Salam, terima kasih admin siarkan kisah “Nana” sebelum ni. Ramai yang tanya pasal Nana. Suruh Nana menulis untuk Fiksyen Shasha. Maaf, bukan dia tak nak cuma tak boleh. Banyak kemudaratan yang dia akan dapat kalau dia buka cerita pasal diri dia lebih-lebih.
So kalini, izinkan aku cerita pasal benda lain pula ye.
Korang pernah dengar tak manusia berubah menjadi harimau. Ya itulah saka dari keturunan moyang ayah aku. Dari kisah sebelum ni, aku ade bagi tahu yang mak aku ada saka harimau. Mesti sesiapa yang mengikuti confius kan kenapa saka moyang ayah aku, tapi mak aku yang dapat. Cerita nya bermula bergini.
Masa mak aku anak dara, dia sorang gadis yang kecil comel tak macam aku yang berplus-plus saiz nya. Mak aku lepas SRP dia kerja kilang, walaupun keputusan cemerlang dia tak sambung belajar nak tanggung adik-beradik. Biase lah kalau orang cantik ni banyak peminatnya. Termasuk lah ayah aku. Tapi mak aku ni benci sangatlah dengan ayah aku sampai sanggup masuk rumah ikut tingkap kalau ayah aku ada kat depan rumah. Tak taulah kenapa. Tingkap rumah zaman dulu kan jenis kayu yang bukak macam iklan “adabi” tu. Time tu ayah aku sewa rumah depan rumah arwah atuk.
Satu hari, arwah bapak ayah aku datang jenguk ayah aku kat rumah sewa dia. Dan dalam masa yang sama dia datang untuk berubat dengan arwah bapak mak aku. Kan aku ada cerita sebelum ni yang atuk aku peramal ilmu perubatan tradisional. Lepas beberapa hari, arwah bapak ayah aku datang balik untuk rawatan susulan.
Dan ketika itulah dia berkenan dengan mak aku dan nak jadikan mak aku menantunya. Padahal masa tu mak aku dah ada pilihan hati. Lagipun mak aku benci kot ayah aku. Akhirnya mak aku ditunangkan tanpa persetujuan mak aku. Mak aku sampai sekarang tak faham, kenapa arwah mak dengan bapak dia dulu beria sangat suruh mak aku kahwin dengan ayah aku. Dalam masa yang sama, mak aku kawan lagi dengan kekasih dia tu walaupun dah bertunang. Benda pelik sepanjang bergelar tunang ayah aku tak ada apa sangat la cuma mak aku tak boleh makan telur sampai sekarang. Bila makan je muntah. Walhal, telur tu makanan kegemaran mak aku. Sekarang, bau pun boleh muntah.
Mak aku m**i-m**i tak setuju nak kahwin dengan ayah aku. Dia sampai plan nak lari dengan kekasihnya tu tapi malang nya, lelaki tu meninggal dunia excident malam diorang plan nak lari tu. Sesuatu sangat kan. Akhirnya mak dan ayah aku disatukan jua. Orang kata kalau jodoh tak kemana.
Malam kenduri nikah tu mak aku tertidur sebab penat sangat. Lepas dah terlelap tu tiba-tiba ayah aku masuk dalam bilik dengan masih berpakaian sama ketika bernikah. Ayah bawa sekuntum bunga masa tu, dia kejut mak aku suruh mak aku ambil bunga tu tapi mak aku tak nak. Perasaan benci tu masih berbuku pada ayah aku. Ayah aku time tu macam lain, ayah aku ni lembut orang nya. Tapi malam tu dia jadi kasar. Dia tarik tangan mak aku paksa suruh ambil juga bunga tu. Mak aku meronta-ronta minta dilepaskan sampai mak aku jatuh katil. Mak aku menjerit tapi tak da orang yang dengar. Sampailah nenek aku dari bilik sebelah jerit panggil nama mak aku. Nenek sorang je yang dengar jeritan mak aku. Dia tanya kenapa jerit-jerit kemudian ayah masuk dengan pakai t-shirt dan berkain pelikat. Mak aku jadi pelik, cepatnya ayah aku tukar baju. Bila mak aku cerita apa yang dia alami semua macam tak percaya sebab selama mak aku tertidur ayah aku ada je kat ruang tamu berbual dengan tetamu. Tapi mak aku pasti yang dia tak bermimpi masa tu.
