Home Sweet Home

#Cekmok- Home sweet home
Assalamualaikum semua !
Kejadian yang aku ingin kongsikan ini berlaku semalam dengan keadaan hujan rintik-rintik. Aku memang asal dari kampung dan rumahku hanya rumah papan . Depan rumah aku tu ada batu-batu (Sekadar berkongsi). Selepas waktu maghrib time tu dalam rumah hanya ada aku dan mak aku je . Yang lain semua kerja termasuk abah aku takde kat rumah memandangkan abah ke rumah nenek .

Sedang asyik aku tengok tv dengan mak aku, tetiba mak aku tak sedarkan diri . Aku pun tak sedar bila mak aku jadi begitu disebabkan aku fokus tengok tv . Mak aku ni sakit dah lama, masa aku form 4 lagi sampai sekarang masih tak berubah . Banyak tempat family aku cuba ikhtiar untuk berubat mak aku. Malangnya masih sama dan makin menjadi pun ada . Kekadang jiran tetangga cakap macam-macam tapi kami family tahu cuma sabar jelah . Maklumlah manusia ni kekadang kalau tak kene dekat diri sendiri tak tahu . Sesuka hati je cakap mak aku sakit tak tahu punca dari mana . Dah berubat tapi masih sama keadaanya. Dan yang paling aku sakit hati cakap mak aku menuntut ilmu . Kalau ikutkan hati aku hendak saja sembur dekat muka baru tahu . Ada jiran kalau menyakitkan hati baik tak payahkan . Tapi tulah kekadang jiran penting juga jika berlaku kecemasan . Sebabnya jiranlah yang akan membantu saat-saat seperti itu.
Berbalik kisah tadi, mak aku masih tak sedarkan diri dan tetiba mata dia pandang ke atas sambil mulut mengunyah apetah aku pun tak tahu . Aku ni dah memang seorang penakut apelagi terus berdiri dekat pintu rumah . Aku tak masuk dekat mak aku sebab takut . Pernah terjadi pada aku, masa tu aku seorang diri, kemudian aku masuk dekat mak aku selawat-selawat, baca ayat kursi, mak aku pegang tangan aku sambil tersenyum habis berdiri bulu roma aku ni ishh. Cepat-cepat aku keluar terus berlari ke rumah member aku pergi panggil dia. Sebab itulah aku kalau mak jadi begini aku terus berdiri dekat pintu tambah-tambah aku tinggal seorang saja di rumah.
Waktu aku tengah berdiri dekat pintu rumah, tangan aku awal-awal lagi pegang pintu nak lari. Lepas mak aku bangun dia terus ke dapur buka pintu sebelah kiri . Aku follow mak aku, pintu depan aku buka . Aku ikut mak aku ke dapur dan aku tunggu kat tengah ruang dapur. Aku tak turun bawah . Kat bawah tu dapur simen . Yang tengah dan luar tu papan je . Lepas mak aku buka pintu sebelah kiri dia tutup dan pergi bukak pintu sebelah kanan pula . Aku panggil mak aku tapi dia tak hiraukan pun . Dia terus tendang pintu sebelah dalam . Lepas tu tendang sebelah luar pula . Dia pergi kunci pastu dia tarik-tarik pintu tu sampai tercabut . Pintu kayu pun tercabut ditendang tariknya . Last-last dia pandang aku yang duk panggil dia. Perlahan-perlahan dia pandang aku sambil senyum yang menakutkan aku apelagi terus berlari keluar rumah menuju ke rumah member aku yang merupakan jiran dekat kawasan rumaah aku juga sambil berlari. Berpeluh-peluh berlari ditambah lagi dengan peluh ketakutan aku.
