Hotel di Vietnam

Hotel Di Vietnam
Benda ni berlaku masa aku pergi travel Vietnam baru baru ni bulan ogos lepas. So as a backpacker,mestilah kita cari hotel hotel yang murah kan baru la save budget sikit. Kami pergi ber tujuh, 5 lelaki 2 perempuan,duduk sana dekat 7 hari.So nak ringkaskan cerita, kami duduk 3 hotel yang berlainan sepanjang 7 hari tu.

Hotel haunted ni sebenarnya hotel ketiga kami pada hari ke 4 dan sampai balik. Nama hotel ? takyah la kot haha aku pun dah lupa sebenaqnya tapi kisah seramnya aku tak akan lupa sampai bila bila. Seram tu takdelah sangat Cuma perasaan pelik tu ada sikit. Petang tu kitaorang baru balik dari trip Mekong delta,so sepanjang trip, tourist tu bawalah kami melawat temple temple Buddha, historical place whatsoever dia semua, penuh dengan patung patung semua.

Nak cakap kitaorang huha huha sangat takde lah setakat ambik gambir posing gitu gini lepas tu masuk insta itu normal la aku rasa. Sampai lah trip tu habis dekat pukul 6pm,HARI PERTAMA: Malam tu dekat pukul 12am, kami baru balik dari ben tanh market. Masa ni tengah prepare prepare untuk tidur, mandi and bersihkan diri semua. Hotel dia murah weh. Tapi puas hati. Ada heater, ada tv penuh channel movie, ada freezer, katil queen satu,single satu dan satu malam 20usd ja, bila bahagi 5, tak ke murah tu.

Aku takde la nak syak apa apa sebab murah wakaka. So malam tu entah kenapa aku mesti jadi orang yang paling last untuk tidur. Member member aku yang lagi 4 orang tu dah tiduq dah. Masa ni aku rasa Dalam pukul 1.30am. Aku cakap Dalam hati, “lahaii,senangnya korang ni lelapkan mata”. Aku punya lah payah,puas aku ke kiri kanan semua last last aku tekupkan muka aku bawah bantal. Sambil badan mengiring ke kanan. Aku tak tahu /sedar macamana, masa ni aku tengah cuba cuba untuk tidur, dan sekali tu tetiba aku rasa “prappp” aku dah kena tindih. Ahh sudah.

Dah la gelap ni,macam nak lemas pun ada sebab aku tekup muka aku guna bantal. Masa tu memang kaku gila. Aku try je baca apa apa ayat yang aku ingat. Nak cakap memang tak boleh. Lepas tu tiba tiba benda tu hilang. Aku cepat cepat alihkan bantal tu dan ambik udara. Aku tak berani nak pandang ceiling lagi masa tu, then aku buat posisi sama. Sekali lagi dia mai weh. Sampai lah kali ke 4. Kali ke 4 ni hardcore sikit sebab dia dah mula keluarkan suara dia.

Aku tak tahu kenapa telinga aku berdesing kuat gila, lepas tu dari jauh aku tetiba dengan suara suara orang bercakap dalam bahasa yang aku tak faham. (bunyi dia macam bunyi kat klinik kerajaan, riuh tapi slow) Suara tu aku dengar sayup sayup jauh lepas tu dia datang dekat ke telinga aku. Makin lama makin dekat ,suara tu makin kuat tau sampai lah ada suara serak serak basah muncul, ( to be exact, macam cerita conjuring 2 masa scene kena rasuk tu), dia cakap “Aku tahu kau tak tidur lagiiii…..”. Aku pun apa lagi. Terus terbangun haha Takut sebenarnya.

Masa tu mata dah melilau dah dan cepat cepat kepala hadap atas. Aku tak sure suara tu ada kaitan masa kitaorg visit temple tu atau hotel tu sendiri memang keras atau perasaan aku je tu. Tapi aku pun pelik, mana dia tahu bahasa melayuu oi. Tapi serius aku cakap suara dia memang seram. HARI KEDUA: Malam kedua pun ada berlaku jugak,Dalam pukul 2 pagi lebih kurang,macam biasa lepas kami balik dari ben tanh market Dalam pukul 12 pagi, mandi bersihkan diri and borak untuk tidur lah.

