Ijat maafkan kami-Spirit of the Coin

Assalamualaikum semua. Kali ni intro aku nak pendek je sebab kalau lepas ni dah kali ketiga cerita aku tersiar. Terima kasih admin. Aku minta maaf sebab ramai yang marah aku skip cerita Spirit of the Coin Ku Seru Dikau aku tu. Okay kali ni aku takkan skip dan aku nak cerita kisah budak Ijat ni pulak yang selepas peristiwa kami main spirit kat rumah, dia berterusan kena ganggu dan dirasuk..

Selepas peristiwa tu, kami memang tak serik lagi. Kami buat benda ni macam main-main je. Kami start buat balik, Wan pulak tak nak buang syiling tu sebab dia kata syiling tu macam bernilai. Bernilai apanya kalau benda tu kami dok buat panggil hantu. Masa tu aku tak marah dia macam ni la sebab masa tu aku pun sibuk dengan benda mistik ni. Jadi lepas Lisa kena tu syiling petak lama tu disimpan oleh Ijat. Aku tak tau kenapa dia nak simpan syiling tu tapi kepelikan aku bertambah bila satu petang dia ajak kami main spirit tu lagi.

Kami ikutkan je sebab petang kan tapi petang tu kira nak dekat senja. Ijat yang lukis papan apa semua. Yang main pun dia, Wan , aku dan Paksu. Yang lain tengok. Aku ingat benda ni tak jadi sebab petang guys tapi aku silap. Jadi pemujaan kami ni. Mungkin ada betul setengah orang cakap sekali buat kira kita dah mengundang benda tu dan kira dah tinggalkan tanda. Kali ni benda tu perempuan nama Mariam. Aku tak tau la Mariam pontianak harum sundal malam tu ke apa ke tapi dia cakap dia orang lama kampung aku. Kira sebelum kampung aku ni diteroka..

Kami main jap je benda ni dan selepas tu kami hantar balik. Nasib baik benda tu balik dan senang je kami tamatkan permainan petang tu. Tapi sebenarnya kami silap. Benda tu sebenarnya ada dengan Ijat. Benda tu ikut Ijat dan dia sukakan Ijat. Malam tu kami lepak dan kami nampak papan tu, tetiba Ijat ni amik papan tu dan nak bakar. Kami semua terkejut sangat dgn tindakan drastik Ijat. Kami rampas papan tu dan Ijat terus menjerit macam orang meroyan. Serius kami dah cuak sebab tak pernah Ijat jadi macam tu dan tetiba Ijat duduk bersimpuh dan buat gaya seperti sedang melurut rambut yang panjang padahal rambut dia pendek wehh..

Kami tak berani nak cakap apa-apa just mampu tengok dalam keadaan tergamam then Ijat bersuara dengan lembut sangat “jangan takut, aku Mariam. Kalian yang panggil aku kemari” . Ipan start tanya kenapa sampai masuk badan si Ijat ni , Mariam tu jawab “badan dia lemah sebab tu aku suka dia ” .. Kami merayu tolong lah keluar , dia mahu tapi dengan syarat dia mintak nak pegang surah yassin.. Katanya dia dah lama tak pegang surah yassin. Bila masa dia nak sambut tu memang nampak tangan dia terketar-ketar nak sambut. Tiba masa dia keluar dia mintak nak keluar ikut kaki, benda ni berlaku tanpa ada bantuan orang yang berpengalaman. Alhamdulillah untuk malam tu Ijat okay. Tapi malam tu saja, benda ni baru permulaan saja..

Selang sehari bebudak laki ni lepak kat padang depan rumah aku. Aku tak join masa ni tapi yang aku cerita ni berdasarkan bebudak laki cerita dan selepas tu kekecohan berlaku depan rumah aku. Bebudak ni cerita tengah lepak Ijat ni nak pergi main kat buai, dia orang biar lagi tetiba Ijat ni berjalan kat tengah padang, si Pendok ni follow la Ijat ni sebab macam pelik. Bila dia nak sentuh je bahu Ijat tetiba Ijat ni lari ke arah kubur. Aku ada cerita kan sebelah rumah aku ada kubur dan depan kubur tu padang.. Terus ramai-ramai pergi kejar Ijat sampai dalam kubur. Dalam kawasan kubur tu ada sekolah agama rakyat then kat situ ada meja bangku bawah pokok manggis yang besar. Kalau belah malam memang seram la.

