Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca FS.
Bahasa penulisan bagi cerita #Izul kali ni lebih santai, berbeza dengan cerita #Izul – Banglo Peninggalan Arwah.
Cerita yang bergenre seram ini hanyalah rekaan. Hayati dan rasakanlah suasana di dalam cerita ini sepenuhnya yang mungkin akan menjadi realiti….?
****************************************************************
Suatu malam yang sepi, aku memang tak boleh tidur langsung. Berpusing sana, berpusing sini atas katil bujang aku. Aku tengok Acai kat katil sebelah, tidur dengan kaki sebelah kat atas katil, sebelah lagi dah jatuh ke bawah. Bunyi dengkur dah macam nak ajak gaduh pulak. Adoiii…parah la ni aku kalau sampai esok tak boleh tidur.
Esok aku dengan housemate aku yang tiga orang lagi, Acai, Ajib dan Farhan (Pa’an) dah plan nak berkhemah di kawasan air terjun di bahagian utara tanah air. Cadangnya nak stay kat situ 2 hari 1 malam. Selepas Subuh nak gerak dah tapi ni dah pukul 2 pagi, mata aku tak mahu lelap lagi. Aku paksa jugak pejam mata aku lama-lama, pastu ulang baca Al-Fatihah sampailah aku tertidur. Entah pukul berapa, aku lelap jugak akhirnya.
“Assalamualaikum saudara. Nak masuk rumah orang, lain kali bagi salam dulu. Mulut kena jaga. Ingatkan kawan-kawan kamu tu jaga adab bila ke tempat orang. Ingat!” muncul seorang nenek tua dengan muka yang memang seram, berkain batik dengan baju ala-ala baju kurung pahang. Macam nak gugur jantung aku. Amaran apa pulak ni. Aku terus terjaga dari tidur, tengok jam baru pukul 5.30 pagi. Alamak, ni petanda apa lah pulak ni. Aku dah rasa tak sedap hati.
Lama jugak aku termenung memikirkan mimpi tadi. Dah lama tu, tekak ni rasa dahaga lah pulak. Aku pun bangun, terus pergi ke dapur nak ambik air dalam peti ais. Bilik aku yang pertama dari ruang tamu. Berdepan bilik aku bilik Pa’an, sebelah bilik Pa’an tu bilik Ajib. Diorang ni share bilik air sebab bilik air diorang ni kat tengah jadi dari bilik Pa’an pun ade pintu ke bilik air, bilik Ajib pun ade pintu jugak untuk ke bilik air tu. Hujung ruang tamu, ade dapur dan dekat dapur ade lagi satu bilik air. Jarang guna bilik air ni sebab bilik masing-masing dah ada.
Masa aku nak sampai dapur, aku dengar bunyi “Ketang ketung ketang” macam bunyi orang tengah memasak. Pastu ade bau macam bau bawang dengan bau lada.
“Saper pulak kat dapur ni,” aku baru berkira-kira nak baca ayat-ayat Ruqyah sambil tu aku bukak pintu dapur yang bertutup. Elok aku pulas tombol pintu dapur, muncul muka si Ajib dengan pegang sudip kat tangan kanan, pakai apron bunga-bunga warna pink.
“Aaaaaaaaaaa….!!!!” Ajib menjerit macam nak terkelur anak tekak. Aku rasa satu taman perumahan aku ni boleh dengar. Nyaris kepala aku nak kena ketuk dengan sudip. Aku cepat-cepat tampar mulut dia suruh diam.
“Kau jerit-jerit macam Mariam orang kampung aku dulu tu jerit kenapa?” Ajib yang ingatkan aku ni hantu raya tadi tersengih malu. Nama je lelaki tapi penakut. Apala nasib aku ni dapat dua orang housemate yang penakut, si Acai dengan si Ajib.
“Lain kali nak masuk ketuk la pintu dulu. Terkejut aku,” aik, aku pulak yang kena.
“Kau ingat ni bilik CEO ke nak ketuk-ketuk pintu. Tak pernah dibuat orang masuk dapur nak kena ketuk pintu. Dah kau tu penakut, ngaku je la. Hahahaha,” seronok betul aku gelakkan Ajib.
“Apron bunga-bunga kau ni boleh tak kau tukar. Dah la warna pink. Tak macho langsung!” aku teguk air sambil gulung-gulung hujung apron Ajib tu.
“Ni awek aku bagi la. Memori indah ni weh. Pink pun pink la,” geli pulak aku dengar. Padahal setahun dah dia putus dengan budak perempuan tu. Tak boleh nak move on agaknya.
