Incognita!

Salam pembaca. Salam admin

โ€œYang ni aku tak nak, yang ni pun tak nak… yang ni aku tak nak juga…โ€ Habis semua cerita yang diemel, yang dihantar, tidak berkenan di hati!

Kau buang! Kau delete semua cerita dari penulis. Alasan kau? Cerita mereka tak seram!

โ€œBosan baca cerita macam ni! Tak seram langsung Arin…โ€ Kau membebel lagi. Sesekali kau menoleh gadis di sebelah.

Gadis itu hanya memakai baju tidur, sambil memegang secawan air milo di tangan, belum diminum, dia terpaksa mendengar kau berceloteh! Dalam hatinya, merungut! Susah bekerja dengan sepupu sendiri.

Kau tidak punya office, sekadar mengelola sebuah page dari rumah. Tapi malam ini kau pinjam pejabat ayah, untuk mengemas kini page kau sendiri kerana komputer di rumah kau rosak. Dan gadis itu adalah gadis yang selalu membantu kau memilih cerita dari penulis untuk tatapan pembaca. Hanya kau berdua!

Tapi!

Gadis itu memilih semua genre, yang mana betul tatabahasa, yang mana elok dan bernilai untuk pembaca, yang ada pengajarannya, yang ada ilmu manfaat cerita, dia akan publishkan. Seram atau tidak bukan ukuran. Selagi cerita itu punya mesej untuk disampaikan, ianya tidak terhad kepada satu kategori sahaja.

Itu tujuan kau pada asalnya!

Namun lama kelamaan apabila ramai pembaca mahukan yang lebih seram, maka kau abaikan penulis lain yang menapak pada mulanya. Ya.. kau cari yang menarik minat pembaca. Penulis baru semuanya. Jika seram itu adalah yang utama, maka kau mahukan penulis juga mengikut rentaknya.

Kau masih lagi delete cerita yang tidak penting pada pandangan mata. Mulai hari ini kau yang akan memilih cerita mana yang akan kau publish!

Gadis itu terdiam, memerhati. Sekeping biskut ditangan dimasukkan dimulut, mengunyah perlahan sambil melihat kau buat kerja.

โ€œApa ni??? Tak seram langsung!.โ€ Kau semakin tension, cerita seram yang kau dapat dari penulis sedikit pun tidak menakutkan.

โ€œItu cerita benar bro. Ada beza antara cerita benar dan fiksyen! Cerita benar memang tak seram sebab penulis hanya tuliskan apa yang benar. Diaorang tak boleh nak tokok tambah!.โ€

Kau diam.

โ€œKalau fiksyen, mudah untuk kembangkan ikut imaginasi agar ianya nampak lebih lebar. Mudah juga penulis tokok tambah. Itu beza kenapa cerita benar tidak terlalu seram.โ€

Kau masih diam. Kau tahu pembaca tidak suka yang fiksyen!

โ€œPage kita sendiri kau yang letakย FIKSYEN!.โ€ Gadis itu nampak sedikit bengang. Tidak tahu kenapa perlu lagi dipertikai antara fantasi dan realiti.

โ€œAda beratus ribu pembaca, boleh katakan semua tidak kisah! Hanya segelintir sahaja yang tidak suka. Kita tidak boleh puaskan hati semua! Jadi kenapa kau perlu gelabah?!

Kau diam lagi. Kali ini lebih lama.

โ€œKalau kau anggap ini satu tekanan, kau dikira gagal dalam menerima kritikan!.โ€ Pedas kata sepupunya. Memang Arin bermulut lancang.

Ah! Sebenarnya kau sendiri yang banyak cengkadak.

Biarlah penulis belajar menulis,

Biarlah…

Biarlah mereka lebarkan sayapnya,

Biarlah…

Biar…. Mungkin ini platform pada mulanya, siapa tahu satu masa nanti mereka lebih matang untuk berkarya. Bukan mudah untuk menulis, apatah lagi penulisan itu ditayangkan secara percuma. Apa yang kau perlu buat? Hanya hargai!! Tidak perlu dibayar dengan apa-apa.