Cari punya cari Ijat duduk kat bawah pokok tu sambil tundukkan kepala. Terus dia orang tarik Ijat pergi rumah aku. Haihh rumah aku jugak tu yang jadi mangsa. Sampai je depan rumah aku korang ingat senang nak suruh dia masuk rumah, bergelut jugak bebudak laki nak bawak dia masuk sampai berkubang la dengan lecak depan rumah aku tu. Biasalah kampung kan bila hujan tau je la macam mane. Masa ni ibu aku dah tau kes kita orang main spirit tu. Bernanah jugak telinga kami ni kena sound dengan ibu aku..

Dah bawak masuk rumah si Ijat ni duduk menunduk sambik goyangkan badan dia depan belakang. Sorang pun tak berani bukak mulut sebab keadaan dia menyeramkan walaupun tak keluar suara apa pun. Memang keadaan automatik meremang. Terus ibu amik keputusan untuk bagitau mak bapak Ijat dan sekali gus panggil Imam Sham. Masa Ijat dengar nak panggil Imam tu terus dia berdiri tegak mengadap tingkap dan bila dia dengar je suara Imam Sham bagi salam automatik dia buat-buat pengsan. Pandai berlakon jugak benda ni tau. Imam Sham masuk je rumah terus dia cakap tak payah la kau nak berlakon dengan aku, aku tak percaya sikit pun. Terus Ijat ni bangun sambil gelak macam mengilai pun ada tapi versi volume slow..

Masa mak bapak Ijat ni sampai lagi sekali kami ni kena marah aduh. Bila mak Ijat nak terkam Ijat, si Ijat ni mendengus marah yela yang tu bukan Ijat confirm la dia tak suka. Imam Sham mulakan mintak dia keluar dengan elok-elok, muka dia macam takut dan dia angguk-angguk geleng-geleng je.. Okay settle la ingatkan dah okay la. Ijat tu macam dah sedar dia terus ajak mak bapak dia balik. Tetiba Imam Sham halang, aku macam ehh Imam ni kawan tu nak balik biarkanlah. Imam terus sound kamu jangan ingat aku bodoh. Mak bapak Ijat macam bengang ehh Imam ni Ijat ni dah okay. Muka Ijat pun nampak macam kena panggang. Imam mintak Ijat duduk lagi, Ijat memula tak nak tapi mak bapak dia paksa jadi dia buat dalam keadaan merampus.

Imam suruh dia mengucap, dia diam. Imam suruh lagi kali ni Imam suruh ikut bacaan Imam tapi Ijat boleh jawab ” BODOH.. BODOH.. BODOH.. BODOH.. BODOH..” sambil diikuti ngilai yang sangat panjang. Kami yang dalam rumah semua terkejut plus takut rupanya benda tu berlakon. Pandai betul dia ye. Imam baca ayat ruqyah dan ada ayat yang lain sampai menggelupur Ijat tu. Walaupun bukan dia tapi kesian pulak aku tengok, dalam hati bye hantu.

Malam tu semua dah settle Ijat pun dah balik aku pun tidur dengan tenang sebab ingat semua dah okay. Tapi tepat jam 4.30 pagi kecoh bebudak laki call aku bagitau Ijat kena lagi kat rumah dia tapi kali ni benda lain pulak yang ikut menumpang. Aku memang tak la nak keluar pergi rumah dia walaupun dekat, nanti kak pon ke kak lang ke achong ke yang ngikut. Yang tu okay lagi buatnya bentara guru kat rumah ni yang mengamuk macam mane mau nya kena piat telinga nanti. Aku dengar bebudak laki ni yang pergi tengok dan dari sumber yang boleh dipercayai mereka bagitau 3 orang yang berlawan dengan benda dalam badan Ijat.

Imam Sham dan dua orang ustaz yang tidak diketahui namanya. Dia orang kata lama jugak sampai nak dekat subuh lah. Dan lepas tu memang Ijat dilarang habis-habisan untuk berkawan dengan kita orang. Sampaikan satu kampung jugak la kecoh marahkan kami ni sebab main benda yang mengundang hantu. Mereka cakap tak ada pasal nak cari pasal. Lepas dari tu memang tak ada dengar langsung cerita Ijat cuma kekadang tu ada la bebudak lain bagitau Ijat still kena kacau sampaikan nyaris accident. Parah kan. Imam Sham kata badan Ijat dah ada tanda jadi memang banyak benda yang senang sangkut..