“Kenapa kau tak bagitaw nak goreng mee pagi ni. Boleh la aku tolong-tolong,” sedap pulak aku tengok mee goreng Ajib. Kalau Chef yang goreng, mestila sedap kan. Dalam rumah ni, Ajib la yang paling pandai memasak. Aku yang dah tak dapat merasa masakan Umi lagi, memang rasa terubat sikit bila dapat makan masakan Ajib. Memang sedap.
“Kau tido jer la. Takat goreng untuk kita yang brape ketul ni, kacang jer,” berlagak pulak budak ni.
Dalam hati aku terfikir la jugak. Kalau dah kacang, kenapa pukul 6.00 pagi dah goreng mee ni. Goreng la pukul 6.30 pagi ker. Mungkin dia risau tak sempat nak bersiap kalau memasak lambat.
Aku malas dah nak layan budak Ajib ni. Biarlah dia nak goreng apa pun. Lepas minum air, aku masuk bilik, mandi dan terus solat Subuh. Lepas solat, aku kejutkan Acai dengan Pa’an. Diorang ni kalau tak kejut, elok janji lepas Subuh, lepas Zuhur karang baru gerak.
Sementara budak-budak rumah aku bersiap, aku double check barang-barang yang aku nak bawak. Takut ada pulak yang tertinggal.
Aku pun angkat beg hiking aku, letak kat atas sofa di ruang tamu. Pa’an yang bangun lewat lepas Acai tu pun dah siap dah. Elok je dia duduk kat meja makan, makan roti dengan Nutella. Ajib dah masukkan semua mee goreng dalam tupperware. Rupanya tu bekal untuk makan dekat hentian nanti.
“Meh la weh makan dulu Izul. Budak dua orang tu nak kena make up dulu. Bagi diorang masa dua jam,” saja je Pa’an kuatkan suara bagi si Acai dengan si Ajib tu dengar. Diorang ni bersiap mengalahkan perempuan. Pukul berapa nak gerak la kalau macam ni. Janji melayu betul.
Masa aku tengah minum air teh’o panas hasil air tangan Pa’an, Pa’an suruh aku tunggu kat rumah kejap. Dia nak pergi amek kereta yang dia dah booked awal-awal. Aku pun tak paham kenapa dia nak kena booked kereta lain. Padahal, semua orang dalam rumah ni ade kereta dah. Takat nak pergi air terjun tu, lebih pada boleh guna kereta yang ada. Bukannya nak daki air terjun tu naik kereta pun. Muat je empat orang, kurus-kurus pulak tu semua kecuali Acai sorang je la yang comel sikit.
Pukul 8 pagi macam tu, Pa’an jerit depan rumah suruh semua keluar sambil bunyikan hon.
“Apahal bunyi macam hon lori ni,” aku pelik dah sambil tu aku tengok Acai tengah gelabah sumbat-sumbat barang dia masuk dalam beg. Tu la, semalam aku suruh kemas barang-barang dia, degil. Pagi ni baru nak kemas, mana tak gelabah.
Aku dengan Ajib keluar jer rumah, terkejut betul kiteorang.
Pa’an sewa van?? Uish…Van yang ade 12 seater tu. Pergi sewa van besar-besar ni nak buat ape. Tengok muka terkejut kiteorang tu, sengih-sengih je Pa’an ni bagitahu yang ade kawan perempuan dia tiga orang nak ikut sekali.
Ajak member perempuan dia pulak dah. Bukan nya nak bagitaw awal. Takkanlah kiteorg tiga orang ni nak cakap tak boleh. Redha je lah. Bak kata Ajib, mana la taw jodoh.
Lewat sejam dari masa yang dirancang, kiteorang pun riang hati la nak pergi camping. Singgah amek kawan Pa’an tiga orang tu, Tirah, Ika dengan Fathin. Sebelum bertolak dari rumah kawan Pa’an tu, aku suruh semua orang baca doa dulu. Mintak diselamatkan perjalanan pergi dan balik. Takut la nanti pergi bertujuh balik nanti tinggal enam je. Seram!
Pa’an bawak van, Acai duduk di sebelah pemandu, aku dengan Ajib duduk kat seat belakang sekali. Ika dengan Tirah duduk di row depan, Fathin duduk di row yang kedua. Van menyusur masuk highway je, terus aku rasa mengantuk yang memang tak boleh ditahan-tahan lagi. Dalam van ni memang bising sangat dengan suara diorang berborak di tambah pulak dengan lagu Aishah nyanyian Projector Band berkumandang di radio Era. Agaknya sebab tak cukup tidur semalam, aku pun akhirnya terlelap.
