Ifrit Itu Kawanku

Aku pun ada kisah nak share berkenaan dgn jin atau org melayu panggil bunian. Tergerak hati aku nak share sebab lepas baca kisah2 seram kat FS rupa2nya ada yang senasib dengan aku juga. Kisah aku lebih kurang mcm kisah Hani & Yael, mesti korang dah pernah baca kan part 1 dgn part 2 dia? Tapi kisah aku bukan berkenaan dgn percintaan but more to friendship sebab sama jantina (bromance). Bukan gay ok!

Sebelum tu biar aku citer serba sedikit psl diri aku. Sebenarnya, aku datang daripada family yg bercerai berai. Ibubapa aku bercerai masa umur aku 3 tahun so arwah nenek aku la yg jaga aku smpai aku remaja (17 tahun). Jujur aku kata, aku jarang berkomunikasi dengan ibubapa aku sejak dorang bercerai sebab masing2 dah kahwin baru dan dah berkeluarga sendiri. Jadi, tinggallah aku sendirian tanpa kasih syg ibubapa. Dorang cuma bagi belanja tapi kadang2 dorg lupa nak bagi sbb dorg lupa kewujudan aku. Yang paling sedih bagi aku kan, report card aku daripada sekolah rendah sampai menengah tak pernah d sign oleh parents. Kdg2 makcik aku atau nenek aku sign. Tapi selalunya aku sign sendri semenjak masuk sekolah menengah.

Plus, aku anak tunggal. Takde adik beradik. Memang aku ada penyakit kemurungan sebab aku slalu kurang dapat perhatian dan kasih syg daripada parents aku. Boleh kata penyakit kemurungan aku agak kritikal tapi aku cuba lawan sndri walau tnpa sokongan mana2 pihak. Sebab aku ni jenis pandai cover line so aku nampak normal daripada luaran. Aku nampak happy go lucky tapi sebenarnya jiwa aku sakit dan aku berpotensi utk dapat masalah mental. Impak kemurungan aku tu boleh kata aku low self esteem dgn tak berminat nak bersosial sangat. Aku sangat2 memilih kawan, bukan memilih kaya ke tidak. Aku cuma minat berkawan dengan org yg senasib dengan aku atau orang tu tak reti bersosial juga. Itulah ciri ciri kawan aku cari tak kira dia miskin atau kaya. So, kawan aku memang sikit. Cuma ada beberapa kerat je. Sekarang korang dah bleh bayangkan kesunyian aku camne kan? Intro stop sini…

Okay, kisahnya bermula bila aku jejak kaki ke bumi semenanjung. Lepas SPM, aku minta bantuan mak aku supaya bawa aku ke KL sebab aku nak kerja. Alhamdulillah, mak aku setuju tolong aku tapi aku tak tinggal dengan dia sekali sebab aku paham mak aku dah ada family sendiri. Dan, aku dapat rasa dia tak nak aku tinggal sekali dengan dia even mak aku tak cakap tpi aku anak dia so aku bleh baca apa dalam hati mak aku. Pendek citer, aku tak nak ganggu hidup dia. Cukup skadar bawa aku ke KL je masa tu. Then, area 1st aku pijak adalah Shah Alam. Aku tumpang tinggal dengan sedare aku. Alhamdulillah, kejap je aku dapat kerja full time kat Watson. Happy la juga aku dpt cari duit sndri tanpa meminta2 kat parents aku lagi walaupun tak bnyak mana. Aku kerja dalam setahun lebih macamtu je sebab manager aku nasihat suruh aku p sambung study. Dia kata jangan biar umur sia2. Dia kata lagi aku ada potensi jadi HR yg bagus sebab aku suka motivasikan colleague aku, pandai recruit pekerja dan aku pandai simpan rahsia so dia advise aku p sambung study kos HR. Alhamdulillah, akhirnya aku ikut nasihat dia dan sambung study kat satu IPTS (biarlah nama IPTS tu rahsia).