Cukup sekadar menghargai!.

Suasana senyap, sunyi. Masing-masing tidak bersuara.

Pejabat itu tidak luas, semua pintu dicat dengan warna merah. Manakala ruang dalam pejabat penuh dengan cermin.

Dari pandangan mata hadapan kau, sebuah kerusi sofa kelabu terletak di barisan hujung disusun sebelah pintu masuk utama. Bangunan itu tiga tingkat dan kau berada di tingkap paling atas. Ketika waktu malam lif tidak berfungsi, jadi terpaksalah kau naik dan turun tangga setiap kali melakukan kerja.

Kau menakup wajah. Malas nakย  panjang cerita, Arin memang tidak akan mengalah. Tapi terdetik juga dalam hati tentang kebenaran katanya. Suasana di office ayah, agak sunyi hanya pakguard sahaja yang tinggal. Kau janji kau akan balik awal, tapi kau menepek di situ melayan perasaan yang tidak sudah.

โ€œTING!!!.โ€

Satu mesej masuk di emel. Kau mendongak, membaca perlahan. Ligat jari jemari menekan papan keyboard

Tajuk itu kau dan Arin sebut serentak. Kemudian berpandangan. Dari raut wajah, masing-masing tertanya-tanya. Tajuk itu tersama pula dengan page yang dikendalikan kau.

Emel itu dibuka, sebuah cerita terserlah. Tajuk itu kau ulang sekali lagi.

โ€œJELMAAN FASHA.โ€

Tajuk dah best! Kau tersenyum, anak mata bergerak mula mengikut setiap baris huruf. Mana tidaknya, penulisan dari penulis ini nampak menarik. Arin menarik kerusi, begitu juga kau. Masing-masing tekun membaca, bibir masing-masing bergerak, hanyut dalam cerita itu.

Hye admin fiksyen fasha…

Aku adalah penulis baru di sini. Ini cubaan keempat aku untuk menghantar. Pengalaman yang aku nak ceritakan adalah kisah benar.

โ€œYesss!!!!.โ€ Kau menjerit. Arin sedikit beralih kerana terperanjat. Kau memang suka kisah benar. Kau tidak suka kisah fiksyen meskipun tajuk page itu kau yang letak fiksyen. Kau pula tak boleh terima kenyataan. Kemudian kau dan Arin sambung baca.

Ketika aku menulis, aku berada di sebuah pejabat. Sengaja aku habiskan masa untuk meluahkan kisah yang aku alami. Lif tidak berfungsi jadi aku terpaksa menuruni tangga untuk mengambil secawan air bagi membasahkan tekak.

Kisah bermula ketika aku ditugaskan sebagai setiausaha.

Malam itu aku lewat melakukan kerja. Jadi setelah penat, aku duduk bersandar di sofa kelabu yang terletak di pintu masuk utama. Sakit mata aku apabila semua pintu dicat merah!

Dari jauh aku menatap sebuah bingkai gambar yang besar elok terletak di dinding yang jauh berada dihadapanku. Gambar lukisan indah, keindahan pantai di sebuah negeri di utara.

Aku menatap lukisan itu sambil menganggap mungkin gambar itu adalah perhiasan mata ketika lelah bekerja. Aku tersenyum.

Kau terkedu!

Kau dan Arin berpaling serentak!.

Di belakang kau… sebuah lukisan yang siap dibingkaikan elok terletak di dinding. Gambar hiasan sebuah pantai di utara semenanjung.

Perlahan-lahan kau dan Arin menoleh ke arah komputer di hadapan, yang masih terpapar cerita dari penulis. Yang masih menyala namun sekejap-sekejap berkelip.

Kemudian kau melirik mata ke arah sofa kelabu yang berada di hujung jauh di hadapan mata. Sofa kelabu yang terletak di sebelah pintu masuk utama. Kau pandang pula pintu bilik pejabat yang kesemuanya berwarna merah!

Kau anggap apa yang diceritakan oleh penulis adalah satu kebetulan sahaja! Kau sambung bacaan. Arin mula merapatkan kerusi namun masih lagi mahu membaca.