Walaupun benci, tapi lepas dah jadi suami isteri ni perasaan sayang tu makin lama makin bercambah. Beberapa bulan berkahwin mak aku disahkan hamil. Untuk pengetahuan, mak aku ni anak sulung dan ayah aku pun anak sulung. Kalau ikut kata orang dulu-dulu, anak sulung kepada mak bapak sulung ni memang menjadi tarikan orang yang mengamalkan ilmu songsang. Mereka memang mengimpikan janin itu untuk dijadikan “anak kerak”. Sebab tu sebelum arwah nenek meninggal dunia, arwah nenek pesan kat mak aku, kalau orang tanya mengandung anak keberapa, jawab anak kedua. Sebab tak nak orang tahu.
Masa kandungan mak aku berusia beberapa bulan macam tu, adik mak aku iaitu mak ngah aku nak kahwin, jadi bilik yang mak aku guna lepas kahwin, mak aku berkorban bagi kat mak ngah. Mak dengan ayah sewa rumah lama ayah sebelum kahwin. Sepanjang mak aku tinggal kat rumah tu, mak aku selalu kena kacau. Dia selalu nampak makhluk hitam besar tinggi dan setiap kali dia nampak tu dia akan sesak nafas macam kena cekik. Setiap hari jugalah mak aku akan mimpi arwah nenek aku datang suruh pindah dari rumah tu. Pendekkan cerita, mak aku tak boleh tinggal tempat lain selain rumah arwah atuk.
Lepas dah selalu sangat kena kacau, ayah aku ambil inisiatif untuk buat satu bilik tambahan bercantum dengan rumah arwah atuk.
Besar sikit dari bilik sebelum ni. Bilik tu ayah aku buat dengan arwah bapak ayah aku. Arwah bapak ayah aku kan sayang sangat dengan mak aku. Lepas siap bilik tu mak dengan ayah aku pun pindah masuk dan alhamdulillah dah tak muncul dah makhluk hitam tu. Lepas beberapa tahun usia perkahwinan mak dan ayah aku, mak aku diganggu lagi. Masa tu mak aku tengah mengandungkan adik bongsu aku. Mak aku selalu didatangi dua orang lelaki berbadan tegap berpakaian seperti pengawal istana dulu-dulu datang mengiringi dua harimau besar.
Satu berwarna putih berbelang hitam dan satu lagi berwarna hitam. Harimau yang warna putih tu aku gelarkan tok Teh lah mudah, dia akan berubah menjadi seorang lelaki manakala Tok Tam tak pernah menunjukkan wajah manusianya. Dan Toktam juga jarang-jarang muncul berbanding Tok Teh. Tokteh itu akan muncul ketika mak aku separuh sedar, antara tidur dan sedar. Dia juga perkenalkan diri sebagai Nyaie Dikun. Moyang kepada ayah aku. Dia minta untuk mak aku jadi waris harimaunya, tapi mak aku tak nak. Dia sendiri seram tengok harimau sebesar itu. Mak aku ade juga tanya ayah aku pasal moyang ayah aku tu. Dan memang benar Nyaie dulu memang ada saka harimau. Dulu masa zaman british dulu, kalau kampung kena serang, dia akan berubah jadi harimau. Menurut kata nenek-nenek sedara aku lah masa tu diorang hidup lagi. Arwah bapak ayah aku dah meninggal dunia masa aku berusia setahun. Kalau dia masih hidup mesti banyak lagi yang dia boleh ceritakan. Aku rasalah, mungkin sebab tu arwah sayang sangat dengan mak aku, ade sesuatu yang turut minat dengan mak aku rupanya.