Pendekkan citer camne aku bleh bersahabat dengan jin ni masa aku stay Rawang cuti semester pertama. Aku cuti 2 bulan, so aku dpt kerja kilang kat sana. Adalah utk tambah duit poket kegunaan masa study nanti. So, ada satu pagi tu aku menjelajah hutan dalam salah satu kampung kat Rawang (nama kampung pun rahsia k). Aku memang suka flora n fauna. Entah camne, aku bleh sesat bila nak balik sedangkn aku menapak tak jauh sangat pun daripada jalan raya. Agak gabra juga la aku masa tu sebab aku masuk dari pagi dah smpai zuhur aku tak jumpa jalan keluar lagi. Then, ada satu masa tu aku memang dah penat sangat nak bjalan, aku duduk kat atas batu tepi anak sungai. Tiba-tiba, keadaan sekeliling aku bergegar macam gempa bumi. Sumpah! masa tu aku takut gila..

Aku duduk peluk batu tu tadi. Pastu, dalam masa 2 min gegaran tu reda. Baru aku rasa lega bila dah berhenti. Then, aku rasa meremang bulu roma aku sebab aku dengar bunyi harimau mengerang daripada belakang aku. Perlahan lahan aku toleh… Sah! memang harimau tapi besar gila! Harimau tu harimau gergasi! Saiz dia bukan saiz macam harimau malaya atau siberia. Saiznya sama besar dengan sebiji van! Tak pernah aku nampak harimau sebesar tu kat TV… kalau ada pun dah pupus…

Masa tu, aku terus buka langkah seribu sambil menjerit. Habis smua aku langgar. Aku fikir aku akan mati masa tu kena baham dek harimau belang. Aku lari punya lari pastu aku nampak sebatang pokok yang senang nak panjat aku trus panjat sampai atas. Aku tahu harimau belang tak boleh panjat pokok tu pasal otak aku proses suruh panjat pokok. Bila aku dah panjat tinggi2, aku pandang bawah harimau tu dah hilang. Tiba2 sebijik batu singgah kepala aku. Sakit gila smpai kepala aku bedarah. Aku jadi pening pastu aku jatuh ke tanah. Then dalam aku menahan kesakitan tu tiba2 datang sorang budak lelaki lebih kurang sebaya aku. Dia terus tengking aku masa tu.

“Woi, brader! Sape suruh ko masuk sini?”

“Sape kau?…….”

“Kau pulak sape?”

“Kau yg baling batu kat aku ke???”

“Ye, memang aku! Kau dah ceroboh masuk kawasan aku, tahu?”

“Weh, hutan ni bukan kau punya la sial!”

Aku berdiri try nak tumbuk brader tu. Tapi darah mengalir laju daripada kepala aku. Sakitnya Allah je tahu. Berdenyut2 kepala aku dgn pening lagi. Aku dah jadi mamai masa tu. Dah la kena batu kat kepala jatuh ke bawah lagi. Seluruh tubuh badan aku sakit gila…

“Hak elehh.. ada hati kau nak melawan aku? Kau tak tau aku ni sape lagi”, kata brader tu.

“Bro, dunia ni Allah yg punya! So hutan ni pun Allah yg punya, kau faham? Takde nama bapa kau tertulis kat sini, tahu?! P*****K!”

“Jahanam kau punya manusia!”

Tiba tiba brader tu bertukar jadi harimau yg aku jumpa tadi. Sekelip mata je dia bertukar. Mata aku tak dapat nak tangkap kelajuan dia berubah bentuk.

Aku terus jatuh pengsan lepas dia transform tu.

Bila aku sedar, aku kat sebuah banglo mewah. Masa tu aku kat ruang tamu. Aku bleh kata rumah dia lagi lawa 3x ganda drp istana kita ada kat alam kita k? Camne teknologi dia biarlah rahsia..

