Indera: Pertempuran Dengan Jin (Jin tanah)

Assalamualaikum wbt aku Indera, maaf lah aku terlebih excited menulis untuk kisah pertama aku. Aku teruja sebab aku tak pernah dapat nak meluahkan apa aku alami di mana mana pun.

Bagi yang tertanya aku dah kawin ke belum, Insyaallah aku masih bujang lagi. Sedang mencari calon yang menerima keadaan aku seadanya. Allahuakbar.. promosi pula.

Kisah kedua ini aku nak ceritakan tentang satu keluarga yang telah diganggu oleh jin tanah. Ada kawan aku panggil Pak dong. Pertama kali aku dengar aku ketawa. Makhluk tu punya lah ganas sekali bagi nama Pak dong.

Siang hari aku menjalankan tugas hakiki aku sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat swasta di Seremban. Waktu malam sahaja aku akan luangkan waktu untuk aktiviti merawat. Kawasan rumah aku mula sahaja lepas asar memang dah ramai orang datang dari banyak kawasan di daerah sama atau daerah yang lain.

Petang tu aku balik daripada pejabat seperti biasa waktu aku sampai di kawasan kampung aku suasana dah makin gelap hampir 6.30 petang. Kawasan kampung cepat sunyi dan kurang cahaya lampu seperti di bandar. Aku ni kalau hari hujan baru bawa kereta kalau tak aku rela menunggang motosikal.

Apabila sampai di satu pokok besar yang ku kira usianya dah lebih daripada usiaku sendiri. Orang kampung selalu ternampak kelibat seseorang berpakaian putih disekitar pokok atau pun dia tergantung berayun-ayun di dahan buat persembahan nak bagi orang yang lalu terkejut dan akhirnya akan terbabas ke bawah lereng bukit yang tinggi.

Aku ni bukan berani pun walaupun aku perawat yela kalau muka comel ayu aku hadap juga. Ni muka macam mumia.

Sebaik sahaja aku lalu bawah pokok tu memang dah geruh aku, aku nampak perempuan pakai baju putih lusuh labuh mencecah jalan.Rambutnya panjang mengurai menutup wajah. Dia duduk tengah jalan. Kalau aku teruskan atau tidak memang dia nak kena kan aku.

Aku perlahan kan motor. Tongkat motor elok elok. Aku pun berdepan dengan dia tak jauh pun daripada motor.

” Assalamualaikum, Ekau nak apo?”

“Hurghhhh, hihihihi”.
Pulak dah tak reti jawab salam kafir la tu.

“Ekau nak apo? Nak kawin mo den ko!” Aku berani la masa ni sebab dia tunduk muka lagi. Sekali dia angkat memang ketar lutut aku. Buruk ni muka aku yakin. Aku tak tunggu lama. Aku baca ayat surah jin ayat 16-17. Aku ulang ulang baca ayat tu. Dan dia pun hilang tinggalkan bau busuk ya teramat sangat.

Aku pergi ke arah motor dan teruskan perjalanan ke rumah. Lebih kurang tak sampai lima minit aku sampai di perkarangan rumah aku. Macam biasa orang dah ramai tunggu.

Aku kena bersihkan badan dulu mengambil wuduk, solat sunat taubat ,hajat dan mengaji Al-Quran sedikit.

Selesai tu aku akan ajak mereka solat di teratak yang aku dirikan untuk solat jemaah. Setelah solat maghrib tu baru aku akan mulakan sesi berubat. Arwah tok pesan, “Kalau pun nak berubat kena utamakan Allah SWT. Macamana syaitan nak larikan diri kalau perangai perawat pun lebih kurang sama.” Aku masa tu memang sentap lah muda lagi kan. Tapi bila dah tua ni aku tahu semua tu betul. Kita nak buat apa pun kena ingat Allah. Allah lah yang izinkan semua nya berlaku dan Allah juga lah yang akan sembuhkan.

Kebanyakan kes yang ada memang berat akibat sihir, ada sihir pemisah ada sihir santau ada sihir nak matikan orang tu secepat mungkin. Aku menggeleng kepala hairan dengan manusia kenapa memilih jalan sihir untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Jika tak puas hati bertemu lah secara baik bukan aniaya orang dengan perkara yang tidak tidak.

Jam pun dah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Orang makin berkurangan dan kelihatan hanya ada satu lagi kumpulan keluarga sedang menunggu. Selesai aku merawat yang sebelum ini aku terus panggil mereka.

” Apa kabar, ado apo eh hajat tu? Aku mulakan bicara.

” Macam ni cito eh, kami sekeluargo ni kena gangguan jin agak eh la. Sobab eh semuo kononnya gatal gatal satu badan berair nanah busuk. Paling tak tahan gatal bila lopeh asar.”Aku dengar penjelasan mereka. Aku dah tahu benda apa kacau mereka sebab dekat luar tu ada dua tiga ekor jin tanah.

Aku pun tanya lah rumah sekarang rumah siapa di mana. Mereka bagitahu tu rumah pusaka nenek. Mereka baru pindah sebab si suami dah pencen. Lepas pindah biasa lah bersihkan kawasan rumah dan buat kenduri doa selamat sekali gus pagar rumah.