Sebuah cerita benar itu sebenarnya pahit untuk dicerita. Kadang kala ianya boleh menjadi fantasi, mahupun realiti, ikut pada pemikiran pembaca. Aku merenung gambar lukisan itu sekali lagi,

Aku berdiri, aku berjalan merapati gambar tersebut dan aku berhenti.

Sekarang aku berada betul-betul di hadapan bingkai gambar.

Hanya dipisahkan oleh sebuah meja yang diatasnya terdapat sebuah komputer.

Kau dan Arin berpandangan. Secara spontan kau menoleh ke hadapan, membayangkan wanita itu berada di hadapan meja komputer di mana kau sekarang. Kemudian kau merenung gambar bingkai di belakang semula. Seolah kau turut berada di dalam cerita yang sama.

โ€œErrr Shah, apa kata kita balik? Esok je sambung…โ€ Arin menguap.

Namun kau tidak berkedip. Mata kau masih lagi tidak berkelip memandang baris ayat yang terpapar sekarang. Arin turut memandang komputer di hadapan.

Adakah cerita aku bosan min?

Ini kisah benar bukannya picisan yang aku buat secara fiksyen!!! Itu juga yang pembaca mahukan…Aku mahukan penulisan aku memberi kepuasan kepada mereka.

Ah! aku terlalu beremosi ketika menulis. Jika cerita ini dibaca, aku sangat berharap jika admin boleh siarkan. Agar mereka merasa apa yang aku rasa!

Kau memandang Arin.

โ€œApahal kau pandang aku macam tu Shah?.โ€

โ€œApa kata kalau kita balik, dah pukul 11 malam ni.โ€ Kau tidak mahu teruskan membaca. Jam di dinding juga sudah berbunyi. Sepatutnya kau sudah pun ada di rumah.

Tapi aneh!

Keluarga kau tidak menelefon, tidak ada siapa mencari. Kau pandang ke bawah bangunan, lampu jalan terpadam. Pondok jaga juga gelap. Tidak ada satu kereta pun yang lalu lalang.

โ€œSunyi malam ni kan Shah?.โ€

Kau angguk. Apa yang terfikir, kau mahu pulang.

Tiba-tiba komputer yang telah kau padamkan itu berkelip. Bila kau dekat, masih lagi terpapar kisah tadi. Kau berpandangan. Tapi mata kau tetap menjeling ayat seterusnya.

Suasana malam itu nampak sunyi. Tiada kereta lalu lalang… malah hanya kerlipan lampu jalan menemani. Dari tingkat tiga tingkap pejabatku, aku merenung ke bawah. Aku mencari di mana jaga tadi? Pondok tempat tinggalnya gelap!!

Kau dan Arin menoleh ke arah tingkap yang baru kau singgahi!

Apabila aku rasa memang benar mereka telah pulang… aku mengambil keputusan untuk balik.

Aku berdiri di tengah pejabat yang penuh cermin. Sempat lagi aku menggayakan badan di situ. Ya! Aku seorang yang digilai oleh pekerja di pejabat ini. Potongan badanku cantik! Aku paling cantik di sini. Aku bangga.

Kau dan Arin memandang cermin yang penuh di ruang pejabat itu!

Aku padankan baju hijau yang aku pakai itu dengan kain singkat paras lutut berwarna hitam, nampak matching! Aku suka…

Tapi…

Lelaki yang aku suka itu sudah beristeri, dan isterinya bekerja sama di tempat kami.

โ€œAstagfirullah!!!!โ€ Arin menjerit tiba-tiba. Jarinya menunjuk di ruang tengah pejabat. Kau juga menggelabah. Tidak jadi kau membaca barisan ayat seterusnya.

โ€œAku nampak perempuan di situ tadi, berdiri pandang kita Shah!! Itu penulis cerita ni ke??.โ€

Kau diam.