Ok, pendekkn cerita.. biarlah aku namakan brader tu yg dah jadi abang angkt aku dunia akhirat sbg Ifrit. Nama sebenar dia biarlah rahsia 🙂

Lepas insiden kiteorang bertekak kat hutan tu, dia bawa aku balik rumah dia. Memang dia hampir2 nak bunuh aku dah masa aku pengsan tu tapi sebab ayat aku kata, “Allah yg punya” membuatkn dia tak berani terus nak mengganas. Means, niat dia terbatal la. Parents dia yg rawat aku sebab family dorang ni pakar dlm ilmu perubatan. Dengan izin Allah, luka kat kepala aku sembuh perlahan lahan dlm beberapa jam. Dorang kata kalau buat kat kaum dorang luka tu sembuh serta merta sebab aku manusia jadi effect dia tak sama. Bila aku nak mnta diri nak balik Ifrit terus peluk aku pastu nangis. Dia kata dia dah baca kisah silam aku daripada hati aku sendiri. Dia memang kesian gila kat aku pastu dia minta maaf banyak2 sebab cederakan aku. Dia tak sepatutnya aniaya aku. Dia kata dia x dapat bayangkan kalau dia kat tempat aku, hidup berdikari tanpa power dia ada sekarang.

Dia pun ucap terima kasih gak sebab semenjak aku ucapkan ayat, “Allah yg punya” dia terus rasa rendah diri. Dia dah sedar selama ni dia riak dan takbur even parents dia dah banyak nasihat. Paling aku terharu dorang layan aku baik baik sepanjang aku stay kat sana. Parents Ifrit minta aku anggap dorang macam ibubapa kandung aku sendri. Bnyak kenangan manis aku bersama sama dorang. Kalau ada masa terluang dorang selalu bawa aku bercuti kat dunia dorang. Negara dorang lagi banyak daripada kita. Aku boleh kata, bilangan jin darat je dah melebihi bilangan manusia even d gabung skali pun. Tu tak masuk lagi jin daripada laut dan udara. Dorang pun ada negara masing2. Tapi tak bleh nak share apa nama negara2 tu (Maaf bnyak2). Aku rasa happy sangat masa tu sebab akhirnya aku ada keluarga even bukan manusia sekalipun.

Info aku nak share dgn korg drp Ifrit. Aku panggil dia Ifrit sebab dorang keturunan jin Ifrit. “Ifrit” ni gelaran bagi jin yg keturunan kuat, berpengaruh, terhormat dan pintar. Kaum dorang ni ada 3 jenis iaitu tinggal kat laut je, atas tanah dan atas udara je. Mcm keluarga angkat aku ni, dorang jenis tinggal kat tanah or darat je. Juga dorang akan bertukar ke bentuk harimau je d alam nyata sebab tu specialty dorang. Tapi dorang still bleh bertukar apa2 bntuk dorang nak depends dengan power dorang ada masa tu. Means, once dorang bertukar mata kasar kita boleh nampak dorang. Lagi satu, dorang takkan bertukar bentuk sesuka hati sebab penat dan memerlukan power yg banyak.

Kalau korang nampak cik ponti, pocong, atau apa apa la tu sebenarnya boneka jin je. Sebab guna magik, power consumption kurang dorang kata. Dorang bleh magikkn mata kita ni supaya nampak boneka dorang yg kita panggil “hantu” tu dan takutkan kita tapi hakikatnya “hantu” tu magik dorang je. Tau tak dorang control boneka tu guna jari or mata je? Macam puppet atau wayang kulit tu. Bila aku dah tau semua ni, aku tak pernah takut dah. Kaum jin ni gelak gelak je kalau berjaya takutkan manusia sebab aku sendiri pernah join Ifrit sebab dia nak buat demo. Jaga jaga jin pun pandai bergurau tau.

