Assalamualaikum semua pembaca FS. Ini adalah hasil penulisan pertama dari aku. Cerita ini adalah rekaan semata dan diharap dapat dijadikan sebagai bahan bacaan dan pengajaran kepada semua pembaca FS.
“Kring Kring Kring…” Bunyi alarm dari telefon bimbit Acai betul-betul membingitkan telinga di pagi hari.
Time cuti ni ingatkan dapat la tidur lama sikit tapi bunyi alarm yang riuh satu kampung tu dah membuatkan aku tersedar dari tidur yang lena dan memang payah la untuk aku sambung semula tidur yang sudah terganggu.
“Acai!Weh Acai!Bangunlaaaa..Beria ko kunci jam.Bukannya ko nak bangun” Ku kerling sekilas jam dinding di bilik.
“Laaa..baru pukul 6 pagi ke.” Geram jugak aku. Yang sepatutnya bangun tak nak bangun, aku jugak yang segar mata sekarang.
Tanpa melengahkan masa, aku bangun dan tunaikan kewajipan sebagai seorang hamba Allah. Seusai solat Subuh, aku tengok budak Acai ni masih lagi lena, tak bergerak walau seinci pun.
Aku kejut lagi dia dengan menggunakan suara petir aku. Dengan sepantas kilat si Acai ni bangun terduduk. Hahaha..kelakar pulak aku tengok.
“Kau dah kenapa kunci jam awal-awal pagi hari ni?Tak pernah-pernah ko nak bangun awal?” Tak sempat nak tunggu Acai tu ambil tuala, laju aku utarakan soalan yang aku simpan dari awal tadi.
“Aku kena balik kampung la weh pagi ni. Nenek aku suruh balik cepat.Sebelum Zuhur aku dah kena sampai sana dah Izul.” Si Acai dengan mata sembab tak cukup tidur menjawab acuh tak acuh jer.
Izul adalah nama panggilan aku dari aku kecik sampai lah aku dah kerja ni.
Aku dan Acai ni dah berkawan dari kami kecik lagi, satu kampung. Kami lost contact kejap masa di alam universiti dan tanpa diduga aturan dari Yang Maha Esa, kami bertugas di tempat kerja yang sama.
Disebabkan dah lama kenal, aku pun ajak Acai ni tinggal menyewa satu rumah dengan aku di area Kuala Lumpur. Jimat sikit duit sebab kos sara hidup pun tinggi di kota raya ni.
Rumah yang aku duduk ade 3 bilik. Aku pilih Master Bedroom dan ajak Acai ni share bilik jerk dengan aku. Master Bedroom ni memang besar, boleh muat 2 katil Queen tapi bilik aku ni cuma ada katil bujang yang single tu dua. Dua bilik lagi aku sewakan pada dua orang lagi kawan aku, Ajib dan Farhan (Pa’an).
“Aku nak ikut!” Aku tawarkan diri untuk ikut Acai balik kampung pagi tu. Kami kan satu kampung. Bolehla aku balik jenguk pusara kedua ibu bapaku dan kemas sikit rumah kampung aku yang dah lama aku tinggalkan.
Ya, dah tiga tahun aku tinggalkan rumah kampungku tanpa pulang menjenguk atau bersihkan rumah yang menjadi peniggalan kedua orang tuaku. Aku tak kuat untuk balik tapi sampai bila harus aku lari. Aku kuatkan hati dan nekad untuk ikut Acai pulang ke kampung. Bagi aku, semua ini harus ditamatkan.
Acai pun setuju dan dalam pukul 7.30 pagi selepas kami selesai sarapan di rumah, kami pun bertolak balik ke arah selatan tanah air. Alhamdulillah, kereta pun tak banyak sangat walau pun hari ni hari Sabtu. Mungkin sebab tengah bulan, maklumlah gaji lambat lagi, kenala berjimat cermat dengan ekonomi yang makin hari makin meleset. Aku dan Acai sampai di Kampung Sungai Papan lebih kurang pukul 12.15 tengah hari. Sempat la si Acai ni sampai sebelum Zuhur, kalau lambat terpaksalah Acai tadah telinga dengar bebelan dari nenek dia. Aku bersalaman dengan ayah Acai dan bertanyakan khabar Atok (panggilan untuk Nenek Acai) dan Mak Cik Sal (Mak Acai).
“Acai ni kalau Atok tak telefon suruh balik, memang mereput la dia kerja di Kuala Lumpur tu tak jenguk-jenguk kami kat sini. Saja jer Atok suruh balik sebelum Zuhur. Kalau tak pesan macam tu, pukul 12 malam karang baru sampai agaknya,” tersengih-sengih aku pandang Atok. Atok kalau dah mula membebel, memang payah sikit nak berhenti. Memang dari kecik aku kenal Atok, orang nya peramah dan suka berleter.
Sebab tu la agaknya Acai malas balik, takut kena bebel.
