Hotel terbengkalai

Assalammualaikum pada pembaca setia FS. Nama aku Alin. Aku minta maaf terdahulu jika cerita tidak memuaskan. Pengalaman ini terjadi pada tahun 2015 sewaktu belajar di kolej di Desaru, Johor. Aku jenis suka mencuba walaupun membahayakan. Sewaktu belajar, aku ada peluang berkongsi ilmu dgn budak2 kos media grafik untuk assignment short movie making merek.a  Mereka pilih tajuk horror untuk short movie mereka. Kiranya kena lah buat movie pasal tu lah kan tapi tidak sangka lain yg terjadi.

Kitaorang semua gerak dlm kumpulan besar untuk elakkan kejadian yg tidak diingini. Yg membimbing group nii kitaorang panggil dia Ben, so masa bincang sehari sebelum gerak ke hotel terbengkalai dekat tanjung balau, Ben ada brief pasal pantang larang orang tua. Pada awal meeting sebenarnya aku dah tak sedap hati dan minta diaorang tukar location tapi disebabkan deadline movie dah dekat so redha je lah kan. Tugas aku pd awalnya hanya trasportation untuk hantar ahli2 group yg tiada transport sendiri.

Sewaktu mahgrib pd hari itu, aku terima whatsapp yg menyatakan photographer dan tukang rekod tak dpt datang. Terpaksa lah aku jadi pengganti last minute. Tepat pukul 10 kita berkumpul depan asrama Delima sebelum gerak ke hotel yg katanya sesuai untuk shooting (actually sebab aku tak tau jalan dan nak konvoi sebab aku takut gelap). Kita bergerak 3 kereta dan 5 motor dgn bilangan 8 lelaki 5 perempuan (tapi yg gerak awal hanya 4 motor sebab Ijan dan Iejam dtg lambat). Disebabkan kereta aku tinggi n kereta Ben n Adam lowered so aku terpaksa lead kat depan. Sesudah sampai dekat simpang masuk lorong ke hotel yg terbengkalai itu, Adam dan Ben suruh aku berhenti tepi guna walkie talkie sebab nak doa dipermudahkan olehNya sebelum masuk.

Selepas doa, kita pun masuk lah lorong ke hotel tu yg bersemak samun dan gelap. Disebabkan kereta aku lead kat depan, aku nampak ada kereta hilux di antara semak so aku berfikir yg, “ok ada org selain kita so benda tu taklah ganggu kitaorang lah kan”. Dah sampai tu aku Ben dan Adam carik lah port untuk parking dan reverse. Kereta Ben dan Adam dah selesai reverse untuk parking sampai lah giliran aku. Aku reverse kereta dgn menghalakan buntot kereta pd bangunan tersebut dan secara tetiba aku terdengar bunyi kuat macam tayar aku meletup (ohh ya, Eyna, Iera , Yaya dah turun dari kereta dan kereta hilux tu hanya aku nampak seorang. Eyna Iera dan Yaya kata tiada pun kereta selain kitaorg haritu) aku break emergency then tanya apa yg dah jadi.

Yg peliknya budak2 tanya balik kat aku apa yg dah jadi. Mula dekat situ aku dpt rasa yg aku telah langgar pantang larang tanpa disedarii (maybe). Dah pukul 12 tgh malam, kitaorg tak start shooting kerana nak tunggu Ijan dan Iejam yg lambat so boraklah kita dpn hotel tu. Tgh2 borak aku terdgr bunyi org memijak2 dekat semak yg dekat di mana Ben berdiri . Aku masa tu tegurlah Ben, “Ben jgn pijak rumput mcm tu seram dohh”. Ben mula berkerut dahii pada aku since aku tegur tu . Dah dekat sebatang rokok budak laki2 nii habiskn mereka cadang untuk start shooting tanpa tunggu mereka berdua.

Part yg last shooting nii pasal mereka masuk ke dalam kereta dan blah dari hotel tu maka tinggallah aku bersendirian dekat tempat di mana aku dgr bunyi org memijak rumput. Bila awal2 shooting rasa kurang enak sebab rasa mcm ada yg memerhatii sehingga lah part mereka tinggalkan aku dalam jarak 100 meter sewaktu shooting. Walkie talkie tetap ada pada aku kerana diaorang takut apa2 jadii bila mereka tinggalkan aku seorang dekat situ. Bila nampak kereta tu semakin jauh aku dapat merasakan ada sesuatu di belakang sedang bernafas. Aku tidak berani toleh. Dah lepas aku stopkan camera aku kemas2 camera nak gerak keluar daripada situ sebab Ben kata ada benda jadi pada Ijan dan Iejam .

Kelam kabut aku kemas, tiba2 aku dengar ada suara lelaki tua dari belakang seolah2 ingin menghalau, menghentak dan menjerit kat aku suruh aku blah dari situ (dalam bahasa yg aku tak paham). Badan aku kaku dan sejuk. Waktu tu aku dpt rasa aku dah hampir hilang kesedaran . Aku tetap kuatkan diri kemas, start engine dan blah daripada situ. Sewaktu aku tenung back mirror bila ingin sampai dekat jalan keluar lorong hotel itu , aku ternampak satu susuk tubuh, tua, mata merah yg sdg mengejar kereta aku. Aku pecut keluar daripada situ . Aku orang yg paling lambat sampai dekat tapak kumpul luar muzium nelayan Tg Balau. Masa itu aku nampak Ijan dan Iejam muntah2 dan menangis.

