Institut Blue Sandakan

Assalamualaikum pembaca-pembaca FS. Ini first time aku menulis cerita seram aku yang tak berapa seram. Tergerak hati nak kongsi cerita aku semasa berada di asrama sebuah institut kemahiran. Maaf andai sepanjang cerita aku nie ada tersalah typing ke, cerita terlalu panjang ke Maaf ya.

Kisah nie berlaku 5tahun yang lalu, di mana aku dapat sambung study di sebuah institut kemahiran yang ada di Sandakan (buat pengetahuan pembaca aku memang asal Sandakan). Institut yang aku maksudkan tu aku panggil institut Blue. Kenapa institut blue? Sebab bangunan institut tu warna biru ( hahahhaha). Dalam cerita nie Saya bahasakan dengan (Aku ) jak lah ya, sebab susah betul aku mau bersaya-saya nie huhu. Ok aku kenalkan diri dulu nama aku Nana ( nama samaran) umur 24tahun ( dha itu jak lah hahaha).

Nak dipendekkan cerita, kisah nie berlaku atas dasar pengalaman aku sendiri sepanjang berada di asrama tersebut (buat pengetahuan, sesiapa saja yang sambung study kat institut tu memang diwajibkan tinggal asrama). Soo siapa-siapa yang satu batch dengan aku dulu, sesi 2/2011 memang tahu lah apa yang berlaku sepanjang di berada di asrama. Dan masing-masing ada ceritanya, sebenarnya banyak kisah misteri yang berlaku dekat asrama nie dan berbagai versi tapi aku nak cerita pasal kisah aku je lah nya selama 3sem (Setahun 6bulan) berada di asrama nie. Ada 2 kisah aku nak kongsi yang aku tak boleh nak lupa cerita bermula…..

Satu malam tu, masa tu aku sem 1, so aku tak pasti time tu dha pukul berapa yang aku tahu, semua penghuni asrama memang sudah tidur dan aku sorang saja masih berjaga (sebab oncall dengan bf hahaha) masa tu oncall pun oncall tiba-tiba nak terkencing pulak so, aku pun cakap dekat bf aku

Aku : By, teman sayang jap g tandas
bf : ok, p lah by teman sambil on call
aku : ok, jangan matikan fon tau.
Bf : eya, pegi lah…

So, aku pon keluar lah dari bilik, asrama nie dia ada 4 aras tau, aku tinggal kat aras 1, ( kalau korang nak tau aras bawah, aras 1,2, dan 3 saja berpenghuni, aras 4 dari awal institut blue nie buka memang tak pernah berpenghuni) itu apa yang aku dengar lah, dan dengar cerita juga kat aras 4 bilik 10 agak keras, sebab orang cakap dulu ada sorang senior mati bunuh diri dalam almari sebab (mengandung), so memamg seram lah bila tengok aras 4 bila waktu malam.

Berbalik cerita semula masa nie aku rasa memang dha seram sejuk, bayangkan jarak bilik aku dengan tandas jauh weii (selang 13 buah bilik termasuk bilik basuh kain). Bayangkan bilik aku no 23, ngam-ngam sebelah tangga, (sebenarnya ada je tandas dekat dengan bilik aku just selang 4 bilik je tandas, tapi sebab tandas tu memang dari awal aku masuk asrama tu aku memang ndak suka tandas tu sebab nampak somthing wrong). Ok, berbalik semula. Aku pun pegi lah tandas ditemani nyayian-nyayian bf aku (huhu) sampai dekat bilik basuh nie, aku dha rasa sesuatu tau, macam seram sejuk, bulu roma semua dha naik, jangan kata bulu tenguk semua bulu rasa nya naik hahahahaha tapi aku buat dhee jak lahh, sebab dha nak terkecing aku terus ke tandas tanpa hiraukan rasa-rasa yang kurang menyenangkan.

Dan aku perasaan memang masa tu bilik basuh lampu marak, paip air pun semua off tapi bila aku kembali dan nak lalu depan bilik basuh tu lagi tiba-tiba lampu dekat bilik basuh tu mati dan semua paip air tebuka. Aku dengan selamba tak fikir apa pun buka lampu, then terang menerang lah bilik basuh dan nampak semua paip air tebuka seolah olah ada orang senjaga tak tutup paip air time dha abis guna. Masa nie naif sangat tak fikir apa pon, aku terus masuk dan matikan semua paip air, pastu aku pun nak keluar entah angin dari mana ngam-ngam betul dekat pintu keluar tiba-tiba ada angin kuat keluar dari bilik basuh tu.

