Hi. Kita jumpa lagi! Ala, ni aku lah yang jantung terkeluar tu. Yes.. Remember me? Sebelum aku ceritakan satu lagi kisah seram, izinkan aku meminta maaf kepada sesiapa yang merasakan aku main-main dan buat lawak. Tujuan utama aku menulis adalah untuk menceritakan pengalaman seram aku, bukan berlawak. Tapi termelawak, nak buat macam mana?
Oklah. Cukup pasal lawak, hari ni aku nak ceritakan pengalaman aku sebagai seorang junior di sebuah sekolah teknik di Kuching. Kejadian berlaku seminggu selepas minggu suai kenal dimana kau akan berkenalan dengan rakan-rakan baru disamping menjadi mangsa buli senior-senior. Malam itu seperti biasa, selepas berjemaah Maghrib, semua penghuni asrama diwajibkan untuk berada di bilik prep untuk belajar, membuat kerja sekolah dan sebagainya. Suasana tenang saja, masing-masing buat hal sendiri. Untuk pengetahuan semua, bilik prep ini terletak di aras paling atas dan berhadapan dengan bilik kami.
Aku sedang bersembang dengan rakan semeja apabila kami terdengar satu jeritan dari aras bawah. Rakan aku memandang wajah aku seolah-olah bertanyakan sama ada aku dengar atau tidak jeritan tadi. Aku lihat sekeliling, tapi kebanyakkan nya menunduk membuat kerja atau bercakap-cakap. Aku geleng kepala, sekadar untuk menyedapkan hati.
Belum sempat hilang debaran dihati, kami terdengar satu lagi jeritan. Lebih nyaring dari tadi. Aku pasti, semua orang dalam bangunan ini boleh dengar jeritan itu. Rakan aku mula mengengsot ke arah aku. Kami dapat dengar dengan jelas suara-suara yang berkata “Tahan dia!”. “Jangan suruh dia naik!”.
Satu bunyi tapak kaki menaiki tangga dapat kami dengar dengan jelas. Perlahan tapi pasti. Apatah lagi kesemua kami diam tidak berkutik. Aku memberanikan diri menjenguk ke luar. Aku dapat lihat sosok tubuh salah seorang senior kami menaiki tangga. Wajahnya menunduk dan ditutupi rambutnya yang panjang. Hati aku berasa gundah gulana. Dari tangga sebelah sana, kami dengar pula derapan kaki beberapa orang berlari anak.
Aku lihat beberapa orang senior yang lain terburu-buru masuk ke dalam bilik prep kami. Salah seorang daripada mereka mengarahkan kami turun ke bawah sementara mereka yang lain cuba menahan senior yang seperti kesurupan itu. Untuk memudahkan cerita biarlah aku namakan senior kesurupan ini sebagai senior A. Warden kami segera memanggil ustaz-ustaz yang berdekatan dan pelajar-pelajar lelaki diminta datang untuk membantu kekecohan di asrama kami.
Pelajar-pelajar lelaki melaungkan azan di setiap penjuru, manakala ustaz sudah memulakan sesi bercakap dengan jin melalui senior A kerana dialah punca kekecohan ini berlaku. Apa yang aku dengar dari senior yang tidak keberatan untuk bercerita, ketika senior A menjerit, dia dikatakan tidak berada di bilik prep senior, sebaliknya berada di dalam bilik, dalam keadaan gelap dan bertenggek di atas locker. Berderau d***h aku mendengar cerita senior itu. Macam manalah dia boleh naik locker tu. Eyyyyy…..
Tiba-tiba terdengar satu suara tangisan. Kami terus menerpa ke arah bunyi tangisan itu. Rupa-rupanya, salah seorang daripada kami cuba menyedarkan mangsa histeria dengan menamparnya. Mangsa histeria itu pun sedar dan memegang pipinya lalu menangis lalu berkata “Kenapa tampar aku?” Kami semua menahan tawa yang hendak tercetus. Memandangkan keadaan masih lagi getir, kami abaikan niat ingin ketawa.
Dahsyat keadaan di dalam surau. Banyak lagi mereka yang tidak sedarkan diri. Kami terpaksa bergilir-gilir menjaga mereka. Sekejap-kejap, ada yang menjerit. Lepas tu menangis. Eh ketawa pulak dia. Dan berulang-ulang rasa macam nak reput dah tulang aku. Ayat yang aku baca entah ke mana, lintang pukang bacaannya. Suara aku antara nak keluar atau tak. Bergetar-getar kerana terlalu takut.
Punca histeria beramai-ramai ini iaitu senior A disoal siasat di bilik lain. Risik punya risik, rupanya senior A ni memang mudah kerasukkan apatah lagi dia dalam keadaan kotor. Jin yang bersembunyi di dalam badannya mengatakan kami pelajar junior telah mengganggu mereka dan juga tinggal di rumah mereka. Dan terbongkarlah rahsia (tak adalah rahsia sangat pun) bahawa bilik yang kami huni selama ini sudah lama terbiar kosong. Disebabkan itu, ada mereka yang lain menghuninya.
Esoknya, bila keadaan mula aman, kami yang menginap bilik sederet dan berhadapan bilik prep disumbatkan di dalam bilik sedia ada di aras bawah. Kami akur dan memberi laluan kepada mereka untuk berumah tangga di situ. Selepas kejadian itu, kami menjalani kehidupan sebagai pelajar seperti biasa, walaupun adakalanya kami masih lagi diganggu. Itulah kehidupan di asrama, tak lari dari gangguan seperti ini. Err, sebenarnya aku tak tahu macam mana nak habiskan cerita ni. Sampai sini sajalah ya. Lain kali aku cerita kisah seram masa aku camping pulak. Bye!
::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Huhu.. aku prnah alami gak kes mcm ni histeria berjemaah.. masa tu aku g kem motivasi, kitaorg kena duk bsila dlm dewan, dlm satu barisan melintang (side by side).
Pastu dorg malapkn lampu, bukak narration utk ingt jasa2 mak bapak.. tp laen pulak jdnya.. haha…
masa mule2 sume dlm dewan mcm nangis sbb teringat mak bapak, last2 jd histeria lak.. dlm barisan aku tu hampir sume kena.. time kt aku, aku xkena org sbelah kiri kanan aku kna.. haha.. mende tu xsuke aku kot.. dia lompat turutan!
histeria dan asrama berpisah tiada