โ€œDia pakai baju hijau, skirt pendek warna hitam!!!.โ€ Arin sedikit histeria. โ€œItu penulis tu ke??!โ€

โ€œSyhhhh!!!!.โ€ Kau meletakkan jari di tengah bibir. Nasihat, agar sepupu kau kekal diam. Arin duduk semula dan kau juga sudah merasa ketakutan yang sama.

Cerita ini baru permulaan admin… belum lagi tiba part yang benar-benar menakutkan. Tapi jangan risau, aku akan ceritakan semua apa yang berlaku pada malam kejadian.

Pada mulanya aku terfikir untuk menjadikan cerita ini fiksyen, Tapi…

Admin buang cerita aku…

Admin tepis penulisan ku…

Kisah yang benar itu sebenarnya boleh menghantui pembaca, Jadi aku tidak mahu ianya menghantui sesiapa.

kerana โ€˜sesuatuโ€™ itu sebenarnya wujud.

โ€˜Sesuatuโ€™ itu turut menemani mereka ketika mereka membaca.

Dan โ€˜sesuatuโ€™ itu turut tersenyum bila lihat mereka tersenyum.

Seperti mana aku tersenyum melihat kamu yang sedang membaca cerita ini….

Kau tutup suis utama! Komputer m**i! Skrin gelap! Kau tarik tangan Arin dan kau mengambil keputusan untuk pulang. Sebaik tiba di pintu hadapan, Pintu berkunci! Puas sudah kau cuba buka, malah kau sudah guna kunci pendua. Aneh! Pintu tidak terbuka.

โ€œTEEEETTT!!!.โ€

Komputer terpasang semula. Kau dan Arin berpaling. Kali ini kau melangkah perlahan, mendekati komputer tadi. Suis masih lagi termati dan plug sudah tercabut dari soket.

Tapi!

Komputer itu tetap terpasang terang, memaparkan kisah yang sama.

Ahhhhh… apalah nasib aku. Pintu utama berkunci. Malam itu aku cuba mencari kunci pendua di bilik Tuan Minhad. Akhirnya aku bertemu. Sebaik aku tiba di ruang pejabat semula. Aku lihat dia sudah ada di sofa kelabu.

Ya… sofa yang aku duduk tadi. Lelaki itulah yang aku cinta. Tapi sudah berpunya. Style aku tidak mengganggu hak orang lain, jadi aku mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Lelaki itu datang menghampiri, merapati, merangkul tubuhku dengan bisikan cinta…

โ€œJika kau ingin pergi, tidak ada sesiapa pun dapat memiliki…โ€

Sebilah pisau ditikam ke dadaku. Aku benar-benar terkejut. Dan malam itu lelaki dayus itu meninggalkan ku sendiri. Aku merangkak cuba mencari telefon. Puas aku cuba bangun. Memang nafasku sesak, aku melayang. Aku pergi ke bilik belakang di situ ada laluan kecemasan.

Disebabkan aku berjalan terhuyung hayang, habis semua barang terjatuh dan bersepah. Aku terjatuh di atas lantai! Aku tidak nampak apa-apa, hanya bayangan maut menjelma.

Ketika ini pandangan aku semakin gelap, nafas ku terhenti! Ya riwayat aku habis di situ sahaja.

Kau terperanjat apabila bunyi berdentum dari bilik belakang kedengaran. Kali ini Arin memegang erat tangan kau. Dia menangis. Kau rasa tubuhnya yang menggigil.

Kau tidak lagi membaca cerita itu, kau tidak berani untuk tahu sambungannya, cerita menjadi realiti?? Apa ke gila penulis ni??? Ya! tapi kau juga yang mahukan kisah seram gila pada mulanya tadi.

Terdengar lagi bunyi seperti pintu ditutup kuat,dan kali ini bunyi suara wanita menjerit.

Kau dan Arin melompat ke arah pintu depan. Kau ketuk dan tendang pintu itu, Arin menjerit sambil menangis. Tanpa kau sedar kau turut menangis… hilang sudah kemachoan dan kejantanan kau.

โ€˜sesuatuโ€™ itu wujud! โ€˜sesuatuโ€™ itu ada di sekeliling kau. Dan โ€˜sesuatuโ€™ itu wujud ketika kau membaca kisah tentang diri โ€˜merekaโ€™. Wujud ketika kau membayangkan kehadiran โ€˜merekaโ€™.