Lepas beberapa kali mak aku di datangi lelaki itu, lelaki tu offer mak aku untuk jalan-jalan menaikinya. Mak aku mulanya macam tak nak tapi sebab nak tau rasa menaiki haiwan besar tu, mak aku pun setuju. Lelaki tu bawa mak aku jalan melalui jalan udara. Mak aku kata lelaki tu bawa mak aku pergi jenguk adik dia kat Pahang. Esok pagi mak aku telefon adik dia tanya betul ke rumah dia tengah renovate and guess what, memang betul pun. Korang mesti anggap benda ni merepek kan. Tapi itu lah yang mak aku cerita. Dia tak minta pun kitorang percaya tapi pengalaman tu mak aku tak boleh lupa sampai hari ni. Tanpa mak aku sedar, sebenarnya bila mana mak aku setuju untuk ikut lelaki tu, mak aku sebenarnya dah setuju untuk terima saka tu, saka tokteh. Dan bergitulah Tokteh itu diwarisi. Lepas mak aku waris saka tu dia memang jadi cepat marah, kuat mengamuk pantang ada salah sikit dia punya mengamuk tu memang macam harimau nak makan mangsa. Kitorang adik beradik takut gile dengan mak masa tu. Bila mak aku macam makin teruk sampai nak b***h anak, mak ngah aku bawak mak aku berubat kat gelang patah, johor. Dan alhamdulillah saka tu dapat dikeluarkan. Tapi, orang yang ubat mak aku tu ada cakap. Benda tu tak boleh buang sebab Tokteh ni ada kembar, TokTam lah dan Toktam ada tuannya sendiri sebab tu dia jarang muncul. Siapa tuannya tu mak aku pun tak tau sampai sekarang. Jadi Tokteh tu ada je dengan kitorang cuma dia tak buat apa-apa. Orang tu cuma boleh pagarkan mak aku je supaya dia tak boleh masuk balik. Kalau nak buang Tokteh tu betul-betul kena buang sekali dengan Toktam. Mak aku ada juga kata, dia kadang-kadang ada nampak Tokteh, atau kadang-kadang dengan Toktam sekali kat sekeliling rumah. Ada juga pernah Tokteh akan merupai seekor kucing hitam dan cuba untuk dekat dengan mak aku tapi mak aku tau yang tu Tokteh.
Lepas mak aku buang saka tu, lelaki tu datang lagi tapi kali ini melalui mimpi. Lelaki tu minta mak aku cari keris. Cari keris tu dan sipemegang keris tu lah waris Toktam. Tapi sampai hari ni mak aku tak dapat cari siapa pemegangnya. Puas ditanya adik-beradik arwah bapak ayah aku yang masih hidup tapi masing-masing tak tahu.
Tu sajalah setakat ni.. lain masa kalau aku free aku ceritakan pula pasal rumah pusaka arwah bapak mak aku dan baru-baru ni aku dengar makngah mengadu dengan mak aku yang penghuni asal rumah tu mengamuk.
Sekian..
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Amalina ni anak ke berapa?
Arwah bapak ayah aku! tu bukan datuk awak ke?
pakai name atok ke tok wan ke ape ke pening aaa pakai arwah bapak ayah aku lah.
cerita dah best dah.
saya tak tahu kenapa awak tk nk guna perkataan ” atok ” jee kan susah nak sebut ” bapak ayah aku ” . apa apa pun cerita awak ni sgt menarik .. good job <3
ps : sy dan pakwe sy keduanya anak sulung . so time awk cerita tu dh terfikir gak psl anak kami nnti .. hahah itu pun kalau jd kwin dgn dia . and dulu moyang sy pun ada bela buaya putih . idk samada saka or anything sbb moyang dh buang time dia sihat lagi . sajalah nk selit cerita sy jgek. hahaha’
Dh ejas cerita ah psl buaya putih tu
Something kot dia ni 😈
dia sebut bapak ayah aku..sebab ada watak bapak mak aku..so senang mcm tu..drpda atuk sebelah mak..atau atuk sebelah ayah..
sbb harimau tu pn sebut tok teh and tok tam..satgi banyak atuk..korang lg pening…
paham je..citer best..