Igauan FiksyenShasya

Igauan fiksyen shasya
#cikeffy

Assalamualaikum pembaca setia FS . Terima kasih admin sudi publishkan cerita aku yang tak berapa nak seram tahap pencapaian korang ye.okay nama aku effy 24,aku bekerja sebagai kerani di pejabat swasta la. So aku selalu je ada masa untuk buka cerita dalam fs ni ,boleh katakan hari- hari aku mentelaah dan kusyuk gila. Haa tak lupa juga pada officemate aku ika introduce kan aku fs ni.
So semakin hari semakin gian aku baca. Sampai aku dapat 2 mimpi dari cerita fs. Almaklum lah dah terlampau membaca. So mimpi aku bercampur aduk la. Dalam cerita fs ni aku lebih suka cerita kak ponti ..yess Pontianak…

Mimpi 1…..

Malam tu pukul sepuluh setengah, macam biasa jela aku tidurkan anak aku dulu. Sebelum tidur cuci kaki la kan. Mengelakkan mimpi yang bukan bukan, tapi malam tu bukan nasib aku nak mimpi yang sweet sweet. Aku mimpi. Aku pergi kat satu rumah usang, tapi takde la usang sangat. Cuma dalam tu dia punya decoration macam orang dulu dulu. (macam cerita karak) yang dorang sangkut dalam rumah lama tengah hutan tu. Okay back to story. Tetibe aku terjumpa makcik ala-ala rambut kerinting style 60-an maybe. Dia ajak aku masuk rumah dia, aku tanak masuk tapi banyak kali dia ajak ,aku pun serah diri jela, aku jumpa balang corak unik la juga bersusun atas meja. Masa aku belek-belek tu, aku kena tarik dengan pontinak. Dia nak ambil aku dari atas atap rumah tu. Kau rasa?? Aku jerit la wei, makcik rambut kerinting tu dari mana dating tah. Dia cakap Pontianak tu Tarik kau …perghh!! Aku terus buka mata. Memang terasa baru di tarik. Jantung aku punya la dup dap dup dap. Lepas tu sampai ke pagi aku tak boleh tidur rasa macam diperhati je dari tingkap bilik aku.

Mimpi 2….

First puasa untuk tahun 2017 dah start mimpi bukan bukan. Haha memang la takde hantu dalam bulan puasakan tapi mimpi aku dah kenapa asyik Pontianak je…

Yang aku ingat lokasi tu memang rumah aku, ada seorang budak kecil tah dari mana datangnye, terus masuk rumah aku bawak plastik tesco dalam tu mengelembung angin je. Aku tanya kau ni anak siapa? Dia diam je. Dah la masuk rumah orang sukahati kau je. Lepas tu keret pulak tu.

“kak ! Jangan buka plastik tu tau, tu Pontianak dalam plastic tu.. “ ahh sudah kau dah kenapa masuk rumah aku bagi pontinak dalam plastik ni. Masa ni suami dengan anak aku takda dalam mimpi aku nie ye, aku sorang je.aku pun lari lah keluar rumah. Tah macam mana budak tu sendiri yang buka, Pontianak tu terus kejar ikut aku keluar. Gila laa serius takut

Pandangan aku Cuma had dada dia kebawah je. Tanak aku tengok rupa bentuk muka dia macam mana tapi rambut dia tak la serabai mana. Baju keruh tanah macam tu jela. Kaki tak Nampak la .psstt !

Tersedar dari tidur ,hati aku ni mula la gelisah ,berdebar je tak boleh nak tidur balik.hmm korang yang taksub baca fs ni pernah terkena tak ??Ke aku seorang je???

Thank korang nohh sebab sudi baca cerita aku yang tak seberapa ni.

 

#cikeffy

Leave a Reply

22 Comments on "Igauan FiksyenShasya"

Notify of
avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
nikL7C

Kahkahkah, aku pun tp2 hari baca. Lagi la takut mlm2 tdo sorang diri. Suka yg boleh buka hijab mata. Wlp takut tp mencabar baca mlm2 lg best. so far belum la mimpi fs neh..

kay

kebnyakkan cerita semua best-best , habis satu terus baca kisah lain pula tapi untuk baca time malam haha jangan sekali. tak tidur terus smpai esok pagi..

Hana

samala, bila dah terlampau banyak membaca mula la mimpi macam-macam. kekadang tu smpai tak boleh nak tidur haha tapi still juga baca FS cumanya kurangkan sikit. kalau dulu satu hari bnyak cerita baca , sekarang selang sehari baru baca itu pun satu dua ja.

Myrara

saya pon kat ofis hari2 baca cita kat FS ney, sampai tahap nak gi toilet pon takut..ada satu mlm tu kuar lepak ngn mbe blk lewat kol 1 lebeh, nak naik lif takut last aku ngajak mbe tman aku blk tidor umah aku..tapi walau pon takut still addicted nak baca cita kt FS ney..mimpi jgn ckp la hari2 mimpi hantu, sampai tahap rasa lemah gla semangat aku ney..hummm

mon

kahkahkah mcm aku la. smpai aku paksa intern teman aku g toilet. 😂

ika93

nanti cerita lagi ye… tapi taknak yg mimpi2 ni… hehehehe…..