Dalam lena tu, aku bermimpi. Nenek yang muncul dalam mimpi aku awal pagi tadi muncul lagi tapi kali ni aku rasa macam dia cantik sikit, tak adalah hodoh sangat. Mungkin sebab ni kali kedua aku tengok dia. Dah familiar sikit mukanya.
“Assalamualaikum saudara. Nak masuk rumah orang, lain kali bagi salam dulu. Mulut kena jaga. Ingatkan kawan-kawan kamu tu jaga adab bila ke tempat orang. Ingat!” amaran yang sama nenek tu bagitahu aku tapi dengan nada yang lebih tegas.
Aku tersedar, cepat-cepat aku mengucap. Aku sekarang berbelah bagi. Mimpi tadi tu cuma mainan tidur atau pun memang petunjuk dan amaran untuk kami semua. Aku rasa bahu kiri aku berat sangat.
Aku toleh ke kiri. Kepala chef ni elok jer melentok kat bahu aku. Sebesar-besar van ni, kat bahu aku jugak dia nak alas kepala dia. Penat sangat agaknya goreng mee pagi tadi. Orang nak tolong tak nak bagi. Kacang jer katanya.
Ajib angkat kepala dia bila Pa’an berhenti dekat salah satu hentian di highway. Mak aih! Budak Ajib ni boleh bagi aku pakej tompok air liur dia pulak. Dah la bahu aku sakit, dia boleh tinggalkan air liur basi dia sebagai kenangan. Geli la! Cepat-cepat aku masuk tandas basuh dengan air. Nasib baik baju aku warna hitam. Tak der lah nampak sangat.
Lepas tu, aku terus join kawan-kawan aku dekat meja makan. Diorang tengah makan mee goreng yang chef Ajib goreng pagi tadi. Seronok la diorang gelakkan aku dengan baju aku yang basah di bahu sebelah kiri.
Tengah berborak-borak, aku teringat pasal mimpi nenek tua tadi. Sebelum lupa, aku pesan dekat diorang, sampai nanti jangan cakap bukan-bukan. Jaga adab dan bagi salam dulu sebelum masuk hutan. Jangan ambik apa-apa dekat hutan nanti yang bukan milik kita sebab kat hutan ni banyak penunggunya. Semua angguk bila aku cakap macam tu tapi aku tak tahulah diorang ni fokus ke tak apa yang aku pesan. Masing-masing sibuk menjamu selera.
Selesai makan, kami menyambung perjalanan. Dalam pukul 1.30 petang, kami sampai dekat area parking ke air terjun. Masing-masing muka teruja nak masuk hutan. Aku suruh semua ni baca doa pelindung diri. Jangan galak sangat nak masuk hutan ni.
Aku bukak boot van dan keluarkan beg-beg diorang. Beg aku paling akhir aku ambik. Bila aku galas je beg aku ke bahu, terasa macam bunyi suara tengah berbisik kat telinga aku. Lembut bisikan tu. Aku dapat tangkap apa yang ‘benda’ tu cakap bahagian hujung je. Suara Pa’an menyakat budak-budak perempuan tu riuh sangat.
“Masih belum terlambat,” tu je yang aku dengar. Serius aku rasa tak sedap hati. Baru aku nak melangkah, aku nampak pocong elok je duduk atas pokok dekat pintu masuk air terjun. Bukan setakat pocong, segala macam makhluk ada dekat situ macam ada parti pulak. Yang tinggi, yang pendek, yang baju lusuh, yang tangan tak der, yang lidah panjang, yang rambut mengurai, yang kepala kat atas tanah, memang banyak lagi lah. Siang-siang pun ade banyak. Ini baru kat pintu masuk, kat dalam hutan sana aku tak tahulah ape lagi yang ada.
Aku memang tak sedap hati langsung nak masuk hutan ni. Dah la kami ni bawak anak dara orang, kalau jadi apa-apa, tak ke naya je nanti.
“Guys, aku rasa kita kena batalkan camping kita,” tengah seronok diorang berjalan nak ke pintu masuk, tetiba je aku cakap macam tu.