Then, ada satu kawasan hutan kat Rawang tu dorang punya. Dorang ni pun ada agama macam kita juga tpi Ifrit ni memang beragama islam sejak azali lagi. Keturunan dorang memang islam semenjak beribu2 tahun lalu lagi. Fizikal dorg sama mcm kita. Rutin sama mcm kita. Beza kita dorang ni kalau dah janji sgt berpegang pada janji sampai mati. Jadi jangan janji apa2 dgn kaum dorang. Dorang sendiri inform aku.

Walaupun benda ni dah 10 tahun berlalu, sampai la aku dah berkahwin hubungan kekeluargaan aku dgn dorang masih utuh lagi. Dorang bnyak bantu hidup aku daripada wang ringgit dan sokongan sampai la aku ke menara gading dan mendapat pekerjaan macam manager aku kata tu dan kini aku memang sorang HR Manager (Biarlah rahsia kat mana)

Ifrit pula, sampai sekarang still single even dia memang hensem giler kata bini aku ala ala “Jake Gylenhall version Genie” hahaha. Dia tak kahwin lagi sebab dia belum bersedia katanyaa. Haaa okla, tu je aku nak share. Maaf yekk, citer aku mmg tak seram 🙂

Sekian, Terima kasih dan selamat mengejar malam lailatulQadar

Annonymus

Leave a Reply

48 Comments on "Ifrit Itu Kawanku"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
cikponticomel

mcm cite novel kanak2 jer..

paris jackson

tsk..sume nak rahsia..

servant

I just watched a video in youtube, from merciful servant and it is about #JinnSeries, it was mindblowing and what you’ve described about Jinn is exactly the same that has been described in the video series.

Thanks for sharing (:

Curiosity Kills The Cat
Curiosity Kills The Cat

can you provide me the link please? or what can i search at the youtube?

RatuPecut

amboi..siap tak bersedia nak kawin..saham tinggi nauu!

ANA

Bila join fiksyen syasya rasa luasnya dunia..macam2 kejadian menarik dapat diteroka.

Wawa

Btul tu dlu Ingt bunian ni x wujud n bnda2 halus ni x kuat sgt

genie

betul3..tak pernah terbayang apa yang rakan2 kita kongsi kat sini sblm ni.

Salam_1m

Wahh, dah macam citer anime yg aku tengok aje, magic consumption tuu macam mana kot… ade power bagai

Pengkritik FS

Haha Fake! Confirm!

‘Keturunan dorang memang islam semenjak beribu2 tahun lalu lagi.’

Islam tak smpai dua ribu tahun lagi dik..
Dah kenapa ko cakap diorang Islam beribu-ribu tahun

Sama ada penggunaan bahasa ko salah. Atau ko menipu.
Kalau orang lain nak cakap ‘Islam kan dah lama’
Yang sebelum tu belum dipanggil Islam. Nama lain.
Tapi cukuplah dengan mengatakan itu agama Allah

Cerita pun cedok sana, cedok sini.boom siap.hhahaha,kbye

Finas

Islam kn mmg dh lme smenjak zaman nabi adam lg.yg kalendar islam tue start time Nabi Muhammad..tue pun lepas bebas nye kota makkah daripada agama swlain islam

Dayah

Kan..tahun y kita guna sekarg nih tahun penghijrahan nabi Muhammad..time nabi sulaiman semua tu kena kira

Isteri Orang

aduh..kelakarnya komen ko dik. npk sgt dulu kelas pendidikan islam ko selalu endah tak endah.

suami orang

kesian dia. tak apala dik..belajar lagi. betulkan akidah. InsyaAllah

Abu botet

Dari zaman Al hin sebelum Adam lagi dorng da sembah n solat berpaksi kan Allah. Tapi bukan Islam.