CIK EFFY

EHH cik ika ..jiran sebelah .. hahaha combine cerita dgn kau la mek …misteri ofisku berhantu pulakk..kikikiki

ika93

kikikiki tu tak serammm… hehehehehehehe baru serammm :-p

cikaroka

hahahaha samalah kita. dah jadi mcm addict dgn FS ni. tiap2 malam sebelum tido mesti baca tp ada 1 hari tu tetiba mcm takut, seram. esoknya dah x baca malam2. baca siang2 je dkt ofis. mcm skrg ni. tgh xde keje boleh lah baca. hihi

Myrara

baca time siang je time mlm mmg idok la teman nak bacanyee..tapi yg geraam dok tgu sambungan #maya dgn #D13a tk masuk2 lagi ney..

nikL7C

ye betul sy pun tunggu juga siri berkenaan..

aku

hahaha.. Giler xtakut bila baca FS.. ri tu ada baca yg jin islam tumpang solat skli tu.. aku nk solt tkt sorg2.. hahaha.. mlm2 bgn pg toilet pon tkt..

fz

saya pulak memang suke bace fs ni the cite kat member2, 1 malam kawan sy ni tak tau la sama ada mimpi or realiti. Mase tu kiteorang tido, tido style sy hadap muke dia and dia hadap muke sy. Dia cakap mase tu sy cakap kt dia yg bawah katil ni ada bende, bende tu plak ada 2 sambil senyum menakutkan. Dalam hati dia cume cakap kenapa sy senyum mcm tu. tapi malam tu memang sy tido menghadap dia then dia pon admit bende yg same sebab mase dia terjaga nak pegi toilet memang sy tido menghadap dia. Tapi serius la, disebabkan asyik sgt bace fs ni kt opis, sanggup tahan dr pegi toilet sebab takot bile bukak pintu toilet masok alam lain..hahaha

yuki

nasib baik toilet kat office aku bukan jenis yang masukk toilet ade 4/5 blik tandas dalam tuu . macam tandas awam / sekolah …. seramm seyhh kalauu begituu .. Toilet office aku jenis private , ade satu jee . hahhahaa . tp tetapp seramm sbb bunyik pintuu yang sukaa buat aku nebess . hahhaha . . dahh laa aku n jenis rajenn bacaa FS n . asall xde keje jeee mentelaah FS .

— mimpii bukan2 tuu selalu sangattt …

Zaha

buat apa takut, kita baca kisah2 ni utk sedarkan diri je contoh jaga adat tmpat orng,jgn bersiul tgah mlm, mulut jgn celupar dan lain2
spe2 sini berani buka hijab tgok natang2 ni buat gilo..hak3 siot

mamazahra

kite peminat page fs terutama story from #cikedot , #kucingkelabu , #detektif #kisahrumahsiri dan banyak lagi la writer yg best2, memang layanzzz

AA

sebabkan fs aku tak berani tidur tutup pintu. balik lepak pukul 10malam pun dok fikir ada yang mengikut balik padahal dulu takmacamni pun. haha

Hilmi

Pernah berubat dgn ustaz, dia pesan sebolehnya elak terlibat dgn perkara yg boleh menarik makhluk halus seperti membaca kisah & menonton filem seram

RatuPecut

Aku FS di luar kawasan rumah and cuma dr kul.7am to 7pm…hahhaha…..mcm.shift sbb aku takut..dulu penah kena kacau and selalu rasa ada org tengok..dahla duk sorg2…lepas tu tinggalkan FS jap…dlm.2.minggu nak amik kekuatan..pastu baru okay..tapi still.7am to 7pm jer…hahahhaha.mkalau lebih dari.tu..mimpilaa deknon

Ara
Sama la akak pun. Sejak ada kawan introduce pasal FS ni, ada satu hari baru ni, takde benda nak buat, tiba-tiba teringat FS, terus bukak and start baca. Dari satu cerita ke satu cerita sampai tak sedar masa berlalu macam tu je sampai lah ke malam. Serius akak cakap satu hari tu memang asyik sangat membaca cerita and ingat ada satu cerita yang cakap kalau kita mimpi aneh dekat tempat yang kita huni sekarang ni, maksudnya memang kita sebenarnya kena kacau waktu tu. And malam tu nak tido, akak mimpi akak tengah berjaga kat ruang tamu rumah pukul 2-3 pagi dok tengok laptop (which is what I always do now lately) then tiba-tiba dengar bunyi air yang macam paip tak tutup habis so air masih keluar. Tapi tengok kat toilet takde sape pun. Buat tak tau je. Then tiba-tiba dengar lagi, intai dari balik dinding, nampak ada kaki dok tolak baldi isi kain baju kotor nak basuh. Bunyi baldi dok seret-seret kat lantai toilet. Berdebar time tu sebab tak tau sape, and kat rumah takde orang. Tiba-tiba baru nampak satu susuk tubuh and rasa lega… Read more »
CIK EFFY

HUHUHU ..cerita akak ni memang seram kak …..
mungkin saya ada terkena gangguan kot…

lels

sama tapi lagi pelik sikit kot sebab lepas mimpi buruk je, kaki or badan akan lebam2. so aku stop sebulan baca fs huhu. lepas tu baru okay. mungkin kebetulan kot.

wpDiscuz