Dan secara automatik lampu mati dan paip air semuanya serentak hidup (terbuka). Aku tanpa fikir panjang terus pecut lari masuk bilik ( jantung aku time tu kalau boleh keluar dari badan memang dha tekeluar, bunyi dup dap dup dap tu bukan main kuat lagi hahahaha takut punya pasal). Masa nie aku dha cuak dha sebab dalam masa aku lari aku dok panggil-panggil bf aku dekat fon tapi cuma bunyi bingitt dekat fon dan tetiba mati.( aku ingat bf aku dha tido sebab dia hantar sms selang beberapa minit sebelum bunyi bingit yang aku dengar. Sms dia berbunyi..

“Sayang, masuk bilik terus then tidur k, jangan keluar-keluar lagi.”

Keesokan harinya, aku pun demam dan buat pengetahuan pembaca, bf aku pun turut demam sekali hahahahaha sebab katanya masa aku nak balik bilik dia terdengar suara orang menjerit nyaring diikuti suara orang menangis dia pun duk panggil-panggil aku tapi aku tak dengar (padahal aku pakai ufon kot) dan tiba-tiba dia dengar bunyi bingitt dan fon dia jadi panas, sebab tu dia terus matikan telefon dan hantar sms suru terus tidur. Start ari kejadian tu aku dha tak nak pegi tandas jauh-jauh malam, kalau nak kencing memang sanggup tahan sampai ke pagi. Sebenarnya cerita aku tak seram mana pun tapi itu lah pengalaman pertama aku kena kacau. Kira suai kenal lah katakan. Hahaha

Kisah ke dua aku masa aku sem 2 pulak

Masa nie asrama dikejutkan histeria berjemaah (huhu). Memang ramai sangat budak-budak junior yang histeria, dan buat pengetahuan kamu salah satu pelajar junior yang daftar dekat institut nie, orang cakap dia ada bela saka, itu pun budak-budak senior lah yang cakap tak pasti benda tu betul atau tidak tapi ini pengalaman kedua aku. Aku tak dha lah kena kacau cuma dia bagi sikit pengajaran pada aku sebab terlalu berani dok kacau dia tidur huhu.

Cerita dia macam nie, satu malam tu kalau tak silap aku selepas sembahyang isyak aku dengan roomate aku masuk bilik, sambil bercerita-cerita, tiba-tiba satu jeritan kuat terdengar daripada luar bilik kita orang dalam masa yang sama kita orang tak pasti sama ada itu satu kebetulan atau dha memang tanda-tanda benda tu, sebab jeritan tu dikuti hujan dan mati karan (bekalan elektrik terputus) dan semua pelajar kena suru turun begumpul dekat surau perempuan.

Dalam kita orang bekumpul semua orang sibuk cakap soal jeritan tu, kalau-kalau ada yang dengar, dan semua pelajar yang ada dekat surau tu kata memang dorang dengar, dan dorang ada dengar jeritan tu sebenarnya dari aras 4 dengan hentakkan pintu bilik 10, (tapi aku rasa macam dekat aras bawah) sebab terasa dekat, dekat bilik kita orang, so dalam kami berkumpul, datang kak ema (nama samaran) ketua block merangkap ketua asrama perempuan, bertanya…

Kak ema : tengok masing-masing roomate kalau ada
kami : jawab semua adaa
tiba-tiba kawan aku cilla (nama samaran) bersuara…
Cilla : Ema, roomate aku takdha
Kak ema : roomate kamu kat mana??
Cilla : dekat bilik kot sebab masa sembahyang isyak dia tak turun sebab uzur. (kalau diikut peraturan asrama, kalau uzur kena turun jga dekat surau untuk dengar ceramah tapi ida tak turun)
Kak ema : pegi panggil dia sekrang suru turun,

(Jeng jeng jeng, junior yang senior-senior aku dok cerita yang dia ada bela saka tu, adalah roomate kawan aku.. Apa yg berlaku sepanjang dorang tinggal sebilik tu, itu aku tak mau cerita Allahualam lah..