โ€œTolong!!! Tolonng!!!!.โ€ Arin menjerit, namun suaranya tersekat. Pintu depan itu kau tendang bersama

Kau berlari ke tingkap tadi cuba meminta tolong, namun juga terkunci.

Bunyi di bilik belakang berhenti! Pintu terkuak perlahan.

Kau dan Arin tercengang, hampir sahaja terkeluar jantung kau berdua apabila seorang wanita muncul dari bilik tersebut, menunduk dengan rambut yang berjurai kehadapan menutupi wajah.

Wanita itu berbaju hijau, berjalan perlahan ke arah kau, jalannya tertatih, lututnya bengkok.

โ€œJangan pandang!!! Jangan pandang!!!.โ€ Kau menarik rambut Arin.

Suka-suka hati kau je!

Arin dan kau sudah seperti orang gila yang kehilangan arah apabila habis semua pintu kaca kau lempar dengan alat kawalan kebakaran. Yaa!! Yang berbentuk selinder dan berwarna merah tu lah alat kebakaran! Di atas kepalanya berbentuk seperti mulut itik, mudah untuk dipegang dan…

Eh! Kenapa kau perlu risau tentang perkara tu? Wlauapapun dia, dan bentuknya, ianya tetap tempat memadam kebarakan. Tapi kau tak tahu nama spesifiknya. Kadang-kadang merah, kadang-kadang hitam. Tapi setelah penyelarasan, semuanya berkaler merah sekarang.

Kau campak tong berat itu ke hulur ke hilir tapi kau tak campak pada wanita tadi pon. Bila takut… semua berfikir singkat!

Wanita tadi semakin mendekat, kakinya tidak mencecah! Kau tak perlu tonggeng untuk melihat seperti mana kisah sebelum ini yang kau pernah baca di satu pages cerita seram lain.

Tajuknya โ€œMisteri tandas Port Dikson.โ€ Seorng wanita yang keluar tandas tanpa mencuci dahulu. Perempuan itu menunduk untuk melihat samaada hantu itu menjejakkan kaki ke lantai ataupun tidak.

Ah!! Itu cerita dia, ini cerita kau! Kenapa kau perlu berfikir tentang cerita itu waktu terdesak sekarang?.

Kali ini kau dan Arin diam.

Wanita itu berdiri betul-betul di belakang kau. Hampir. Sangat hampir sampai kau terpaksa merapatkan dada di pintu utama.

โ€œJangan pandang!!!.โ€ Arah kau lagi.

Tiba-tiba pintu terbuka! Seorang lelaki muncul. Itu adalah security. Dia datang apabila terdengar bunyi bising di tingkat atas.

Kau pun apalagi, berlari tidak cukup kaki. Masih tidak pandang belakang!! Habis semua kau langgar! Yang kau tahu, kau mahu pulang.

โ€œArin!! Aku nak berhenti!! Aku nak berhenti buat semua ni!!.โ€

โ€œWhat???!.โ€

Kau bercakap sambil menuruni anak tangga. Termengah-mengah. Kaki kau melangkah seperti kuda belang. Laju tidak berhenti.

โ€œApproved lah cerita apa-apa pun yang penulis hantar!! Ambil sekali cerita islamik!!.โ€

Arin terkejut tapi dia pun tidak sempat berfikir. Sebaik keluar dari lobi mereka berdiri melihat sekeliling. Suasana senyap, tidak menakutkan seperti mana tadi.

โ€Siapa tadi tu Shah!โ€

kau menggeleng. UNKNOWN!

โ€œTak balik lagi?.โ€ Sapa satu suara

Kau menoleh, alangkah terperanjatnya kau apabila security itu yang kau jumpa di atas tadi.

