Salam kepada pembaca FS! Nama aku f1rm1no dan terima kasih pada admin kerana sudi publish cite aku sebelum nie.. Thanks jugak pada yang komen siap bagi pendapat masing2, sorry ada part yang aku tak agree(dalam hati je tak brani nk komen) tapi aku respect freedom of speech.. Hak bermain hak kami!! Kepada yang mana terlepas kereta api, ini sambungan cerita aku dulu Home SWEAT Home. Mana yang miss part 1 baik baca dulu sebab nanti takut tak paham.
Lepas makan tengah hari, kami decide untuk pegi ke Pusat Rawatan Islam Darul ***** tapi bukan dekat Bangi tu, jauh sangat! Ape yang berlaku dari A ke Z kami citekan kepada perawat. Perawat akan scan dulu dengan ayat ruqyah sambil tepuk2 belakang badan.. Aku pass takde unsur2 jin dalam badan siap sendawa lagi mase perawat tu tepuk2, nak tergelak bile aku teringat balik muke die. Kah! Turn Akim pulak, die dah macam ikan menggulupur atas darat. Kadang menjerit kadang menangis. Lepas sesi rawatan, perawat ada bekalkan air minuman yang diruqyah dan beberapa tips yang Akim perlu amalkan.
Atas permintaan kami, perawat akan datang bersama pembantu untuk tengok rumah pulak. Hari yang dinanti pun tiba, perawat dan beberapa pembantu die pon sampai lah ke istana kami. Mula2 diorang pusing je dalam rumah, kemudian perawat terus tanya soalan cepu emas yang kami tak jangkakan “kiblat arah mana?”. Ahh sudah. Aku tengok Akim, Akim tengok aku. Kami berdua hanya mampu senyum kambing je depan perawat, kantoi lah kat situ kami memang tak solat. Lepas dah jumpe arah perawat pun start sesi rawatan dengan buat solat hajat. Lepas tu pembantu die pulak azan di setiap penjuru rumah dan last sekali perawat tu pagar rumah dengan air yang diorang dah ruqyahkan. Lepas je sesi pagar rumah, perawat panggil kami duduk di depan die dan terus dapat khutbah percuma.
Antara pesanan die yang aku still ingat, “rumah takkan bersih jika penghuninya pon bukanlah di kalangan pembersih”. Malu tu usah cakap lah, die ingatkan pagar nie bergantung dengan amalan penghuni rumah, serious rasa jahil sungguh kami masa tu! Perawat pesan kalau boleh buatlah kenduri kesyukuran dan doa selamat. Disebabkan kerja aku dan Akim bukanlah macam orang yang keje office hour, so kami kuranglah berkomuniti dengan jiran di situ. Pernah weh jiran aku tegur asyik balik lewat pagi, die ingat aku keje club malam, hampeh!! Jadi kami decide untuk panggil member2 rumah sewa yang aku penah bergelandangan dulu je. Sebabnye ada sorang budak nie agak alim sikit, dalam ramai2 die sorang je reti baca doa selain doa makan. Faktor hujung bulan dan gaji pon masih belum berkunjung tiba, juadah berupa meggi cup dan Coke pon diorang bantai sambil gelak berdekah2 huhuhu.
Alhamdullilah, since dari hari tu dah takde gangguan dalam rumah sewa. Dalam tahun yang sama aku pon dah berkahwin dan masih tinggal serumah dengan Akim sebab wife aku still terikat kontrak dengan company die. So mase hubungan PJJ (perkahwinan jarak jauh), wife aku akan datang stay hujung minggu je masa Akim keluar outstation. Akim pulak, masih mencari teman pengganti. Couple clash cari baru then repeat! Takde chemistry katanya.. Iqa?? Since haritu pernah lah jugak beberapa kali die wassap dan inbox dekat FB, sebab aku masih sakit hati dengan die aku ignore kan aje. Selamat masa tu bluetick dan seen belum lagi wujud, adalah alasan kalau aku terserempak dengan die.
Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Aku punya lah excited balik rumah sebab wife dah wassap ada masak special malam tu, sampai rumah tengok pintu grill terbuka. Aku masuk dalam nampak Iqa dan wife aku tengah rancak berborak di ruang tamu. Aku tengking dan terus halau Iqa keluar rumah. OK aku tipu!!! Dengan menggunakan segala communication skill penuh berdiplomasi, aku berjaya membuatkan Iqa keluar dari rumah. Wife aku inform yang Iqa datang sebab nak amik barang die tertinggal dalam bilik Akim. Salah kiteorang jugak sebab tak penah berterus terang dengan wife aku. Selepas berbincang dengan Akim, kiteorang bergotong royong untuk selongkar bilik die tapi hampa takde ape2 yang pelik pon. So kiteorang decide takde pape yang berlaku dan mungkin Iqa dah boleh move on! Tapi episod baru bakal bermula. Jeng jeng jeng.