“What?? Tak kelakar lah Izul. 4 jam kita nak sampai sini, tiba-tba je nak batal. Agak-agak la weh,” Acai yang paling penakut dalam ramai-ramai yang ada ni, dia pulak yang acah-acah berani nak masuk. Yang lain semua setuju dengan Acai. Karang kalau aku bagitahu apa yang aku nampak, aku rasa dia orang pertama yang tarik tangan aku ajak balik.
Aku baru nak bersuara, aku nampak seekor hantu ni datang pegang kaki Acai. Dua-dua belah kaki dia pegang. Acai pandang muka aku sebab dia rasa kaki dia tak boleh gerak. Aku tengok muka dia sambil anggukkan kepala, menandakan apa yang dia fikir tengah pegang kaki dia tu memang betul la hantu. Dia ingat siang-siang tak ada hantu ke.
“Bismillahirrahmanirrahim….Alhamdulillahi Rabbil Alamin…,” kuat gila si Acai ni baca Al-Fatihah. Yang ada kat situ semua terkejut dengan suara dia sebab diorang tak boleh nampak apa yang aku nampak. Diorang ingat Acai ni main-main. Dah la bacaan pun tak betul. Takut punya pasal.
Aku duduk dan bacakan ayat Kursi, aku hembus dekat hantu tu, terus hilang.
“Ok guys. Aku setuju dengan cadangan Izul! Kita batalkan la plan kita ni,” laju je Acai sokong cadangan aku. Tadi bangkang, ni setuju pulak.
“Rileks la korang. Kenapa tak jadi pulak. Takkan lah takut kot,” Tirah bersuara manja sambil menyimpul-nyimpul hujung rambutnya.
Pa’an dan Ajib memang dah tahu lama yang aku ni boleh nampak makhluk-makhluk halus. Jadi bila diorang tengok aku dan Acai dah lain macam, diorang pun setuju untuk batalkan je.
“Woooo…ape ni. Lain kali baik tak payah ajak kalau takat datang nak berhenti kat pintu masuk air terjun ni je. So, now kita kena patah balik ke?” Ika pulak bersuara protes dengan apa yang geng lelaki dah putuskan, patah balik.
“Bertenang semua. Macam ni la. Aku nampak tadi ada signboard masjid, kat depan lagi 1km. Apa kata kalau kita pergi solat Zuhur dulu, pastu kita cari homestay. Malam ni kita stay kat homestay, esok kita balik. Jadi, tak adalah rugi masa kita hari ni,” aku bagi cadangan yang paling bernas sekali. Daripada duduk dalam hutan yang memang confirm malam ni geng perempuan campur Ajib dengan Acai yang penakut tu kena rasuk, baik la kiteorang stay dekat homestay. Insya-Allah selamat sikit.
Geng perempuan dengan muka terpaksa, setuju jer. Kalau tak setuju, memang Pa’an tinggalkan aje diorang kat pintu masuk hutan ni. Dah degil sangat. Tapi, kiteorang tak ade la sekejam itu.
Kami pun bergerak ke arah masjid berdekatan. Sekali pandang, memang aku tak nampak langsung rupa masjid ni. Dah macam lama sangat kena tinggal. Warna cat dah pudar, penuh sawang, sliding door pun tercabut. Tapi berbeza pulak reaksi kawan-kawan aku, “Wah, cantiknya masjid. Besar gila masjid ni.” kagum pulak diorang. Paham-paham sendiri la kan kenapa jadi macam ni.
Aku malas nak cerita dekat diorang apa yang aku nampak. Aku turutkan je. Nasib baik air masih ada di masjid terbiar ni. Mungkin dari takungan air hujan. Selesai solat Zuhur, kami pun bergerak mencari tempat untuk bermalam nanti.
Pusing punya pusing, jumpa la satu chalet, Chalet Sutera Biru namanya. Papan tanda chalet ni kelihatan sangat lusuh, hanya menggunakan kayu dan diikat di bahagian hujung papan tanda dengan menggunakan kain sutera berwarna biru. Chalet ni kat tepi bukit. Elok untuk kami bermalam sebab chalet ni pun sederhana besar, ada dua katil queen, ruang tamu, bilik air dan dapur. Kami ambik dua bilik. Satu untuk geng perempuan, satu lagi untuk geng lelaki. Bilik pun sebelah-sebelah je. Kalau jadi apa-apa, senang nanti.
Masing-masing pun balik la ke bilik masing-masing. Nak rehat sebab dah lama sangat duduk dalam van, nak betul-betulkan urat. Aku pusing-pusing dulu kawasan chalet ni. Landskap kawasan ni pun cantik. Nampak tersusun. Sejuk mata memandang.