โ€œKenapa pucat je ni?.โ€ Tanya lelaki itu tersenyum

Kau dan Arin menjerit sekali lagi. Security itu kau langgar, tergolek-golek dia di atas simen. Lepas tu si Arin pula memijak jari jemarinya. Kau dah sepak kakinya awal lagi. Pekikan kesakitan security itu tidak kau endahkan. Apa nak jadi jadilah. Kau dan Arin bertempik seperti orang gila. Bersepah larian korang berdua.

โ€œArin ambil cerita fiksyen je…. cerita benar semua ko tolak!!!.โ€

Arin berhenti berlari. Tadi baru sahaja dia dengar kau kata approve semua cerita dari mana-mana penulis! Mana satu ni???

RUANG DALAMAN pejabat itu sunyi. Hanya suara wanita menangis kedengaran…sayu sahaja bunyinya.

Pintu belakang ditutup kasar. Terdengar suara lelaki menjerit dan bergaduh.

Beberapa kerusi bergerak sendiri dan nyanyian halus kedengaran.

Owh ya… aku lupa! Nama aku Fasha…sama pula dengan nama pages ko min! Tajuk pun aku letak nama aku Min. Punyalah aku gila kuasa.

ย Itu sahaja cerita aku… pendek je min. Aku tak pandai karang cerita panjang-panjang. kalau cerita ini tersiar, baguslah…

ย tapi kalau tidak, tak apalah, aku cuba lagi menghantar cerita di pages yang lain. Mana tahu untung nasib cerita aku akan dipublishkan. Aku lupa beritahu ko! cerita aku ni fiksyen! Saja je aku bergurau cakap cerita ni benar tadi. Saja nak takutkan ko.

Tiga kali ko buang cerita aku min…kalau ye pun bacalah cerita aku sampai habis, cerita aku best min…ย 

Cerita ini hanya rekaan, tidak ada kena mengena dengan sesiapa pon min, kalau ada…. itu hanyalah kebetulan… aku tak tahu.

Selalu sangat baca cerita seram, tak kena kacau ke min? Kalau kena kacau, jangan pandang!!!

Buat tak ada apa-apa…

Nak pesan ni min… โ€˜sesuatuโ€™ itu nampak apa yang pembaca nampak, โ€˜sesuatuโ€™ itu senyum ketika pembaca senyum, sebab โ€˜sesuatuโ€™ itu sentiasa ada ketika pembaca membaca. โ€˜Sesuatuโ€™ itu wujud untuk menyesatkan manusia… wujud agar kita percaya dia lebih dariNya…

Kalau pembaca boleh rasa kehadiran โ€˜diaโ€™, jangan pandang!

Buat tak ada apa-apa…

Akhir kata, Publishlah cerita aku ni min. Yang keempat dah ni

plisssss….

-TAMAT-

 

ย Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

163 thoughts on “Incognita!”

        • Hahaha tahniah aku ucapkan. Aku ingtkan ko jenis yang takut hahaha aku nk buat cite paling seram lah lepas ni. ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ errr kereta yg ko park tu ko sh alihkan x

          Reply
          • siot je CN.. aku ni nak kate penakut tu tak jugak..tak takot pon tak jugak..yg penting aku suka cite2 seram, saiko nih..dan lepas baca, tengok, aku tak nak ingat atau bayangkan ke ape ke..pendek kata lepas baca terus hilang ingatan..kahkah…cukuplah hidup aku diselubungi misteri sebelum ini..

  1. ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ. Kalo aku tu. Bace smpai sofa kelabu je .pecut balik rumah terus. Sambung bace kat umah pulak. Hahaha. Kak nasa gud jobb. Neves rase bace kalini.

    Reply
    • Cite fiksywn boleh lah CN nak bawak cite tu terbanv melayang belok sana sini. Hehehe itu yg best. Klo cite benar tu yang CN kene straight jeee

      Reply
  2. Hahahah. Aku nak gelak dulu. Sebab aku tahu.

    Btw nice try second person POV.
    Seremmmm.