Akim dah dinaikkan pangkat ke manager dan kena pindah ke utara semenanjung, jadi rumah nie kire full ownership aku sorang lah. Wife aku pulak dah berenti keje dan jadi fulltime housewife. Masa kiteorang pindahkan barang ke master bedroom, perasan yang Akim tinggalkan almari die maybe sebab berat kot nk angkut pindah, almari kayu tu. So dalam siri kali nie lebih kepada pengalaman kami suami isteri. First time wife aku kena baru je lepas kemas rumah especially bilik stor yang dah macam tongkang pecah. Masa tengah baring atas tilam, kalau korang biasa dengan tilam spring kalau korang berjalan atas tilam bahagian tu akan tenggelam kan.
Wife aku perasan macam ada benda berjalan ke arah die. Lepas die jerit benda tu hilang. Kes bunyi guli jatuh tu boleh dianggap hiburan sebelum tido rasanya sebab aku pon biasa dengar, cume lately nie die macam marah pulak. Biasanya sebiji je guli yang jatuh, kali nie macam die hempas segenggam guli baling ke lantai. Kadang2 time maghrib boleh dengar bunyi botol kaca bergolek. Kreatif betul makhluk nie! Pernah sekali aku balik shift 3 pagi, masuk je rumah aku nampak kelibat Akim duduk dekat favorite spot die atas sofa tenung je aku. Lepas aku kunci pintu, kalih semula tengok dah takde.
Aku dan wife memang ada buat family planning which dalam 2 tahun pertama kahwin, kami decide nak enjoy dulu before bercadang dapatkan zuriat. So dalam tempoh tu kami start bela kucing sebagai AJK keceriaan rumah, kempen jap ADOPT, DONT BUY!!!! Sebabkan haiwan kan boleh nampak makhluk nie, aku perasan yang kucing aku selalu bercakap dengan dinding. Kadang elok je die meow meow meow dongak kepala tengok atas, pastu die berdengus marah pulak siap tunjuk taring. Mulanya aku saspek die kesunyian kot nak kawan, rezeki aku masa tu beli barang dekat 99 speedmart jumpe lagi sekor terus aku kidnap bawak balik rumah (area rumah aku nie bersepah bulu kembang, sape lah rajin membuang).
Lain yang aku harapkan lain pulak yang terjadi, dua ekor nie berjemaah pulak asyik dongak tengok atas! Nak kata ada lipas atau cicak konfirm takde, biasa kalau ada dua binatang tu aku tolong jatuhkan pakai penyapu habis diorang operate cicak sampai terputus badan. Bagus bela kucing nie rumah aku terus sifar lipas dan cicak, tapi sayang dengan tikus dorang surrender!! Pernah sekali diorang hadiahkan sekor belalang depan pintu bilik, wife aku cakap pelesit tapi disebabkan aku tak reti beza pelesit dan belalang maka ke tong sampah lah jawapannya.
Sebelum aku terdetik nak berubat, wife aku kerap mimpi benda pelik terutama waktu period macam ada orang nak kasi baby la, mimpi jatuh dari bangunan tinggi dan paling kerap mimpi ular dan anjing hitam. Dan paling tak best bile maghrib je akan start demam panas sampai le ke subuh, besok pagi elok je die siapkan sarapan. Pernah sekali time demam, aku bawak pergi klinik doktor siap check d***h dah urine clean takde masalah. Sesia aku bayor RM80 untuk 2 papan panadol je, cekik d***h betul klinik tu. So aku dah mula saspek keturunan wife aku mungkin ada SAKA, jadi aku bawaklah ke pusat rawatan islam yang aku penah pegi dengan Akim dulu.
