Hostel Tahfiz

Assalamualaikum.. ini pertama kali aku share cerita yang aku pernah alami. Cerita ni 9 tahun yang lepas, time ni aku dan kawan2 belajar asasi pengajian Islam di sebuah kolej universiti di utara.

Bermula kisah apabila cuti semeser bermula, pelajar diploma, ijazah depa cuti. Tinggal lah kami pelajar asasi sebab kami short sem, 3 sem dalam 1 tahun sahaja, jadi kami ibarat tiada cuti sem. Satu arahan dari Ust Malek (warden asrama) mengarahkan kami semua berpindah tinggal di hostel luar (sewa umah kedai depan kolej,hanya jalan kaki dah sampai ke kolej) sebab semua hostel perlu di kosongkan untuk baik pulih, nak baiki kecuali asrama tahfiz,tapi memerlukan transport van untuk ambil dan hantar kami. Kami ada 3 asrama di lokasi yang berbeza, kami seramai 14 orang sahaja tidak di benarkan tinggal di asrama, dan akhirnya setelah berbincang, kami setuju untuk tinggal di asrama tahfiz, sebab kami takmau bayar sewa asrama luar memandangkan kami semua pelajar asasi tidak punya biasiswa atau pinjaman mana2.membulat mata Ust Malek dengan keputusan kami. Beliau tanya betul ka bole duk di sana?, kami semua dah sepakat jadi bermula la kisah selama kami di sana.

Jam hampir menunjukkan masuk waktu maghrib,bas yang membawa kami dan barang2 kami sampai tepat di depan pagar asrama tahfiz. Cepat2 pakcik guard datang menyambut kami, aku selaku ketua dan ajk asrama mendapatkan kunci dari pakcik guard. Dah la sampai time maghrib dengan asrama 3 tingkat, pakcik maklum aras 1 sahaja di benarkan guna bilik. Jangan naik ke atas. Kami pun ber horay la angkat barang masuk asrama dan pilih bilik2 yang berkenan, ad yang amek bilik 2 orang, ada yang amek 4 orang dan aku, su, radiah, rawi, sun dan nabila amek 1 bilik besar yang memuatkan 6 orang. Malam pertama kami sampai barang2 kami letak semua dalam bilik termasuk baldi2 pakaian. Lepas isyak semua pakat mengantuk dan kawan2 sebilik aku ad yang pilih bilik lain untuk tidor memandangkan bilik kami masih berselerak dengan barang. Aku pulak terpaksa stay sorang dalam bilik besar sambil meniarap atas katil on laptop siapkan assignment. Pintu bilik sengaja aku buka kan sedikit agar ad angin masuk, tengah kusyuk menaip tiba2 aku rasa ada something tengah mengintai, aku check jam 11 baru. Sikit lagi nak siap keja aku, tengah menaip lagi tiba2 zupp bayang putih melintas depan pintu, jelas aku nampak sebab aku menghadap ke arah pintu. Aku pun dah slow2 sambil shut down laptop, aku nak keluar dari bilik, tiba2 zuppp sekali lagi melintas, jelas bayangan putih tubuh yang melayang2, lansing, dan kurus. Aku apa lagi lari ke bilik depan, bilik kawan2 aku tidor, tengok sema dah di buai mimpi, aku pun amek tempat dan biarkan lampu bilik terbuka ja. Tiba2 rawi mengigau, dia kata “maaf2”.. sambil muka berkerut2. Aku pulak tergelak kecil. Apa la yang di mimpinya. Esoknya time semua tengah siap2 sambil tunggu van datang, radiah tanya kami semua, malam tadi ada dengar dak bilik atas ubah2 katil?. Bising la. Tapi bila pikirkan balik mana ad pelajar lain, terus jadi seram. Rawi pulak mencelah, eh semalam ad orang datang bilik kita marah2 katanya baldi tu kotor bekas bilik air, tak bole letak dalam bilik tidor!!. Pastu rawi minta maaf. Aku terdiam, owhh sebab tu la rawi mengigau maaf2 semalam. Tak sempat aku nak cerita kelibat putih semalam, van dah sampai.