Sambung cerita, bila dha kak ema suru cilla panggil, cilla tak berani pegi so aku pon entah dupang (bangang) belah mana otak aku time tu tawarkan diri pegi panggil junior merangkap roomate kawan aku tu sorang diri, aku pegi lah naik p aras 3, (aras 3 hnya beberapa bilik saja yang ada penghuni, selebih nya kosong) so aku pun buka lah pintu bilik cilla, then panggil roomate dia, Ida (nama samaran) dari jauh, dekat pintu aku dengar bunyi bising tau, dengar lagu dalam hati aku time tu (maii, tidur mati ke apa perempuan nie, orang lain dha riuh rendah dekat bawah, dia boleh sedap tidur dengan lagu dekat ufon dia yg kuat.) Aku pon pegi kejut dia.. Panggil ida, ida bangun ida.. (dalam masa yang sama aku pegi cabut ufon dekat telinga dia then cuba dengar, jeng jeng jeng…)

Korang nak tau tak apa belaku bila aku buka ufon dia?? Aahhh sini semangat aku memang hilang entah ke mana, badan aku jangan cakap kaku, sejuk satu badan aku tau ( tadi belagak berani, ambekk kau) satu jeritan kuat dekat ufon yang dia pakai, mengigil aku nak lari turun bawah, tapi nasib baik Kak Andie (nama samaran) merangkap Ajk ( ajk entah apa time tu aku dha tak ingat.) Datang dengan beberapa orang lagi tengok aku dekat atas (sebab lama kata dorang) so dorang pon naik tengok kebetulan pulak kelam kabut nak keluar bilik sampai berlanggar dengan kak andie hehe tapi alhamdulillah aku rasa lega bila kak andie datang, datang dengan beberapa ajk lagi tuk bantu aku, so kak andie tanya…

Kak andie : Nana, Kenapa muka pucat??
Aku : teda apa lah kak, kak andie rasa nya ida pengsan kita angkat je lah dia bawah turun..(padahal aku dha dapat rasa yang tu bukan ida)
kak andie : bha jum lah kita angkat nanti tak pasal-pasal lain pulak jadi nya kalau belama dekat bilik nie..

“Tiba-tiba kak ema bersuara, cakap cepat panas nie, (padahal kat luar bilik tu hujan kot, takkan panas) huhu soo time angkat budak nie lah nuzubillahminzalim bukan nak cakap apa, aku rasa macam angkat karung beras yang 100 kilo tu tau, padahal ida nie kecik je orang nya, kurus pulak to.(bayang kan badan ida kecik jak) tapi 6 orang angkat pon kepayahan, masa kita orang angkat dia, masing-masing ambil posisi untuk memudahkan kami bawa dia turun, so masa nie aku ambil posisi bahagia kepala maaiii, aku rasa aku tak angkat kepala beb, rasaa aku angkat karung beras 50kilo, punya lahh berat, sampai terlepas cakap dekat dorang kak ema, “Asal kepala budak nie berat sangat, berat dosa ka apa budak nie?” kak ema terus suru diam then kita orang turun, ampus jangan cakap lah, bepeluh-peluh kita orang tau.

Sampai je dekat surau tu, jeng jeng jeng, di sini lah bermula nya histeria berjemaah, hahaha lepas satu, satu lagi memang penat yang teramat lah, dan itu kali pertama aku tengok dengan mata kepala aku sendiri orang kena histeria. Tumbuk,tendang tu jangan cakap lah,masa tahan orang kena histeria nie memang kena tahan sabaarr (hahaha) nasib baik aku tak kena histeria jga hahaha, sebab aku sempat pandang tepat dekat mata ida sebelum pelajar lain mula menjerit-jerit. Dan masa aku pandang ida (masa nie ida dha sedar, tapi dalam badan ida, bukan ida tapi belaan dia, siap senyum sinis lagi pandang aku) meremang segala bulu yang ada tau.

Aku rasa itu lah malam paling panjang, sebab masa terlalu lambat begerak, dalam menunggu Ajk yang lain panggil waden, senior-senior yang pandai mengaji pun baca yassin untuk membantu, aku pulak dok tahan ida yang semakin lama semakin tak boleh kawal, masa nie dalam hati aku (cepat lah siang, badan aku dha sakit-sakit nie) dalam keadaan macam tu pun aku sempat lagi mengadu sakit badan hahahha, dalam 25mint macam tu waden pun datang dengan sorang ustaz, ada lah beberapa pelajar yang di ubat dha ok, ada jga junior yang lain kena ambil oleh parents dorang, soal ida itu aku takpasti sebab keadaan dha ok sikit cuma ida saja yang masih dalam keadaan (rasuk) ustaz dan ajk yang lain saja yang tau apa yang berlaku sebab semua pelajar di minta masuk bilik masing-masing jangan keluar, aku pon entah bila nya terlelap sedar-sedar dha pagi.