Jin Islam

Bro, Nabi Isa itu islam, Nabi Musa itu islam malah Nabi Adam juga islam, x blajar erk? ke bodo

Pink Muslimah

adoi laaa…tahun hijrah memang belum sampai 2 ribu tahun sebab itu tahun penghijrahan Nabi Muhammad.. Agama Islam ada sejak Nabi Adam di ciptakan lagi dan d turunkan ke bumi.. pegilah mana2 kelas ugama atau tanya pada Imam di masjid FREE of charge jerr ok =)

Empat

Jin pun update la..dia pun tau agama tuhan tu dipanggil islam zaman ni..itulah lain komen jgn over konpiden

arra

hok alorh…sedeh natang niyh..ngucap bnyak ii sedara.
#peaceyoo

KangGary

best cerita ko bro….haha..teruskan menulis ya

Empat

Amenda yg ko merepek ni?

Empat

Sorry nk reply kt orang atas kau tu

Mia

Fyi. Semua org jarang2 nak sebut nama betul, tempat betul. So xpayahla ipts biar rahsia, nama biar rahsia, kg biar rahsia. Mati rasa nak baca.

Biarlah rahsia

Betul tu, terlalu byk sgt rahsia meluat pula baca

Abu botet

Bagi aku la.. Dia merahsia kan sbb dia xnak bila dia bagi tahu rahsia tu keistimewaan tu hilang…

Jejaka Curious

Kadang kadang, ada benda yg kita patut tahu dan ada benda yg kita takpatut tahu. Yang rahsia, biarlah kekal sebagai rahsia.

Denasor

Jangan mengada nk berkawan dgn jin lah. Manusia lg ramai. Berkawanlah dgn sama spesis. Silap lgkah, mkn diri..

Denasor

Howalah.. nk reply kt tmpt lain, keluar tmpt lain lak. Sori sis.. tang biarlah rahsia tu, aku setuju dgn ko. Menyampah lak baca sikit2 biarlah rahsia. Klo xnk bgtau, awal2 xyah bgtau..x pyh mention pn biarlah rahsia tu. Contohnya masa bgtau pekerjaan tu, dh jd account manager ke apa td.. stop je la smpai situ. Xyah nk mention “kt mana biarlah rahsia”..cerita dh ok dh. Part biarlah rahsia tu je annoying sikit. Apa pn, aku baca smpai abis jgk

levine

huhu ifrit tu riak mcm bngsa J

Gadis

Aku rasa aku macam percaya cerita kau . Tapi tak tau la kalau kau tipu . Tapi aku dapat rasa mcm betul . Hm entahla . Apa apa pun banyak pengalaman orang yg aku dapat belajar .

Balqis

Macam mana rupa mereka? Sama macam manusia ke? Ada Ekor? Mata?hidung?mulut? Tak kan macam manusia?? Aku harap ni cerita betul.aku x suka orang menipu.tapi aku percaya je penulis FS tulis pengalaman diorang.harap balas 😉

Isya

Boleh tak cerita dengan jelas.masih nak tahu pasal Jin ifrit.agak pelik bila pocong tu hanya sebagai boneka. Contoh kalau kereta berat ditumpangi “benda”(pocong).adakah tu boneka jin ifrit atau Jin ifrit tu sendiri?

AA

Hm kata ada penyakit kemurungan tapi dari mula dah caci maki carut mencarut.

black story

nak tahu mcm mane rupa jin bacalah al-quran tanyalah ahli ahli jamaah…untuk dptkan kepastian…yang aku tahu jin ni pun mcm kita cuma allah bg kelebihan sedikit pada mereka…
tapi jin yang belom kawin tu aku rasa sama nasib kot dengan dunia manusia yewlah kawin sekrngkn mahal hahaha

Isya

Tapi sekadar tanya je kepada penulis apa yg dia nampak rupa jin tu..

yellow

Wow Jake Gyllenhaal

rozzy

cita ni menarik…tang hutan Rawang tu area Hutan Lipur Kancing tu ke? situ kan hutan simpan…ifrit mmg jin Islam sejak beribu2 tahun…mmg sejak nabi Adam lagi mmg agama Islam dah ada…sapa kata Islam cuma ada lepas Nabi Muhammad? salah tu bro…

Jin ifrit pun mcm manusia Islam juga…ada yg kuat agama ada yg munafik…ganas/takbur..