Kami habis kelas petang jam 5, van sampai di asrama time dah asar, kami pun terus naik ke aras 1, kebetulan tepi tangga ada 1 bilik dia tulis KOPERASI. pintunya terbuka sikit, aku intai sikit nampak barang2 elektrik, aku pun ajak rawi masuk, kami tengok ada kipas kaki, terus rawi kata eh ni elok ni letak dalam bilik kita, lagipun kipas bilik kita slow la. Aku pun angkut dengan rawi naik bawak masuk ke bilik. Semua kawan2 pun best la sejuk la sikit ad kipas tambahan, aku pun pasang plug dan duduk depan kipas, wahhh.. aku dan rawi kemain lagi duk depan kipas sambil pejam mata, angin dari kipas memang laju, terasa angin di muka, sambil aku kata, bestnyaaa angin kuat.. kawan2 yang lain terus tergelak.. aku buka mata eh kenapa gelak?. Depa kata kipas rosak la hampa angkut naik. Takda angin pun, propa ja lebih.. semua gelakkan aku dan rawi. Terkejut aku dan rawi, eh kita rasa angin kan tadi?. Akibat malas nak letak balik di bilik koperasi, aku dan rawi angkat je letak di luar pintu. Lagipun dah nak maghrib. Malam tu selepas selesai solat isyak, makan (tapau sebelum balik) masing2 buat keja masing2. Aku dan nabila masing duduk di katil double dacker. Aku di bawah, nabila di atas,menghadap laptop masing2. Su dan radiah dah tertidor, tapi depa ni tak tido atas katil,depa bawa turun tilam dari katil masing2 dan susun memanjang bermula dari katil aku dan nabila duduk. (Bole bayang dak) so, sebelah aku di bawah rawi, sun,su dan radiah hujung sekali. Rawi tengah study dan sun tengah baca novel. Tiba2 rawi kata eh2.. tengok radiah tuu.. aku dan nabila beralih tengok hujung, sudahh., radiah bangun sambil merangkak. Rambut dia dah la panjang tutup muka. Aku perhati je muka dia nampak jugak mata dia pandang tepat kat arah aku. Aku kata dengan depa ni apa2 kita lari. Semua dah berkumpul atas katil aku, yang radiah masih lagi merenung kami. Aku dengan terketar2 aku tanya “hang nak apa??”. Tertelan air liur aku. Yang lain semua dah kecut. Tiba2 keras bunyi suara radiah. “Mana kipas akuuu???”.. uih. Rasa nak melompat aku sebab dia jawab, teringat kipas petang tadi kami tinggalkan di luar pintu. Cepat2 aku jawab ” esok kami hantar!!”. Terus radiah jatuh tak sedar kan diri, agak lama masa yang kami ambil untuk gerakkan radiah, takut2 jadi sekali lagi, akhirnya radiah sedar dan katanya dia tak bole tidor tadi, dengar suara bisik2 sampai dia tak sedar apa yang terjadi, malam tu kami tido berhimpit2 akibat takut dan biarkan lampu terbuka.

Hujung minggu, pelajar2 yang tinggal berdekatan pakat balik ke kampung masing2, dari 14 orang yang stay, tinggal kami ber 6 sahaja. Masing2 ada cerita di bilik masing2, gangguan yang di terima hanya bunyi katil di tolak dari tingkat atas, bunyi bising macam ramai yang tinggal di aras 2 dan 3, selalu rasa di perhatikan di bilik air. Masing2 dah tak tahan di ganggu jadi hujung minggu masa yang di tunggu2 untuk pulang ke kampung masing2. Memandangkan rawi orang melaka. Radiah orang kelantan, su orang penang, nabila orang langkawi, aku dan sun orang perlis, kami tak balik kampung sebab kesian nak tinggaljan rawi dan radiah, depa kampung jauh. Jadi hujung minggu tersebut kami keluar dari asrama pergi ke taman rimba untuk riadah. Sebelum balik kami tapau makanan siap2 dan bila balik ke bilik, bilik bersepah sangat, kertas2, bantal2 semua berselerak, kami syak ada orang pecah masuk asrama dan curi barang2 kami, aku check laptop aku dalam beg ada, beg duit pun tak terusik, kawan2 yang lain pun sama, barang berharga tak hilang. Tapi macam ad orang mengamuk dalam bilik kami, kami turun dapatkan pakcik guard, kami maklum yang kami takut nak stay memandangkan kami ber 6 sahaja yang tinggal, pakcik guard pesan supaya lebih berhati2 sambil pakcik round asrama takut2 ad orang pecah masuk. Kami pun naik semula ke aras 1 walau pun hati masih tak sedap hati, tiba2 kami demgar bunyi kucing mengiau nyaring. Kuat tapi taktau arah mana, masing2 cari sebab rasanya 1 aras bole dengar, tiba2 sun kata “wei, dengar dari bilik ni la”. Bilik tu sebenarnya berkunci, bilik di aras 1 ada 7 bilik dan 1 bilik besar yang kami ber 6 duduk. 4 bilik sahaja di gunakan termasuk bilik kami dan semua bilik berkunci. Memandangkan aku ad semua kunci bilik aras 1, bergegas aku buka pintu, keluar seekor anak kucing hitam buta matanya sebelah, dia keluar dan lari laju macam ketakutan. Aku intai bilik tersebut buka lampu dan check samada tingkap terbuka atau ad dari mana anak kucing tu bole terkurung. Tingkap semua berkunci dari dalam, rawi dah seram, takut, mengigil.. semua pakat tenangkan dia. Memandangkan waktu maghrib dah nak habis, kami semua pergi bilik air untuk bersihkan diri, aku dah siap buka bacaan Al Quran di pintu bilik air, kami mandi dan bersihkan diri sedia untuk solat, memandangkan aku yang terawal siap mandi dan masa maghrib dah semakin pendek, aku balik ke bilik dahulu sorang2 untuk terus solat, rakaat ke 2, aku dengar pintu bilik terbuka, kiblat membelakangkan pintu, so, lega la aku kawan2 dah balik bilik. Selesai bagi salam aku pun beralih la ke belakang, tengok takda sapa, aku sorang ja. Aku panggil kawan2 aku tak menyahut. Sambil aku baca doa, aku dengar tapak selipar di luar bilik, pintu masih bertutup jelas aku nampak bayang kaki yang ramai, aku terus kata cepat wei, maghrib nak habis dah nii.. terus sunyi sepi. Ahh. Tak bole jadi, aku terus bangun buka pintu, buka ja pintu baru nampak kawan2 keluar dari bilik air kalut2. Aku terus tanya eh, hampa baru siap ka, tadi ad balik bilik dak. Semua kata dak, lambat sebab tunggu kawan aku sorang ni buang air besar, tak berani tinggal sorang di bilik air. Aku pun tak tanya banyak memandangkan maghrib pun dah lewat, kami terus tunggu masuk waktu isyak sambil membaca Al Quran. Tiba2 bunyi pintu di kuis2. Nampak tangan kucing hitam duk sua bawah pintu, terkejut la jugak. Tapi pikirkan kucing mungkin dia cuba nak masuk dalam bilik kami. Suasana bilik rasa hangat sangat, selesai solat isyak. Semua buat kerja masing2. Tiba2 rawi macam hilang kawalan. Katanya “takmau duk sini dah, apa ni wei, sapa masuk bilik kita selerakkan barang2 kita?. Macam mana anak kucing hitam tu bole terkurung sedangkan semua tingkap tutup?. Dan datang dari mana kucing hitam tu?,” bertubi2 soalan rawi, semua cuba tenangkan dia tapi takut pulak di rasuk ke apa. Aku akhirnya call kawan sekuliah lelaki minta tolong ambil kami kat asrama dan tumpang tidor umah nenek dia. Hampir jam 11 lebih jugak kami keluar dari asrama, jumpa pakcik guard. Minta izin tidor luar malam tersebut, pakcik guard kata eh jangan la tinggal pakcik sorang, nanti “dia” kacau pakcik. Kami semua terdiam.