Sekali lagi aku mesti jadi orang yang paling last untuk tidur. Untuk taknak perkara semalam berulang, aku and the geng decide untuk bukak lampu toilet, so takde lah gelap sangat. Then masa aku tengah cuba cuba nak tidur (kali ni muka aku menghadap ceiling, aku tidur terlentang), lepas lelapkan je mata. Sekali lagi aku kena tindih dengan something yang berat. Aku dapat rasa sebab aku tak dapat bangun or angkat tangan pun.

Cuma aku sedar masa tu, aku try jugak bukak mata walaupun susah. Serius. Masa aku bukak mata tu, dia macam sipi sipi je bukak mata sebab still tak dapat bukak penuh,berat. Masa sipi sipi tu lah, aku nampak bayang hitam dekat ceiling tu. Fuhhh. Masa tu aku nampak bayang tu macam meresap dalam dinding perlahan perlahan, sampai la bayang tu hilang, baru aku dapat buka mata. Lepas bayang tu hilang, baru mata aku boleh bukak full. HAHA terus terjaga kejap, berpeluh jugak la. Aku malas fikir. Aku sambung je tidur pura pura takde apa apa berlaku.

PAgi tu jugak, Dalam pukul 3 lebih rasanya, kawan aku meracau tetiba. Dia sebut “Allahuakbar…” Aku tak sure dia mimpi apa, kawan aku sebelah pulak tarik tarik tangan aku HAHA terus terjaga lagi sekali. Demson ! haha Aku terjaga kejap, rasa cuak tapi penat dengan mengantuk lagi tinggi, so aku decide untuk teruskan tidur and sambung cerita esok. Pagi tu, kami pun cerita la pasal malam tu. Serius, benda tu dah menonjolkan diri dalam bentuk shadow. Aku rasa lah.

Ok,next kejadian berlaku dalam bilik air pulak. Biaq aku explainkan dulu bilik tu macamana. Dalam bilik air tu ada mangkuk jamban, heater,sebelah heater ada cermin dan siniki.So basicaly, bila mandi guna heater tu,cermin tu akan berwap penuh. Petang hari yang sama, lepas kami balik dari chuchi Tunnel, Dalam pukul 6pm macam tu, so kami masuk la bilik sebab nak mandi mandi solat semua nak prepare siap siap untuk dinner pulak.

Masa mandi, aku mandi la macam biasa je,aku decide nak berus gigi lepas mandi.Acah acah Dalam movie lah kah kah kah. Lepas je settle mandi, aku pergi la depan sinki tu,muka menghadap cermin. Teka apa ? Ye memang cermin tu ber wap tapi dekat tengah tengah cermin tu macam ada tulisan yang serius tak faham. Macam tulisan mandarin pun boleh jadi, tulis Vietnam pun boleh. Aku dah cuak dah masa tu setan.

Serius aku rasa macam Dalam movie yang hantu biasanya tulis guna darah tu, tapi ni guna wap air. Yang peliknya tulisan tu Cuma ada melintang,tengah tengah kat cermin tu. Atas bawah cermin tu penuh dengan wap air. Aku apa lagi, sebab aku nak gosok gigi, aku lap cermin tu guna tangan, pura pura takde apa berlaku then gosok gigi, lepas tu cepat cepat keluar. Sampai kat airport masa nak balik Malaysia baru lah aku cerita kat member member aku. Haha.

Aku tak tahu yang tu semua hantu apa, tapi aku rasa lah semua benda tu. Aku cerita based on aku nampak /rasa ja tau haha. Terpulang kat hampa nak percaya ke tak. Ok nanti kalau ada cerita lain, aku cerita ye haha.
Bye. Salam.

9 comments

  1. adui..mencarut aku baca komen. hahahahaha.
    dari cerita seram terus tak takut dah…
    lepas ni siapa nak hantar cerita tu tolongnglah letak nickname ke apa..
    senang kot ada cerita bru orang ingat lq kau mana satu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *