Homestay Dekat Pulau

Assalamualaikum dan salam sejahtera di ucapkan kepada admin fiksyen shasha dan tidak lupa juga kepada semua warga fiksyen shasha. Terima kasih banyak-banyak sekiranya cerita yang bakal aku kongsikan ini dapat disiarkan. Cerita ini mungkin tidaklah seseram mana, seperti cerita-cerita yang sebelumnya. Tapi ini adalah salah satu daripada kejadian seram yang aku lalui. Seperti biasa sebelum memulakan cerita, aku Faz ( bukan nama sebenar) berumur 22 tahun, berasal dari Sabah.

Sebelum nak mula ni, aku nak minta maaf jika penceritaan yang aku kongsikan ini kurang dipahami dan tidak menjadi cita rasa korang. Okay, tanpa membuang masa, aku terus saja memulakan penceritaan aku yang bertajuk Homestay Dekat Pulau.

Pada tahun lalu, aku pernah bekerja di satu Homestay yang tidak jauh dari tempat tinggal aku sekarang ni. Tempat kerja aku dulu ni adalah di satu Pulau yang mana ramai penduduk dari kalangan kaum Bajau. Perjalanan ke Pulau dan terus ke Homestay tidaklah lama sangat dan kemungkinan mengambil masa kurang dari sejam perjalanan. Mengenai nama pulau itu biarlah dirahsiakan bagi tidak menjadi isu dan tidak menjadi masalah juga kepada pelancong yang lain. Sewaktu aku bekerja di sana , banyak pengalaman yang aku dapat pelajari dan banyak juga kenangan seram yang aku lalui. Bukan sekadar kenangan manis yang terpahat di hati, tapi kenangan seram yang aku lalui ini juga sudah bertakhta di hati sendiri.

Untuk pengetahuan korang semua, laluan perjalanan aku balik dari kerja ke rumah mengambil masa dalam 10 atau 15 minit berjalan kaki. Untuk balik ke rumah, aku terpaksa lalu dari belakang Homestay, sebab hanya itu saja yang ada jalan terus ke rumah. Padang bola sepak bagi perkampungan harus di lalui, yang mana tidak jauh dari hutan, laluan dari belakang kampung, yang mana juga terpaksa melalui tanah perkuburan orang kampung. Kalau nak fikir sangat, lalu kubur pun dah rasa seram, Kan? . Kalau nak lalu dari kuburan tu memang dekat. Tapi sebenarnya ada juga jalan lagi satu yang mana, kita tidak akan lalu tanah perkuburan. Kita akan jalan dari pantai, cuma mengambil masa sedikit.

Masa aku bekerja dekat homestay ni jarang sangat aku kena balik pada waktu yang awal dan selalunya aku akan balik pada waktu selepas senja, sebab nak bawah pelancong jalan-jalan dekat dalam pulau dan terus bawa pelancong yang datang ni untuk tengok matahari tenggelam. Sudah menjadi rutin harian aku bekerja bawa pelancong sampai waktu habis senja. Yang baiknya aku ada kawan balik ke rumah dan kami akan sama-sama balik ke rumah berdua. Rumah yang aku tinggal ini adalah rumah pakcik aku dan rumah kawan aku tu tak jauh dari rumah yang aku tinggal. Jadi sudah menjadi kebiasan kami akan balik bersama selepas waktu bekerja.

Ada satu hari tu, kami berdua terpaksa lewat balik ke rumah, sebab terpaksa bawa pelancong tengok kelip-kelip dan juga tengok Blue Ice ( warna-warna biru dilautan ). Pekerja lama di situ panggil Blue Ice dan ada juga yang kata Light Blue Water. Masa tu pekerja yang perlu bawa pelancong ni tengok kelip-kelip dah balik awal sebab boss pun lambat nak bagi tahu pekerja yang sepatutnya. Jadi terpaksa kami yang bawa ke semua pelancong pada malam tu. Kawan aku ni aku namakan dia sebagai Zul, seorang yang berani sedikit berbanding aku. Bukan apa dah dekat kampung dia, lagi pun dia lebih banyak tahu berbanding aku. Berbalik kepada cerita tadi, selesai saja bawa pelancong tengok matahari tenggelam, kami terus hantar pelancong ke homestay.

Sampai saja dekat homestay, boss mengarahkan kami untuk tidak balik dan kami perlu berkerja lebih masa, kira over time la masa tu. Tapi yang tidak baiknya terpaksa balik lebih dari pukul 9 atau 10 malam. Selesai saja bawa pelancong malam tu , kami terus balik ke rumah. Sebenarnya boleh saja tidur bermalam dekat homestay tu, sebab ada bilik tersedia kepada pekerja. Tapi kami mengambil untuk balik ke rumah pada malam tu juga.

Pada waktu tu, mungkin dalam 9.30 malam kami selesai. Kami berdua jalan dari laluan padang bola sepak. Masa jalan berdua dengan Zul tu, aku sudah mula rasa seram, sebab waktu tu adalah pertama kali aku balik lewat sepanjang aku berkerja dekat sana. Kawasan yang gelap dan sunyi terpaksa di lalui. Waktu dalam perjalanan tu, tiba-tiba aku terpandang satu lembu tanpa kepala dan bersaiz besar. Masa tu jugalah aku terus pegang erat tangan Zul dan terus berjalan dengan laju. Masa tu zul rasa kehairanan dan terus kata dengan aku, ” Oiii…. Kau dah kenapa tiba-tiba pegang kuat tangan aku ni ” . Aku hanya mampu kata tiada dan terus berjalan.

Selepas dari laluan padang bola sepak tu, kami ambil jalan dari pantai, sebab bagi aku masa tu lagi selamat ambil jalan dari pantai berbanding jalan dari kuburan. Tapi nasib tidak menyebelahi, dalam masa perjalanan dari pantai tu memang rasa menyeramkan juga. Tetap juga terasa sunyi sepi. Dan sekali lagi gangguan yang hadir, dan kali ini Zul juga turut serta terlihat makhluk tu. Satu tubuh hitam yang besar dan terlihat seakan bayang-bayang cuba menghampiri kami. Alangkah terkejutnya kami berdua pasa masa tu, tanpa fikir apa dah, kami terus lari dengan langkah seribu.

Keesokkan harinya, barulah aku ceritakan kepada Zul yang aku ada terlihat lembu tanpa kepala sebelum terlihat makhluk seakan bayang-bayang tu. Sampai di sini saja cerita pertama yang aku kongsikan ini. Andai cerita ini diterima, aku akan kongsikan pengalaman seram yang lain dan masih juga dengan tempat yang sama iaitu dekat homestay aku bekerja ni… Sampai jumpa lagi… Terima kasih sebab dah luang masa dengan membaca cerita aku yang tak seberapa.. Sekian…. Assalamualaikum..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.3]

8 thoughts on “Homestay Dekat Pulau”

  1. Apesal teruk sangat standard cerita dekat FS sekarang ni? Main tangkap muat je. Tak kisah walaupun isi macam hampeh, tulisan merapu². Cerita tak seram langsung. Gambar hiasanpun guna font yang sama je. Kami nak balik admin lama please. Tolong pecatlah admin intern ke apa yang sekarang ni. Memburukkan FS je. Tak reti buat kerja!!

    Reply
  2. ok lah..lain dari yang lain..kurangnya kita tahu setan berupa ikut kebudayaan setempat..aku tak pernah tpiki lembu tak ada kepala untuk takutkan manusia tau..

    Reply
  3. cte best tp mcm x smapai je.. dh kenapa asik ckp nk minta maaf bagai.. intro penulis yg pjg2 ni p****g mood btl…

    tlg la tulis cte tu btl2. combine je la dlm satu kisah. x pyh sibuk2 nk sambung2 bagai. sb cter yg ptma pun klimaks x sampai! kalau cter terus beberapa part, kan senang.

    Reply
  4. Berguna juga cerita2 camni. Time2 RMO ni. Aku bedal je baca semua crita. Harini RMO hari ke 7.stay safe malaysia.. Stay at home.. 😘

    Reply
  5. Pembaca yg komen kata x sampai klimaks ni aku x faham ke apa kejadahnya. Dah budak tu dikacau oleh setan yg berupa benda tu, tentulah yg tu je dia cerita.
    Dah budak tu cerita dia kena kacau masa nak balik rumah je., bukan cerita dia sampai balik rumah pun.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.