Selepas pagar rumah tu lah mereka kena gangguan. Aku rasa aku tahu kenapa. Pertama dalam rumah tu ada penghuni lain yang tak dikeluarkan sebelum dipagar. Mengamuk lah jin tanah tu dikurung tak dapat bebas. Keduanya sebab aku rasa ahli dalam rumah ni ada yang tak cukup solat dan buat perkara tak elok. Aku agak sahaja. Sebab nya bila begitu pagar rumah pun tak berfungsi juga sebab ahli rumahnya tidak utamakan Allah.

Aku pun mulakan bacaan doa dan ayat ruqyah. Aku baca kan dulu pada air penawar. Selesai aku baca ayat ruqyah dan doa aku bagi semua ahli keluarga mereka minum. Selesai minum air penawar tu masing masing dah tergaru-garu gatal. Aku bekalkan juga beras yang direndam campur kunyit yang aku dah baca kan ayat penawar. Aku minta izin keluar nak selesai kan jin tanah diluar rumah.

Jin tanah ni kuat dan ganas. Jin tanah tinggi dia lebih kurang tiang elektrik. Tubuh dia merah mengeluarkan air nanah yang berbisa. Mata nya merah dan bertanduk. Mereka selalu tinggal di kawasan kubur atau di rumah yang dah lama ditinggalkan.

Masa tu dah lah ada tiga ekor. Aku tak tahu lah aku mampu ke tidak nak tewaskan. Tapi aku bukan seorang diri. Ada anak murid atok, Hairul. Hairul ni selalu datang tolong aku berubat. Dia ni anak murid kesayangan atok. Masih bujang dan kacak.

Kami berdua keluar di laman rumah. Aku bawa panah, si Hairul bawa pedang kayu.

Aku baru nak panah jin tanah yang berada di depan aku. Tiba tiba pula salah seorang ahli keluarga yang berada di dalam rumah bangkit berlari ke arah aku.

” Kau nak m**i ke budak! Berani kau nak b***h keluarga aku!” Jerit nya dalam suara garau.

” Argh! Berpantang maut sebelum ajal!” Aku jawab yakin gila.

Aku pun terus bacakan ayat tujuh dan hembus ke arah orang yang dirasuk tersebut. Terduduk dia di lantai rumah. Aku ketika itu hanya mampu bertawakal kepada Allah. Alhamdulillah syukur Allah tolong aku.

Selesai pulihkan dia aku menyambung semula pertempuran dengan jin tanah di luar rumah. Hairul ku lihat dah kepenatan sebab dia dah berjaya tewaskan dua ekor. Aku pun menyuruh Hairul berehat biar aku uruskan yang terakhir ini.

” Baik kau menyerah diri atau pun kau akan lebih seksa!” Laungku pada jin tersebut.

Tidak semena-mena dia keluarkan pula busur panah nya yang besar. Aku pun terus bertindak segera sebelum aku menjadi mangsa oleh pemangsa lebih baik aku lepaskan anak panahku.

Meluncur laju anak panah aku tepat mengenai dadanya. Menjerit kuat jin tersebut dan tanpa melengahkan masa aku tarik kali kedua busur panahku dan lepaskan di bahagian kepalanya. Ketika ini terdengar suara tangisan kesakitan di dalam rumah.

” Tolong aku, jangan b***h aku…aku ini penjaga keluarga nya. Tolong aku jangan apa apa kan aku.” Aku terus menarik busur dan lepaskan tepat ke dada nya lagi. Panahan terakhir itu melenyapkan nya secara total dan meninggalkan bau cukup busuk dan hanyir meloyakan.

Aku kembali ke ruang tamu rumah. Aku minta salah seorang ahli keluarga menyapu kan air pada wajah orang terkena rasukan tadi.

Alhamdulillah syukur segala nya selesai tanpa memberi mudarat kepada semua ahli keluarga yang hadir. Setelah selesai baru lah si isteri bercerita sebelum ini dia tak percaya bahawa keluarga nya mempunyai khadam yang terdiri daripada jin tanah. Tujuan utama dia dipelihara untuk menjaga tanah dan keselamatan rumah. Namun akhirnya makan tuan sendiri.

Malam tu memang aku keletihan. Aku dan Hairul membersih kan diri dan solat isya’ berjemaah. Kemudian meneruskan dengan zikir dan tadarus Al-Quran. Setelah selesai semua urusan. Hairul akan pulang ke rumah nya. Dan aku akan berehat.

Insyaallah di masa akan datang aku akan kongsikan bersama satu kisah penanggal yang dihantar oleh seorang bomoh terkenal untuk tujuan menganggu kehidupan dan keamanan satu kampung ini. Satu pasangan suami isteri yang menanti kelahiran anak sulung mereka hampir sahaja kehilangan anaknya akibat gangguan penanggal.

Salam sayang buat semua daripada Indera. Semoga bertemu di lain Wardah.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

6 thoughts on “Indera: Pertempuran Dengan Jin (Jin tanah)”

  1. Assalamualaikum than indera,set nk tango in masih merawat lake ko skarang ni..leh email no talipon ko apo ko senang nk berurusan ngn ustat..tinggal kek mano

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.