Keadaan Ijat teruk sangat aku dengar sampaikan mak bapak dia pindah keluar dari kampung ni.. Ijat kalau kau baca kami mintak maaf sangat sebab punca kita main kau jadi macam ni.. Tak sangka jadi macam ni. Kepada makcik pakcik kampung kami kot ada yang baca ke kami mintak maaf jugak ye.. Sampai sekarang kami tak tau apa yang jadi pada Ijat.. Ni last cerita aku sebab aku rasa serba salah nak bukak cerita di atas kesilapan dan kebodohan sendiri yang akhirnya mengundang kesan kepada orang lain.. Kisah ni memang benar berlaku dan mungkin ada yang anggap aku tipu terpulanglah sebab yang mengalami kami sendiri.. Sekian terima kasih assalamualaikum..

Inkigayo

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

10 thoughts on “Ijat maafkan kami-Spirit of the Coin”

  1. Aku nk tnye.. apehal nk main bende tu… korg thu dh kan benda tu syirik…. lgi pun Klu kene rasuk.. jgn Biar dia blik mcm tu Jew… than dulu.. Klu benda tu Kuat jngn Lps… mmg dia suke berlakon

    Reply
  2. SOTC ni aku dengar dari zaman belum masuk asrama lagi.tak pernah pun teringin nak main.bukan la sebab takut tapi benda yg kita tak nampak jangan diseru.aku percaya sampai sekarang pun masih ada yg main@cuba2 nak main

    Reply
  3. Dulu Ms kt satu boarding school Ada geng pompuan ni main bnda ni. Efek dia, Teruk satu asrama kn kcau. Bila ketua warden aku (ustaz khaidir) dpt tau, dia punya marah giler2 punya. Hari2 dia basuh kitorng tiap Kali lepas solat jemaah kt surau. Aku ingt lg dia ckp, ‘susah payah sy pagar kawasan asrama Demi keselamatan pelajar, senang2 awak panggil dia masuk! Sekarang pagar tu da roboh. Sbb geng2 tu wat kj bodoh main spirit’. Tertekan jugk la diorng kn bash satu sek smpi Salah seorangnya iaitu ketua geng tu amik Keputusan pindah keluar ke sek biasa. Lepas kjdian tu Ustz buat rutin pagarkn smula asrama. First time aku tngok ritual tu dibuat.

    Reply
  4. Aku tak paham la dengan budak2 baru nak up ni. Apasal eh korang suka sangat main benda tu?

    Korang nak test keberanian ke atau nak test kebodohan???

    Sorry la kalau ad yang terasa. Memang aku marah. Marah sangat! Sebab tu perbuatan syirik! Korang tau ke tidak perbuatan syirik ni apa benda???!

    Korang menduakan Allah, tahu tak??? Puja puji ni hanya untuk Allah. Dah kalau korang puja benda lain tu makna menduakan Allah!

    Kalau korang menduakan Allah maksudnya apa? Mksdnya tak masuk syurga la!. Pernah dengar tak, dosa yang tak diampunkan adalah dosa syirik. Melainkan kau kne bertaubat DENGAN SEBENAR -BENAR TAUBAT!

    Boleh pikir dak???

    Ish, aku pun tak tau la nak cakap apa. Aku pun bukan alim sangat. Memang ada dosa yang aku buat. Aku ngaku. Bab agama pun aku masih terkial-kial lagi. Masih belajar…tapi bab² mensyirikkan Allah ni, secara terang-terangan lagi… memang aku tak berani. Takut aku.

    Dosa lain boleh la diampunkan. Dosa syirik??? Jangan la anggap benda ni remeh. Please la!

    Sesamalah kita Mohon Kemaafan dan Keampunan Dari Allah…

    Reply
  5. Tak pe lah.. Kn dlm cerita ni kn diorang kecik lagi. Dlm petikan cerita ni pon si penulis ada ckp main ngan bebudak laki campur perempuan tak fikir pon diorang apa baik apa buruk. Tapi by the way cerita ni best giler and lawak. Harap harap si penulis dapat jumpa ijat balik🙂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.