu2 uum 😂😭tapi ye laa u mana yg takde ‘dia’ kann ..

Hari pertama di uum, lepas parent & family balik aku masuk dalam tandas untuk mandi . Air dari kepala shower dan air mata laju je turun. Tapi dalam hati asyik berdoa smoga aku dapat tempuhi 3 tahun di uum . Tapiiiii tu hari pertama. Hari seterusnya semuanya indah. Uum bestt gile. Semua ada. Nak ape? Go kart? Kolam renang? Padang golf? Taman rusa?

Selama tiga tahun kat sana ada beberapa kali je diganggu dengan makhluk2 tu.

Peristiwa pertama ni berlaku di dpp bank m**ma**t. Kisah budak histeria di parking ap4. Takda kaitan dgn aku pun. Tapi aku dapat instinct ade kejadian tak best nk berlaku la. Selalu aku cuci baju malam-malam tanpa berteman . Kiranya sorang-sorang takde hal la. Tapi malam tu rasa lain macam. Rasa sejuk panas kat tengkuk. Lepas tu rasa ada mata memerhati dari tingkap tandas . Dah rasa tak sedap hati aku masuk ke bilik ambik mp4 . Sambil cuci baju sambil dengar lagu. Tapi beberapa minit lepas tu badan pulak rasa seram sejuk.

Kali ni masuk bilik panggil roomate aku ‘A’. Sambil borak dengan dia sambil aku dengan pantasnya habiskan basuhan. Dah habis kitorang masuk blik. Aku on laptop pasang movie. Dalam kelegaan tu still terfikir knape malam ni rasa lain macam. Rasa takut. Tiba-tiba roomate aku ‘B’ yg baru dari bertelefon kat area parking masuk bilik dan cepat-cepat tutup pintu. Bilik aku ni ada 4 penghuni. Yang ‘c’ tgh tido masa tu. Yang B ni plak tgh bergayut di area parking masa kejadian. B masuk bilik tutup pintu pastu pandang ktorang. “wei ada budak kena rasuk kat parking kete”. Aku pandang A , A pandang aku.

Thats it!!! Ni la benda yg buat aku tak sedap hati dr td. B mulakan cerita “budak tu duduk dlm kete.. lpastu aku taktau ape jd tp ada org tarik-tarik dia suh keluar dari kereta tapi die taknak. Pastu bila dah tarik keluar die baring atas jalan raya.. ada ustaz datang tu kat parking kete”.. aku dgn A keluar sarung selipar pastu trus intai dari balkoni koridor. Nampak ada beberapa orang tengah mengelilingi budak perempuan tu. Yang si A ni mengintai jgk tapi tak pakai glasses dia. Kusyuk dia kecik besokan mata dia.

Budak perempuan yang dirasuk tu masih dalam posisi baring atas jalan. Pastu ustaz ke sapa taktau ambik sejadah dan letak atas badan budak tu & dengan mengejutnya budak tu bdiri smbil menjerit kuat dan berlari. Mak aiii macam dalam movie. Aku apalagi terus pusing & pecut lari nak masuk blik. Bila aku toleh belakang tengok kawan aku si A tengah buat tangan macam teropong sambil die cakap ‘weii apa jadi ..apa jadi aku tak nmpak”.. potong stim btul budak ni. Aku dgn jarak ade la dalam 15 langkah dari si A terus teriak “weii lari weii.. budak tu dah mnjerit macam hantu”..apa lagi si A belari macam kene kejo harimau. Sampai habis selipar die tecabut ntah ke mana.. bayangkan aku dalam 15 langkah depan dia tapi kitorang sampai bilik serentak .

Siap berebut nak masuk pintu.. haha lama jugak la proses nak pulihkan budak tu. Sampai dia dah ok dan di usung masuk bilik paras bawah tapi taktau bilik siapa. kitorang ada dekat balkoni atas bila dia lalu kat tingkat bawah skali tu. tengah dia di usung tu bila dia lalu bawah kitorang tu sambil pejam mata tapi dia senyum.

Macam dalam cerita hantu weiii . Ada la 4-5 orang tengah join kitorang kat balkoni tu semua buat muke tekejut bila nampak muke dia senyum tu. Sekali lagi aku dengan A jadi ratu pecut lari masuk bilik. Dah tau penakut tapi nak tengok jgk. Satu malam aku tak tido. Bila nak tido asyik teringat muke dia senyum. Lepas tu asyik terngiang suara orang menjerit. pastu dengar sore lelaki marah-marah. Tak tau la perasaan aku ataupun mmg ada sesi memulihkan budak tu lagi malam tu. Lepas kejadian histeria tu ada lagi beberapa kejadian histeria.

Katanya melibatkan budak silat. Wallahualam. Ada lagi satu kejadian . Yang ni aku nampak makhluknye. Orang tua naik basikal depan pku uum. Tapi sebab entri ni pun dah panjang aku akan ceritakan dalam next entry k.. terima kasih sudi baca.. ❤️

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *