Homestay Seremban

Hai semua. Saya Hazirah. Pada Mei 2016 Rumah atok sedara (adik nenek) saya buat kerja kahwin iaitu anak perempuan mereka sepupu mak saya. Nenek sedara saya tempahlah sebuah homestay di taman tempat tinggal mereka supaya kami boleh stay kat sana sebab majlis nikah and bersanding hari yang lain.

Kami dari Johor hanya sebuah kereta je. Kami berlima. Aku, nenek, atok, makcik and anak makcik aku. Family aku tak pergi sebab abah aku dah sakit so akulah jadi wakil.

Nak dijadikan cerita malam tu aku tidur sorang je kat dalam bilik. Rumah tu ada 3 bilik. Bilik depan nenek uda (moyang aku) neksu and anak neksu. Bilik tengah kami berlima. Bilik belakang atok sedara aku (adik nenek aku) bujang agi.

Tapi malam tu aku tidur sorang je dalam bilik tu. Atok nenek makcik aku and anak dia tidur luar kat ruang tamu.. Diaorang suruh aku tidur dalam bilik. Cuak gaklah nak kena tidur sorang2 sebab aku jarang tidur sorang2 dah tu dekat tempat aku tak pernah pergi.

Nekad beranikan diri je. Tengah main wasap dengan kawan aku pukul 12 malam ucu ku sekeluaga datang. Aku ajak makusu aku tidur dekat dalam bilik dengan aku. Tapi dia nak tidur luar gak dengan ucu aku. Aku terus ajak anak dia baru berusia 7tahun tu tidur dengan aku. Fuuhh lega. Nasib baik dia nak.

Kami terus masuk bilik lepas borak2. Pintu bilik aku tak tutup rapat sebab takut si Atikah (anak ucu) ni nak kencing ke cari ibu dia. So kami pun mula lah baring2 atas katil. Mata mmmg xleh tidur. Yelah tempat baru tak pernah pegi tu yang susah nak tidur. Adik sedara aku ni mula2 mengiring mengahadap aku lepastu dia pusing menghadap dinding.

Dia pulak mcm orang resah..Aku tanya..

“kenapa Ika?? Tak boleh tidur ke??” Dia anguk je..

Aku pon suruhlah dia baca doa tidur baca surah 3 kul. Lepas baca dia diam pejam mata. Tiba2 dia tanya aku..

“Kakak, yang dekat belakang pintu tu apa?” Perghhh.. Takut gaklah.. Sebab aku ni boleh dikategorikn penakut. Hahaha. Aku pun tengok belakang pintu. Nasib baik xde pape. Aku cakaplah kat dia tu telkung lah. Pelik gak sebab aku gantung telkung tu berlipat bukan terburai cmtu. Tapi aku dia je.

Tiba2 dia kata nak tidur luar dengan ibu and ayah dia. Aku bagilah alasan kat luar dh penuh x de ruang. Sebab x nak bagi Fia tinggalkan aku sorang2. Tapi dia kata ada. Aku pon bagi jelah takut dia nangis. Tapi aku still x tutup pintu rapat. Aku pun mula lah baring and cuba lelapkan mata.. Dalam pukul 2 lebih gak aku tertidur.

Tiba2 dalam pukul 3 pagi aku tersedar sebab bunyi bising sangat dekat dapur. Mula2 malas nak layan. Aku dengar orang buat airlah. Bunyi orang tarik kerusi plastik, orang bercakap and bunyi orang bongkah kabinat dekat dapur. Makin aku malas nak layan makin kuat bunyinya.

Aku fikir atok sedara aku nenek uda aku and neksu aku bangun buat air. Lapar agaknya. Sebab malam tu kita org x kluar pon. Masing2 penat. Makan pon mse mjlis nikah petang tu. So aku diamkan jelah. Maybe dorang lapar.

Tapi makin kuat bunyi bising tu. Aku jadi makin sakit hati pulak. Aku terus bangun dari katil sebab nak pergi tanya diaorg buat apa? Cari apa? Biar aku tolong. Tapi kaki aku terberhenti dekat belakang pintu sebab tiba2 aku rasa pelik sangat.

Kenapa diaorang tak buka lampu dapur??? Takda langsung cahaya lampu dari dapur. Aku jadi cuak gaklah. Bunyi tadi dah tak kuat sangat. Aku terus baring semula. Nasib baiklah aku buka surah ayat2 Al Quran.

Tulah peneman aku tidur . Nak dekat pukul 4 baru terlelap. Esok paginya lepas sarapan aku dengan nenek aku baring2 atas katil. Majlis tengahari. Aku pun tanyalah nenek aku ade bust air ke mlm tadi? Atau ada tak dengar orang buat air ke dekat dapur. Nenek aku kata takada pulak.

Makcik aku pun kata dia tak ada dengar. Kebetulan pulak nenek uda aku masuk bilik tu sebab tengok kitaorg lepak2. Nenek aku terus tanya mak tiri dia ada ke mlm tadi buat air? Dia pon jawab tak ada. Makusu aku yang tidur paling dekat dengan dapur pun cakap takde..

Habistu siapa??? Makcik aku kata malam tu dia asyik tersedar sebab dia rasa macam ada orang cuit kaki dia. Dia ingat anak dia kejut nak pergi bilik air. Tapi bila dia toleh balakng ank dia tgh tidur. Nenek uda aku pulak dia dah 1 malam lebih awal dekat rumah tu. Malam pertama mmng dia kena kacau.

Dia x tidur ats katil. Tidur beralas toto je. Malam tu dia rasa nmpk macam ada orang dok perati dia tidur. Dia nak bangun tidur atas katil pun tak boleh. Senang cerita xleh gerak. Dia bacalah pape. Lepastu baru boleh tidur. Tapi malam kedua xde kne kacau pulak dia kata. Mybe benda tu mcam nak tarik perhatian aku pergi dapur. Sebab dekat bilik aku dah pasang surah. Nasib baiklah aku tak pergi dapur. Tu je ceritanya. Taklah seram sangat. Hehehe..

Cuma pengajaranya bila masuk homestay tu bacalah surah pape untuk pelindung diri. Ok tq semua sebab sudi baca..

 

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “Homestay Seremban”

  1. masa kenduri kt uma taon lpas , family abg n kakak tdo homestay, dlm taman yg sama jugak la. umah penuh brg x muat. mlm tu dh nk dkt 12, dorg jln kaki blk homestay, msa bukak pagar, nmpak bayang dlm uma,bukak je pintu, gambar tuan rumah mcm dok usya dorang masuk.. Gambar tu besar , gantung tgah ruang tamu, pakai baju askar. memg dorg xleh tdo. ahhaha.. seb bek x jadi apa2. dgr nya dh lama kosong, baru je owner buat homestay.
    ok tersebok cerita pulak. haha
    btw, nice story =P

    Reply
  2. Pada sapa2 yg stay hotel/homestay…pasanglah surah2 rukyah dari malam sampai pagi…insyallah….saya penah kena di Port Dickson dulu…stay kat apartment…sejak tu pergi mana2 mesti pasang rukyah bila malam menjelang sampai subuh…pada adik2 yg leka whassup/dgr lagu tgh2 malam tu…gantikan dengan pasang surah2 ya….umah/apartment/hotel bila lebih 3 hari kosong mmg la ada penunggunya…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.