Nasib dekat je rumah member aku. Sampai je rumah member aku ni terus aku ketuk dinding rumah dia sampailah ke depan rumah sambil menjerit memanggilnya . Dia keluar je rumah aku tarik tangan dia tak sempat cakap time tu . Dengan kelam kabut tarik nak ke rumah aku. Sorry ye ecah. Sampai depan rumah aku tarik tangan si ecah ni naik tangga suruh naik atas , dia tahu mak aku seperti itu sebab tulah ecah tak banyak tanya . Aku suruh ecah masuk dulu tengok keadaan mak aku , dia tolak aku srh masuk . Last2 dia tengok dekat celahan ubang kecil mak aku duduk baring . Aku pun masuk duk tepi pintu dengan ecah ni . Takut ape-ape jadi sebab dia pun penakut jugak . Mak aku bangun buat-buat pilih baju yang dah siap sangkut belakang pintu . Yang si ecah ni bukan main boleh layan drama, hampeh sungguh! Aku asyik tengok keadaan mak aku je okey ke tak lagi. Tetiba mak aku pandang aku dengan mukanya yang berubah menjadi tua bekedut terus aku tepuk paha si ecah ni . Bila si ecah tengok mak aku bongkokkan badan dia sambil senyum muka dah macam orang tua. Terus aku dengan ecah ni tak boleh bangun nak lari keluar rumah . Sebab tak sanggup dan takut teramat . Merangkak lintang pukang aku dan ecah nak bukak pintu . Sampai jatuh terjelopok keluar rumah habis gegar rumah. Nasib tak runtuh rumah aku home sweet home ni. Sampai dekat tangga aku dengan ecah ni terus dapat lari dengan selipar tak pakai kaki pijak batu tak terasa sakitnya sebab takut punya pasal.
Jiran sebelah dengar aku n si ecah ni berlari diorang keluar tanya kenapa kami lari dan bunyi ape seperti mahu runtuh rumah aku. Aku pun bagitau dia . Kebetulan abah aku balik. Fuh lega teramat dalam hati ni. Abah aku terus naik tengokkan mak aku. Yang mak aku ni tetiba ok. Kalau abah ada takde nak jadi begini. Yang aku pun dengan smuka tak takut konon-kononnya ajak si ecah ke kedai . Dengan selamba atas motor duk sembang hal tadi. Kedai dekat dengan kilang je . Tapi lepas beli saja balik ikut laluan jauh pusing kampung dulu. Dahla hujan lagi tapi masih sembang hal sama kan takde pasal kene . Aku pandang depan je si ecah ni asyik pandang depan kiri kanan kan tak pasal-pasaal si pocong duk berdiri kat pokok pisang tengah pusing nak pandang ecah. Terus ecah suruh aku lajukan motor sebab takut. Mulut aku ni duk membebel suruh dia mengucap. Tunggang langgang bawak motor nak cepat. Sampai rumah terus lari balik rumah masing-masing. Dan hari ni si ecah demam sebab kejutan semalam. Be strong yaa ecah. Yang jiran duk gelakkan je .
Ada masa aku kongsi lagi kisah-kisah yang berlaku dalam home sweet home aku ni. Thanks warga fiksyen shasha dan pembaca yang budiman.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Shiraa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

13 thoughts on “Home Sweet Home”

  1. Maaf. X dapat nak baca sampai habis. Migrain. Berlari sana, berlari sini, tendang pintu kiri, kanan, depan, belakang. Dan tetiba keluar nama ecah tanpa mukaddimah. Susunan cerita kelam kabut sikit dan kurang “descriptive” jadi tak dpt nak bayangkan suasana, apalagi nak timbul rasa seram.

    Reply
  2. Secara kasar saya faham ape y penulis ingin sampaikan dan bg saya cerita penulis best! akan tetapi boleh diperbaiki lagi dr segi penceritaan supaya jd lagi tenang dan teratur. Keep it up, dont give up ?? Smbung lagi ?

    Reply
  3. Adoiii napas2!..Semput ahkak bc dik.mcm lari 100m tau.adehh..cite best.tolong tulis lg.tp olahan tu baiki. Supaya akak bole bc dgn tenang smbil mkn kuaci.kipidap!! 6/10

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.