‘Ibu Puteri’ minta mainkan lagu MAK INANG

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada FS kalau cerita aku ni dipublishkan dalam blog ni. Dalam cerita yang tak seberapa seram ni, aku kenalkan diri aku sebagai S. Aku ni tak lah kuat mana nak hadap benda-

benda halus dan ghaib ni. Sama jugak macam separuh daripada korang semua. Asal nampak hantu je, kencing sambil berlari dibuatnya! .Seram beb!

Ok, cerita ni berlaku di satu institusi yang cukup famous tapi kalau aku sebut tak ramai yang tahu. Majoriti akan cakap tempat tu swasta. Tapi ramai yang akan tahu kalau aku kata kampus tu adalah bekas tapak istana

yang pernah mendaulatkan seni tradisional tanahair negara. Ya, seluruh tapak kampus tu. Mesti seram kan tempat tu? Eh! confirm ah! Dah nama pun ‘bekas tapak istana’ . Mestilah pernah ada ritual-ritual ghaib ni.

So, cerita ni berlaku masa pertengahan tahun akhir aku di sana (sekarang dah jadi bekas alumni). Cerita ni dah banyak berlaku kat sana. Tak kira newbie, senior, rektor, lecturer, pakguard, cleaner. Salah sorang wajib

kena. Sebabnya, kat sana bagi sesiapa student yang tak menjiwai kursus-kursus traditional (subjek) even not core but elective, kira mempersendakan kawasan tersebut, bye-bye lah. Kau borak la dengan hantu tu

sorang-sorang haha!

Pada satu hari tu, hari yang betul-betul penting dimana kami sebagai senior tahun akhir wajib bersedia untuk Penilaian Tahun Akhir (PeTa). Kira lebih kurang macam final exam atau SPM la. Aku sebagai pelajar fakulti

muzik , faham-faham la macam mana situasi genting nak buat preparation. Berulang-alik ke studio la, main instrument itu ini la, siapkan chord score la ( alaa.. nota muzik macam bentuk taugeh tuu..).

Di institusi tu ada banyak studio dan paling menyeramkan ialah studio ‘pentas gelap’ (nama yang digunakan sekarang studio BlackBox). Memang nama studio tu macamtu dan ada 1001 kisah mitos ghaib disebalik

kenapa nama-nama studio dan pentas di sana agak pelik. Pernah ada lecturer balik dari mengajar kelas tari, ketika hendak turun dari blok menggunakan lif, masa lecturer tu nak masuk lif tiba-tiba disapa oleh Ibu Puteri

berbunyi “Kanda, cantikkah dinda melembutkan olahan tarian ini? cantik bukan ritma ini?” sambil melenggokkan tarian yang sangat lembut dan sangat unik berupa Inang Tradisional sambil memegang rotan berai di

tangan kirinya dan melebarkan senyuman yang sangat menawan dan sebenarnya seram. Ya! sangat menyeramkan! Di lehernya berkalungkan rantai-rantai emas berserta mahkota berbentuk pohon beringin emas di

kepalanya dan cuping telinganya tergantung tujuh ikat bunga melur. Rupa dia tak payah cakap la, mula-mula dia tegur je lawa, tapi…kalau dia hentikan tarian tu dan kau lari, wajah dia akan bertukar kepada wajah

mayat yang reput dan berulat, biji mata kiri terkeluar, dan dia akan kejar kau dan menjerit memanggil kau sambil menangis mintak tolong mainkan sebuah lagu irama asli bertajuk ‘Mak Inang’. “Kandaaa!! Janganlah

tinggalkan dindaaa!! isk isk!! Nyanyikanlah lagu Mak Inang untuk dindaaa!!!! Dinda cuma mahu menariiiiii !!! ” . Kau belum sempat nak angkat langkah aku rasa dia dah kokak kau kat situ jugak.. bapak seram af !

Ibu Puteri ni lecturer muzik aku kata sebenarnya dia lah Puteri Mak Yong yang berdamping dengan alatan muzik seperti bonang, kenong, gong, canang, geduk, rebab, serunai, dan menjadi penjaga di studio tu. Setiap

alatan muzik tersebut ada Ibu-Ibu, Dayang dan Puterinya. So, guys jangan cuba-cuba nak main ketuk-ketuk ramadhan kat alat muzik yang aku sebutkan tadi ye. Kalau SALAH notasi atau irama ketukan itu SUMBANG di

telinga Sang Ibu, Puteri dan Dayang, alamatnya kat mana-mana kau pergi pun dia akan merayu-rayu meminta kau mainkan lagu Mak Inang tu untuk mengasyikkan tarian si Ibu Puteri. Selagi tak penuh permintaan dia,

selagi tu lah kau akan dikejar dan tak henti-henti mencarut mak kau purple hahaha!

Okay sekian sampai sini je dulu, inshaAllah nanti aku sambung lagi.. ada banyak lagi cerita seram kat institusi ni, jangan risau.
Assalamualaikum. Adios!

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

CubaTengokBelakang

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “‘Ibu Puteri’ minta mainkan lagu MAK INANG”

  1. Best…sambung lagi ye
    Elok juge dia wat cmtu..cepat pandai la korg main ye sbb takot salah note..kalau x mesti asal boleh je..hehehehe

    Reply
    • aku student puncak alam pernah juga kena gangguan kat aswara masa melawat dulu. gangguan ada bunyi canang kat hutan sebelah cafe pukul 2 pagi

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.