Selepas makan tengah hari di rumah Acai, aku meminta diri untuk pulang ke rumah peninggalan kedua ibu bapa aku. Atok melarang aku balik ke sana sebab katanya dah lama sangat rumah tu terbiar tiada penghuni, di ajaknya aku bermalam di rumah dia. Tapi aku secara lembut menolak pelawaan Atok dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ayah Acai dan juga Acai. Sebelum aku pergi, berkali-kali Atok berpesan supaya aku berjaga-jaga di rumah orang tuaku itu. Aku hanya menganggukkan kepala dan beredar sebelum hujan turun menimpa bumi.
Jarak dari rumah aku dan Atok cuma lebih kurang 1km sahaja. Aku cuma berjalan kaki sambil melihat pemandangan kampung yang sudah 3 tahun aku tinggalkan. Selepas kedua ibu bapa aku pergi dijemput Ilahi 3 tahun yang lepas kerana buatan orang, aku sudah tidak pulang lagi ke kampung. Lama jugak aku ambil masa untuk pulihkan semula semangat aku masa tu.
Alhamdulillah, iman aku masih kuat. Berkat bantuan Ustaz Bakar yang banyak mengajar aku dalam menangani gangguan-gangguan halus ni dan amalan zikir, semangat aku pulih seperti biasa.
Melihatkan keadaan awan yang berwarna gelap dan langit yang cerah bertukar suram, aku pun melajukan langkah.
Rumah aku diperbuat daripada batu 100%, dinding atau lantai tiada langsung yang diperbuat daripada kayu. Banglo orang kampung yang sederhana besar dan mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Ada tiga anak tangga di depan rumah sebelum tiba di pintu utama rumah aku. Apabila aku berpijak di anak tangga yang pertama, muka aku disapa oleh hembusan angin yang lembut.
Angin ini bukan lah angin semula jadi dari cuaca yang mendung seprti hujan mahu turun sedikit masa lagi. Angin ini adalah sapaan dari ‘penghuni rumah’ yang sudah selesa menghuni di rumah aku selama 3 tahun dibiarkan sepi dan angin ini dapat aku rasakan sebagai amaran lembut supaya aku beredar pergi dari situ.
Salam diberikan sebelum pintu rumah dibuka. Aku bacakan sepotong ayat suci Al-Quran sebagai pelindung diri sebelum memasuki rumah yang ditinggalkan oleh arwah kedua ibu bapaku.
Rasa rindu apabila melihat perabot-perabot yang sudah dicemari oleh habuk-habuk dan sarang labah-labah. Mengalir air mataku bila melihat ruang tamu yang dahulunya tempat aku berborak dan bergurau senda dengan Umi (panggilan untuk arwah ibu) dan Abi (panggilan untuk arwah ayah). 1001 kenangan tersimpan di dalam rumah ini dan bukan lah mudah untuk aku melupakan semua itu. Aku tahu Allah sayang kan aku kerana dugaan yang berat ini hanyalah hadir pada hamba-hambaNya yang terpilih.
Aku menarik nafas dalam-dalam dan menenangkan hati yang sudah semakin jauh tenggelam dengan kenangan-kenangan lama. Banyak yang perlu aku kemas dan selesaikan di dalam rumah ini. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 4.30 petang dan azan Asar berkemundang dari speaker Masjid yang jauhnya lebih kurang 800 meter dari rumah aku. Aku menuju ke bilik air dan mengambil wudhu’ untuk menunaikan solat Asar. Bil air dan api di rumah kampung masih aku aktifkan sebab aku tahu suatu hari nanti aku pasti akan pulang jua ke sini. Sejadah aku ambil dari dalam almari bilik aku yang masih tersimpan kemas dan seusai menunaikan solat Asar, aku pun mula mengemas rumah yang kelihatannya mustahil untuk aku tidur malam nanti. Bunyi kilat sabung menyabung ditambah pula dengan hujan yang sangat lebat diluar, membuatkan aku terleka dan Azan Maghrib menyedarkan aku yang sudah hampir 3 jam aku mengemas rumah. Aku tersenyum lebar melihat keadaan ruang tamu, dapur, bilik air dan kamar tidur ku yang kini sudah bersih. Bilik arwah Umi dan Abi ku juga sudah aku kemas dan pastikan semuanya dalam keadaan teratur. Bilik tamu di bilik ketiga dan keempat tidak sempat untuk dikemaskan dan aku akan sambung semula mengemas pada hari esok.
Disebabkan sudah pun masuk waktu solat fardhu Maghrib, dengan pantas aku menuju ke bilik air, membersihkan diri dan selepas mempersiapkan diri sebersih mungkin, aku berjalan ke masjid untuk solat berjemaah bersama payung usang yang sikit masa lagi akan terpatah dua. Selepas Isyak sahaja aku pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, aku lihat ruang tamu yang tadinya kemas teratur sudah tunggang terbalik seperti ada tsunami yang melanda. Kerusi dan meja kecil di ruang tamu dalam keadaan terbalik, menghadap ke siling atas.
