Home sweet home

Assalamualaikum pembaca fs.Ini kali ketiga aku menulis kat page ni selepas cerita sihir 4 penjuru. Kali ni aku nak cerita pengalaman seram melibatkan my home sweet home.

Aku ceritakan sejarah rumah kami dulu ya. Rumah teres 2 tingkat di kejiranan yang tak ramai melayu, dalam 1deret hanya kami je yang melayu. Rumah ni dulu home sweet home bagi kami tapi malangnya selepas peristiwa mama disihir teruk rumah kami pun turut disihir. Macam mana aku tahu?

Pada suatu petang, hanya ada papa, mama, abang no 2 dan aku berada kat rumah masa tu. Kami berborak-borak diruang tamu tiba-tiba, “prappp, prapp..papppappppapp!!!”. Terdiam serentak semua bila terdengar bunyi dari dapur lalu kami berlari ke dapur nak tengok bunyi apa tu. Ok terkejut gila kitorang tengok tiles dapur pecah retak terbelah 2 macam ada gempa bumi dalam rumah kitorang. Tanah membukit keluar dari lantai dan muncul sejengkal batu kristal dari situ. Batu kristal tu bentuknya macam pensil besar tu panjang dan hujungnya tajam. So korang boleh fikir logik la kot fenomena apekah itu huhu.

Since then mama papa pun renovate balik lantai dapur tu dan seluruh rumah tapi diorang tak duduk pun rumah tu. Diorang ada rumah lain kat kampung. Mama tak boleh duk rumah tu lebih dari 3 hari nanti nampak muka papa bertanduklah, berubah muka b**i lah huhu. Diorang pergi berubat merata-rata sihir yang dikenakan kepada mama tapi diorang lupa nak ubatkan rumah kami huhu. Sihir pemisah yang dikenakan keatas sesiapa yang tinggal di rumah tu. Rumah tu selepas tu pernah diduduki abang nombor 3, isteri dan anaknya. Pernah juga diduduki aku, suami dan anak-anak. Ironinya selepas itu, aku bercerai dengan suamiku dan abangku bercerai dengan isterinya. Wallahualam. Aku anggap itu ketentuan tuhan.

Kisah aku lebih kepada kisah masa aku sudah menjanda. Nak cari rumah lain aku tak mampu, kalau rumah murah nanti tak selesa pulak jadi aku masih tinggal di rumah tu ditemani anak aku 2 orang. kadang-kadang aku tinggal sorang je bila tiba giliran bekas suami aku dengan anak. Memang banyak gangguan yang aku alami masa tu. Mungkin sebab aku banyak bersedih dan kesorangan. Tapi aku pilih cerita yang gangguan melampau sikit eh.

Malam tu hanya aku dan anak bongsu ku ada di rumah. Kami dah tidur masa tu tiba tiba aku terjaga dari tidur bila terdengar bunyi macam orang tengah gergaji sesuatu. Kuat weh bunyi dia! “Krekkkkk, krekkkk,” perlahan kemudian semakin laju. Kemudian perlahan balik. Bunyi datang dari atas bumbung. Dalam kepala aku time tu memang fikir perompak je. Aku terus berdiri atas katil dan menjerit “hoiiii!!!!”. Hahaha konon kalau buat macam tu perompak terkejut cabut lari. Tapi bila fikir balik kalau perompak takkan buat bunyi bising mesti senyap senyap je kan. Tapi sayangnya bunyi tu berhenti sekejap kemudian bersambung balik.

Sumpah aku menggigil takut masa tu aku tidur balik peluk anak aku. Aku whatsapp jiran aku janda india yang baru je berpindah masuk 3 hari lepas. Aku tanya dia ada dengar apa apa tak. Dia cakap tak lepas tu dia plak yang menggelabah takut. Aku dah tak fikir banyak terus call polis bagitahu ada perompak nak masuk rumah aku. Polis cakap akan hantar bantuan sebentar lagi. Sementara tunggu polis sampai bunyi gergaji tu berhenti. “Ehh, da diam”, bisik aku dalam hati. Tiba tiba, “dap, dap, dap, dap”, bersambung dengan bunyi tapak kaki berjalan jalan atas bumbung aku. Aduhhh! Perompak tu dah masuk ke? Habisla kalau dia rogol aku macam mana. Sumpah aku dah menggigil takut. Tak berani nak bergerak langsung.

Masa tu baru terfikir nak baca ayat kursi. “Mungkin nanti perompak masuk pun tak nampak aku takdelah aku kena rogol”, aduhh imaginasi aku ni pun huhu. Lepas aku baca berulang kali keadaan jadi senyap sunyi. Takde dah bunyi tadi. Telefon aku berbunyi rupanya polis dah sampai depan rumah. Aku whatsapp janda india tu suruh keluar sekali kot-kot perompak masuk rumah dia sekali tapi dia taknak. Certt penakut betul. Polis masuk rumah aku, check semua bilik bumbung semua takde langsung tanda pecah masuk. Aikk biar betik? Polis siap cakap bunyi tikus kot. Aku macam whattttt? Aku tahulah bunyi apa yang aku dengar. Lain gila kot. Then baru aku teringat kalau bukan orang confirm benda tu mengusik aku lagi. Benci. Malukan aku je.

Ada suatu senja aku balik kerja penat nauzubillah, masa tu tengah datang bulan pulak tu aku tak sedar aku tertidur maghrib tiba tiba aku terdengar bunyi dari bawah katil macam bunyi harimau bernafas. Terperanjat weh terus terduduk tegak. Ingat tak dari cerita lepas sihir 4penjuru yang ustaz tu kata aku ada saka harimau? Mungkin harimau tu la kot. Aku pun tak sure. Lepas tu tingkap sliding kat atas kepala aku bergegar-gegar kuat. Tingkap tu memisahkan antara bilik dengan dapur. Mustahil angin yang gegarkan. Double terkejut aku terus bangun mandi keluar rumah huhu. Pernah sekali aku tengok tv siang hari. Cerita apa entah aku bosan mengantuk aku tutup astro sekali dengan suis dekat dinding tu aku tutup. Aku keluar bilik tv berjalan ke tangga nak naik atas aku terdengar bunyi-bunyi dari bilik tv.aku patah balik bilik tu tengok tv terbuka balik siap terpasang astro channel sama tadi weh. Mungkin dia tengah tengok tv tadi aku gi tutup. Aku tutup balik. Nak tengok free je bayar ah bill astro sekali! Kah!

Malam tu turn aku tengah sedap tengok tv dia pulak boleh tutup tv! Kurang ajo betul. Terkejut aku terus berlari sampai keluar rumah hahaha. Lepas hilang terkejut aku masuk balik rumah aku. Nak buat macam mana rumah sendiri kan kenalah tunjuk whos the boss huhu. Ok lah aku rasa macam panjang pulak cerita kali ni. Aku pun dah tak duduk rumah tu lagi selepas 2 tahun dan bertemu jodoh baru. Assalamualaikum.

Cicitmahsuri

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

6 thoughts on “Home sweet home”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.