Cuma satu jer, aku perasan tempat ni memang sunyi. Mungkin sebab tak ramai yang menyewa. Memang ada kewujudan beberapa ekor hantu dekat kawasan ni tapi tidak lah seteruk di kawasan hutan tadi. Masih boleh dikawal. Puas hati lepas dah dapat pusing kawasan, aku pun balik ke bilik bernombor 203, bilik yang kiteorang sewa. Bilik perempuan nombor 204.
Bukak je pintu bilik, nyaris-nyaris aku nak baling garam kat muka Pa’an. Mana tak seram, boleh pulak dia berkemban dengan tuala, tak pakai baju, lepas tu duduk depan cermin tak bergerak-gerak. Dah la cermin tu betul-betul dekat pintu masuk rumah ni.
“Hensem kan aku,” Keyakinan diri budak Pa’an ni tinggi betul. Aku rasa macam nak bagi air rebusan selipar aku supaya dia sedar sikit.
Ajib dengan Acai kat tepi gelak sakan dengar soalan Pa’an sampai terkentut-kentut si Acai ni gelak. Eeeii…pengotor. Tengah kiteorang gelak-gelak tu, ade satu suara menyampuk.
“Suka sangat tu. Adik nak join boleh ke,” suara manja seorang perempuan tu datangnya dari bawah sofa tempat Ajib dengan Acai duduk.
“Join la. Kiteorang gelak jer ni haa,” aku, Ajib dengan Pa’an serentak pandang Acai. Sengal gila budak ni. Boleh pulak dia jawab soalan tu.
Si Acai boleh pulak sambung lagi, “Adik ni duduk mane?”.
Confirm kena sampuk dah si Acai ni. Tak ada rasa bersalah langsung dia jawab soalan yang entah siapa-siapa entah. Dah tentu-tentu la dalam bilik ni ada kami empat orang je, semua lelaki pulak tu.
Selang beberapa saat, dengar la hilaian tawa yang si Acai alu-alukan suruh join tadi. Kan dia dah join betul-betul.
“Allahuakbar,” menjerit Ajib dengan Acai sambil melompat jauh dari sofa tu. Kenyaringan hilaian tawa tadi baru tahap satu je aku rasa. Ni hantu yang nak manja-manja agaknya sebab tak berapa nak seram lagi bagi aku tapi dah cukup seram bagi kawan aku yang tiga orang lagi tu.
Bermula dari sini la nanti akan ada hantu, puaka, jembalang, penunggu yang lebih berkuasa menanti. Permulaan ngeri bagi percutian kami bertujuh di Chalet Sutera Biru.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
??????????
?
Penulis yg best dan santai. Takde la jenis penulis yg kemaruk likes and pujian smpai berada di awangan.
Good job izul??????
Jazakallahu khairan ?
Aamiin
nice story wlpon skdar rekaan…ade input pngajaran yang diambil…keep writing.:)
Alhamdulillah..
nantikan Part 2..
Bersambungkah????
Akk baru nk kerut dahi keseremen lepas Acai gatei mulut pi menjawab tu…
Tapi xpelah…
At least akk dh rase serem bile Acai buat aksi menggoda berkemban depan pintu ngadap cermin, hahahahahah…
Acai tu penakut dan mulut lepas..?
Please continue .,,,
Standby cili jer mulut acai tu…
Part 2 dah submit pada admin.
Maaf sebab cerita #Izul semua bersambung. Saya cuba hantar sambungannya secepat yang mungkin.
Terima Kasih semua. 🙂
-Izul-
Cerita izul ni sangat santai…..saya suka membaca cerita macam ini…teruskan usaha izul..
Sye tunggu
Insya-Allah ?
Best Izul.. Teruskan..sambung pun x pa..kami tunggu
Jazakallahu khairan ?
best citer awak izul…. mcm citer betul… ????
knp la semua cerita ai baca harini da sambungan..
sesungguhnya hati ai merana.. huhuhu…
Hi,izul.assalamualaikum…ternanti2 bila awak nk post cerita baru sejak abis cerita pertama awak…terima kasih sbb dah post..suka penulisan awak yg santai .keep it up
Bila nk smbung ney ?
Minatlah dengan cerita #Izul even hanya rekaan tapi ceritanya seperti cerita yang benar.. Teruskan usaha #Izul tau untuk menulis untuk kami baca..
Cerita best. Cepat sambung
?
nice izul.
kannn.. pandai Izul bercerita… Diva likeee….
nice