“Wah, ini sudah lebih ni. Penat mengemas tadi tak hilang lagi, senang-senang jerk kerusi meja ni bagi terbalik,” aku berkata-kata seolah-olah aku mencabar apa sahaja makhluk halus yang bersembunyi di dalam rumah itu.
Aku dianugerahkan tuhan boleh melihat kewujudan ‘mereka’ tapi sekarang ‘mereka’ sedang mencabar keimanan dan kesabaranku. Dari petang tadi aku tiba, ‘mereka’ bermain ‘hide and seek’ dengan aku.
Baru aku hendak mula membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti ada orang sedang memasak dari dapur. Begitu riuh suasana di dapur macam ada kenduri kahwin gayanya. Aku berlari ke dapur untuk menjenguk, seperti diduga, gelap gelita sahaja keadaan di situ. Di atas meja makan yang terletak bersebelahan dengan dapur, dapat ku lihat berbagai-bagai juadah kegemaran aku terhidang. Juadah yang selalu Umi masakkan ketika hayatnya. Aku ambil semua makanan itu dan memasukkan ke dalam plastik. Aku bacakan ayat suci Al-Quran yang telah aku pelajari dari Ustaz Bakar lalu aku ikat kemas dan aku tanam plastik tersebut di belakang rumah. Dapat aku lihat di dalam plastik itu hanyalah ulat-ulat sampah dan cacing tanah yang mana ini adalah mainan syaitan Laknatullah. Selesai menanam plastik tersebut, aku masuk ke rumah dan mengunci pintu dapur.
Aku kembali ke ruang tamu dan mengangkat kerusi dan meja ke tempat asalnya. Sedang aku mengemas, kedengaran ringtone dari telefon bimbitku menandakan ada panggilan masuk.
“Weh Izul, jom kita lepak warung Pak Omar. Hujan pun dah berhenti,” Acai ni tak sah kalau tak melepak malam-malam macam ni.
“Kau datang lah jemput aku kat rumah. Kau ada motor kan. Aku tunggu kat sini,” setuju dengan cadangan si Acai tu, aku pergi menukar baju dan bersedia untuk keluar.
5 minit kemudian Acai sampai dengan motor kapcai nya yang dia guna dari zaman sekolah sampai lah sekarang. Masih kuat lagi motor kapcai Acai ni.
Sampai di warung Pak Omar yang hanya memakan masa 3 minit menaiki motor, Acai membuka cerita berkenaan rumah peninggalan arwah Umi dan Abi ku. Katanya selepas aku pulang ke rumah petang tadi, Atok kata selama rumah itu dibiarkan sepi, pelbagai cerita yang timbul berkenaan rumah tersebut. Jelmaan seorang wanita betubuh kecil molek berambut panjang dan ikal kelihatan selalu menyapu di halaman hadapan rumahku. Apabila ditegur gerangan siapakah itu, pasti yang menegur itu akan dirasuk dan meracau-racau memanggil nama Izul. Aku yang mendengar cerita itu menjadi kaget.
Meracau memanggil nama aku? Kenapa? Tidak cukupkah perbuatan khianat dilakukan ke atas kedua ibu bapa ku?
Aku tahu kepulangan aku ke kampung kali ini sudah diseru. Aku punya tugas berat untuk melawan dan mendedahkan dalang di sebalik semua kejadian ini.
Aku tahu aku tidak akan tidur dengan tenang malam nanti. Gangguan demi gangguan akan berlaku tapi aku tidak akan gentar. Awas Kau!
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
sambung cepat…..
Awas Kau, mantap pnutup crita. ,Tapi Awas gak kau klu tak buat part 2 cpt2 he3….
best ! sambung la lagi ! tak sabar nak tunggu next part 🙂
best
Best!!! Sambung la cpt ye…aq bgi 9/10
Sambung Izul..sapa dalang disebalik semua tu
Sambung cepat izul…aq tembak ko kang!!!!!
Fuh aku bagi 9.5/10! Best cita ni izul! Sambung lekaihhh
Best bang! Sedih pun ade sbb ibu bapa Izul meninggal dek buatan org. Jejak balik kampung, tapi xde org sambut.. sedih.. Juadah hidangan dr ibu yg dinantikan pun xde.. huhu. Sedih. Sepertiku sedang sedih beraya sndiri di bndr besar ini.
Assalamualaikum.
Terima kasih kepada semua yang menyokong Izul.
Part 2 sudah pun siap dan akan dihantar kepada admin sebentar lagi.
Part 3 insya-Allah akan siap selewat-lewatnya esok.
Salam aidiladha buat semua pembaca FS.
Izzul..cepat wei…
rekaan ke betul ni?
Rekaan je.
walaupun rekaan mcm betul tue..
Serious best..ni first time aku layan citer fd yg bersambung..good luck bro
hai, saya datang dari masa depan, best cerita ni. tahu 2021 izul tak ada menulis ke?