Ben dan Adam marahkan aku kerana aku lambat keluar dan call tak angkat, walkie talkie takde orang nyahut. Tapi bila aku tengok phone, tiada misscall, walkie talkie pun takde yg memanggil sewaktu aku keseorangan dekat tempat ‘mereka’ itu . Eyna, Iera dan Yaya mula rasa ada yg terjadii pada aku kerana muka aku pucat dan tanpa sedar aku pitam. Sewaktu aku dalam separuh sedar aku sedar yg aku terbaring atas jalan tar dengan Ben dan Adam bacakan surah pada aku. Aku mula menangis dan meracau. Sesudah itu aku diam dan tunjuk pada kereta aku dan menyatakan ada ‘org tua’ tadi dalam kereta aku dengan muka yg marah. Bila mereka toleh , ‘org tua’ yg marah itu hilang bagaikan angin dan aku kembali tidak sedar.

Ben dan Adam mula azankan kereta aku serentak dan aku mula meracau dan marah dgn suara yg garau n dalam bahasa dialek cina cantonese (tahuu bahasa itu dialek cina sebab kitaorg tunjukkan pada madam video yg dirakam sewaktu aku tak sedar). Aku kembali sedar selepas 30 minit. Bila aku sedar aku bagaikan kosong, aku tertanya apa yg dah jadii sampaikan aku terbaring atas jalan raya tar ini. Ben dan Adam decide untuk terus gerak ke kedai mamak sebab ramai orang (boleh elakkan ‘benda’ itu ikut) dan alang2 boleh minum2. Waktu tu lah Ijan, Iejam dan aku buka cerita. Ijan dan Iejam rupanya sudah lama sampai tapi ada ‘gula2’ dan ‘cik putih’ yg menghalang mereka daripada masuk. Seolah menghalau mereka.

Disebabkan Ijan dan Iejam risau dgn keadaan kita, dia minta semua keluar dari situ tapi sudah terlambat kerana gangguan ‘org tua’ dah terjadi pada aku. Keesokannya, aku demam panas selama dua hari. Iera sempat merakamkan situasi sewaktu aku meracau dan pitam. Bila memasing tengok video itu kembali, kitaorg dapat nampak ‘org tua’ itu bagaikan memerhatii kita sewaktu situasi huru hara itu. Bila aku bertanya pd kawan yg berbangsa cina apa maksud kata2 ‘org tua’ yg dia marahkan dekat aku, ‘org tua’ itu ingin antara kita memohon maaf kerana telah bermulut celupar sewaktu mereka shooting di siang hari pada harii tersebut (sampai kini aku tak paham kenapa aku yg kena paling teruk n bukan org yg buat ‘org tua’ itu marah dan cerita itu diceritakan oleh eyna dan yaya setelah aku baik demam).

Untuk elakkan ada lagi gangguan pada aku, aku paksa semua yg terlibat malam itu untuk ke hotel pada waktu siang dan meminta maaf pada ‘org tua’ itu . Mereka semua bersetuju dan mereka berterus terang bahawa ada 5 orang lelaki yg bermulut celupar untuk cabar ‘orang2’ di hotel itu muncul. Mereka berpikirkan bahawa mungkin tidak membawa apa2 kesan tapi rupanya kesan bermulut celupar memang teruk. Setelah video yg paranormal tersebar di seluruh kolej, tiada lagii yg berani ke hotel itu walaupun pada siang hari. Lorong ke hotel itu juga telah hilang secara tiba2 selepas kumpulan kami membuat shooting di situ selepas 2-3 bulan. Ada khabar angin bahawa tempat itu buangan saka dan juga hotel itu pernah ada kejadian m******h diri. Kesahihan khabar angin itu tiada sesiapa yg tahu.

Alin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

17 thoughts on “Hotel terbengkalai”

  1. Sorry to say la
    Sedikit serabut nak paham cerita kau
    Rajin2 la baca balik lepas kau abis mengarang sebelum kau pos, biar kau nampak mana2 kesalahan atau ayat tonggang langgang yg kau tak perasan masa kau seronok mengarang..
    Tu sajje

    Reply
    • lepas 3,4 baca baru phm.. hahahahahahaha.aku baca cerita ni sbb skrg ( tahun 2019 ) tgh kecoh psl org jumpa langsuir kat situ.

      Reply
  2. cerita akan lebih menarik kalau kau susun plot cerita and letak sekali dialog bila org tua tu marah dlm bahasa kantonis lama tu….jln cerita best cuma tunggang langgang sikit…keep it up ya!

    Reply
  3. pernah smpi tempat hotel terbengkalai..tp that time situ jd tmpt training..so ramai org..dan sempat naik rooftop nk tgk view laut..xsangka tmpt tu horror rupanya..sempat juga explore blik2 yg xsiap tu..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.