Kali nie jumpa perawat lain pulak sebab perawat sebelum nie dah bukak branch lain. So aku terpaksa la cite balik dari zaman Akim sampai la ke sekarang. Masa sesi scan, dua2 pass takde gangguan dalam badan dan confirm takde saka. Buat kali kedua aku minta diorang datang check di rumah sebab sebelum nie aku penah pagar macam yang diajar perawat sebelum nie tapi tak berkesan. Perawat kedua pon datang lah seperti yang dijanjikan, agak mengejutkan yang diorang jumpe something dibawah almari kayu yang Akim tinggalkan. Rupanye malam tu Iqa datang dan tanam something bawah jubin lantai yang diretakkan lepas tu die tutup bawah almari. Rupa benda yang ditanam tu macam tulang haiwan tapi ada tali macam tangkal lilit tulang tu. Perawat tu tanya sama ada nak die pulangkan balik kepada penghantar ke? Aku sengih je, ikotkan hati memang nak die pulangkan aje bior deme rase balik tapi ikotkan iman aku mintak perawat tu buang je benda tuh.
Since dari malam tu rumah pon dah takde lagi benda yang dihantar, cume kalau yang sesat sebab tersinggah tu mungkin ada sebab perawat tu bagitau yang rumah akan ada tanda pernah “diduduki” tapi bile makhluk tu sedar ada manusia dalam rumah tu, diorang akan sendirinya keluar jika tuan rumah tu kuat amalannya. Antara tips yang aku nak share dari perawat nie aku google rupanya dari hadis yang sahih. Dari Abu Hurairah meriwayatkan “Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan, sesungguhnya rumah yang dibacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan”.
Die pesan kalau setakat bukak youtube ayat ruqyah 24 jam pon tak jalan sebenarnya. Kalo sehari baca satu atau dua muka surat, tak sampai sebulan dah habis satu Surah Al Baqarah nie. Benda nie aku pegang dan mula2 memang merangkak jugak nak membaca, alhamdulillah lepas berguru makin lancar bacaan. Al Quran nie kita kena baca, paham dan amalkan bukan bukak, dengar dan tak paham langsung. Baru lah kita dapat manfaat dan syafaat dariNya.
Rumah tu aku still sewa sampai sekarang. Dengan kos sara hidup yang makin meningkat naik dan BR1M pon tak masuk lagi sampai sekarang, bagi aku sewa die masih mampu bayar dan yang penting tuan rumah jenis tak kacau dan percayakan aku sebagai penyewa. Aku dan wife pon dah ada 5 anak, sorang anak laki dan 4 ekor kucing. Heheh bagi aku diorang bukanlah hanya haiwan peliharaan tapi lebih kepada family. Akim pulak dah bertemu jodoh dengan pilihan sendiri, masa kenduri kahwin sempat lah aku bergossip dengan mak die. Katanya Akim sebelum nie ditutupkan nafsu dengan perempuan, disusahkan dapat jodoh.
Mungkin sebab tu jugak lah die kerap tukar pasangan sebelum nie. Selamat die tak decide nak tukar selera kepada lelaki, vongok betul idea penyihir nie. Iqa aku dah totally lost contact sebab aku sendiri yang block die dari phone, whatsapp sampai le FB. Last reunion dengan ex-colleague masa kenduri Akim, aku dengar sipi2 je yang Iqa sekarang keje dengan international airlines, company mana aku malas nak amik berat! Aku tak berdendam pon dengan ko, mungkin sebab ko terlalu ikutkan nafsu dan tak dapat terima qada dan qadar! So better move on dan tepuk dada tanyalah iman. Maka tamatlah siri Home SWEAT Home!!
1. Meminta bantuan selain dari Nya boleh dikategori syirik dan boleh menjejaskan akidah! Allah SWT tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan seseorang. When life knocks you down on your knees remember it is the perfect position to pray
2. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu – Az Zariyat (56)
Assalamualaikum…
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
patut la mak akim x berkenan kt iqa pun…dlm cite yg lepas 2, agak kurang ajar adik beradik iqa.. sbb berani menyindir mak akim…walaupun mak akim x suka iqa tp sebagai yg muda x patut la diaorg wat g2…
Assalam…sangat sangat suka part ADOPT, DONT BUY!!!!..beruntungnya dapat jenis kembang…tapi idokler pilih bulu yang namanya miaw…sume dirembatnye hihi…tapi cite encik nama susah nak sebut ni memang besh…terima kasih..pas ni update ler cite pasal kucing opss cite pasal hantu + kucing lagi eh..k
boleh bagi saya kucing bulu kembang sekor?
????
aku baca part dah ade 5 anak tu aku stop jap sambil fikir, cepatnye dh anak 5 dah tahun bila cerita ni last2 sorang anak 4 anak kucing. k kelakau hahahah!
Best