    Tapi kenapa selitkan cerita tak cebok tu?
    Welldone CN. Kalini tak ada typo. Ke ada? Tapi aku kusyuk baca sampai tak perasan kot

    8/10

    Reply
    • hahahaha tq encik Juri…. ok tak cerita aku. next time aku nak buat cerita lain yang seakan ni. tajuk dia “Reverda…”

      dah ada dalam kepala dah ni. cuma tak sempat nak menulis je heheh

      Reply
  3. Kurang memahami…tp bca crita mcm ni lama2 rsa seram..mcm penulis mtk kejadian tu trjdi kt kita..rsa takut nk baca sbb takut org sblh bca skli…huh

    Reply
  4. Dalam seram ada sinis cerita ko kak.. hahahaaa..
    Smuanya sebab nakkan kisah benar dari fiksyen….

    Btw.. port dickson kau typo kak… yg pasti typo ko yang paling seram.. hahaha

    Niceee~~ 9/10

    Reply
    • hahahah itulah tu, aku tak tahu kenapa masih ada typo. mata aku mungkin dah biasa dengan hurup yang berpecah belah. selalu sagnat duduk atas pagar gaknya.

      Reply
      • Tak pe kak.. aku paham dah typo ko tu.. cek sikit jari tu tgk kembang x kembang sbb compliment from editors… hahahahaha

        haa jom naik pagar sesama

        Reply
  5. BEST!๐Ÿ˜Š

    Teruskan berkarya!

    TO:CERITANASA
    Cerita Nasa kali ni sangat lain daripada yang lain.Ada sahaja idea baru CN dalam mengarang cerita.Tahniah!saya rasa kagum dengan CN!Cerita medi pun ada diselitkan dalam cerita begitu juga dengan unsur jenaka.Teruskan usaha CN!

    Waalaikumussalam

    Reply
  6. yang sebenarnya, orang tak kisah sangat kalau fiksyen asalkan letak disclaimer ini adalah fiksyen…senang bagi orang macam aku nak skip. macam cita ko ni je lain sikit, walau ko tak letak disclaimer aku tau fiksyen..so aku skip baca…

    yang jadi masalah adalah itu cerita fiksyen…takde disclaimer…lepastu siap claim ni cerita betul..bermatian kata kisah benar..konon nak terbitkan feel seram…puihh..orang boleh judge samada cerita tu betul atau tak la… yang baca FS ni bukan budak tadika

    takde sapa nak halang kalau nak acah2 writer…tapi jangan lupa letak disclaimer ye sbb tak semua suka baca cerita khayalan menjelma ketika fikiran melayang menjauh mengenangkanmu……………

    Reply
    • Owhh gitu. Weh ko bacalah citer aku ni weh. Mmg fiksyen, tpi try lah baca. Lepastu kita sembang tepi kat kepci ke mcd je๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

      Reply
    • apa masalah khayalan menjelma ni?? nama page pun fiksyen shasha. biaq pi la depa nak tulis cerita fiksyen ke tak seram ke apa.. janji jalan cerita sedap, tak sendu and tak typo sana sini cukup la. kecoh nak hentam orang letak disclaimer ke tak. puihh

      Reply
    • aku pun x minat sangat fiksyen. tapi aku x rate cerita tu berdasarkan fiksyen or real..aku rate cerita berdasarkan cara penyampaian cerita tu, cara writer olah ayat, kreativiti writer, & byk la lagi..

      kalo fiksyen pun tapi ape yg writer nak smpai kan tu sampai kt jiwa pembaca pun okey ape..aku tau ni fiksyen tapi aku suka cara writer menyampaikan story die kpd pembaca..tu hak individu la nk suka or tak..tu hak ko jgk nk skip atau tak..hihi..

      kmkfmm ko try la baca dulu baru judge.. (nama ko pjg sgt..aku pendek kn je tu)

      #cakapje

      Reply
    • Nama page ni fiksyen shasha.. so aku rasa x perlu nak letak disclaimer utk semua cerita sama ada benar/rekaan/merepek/syoksendiri..