Esoknya kami balik, aku sempat bersembang dengan pakcik guard yang bertugas siang. Aku bertanya tentang asrama kenapa Ust Malek susah sangat nak bagi kami stay di sini. Cerita pakcik di aras 3 tempat “dia”. Pelajar2 tahfiz pun selalu di ganggu, tapi depa tak cerita kat orang, ramai orang pernah nampak “dia”, berbaju putih, ramping dan kurus. Aku terpikir malam pertama kami sampai rupanya “dia” dah turun datang tengok kami. Pakcik pesan jangan gelak kuat2, jangan lagha, nanti “dia” lagi suka kacau. Aku pun faham dan balik ke bilik dan aku pesab di semua bilik jangan buat benda lagha. Kita lama lagi nak duduk kat asrama ni sebab kita dah takda tempat lain nak stay sementara. Hari2 yang kami lalui sedikit sebanyak ad lagi gangguan tapi tak seteruk mula2 kami duduk. Sampai hari2 terakhir kami duduk di asrama, aku jumpa 1 bilik kecil yang di hadang dengan almari. Bilik tu di aras 1, aku cuba sua tangan nak buka memandangkan almari menghadang pintu tersebut jadu sukar aku capai tombol pintu. Esoknya makcik cleaner datang untuk bersihkan apa2 yang patut memandangkan pelajar baru akan masuk tak lama lagi, dan kami akan berpindah masuk ke asrama kampus semula. Aku nampak makcik2 clearner alihkan almari yang menutup pintu bilik kecil tersebut, aku pun pergi dan tanya makcik cleaner, “bilik apa ni makcik?.”. Makcik jawab bilik ni dah lama tak buka, Ust Malek tak bagi buka. Aku time tu tak puas hati dengan jawapan makcik cleaner, makcik kata Ust Malek suruh alihkan almari sahaja untuk tidak mencacatkan permandangan. Dan bilik tersebut berkunci.

Hari last aku tengah angkut barang nak pindah asrama semula, kuat naluri aku nak buka bilik kecil tersebut, aku pergi dan pulas tombol pintu. “Aik, tak berkunci?.”. Aku tolak sikit dan aku intai. Ad tilam bercadar, bantal dan bantal pelok, ada rak buku dan Al Quran, tak berhabuk dan seperti di jaga. Aku tutup semula. Terkejut juga sebab makcik cleaber kata bilik ni lama tak di buka, dan selama kami duduk pun tak di buka. Mungkin jin yang mendiami bumi wakaf ini jin Islam. Yang kerjanya “menegur” pelajar2 tahfiz yang lalai, yang lagha dari matlamat mereka.

Wallahualam.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

7 thoughts on “Hostel Tahfiz”

  1. Aku rasa macam kenal je cerita ni. Watak-watak dalam cerita, tempat, kejadian yang berlaku. Semuanya sangat familiar. Ya, tak syak lagi. Kita satu universiti, awak.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.