Indera: Siri Tempur Dengan Jin

Assalamualaikum semua. Aku Indera berasal daripada negeri yang terkenal dengan adat Perpatih, Negeri Sembilan.

Aku bukan nya lelaki yang hebat dan kaya raya. Aku hanya seorang lelaki biasa seorang penulis biasa di blog dan page. Aku berkulit sawo matang, berkumis nipis, ketinggian aku 170cm, rambut aku jenis lurus tapi bukan aku lurus sodet. Aku suka mengembara dan mendaki gunung.

Aku nak kongsikan kisah yang selama ini aku simpan. Tetapi bila aku baca di page fs, kebanyakan kisah benar dan tak ada pun mereka akan dikatakan gila. Ya, kisah aku tak masuk akal dan gila. Sesuatu yang tidak nampak oleh mata fizikal. Hanya aku dan keturunan ku sahaja mengetahui rahsia ini. Harapnya tak adalah keturunan aku baca kisah ni.

Aku akan ceritakan dahulu kebolehan aku yang pelik sedikit. Aku memiliki pendamping seekor harimau belang yang sebesar lembu jantan. Harimau ni memang dah ada dengan aku sejak aku kecil lagi.

Aku boleh melihat makhluk halus lain dan selalu nya aku diburu. Aku diburu kerana bau dar4h keturunan aku seorang perawat.

Selain harimau ada lagi seorang pendamping yang selalu bersama ku, Raden anjasmoro. Dia banyak ajar aku ilmu pertahanan diri. Harimau dan Raden lah teman baik ku yang menemani aku setiap masa dan ketika.

Sebelum arwah atok meninggal dunia dia sempat amanahkan pada aku satu buku perawatan. Dalam buku tu ditulis tulisan jawi. Merangkak rangkak aku nak habiskan baca waima semuka. Ia mengandungi jenis sakit, kaedah rawatan dan bahan bahan diperlukan.

Aku telah ditugaskan oleh arwah atok untuk tinggal di rumah peninggalan nya untuk menjaga rumah, tanah serta barang barang lama yang ada di dalam rumah ini.

Setelah aku menjadi pengganti atok, rumah itu tidak pernah putus dikunjungi oleh manusia yang dalam kesusahan. Ada sahaja urusan yang mereka akan minta pertolongan.

Ada satu peristiwa yang sehingga kini tidak dapat aku lupakan. Seorang wanita muda yang datang kerumah ku menangis nangis meminta agar aku mengubati keadaan suaminya.

“Assalamualaikum, abang saya nak minta tolong agar abang dapat pulihkan semula suami saya.” Wanita muda ini memulakan bicara dalam tangisan.Aku tak boleh tengok wanita menangis rasa kasihan sangat.

” Ya, cuba cerita apa masalah suami adik,” ujarku dalam keadaan tenang.

“Suami saya dah gila abang..semuanya selepas dia menuntut ilmu kebatinan dengan seseorang. Dia telah keluar daripada rumah selama seminggu. Dia bagitahu yang dia nak belajar satu ilmu syaratnya kena pergi bertapa di hutan. Di sana akan bertemu satu makhluk bermata merah, bertanduk dan tinggi. Guru nya memberitahu ini adalah syarat utama untuk mendapatkan ilmu.”

Aku yang dengar tergamam, hebat ni pergi hutan nak dapat ilmu. Lagi hebat daripada aku. Manalah aku tahu.

” Jadi macam mana saya boleh tolong,”

“Selepas suami balik dari hutan perangai nya amat berlainan sekali. Dia tidak banyak bercakap dan hubungan kami suami isteri lain. Lain nya sebab dia macam ganas dan tak berhenti-henti. Saya rasa ini bukan suami saya.” Aku yang dengar melopong kejap ilmu kuat tenaga batin ke dia pergi tuntut. Elok lah tu dik oi, bahagia rumah tangga.

” Dua minggu lepas tu dia bawa balik seekor kambing, saya ingat dia nak bela ke apa. Rupanya dia sembelih dan paling menakutkan saya dia minum d***h kambing. Selepas tu dia mandi bogel dengan d***h tu.” Wanita itu menangis tersedu sedan bercerita.

Sudah pelik ni ilmu apa pulak dituntut nya silap haribulan bini dia pulak ditokak nya nanti.

“Begini lah biar saya pergi ke rumah jumpa dia.”

” Jangan nanti dia marah saya datang jumpa abang, hari tu ada dia ugut kalau saya pecahkan cerita pada sesiapa anak kami akan dib*nuh.”

Tak boleh biar ni sesat dah manusia ni. Aku rasa dia kena rasuk puaka rimba. Pergi bertapa bagi sembahan makan. Kemudian buat perjanjian dengan setan ni.

” Marilah kita pergi kerumah sekarang juga sebab anak adik ada dirumah kan, adik keluar senyap senyap tadi kan.”