      Sama gak la mcm ko baca novel.. xde lak aku nampak writer letak disclaimer “ini adalah #rekaan yang merepek semata2, tak suka fiksyen sila jangan beli..” open la sikit bro.. huhuu

      spread peace on the Earth

      Reply
      • novel tu org tau la rekaan, melainkan dia ada tulis awal2 based on true story.. tu pun “based’ sahaja…dan ada tokok tambah..org dah tau..

        yg brader ni cakap lain…cerita fiksyen tapi claim cerita benar..ini bikin menyampah…

        aku setuju brader ni cakapp

        Reply
    • Haaa…. aku punya cerita mmg bukan kisah seram. Utk kisah pembunuhan atau psiko atau jenis thriller je yg selalu aku post kat sini.

      Klo ko nnpak nama #nasa tu…. ko skip je baca sbb aku bukan penulis cite seram beb. Aku bgtau awal2 tau๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ˜…

      Reply
  7. Meleret2 + xstraight to the point + Too rushing + Trying too hard. Just Be yourself Nasa. Aku suke cara penulisan kau yg lame wpon masih meleret2 di awal cerita yg buat org cnfused. Byk words yg perlu di skip2 dah mcm main tali skipping je aku rase permulaan pagiku. Still xphm, 2X scroll da ..Sorry. Just being honest in my comment.

    Reply
  8. CN…paham tak perasaan membace sambil menggelepar…the same feeling bile tgk citer thriller pastu ko tgk pembunuh dh nk serang hendap tapi watak yang dihendap tu tak perasan and ko tak sanggup tgk scene tu?!

    Nak luruh jantung acik!

    Reply
  9. “Nak pesan ni minโ€ฆ โ€˜sesuatuโ€™ itu nampak apa yang pembaca nampak, โ€˜sesuatuโ€™ itu senyum ketika pembaca senyum, sebab โ€˜sesuatuโ€™ itu sentiasa ada ketika pembaca membaca. โ€˜Sesuatuโ€™ itu wujud untuk menyesatkan manusiaโ€ฆ wujud agar kita percaya dia lebih dariNyaโ€ฆ”

    Baca part yang ni meremang. macam memang ada yang meneman saya sekarang huhu.

    Reply
  10. Diva suka citer cengginih. ada unsur suspens. nasib baik Diva baca sensorang, kalau tidak mesti Diva dah peluk sesiapa yang berhampiran dengan Diva. termasuklah suami orang…

    tetibeeeee

    Reply
  11. 10/10

    asu usual Best!!! aku terasa macam seram-seram sejuk je baca cerita kau kali ni kak. Sebab macam aku cakap sebelum ni dejavu. Dan malam tadi aku kena lagi. Lebih kurang sama dengan apa yg jadi dalam cerita kau tu. Sesuatu yg ditaip, yg terbayang dalam otak tiba-tiba terzahir depan mata. hihihi.

    oh ya! Typo kau kak.. adehhh. Walaupun jadi ape entah kau tulis. AKu faham2 kan je.

    Reply
    • arhh tq kontrator TNB. cite aku bukan cite seram maaflah weh. maaf dah mengecewakan ko hehehe
      next time kalau nampak #nasa ko lari je weh. huhu tak yah baca, skip.

      Reply
    • Tapi tnb aku lebih suka klo tinggalkan kritikan kt komen. Aku x kisah nk kritik apa pon. Sekurang kurangnya aku boleh tahu kelemahan dari segi apa and boleh perbetulkan… next time ko tulis lah kritikan k ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

      Reply
    • ala joyah… selalu tu cerita benar, tak dapat teman nak kembangkan sampai mcam ini sekali,

      terpaksa ikut fakta, heheheeh tq sebb sudi baca dan supportlah sukan untuk negara hahahah

      Reply
  12. setori ko mmg xpenah mengecewa kan kak..aku suke bile baca satu setori tu aku dpt rasa yg aku di tempat writer..bile baca setori ko ni aku dpt rasa sume tu..dari aku tersengih2 mcm kerang busuk terus aku tutup mulut..risau jgk kalo sesuatu join aku sengih2..huhuhu..

    penulisan ko kreatif..sampai aku mcm x caya yg tulis cerita ni ko..sbb realiti nye ko ni lain macam sikit..kakakakakaka..lebiu kak..aku bg ko 9.8/10..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.