Bagi sesiapa yg bersahabat dgn kaum lain selain manusia kentalkan lah agama anda…tak salah bersahabat asalkan tiada perjanjian dgn mrk yg membuat kita jadi syirik…kebanyakan yg jadi mangsa jin2 jahat adalah kerana diri manusia tu sendiri tidak kental/kuat dgn agama…

Buat penulis..cita anda mmg menarik…dan saya dpt rasa ni bukan cita fake…tp kalau boleh buangkan la tulisan yg berbaur maki2 tu ya…skrg anda pun dah berpangkat besar..beristeri..dan tak murung lagi kan? skrg anda dah ceria ada sahabat jin Ifrit dan hidup senang…tahniah…

spm tak lama lagi. Babi!
spm tak lama lagi. Babi!

Ifrit itu kawanku? Ifrit tu kau. Cerita serupa ifrit

cik pon

hahaha..dah mai dah budak tak reti lap hingus ni. ko pon kene cari keluarga angkatlah. kurang kasih sayang.

Isya

Woi “SPM x lama lagi”kau ni x perlulah nak stress sangat. Aku pon SPM.kata kata kau tu macam cari pasal je.dengan semua orang nk kecam..

Jiji

Ermm kisah bro ni mengingatkan perkara pernah terjadi dalam hidup aq. Nak explain takut org x caya pasal mende yg x boleh nampak ni. Tapi itulah hakikatnya terjadi, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Cuma jin yang aq jumpa ni kaler biru dan suka cakap besar(pandai berkata-kata).

Gadis

Cerita la .Saya nak tahu .Awak jangan la takut .Bukannya orang tahu siapa awak .huhu

Isya

Cerita je.Percaya tu hak masing masing.ada yg x percaya mungkin x pernah kena.

maudhuk

nama page ni pun Fiksyen shasha,
yang korang serius sangat apahal

Akakkiut

Ilmu yg manusia ada ni cuma ibarat setitis air dari lautan tu.tu sb ad yg xpcy sebab xalami. Alam roh..alam jin..bumi seisinya ni kita xhabis teroka lagi. Ilmu ni klau kita cari xkan pnah habis.tmbah2 ilmu Allah..ap2 pun klau ad sambungan teruskan. Kipidap

z

First skali nk komen kan.. Kesian giler ko jadi mangsa perceraian…ni lah selaku jadi bila mak bapak bercerai…sbb tu berlaku masalah sosial…tapi alhamdulillah Allah jaga ko elok je ko mampu hadapi ujian Allah ni. Respect ko bro.

Den ingt jin ifrit mmg jahat… Bila ko tulis kawan dngn jin ifrit Ku ingt ko ni kena hasut buat kerja jahat lah… Sorry lah serious ingt mcm tu. Minta maaf ya kat kawan ko tu…erm…bagi den untung jg lah ko kan… Entahlah…Allah tahu yg terbaik.

Tapi tu la betul ada yg berkomentar kata FS ni by a kita meneroka kehidupn alam lain ciptaan Allah. Bila ki bc FS ni bnyk sngt input den dpt mahupun dr segi pengajaran kehidupn, ujian hidup dan info tntg kehidupan dunia kekuasaaan Tuhan menciptakan segalanya…..tu apa yg kita tahu bagi kmi yg x nmpk ni lagilah…klu yg x tahu tu mesti lagi bnyk rahsia Allah. Apa² pun kita akn kembali kepdNy

makcik gemok

Good luck, bro. May Allah ease your pain.

Alyssa

ifrit sudi kwn dgn wanita x?

wpDiscuz