Aku dah tak peduli kalau biar makin teruk keadaannya. Aku minta bantuan beberapa orang anak murid arwah atok jika apa apa terjadi ada saksi.

Sampai sahaja aku di rumah perempuan muda tu. Alangkah terkejutnya aku. Aku melihat penuh daripada luar rumah hingga ke dalam rumah puaka jenis hutan. Terlalu banyak. Aku buat tak nampak sahaja. Belang aku pun dah mengaum bila dia mengiringi aku masuk ke dalam rumah.

Suasana rumah kelam gelap walaupun masa tu masih awal belum pun zohor lagi. Wanita ini membawa aku ke sebuah bilik di belakang rumah. Di situ aku tengok ada alatan pemujaan dan d***h merah masih segar lagi. Hatiku dah tak sedap masa ni. Lain macam.

Bila buka pintu bilik alangkah terkejutnya kami melihat suami nya sedang meratah daging mentah. Paling sadis tu bukan daging kambing tapi daging anak nya sendiri. Terjelepuk wanita ni salah seorang pembantu aku membawa nya pergi dan aku arahkan dia untuk membuat laporan polis.

Aku tengok mata lelaki itu merah menyala. Mulut nya penuh d***h. Bau bilik tu memang meloyakan busuk hanyir entah apa aku nak katakan. Lelaki tu bukan lelaki tu dah. Dia dah m4ti. Sekarang jasad nya dikuasai oleh puaka rimba yang jahanam.

Tak semena-mena diri aku ni hilang kawalan. Aku meloncat masuk ke dalam bilik itu dan pembantu ku yang lain bersiap sedia jika keadaan teruk mereka akan membantu.

Aku berlawan tempur dengan manusia yang telah menjadi hamba syaitan ini. Aku berlawan dengan kudrat ku sehabis baik. Aku dilemparkan keluar. Aku harus membawa dia keluar dari bilik itu dan cuba sembelih puaka itu.

Setelah beberapa lama. Dia berjaya kami bawa keluar kekuatan nya sangat tinggi. Banyak kali juga terlepas dari pegangan. Lagaknya sudah seperti haiwan. Aku rasa cukup lah setakat ini. Aku keluar kan kayu libas ku. Kayu ini aku gunakan untuk menghapuskan makhluk halus. Aku berdiri dan berjalan laju ke arah lelaki tersebut aku pukul tubuh nya dan membuat gaya sembelih di leher. Ketika itu satu pekik yang kuat kedengaran. Mujurlah rumah dia jauh di dalam kampung.

Lelaki itu telah aku pulihkan tetapi dia sebenarnya telah pun lama m4ti. Jasadnya tiba tiba mereput busuk. Aku perhatikan puaka puaka lain di sekitar rumah telah lari.

Tak lama selepas itu pihak polis pun sampai ditempat kejadian. Kami semua terpaksa dibawa ke balai untuk soal siasat. Kes berat kot pembun*han dua orang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak. Kami semua dibebaskan setelah semua saksi dan bukti tidak menunjukkan kami terlibat. Wanita itu pula tidak dapat bertahan dengan keadaan yang telah terjadi. Dia menjadi tidak siuman. Dia telah di masukkan ke hospital sakit jiwa. Tentang kes tu aku tak tahu apa pihak polis akan ambil tindakan.

Kami semua balik ke kampung masing-masing. Lega mujur lah kami tak disabitkan kesalahan. Jika tidak ke tali gantung juga kami.

Aku bersyukur kerana aku masih lagi hidup sehingga ke hari ini. Aku pun dah kurang kan aktiviti merawat. Selalunya aku sekadar membantu sahaja anak anak murid arwah atok membuat rawatan. Aku harap kita semua ingat bahawa tiada kekuatan yang lebih kuat selain Allah SWT. Jika ingin mencari ilmu batin maka carilah dengan orang yang betul bukan mereka yang bertopeng kan syaitan.

Tiada guna taksub pada ilmu ghaib yang sebenarnya kita sendiri tidak tahu akibatnya. Insyaallah jika ada izin aku akan kongsikan lagi pengalaman aku merawat. Aku tidak akan sertakan ayat ayat nya bukan apa setiap ilmu ada kekuatan nya sendiri jika sewenangnya aku tulis dan ada yang guna untuk tujuan tidak elok kelak aku akan dipersoalkan.

Salam sayang daripada ku Indera. Panjang umur kita bertemu lagi. Wasalam.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

14 thoughts on “Indera: Siri Tempur Dengan Jin”

  1. Kau tau kan Manusia di larang berkawan dengan Jin ? Tak kira Islam atau tak. Lagi, nanti dekat akhirat kau akan di soal Allah S.W.T kenapa kau B***h Jin tu.

    Reply
  2. Ya Allah kesiannyer kt budak tu kne b***h cmtu skli…knpa la mak dia x bwa sekli budak tu kalo dah taw bapak dia perangai pelik cmtu…sedihnnyer…x boleh la dgr cter budak2 kne b***h nie…kesian sgt…:'(

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.