Dan bangun je pagi tu ambikk kau, kedua pergelangan tangan aku membiru macam kena ikat kuat tu pon ada, sampai roomate aku kata,

Ely ( nama samaran) : mate asal tangan kau??
Aku : eeh aku takpasti,
Ely : sakit ka mate??
Aku : sakit juga, dan dalam aty aku (myb kesan time aku angkat kepala ida kot.) So aku abaikan je lah terus g mandi, macam biasa kita pon turun kelas nak g bengkel, dalam nak turun ke bengkel tu aku berselisih dengan ida dekat tangga nak tau apa jadi??? Ahhh ambikk kau diaa pandang aku sipi-sipi jee weii siap senyum sinis lagi (zuppp, aku rasa darah aku terus naikk dekat kepala otak aku. Dalam hati jangan lah dia hantar belaan dia dekat aku…

Maaf andai jalan cerita aku dekat atas ajak tungang langang ayat nya, kalau tak faham mohon cuba faham juga ya hahahhaha faham-faham lah aku tak reti nak karang cerita, sebab apa yang aku cerita itu lah yang terjadi (real) takdha tambah garam, takdha tambah ajinamoto memang macam tu lah jalan cerita nya cuma aku tak reti nak guna ayat dengan betul saja, huhu.

Sebenarnya ada ada 2cerita lagi yang berlaku kena dekat aku tapi, aku dha tak larat nak taip cerita tu, nanti ada masa aku cerita lagi pasal kawan rapat aku rina (nama samaran) kisah bf aku yang dekat asrama math (nama samaran) kisah roomate aku idayu (nama samaran) dan kisah sebenar bilik 10 aras 4 yang orang cakap keras tu.(Perempuan bunuh diri dalam almari) kalau korang nak aku sambung cerita nie boleh tinggalkan comment nanti aku tapi kalau rasa cerita aku tak best aku anggap cerita aku tamat macam tu jelah kira kisah aku pasal histeria je lah k. Tq

 

SZ

Leave a Reply

13 Comments on "Institut Blue Sandakan"

Notify of
avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Bunga Mawar

Alaa..sambungg laaa agii bhaa..penasaran sdaa nii..hee..plisss plisss..

ummi

sambung bahh.. ..ndak kisahh la ayatnya tunggang langgang pun.. masihh buleh faham bah ituu 😉

Muhd Yusrizal Bin Awang Ngah
Muhd Yusrizal Bin Awang Ngah

Sambungan please . . 😬

Fiffy Flower

boleh suda ni. sila sambung.. heheh

AN

nak sambungggggg ,
sambung tau sy setia menanti

nichnich

sambung la bhaaa

IzZaTi

Bwk phone mintak bf teman g toilet…sama ngan roommate dulu huhu…windu ko IB…kalo dia tak kejut akak confirm dia on call ngan bf dia tu (skang ex-bf daa) …nnt sambung erk…nk tau pasal floor 4 tu…

Qatasya

Sambung lagi please…. Best tu…

Kak Yulie

Tabahnye ko ni sanggup g tandas yg kena tempuh 13bilik memalam membuta tu…
Klu akk kan dik, sanggup pakai Mamypoko, “tidur lena, pagi senyuman~~~”.
Hahahahah…

SOPHIE

klau institut biru, ada max 3 sem je. konpem ILP kn..

nurhaznihamzah

sambung … hihihi suspenn sis… nasibla suda abis bljar situ bru tau crita seram gitu hahhah

boa

nasib baek sepanjang sy menuntut di poli, jemur baju 1-2 am, xda yg kacau..and yg best nya xda kejadian histeria pon padahal duk asrama sepatut ada cerita serupa,,mgkin poli tmpat sy msih baru lg kut time tu..

ladiesinred

Pakat betul sabah kau dik..haha ndak pa..ok bah ni..

wpDiscuz