Asalamualaikum semua pembaca FS. Firstly, aku nak ucapkan terima kasih kepada FS jika sudi publish cerita aku yang tak seberapa.Nama aku Izzitot (nama samaran) dan masih pelajar.Maaf la jika penulisan atau tatabahasa aku tidak memuaskan tapi aku cuba, okay.Kisah aku mungkin tak seram bagi sesetengah pembaca tapi ni la kisah yang terjadi kepada keluarga aku.aku harap jadikan cerita ni,sebagai pengajaran.
Rumah yang aku duduki sekarang merupakan rumah tokwan aku yang ketiga .Menurut mak aku ,Tanah rumah tokwan ketiga aku ni sebenarnya tokwan beli daripada jiran sebelah kami dan mempunyai ‘belaan’. Cuma sekarang ni, tuan sebenar dia dah meninggal dan kadang kadang ‘dia’ tu menjaga tanah kami walaupun sudah dibeli oleh tokwan (seram weyh kadang² tu, tambah² lagi kalau duduk sorang²)
Masa Tokwan aku meninggal, dia ada wasiat yang seluruh tanah tu beri kepada ayah aku walaupun dia hanya menantu .disebabkan pembahagian yang tidak adil dan bukan dikalangan adik beradik diorang maka adala salah seorang adik beradik mak ni yang dengki. tapi bila depan mak dia baik. Heh, munafik.
Dan bermulalah episod kami apabila tinggal di situ. Dengar orang lari atas siling pastu jalan pastu lari balik.macam buat maraton satu pusingan. Bak kata ayah aku, “musang ja tu”. Apa musang macam tapak kaki manusia. Husnudzon gais.
Tapi bila dah dengar hari hari, takkan musang?
Cuba korang bayangkan. Tengah tidoq sedap sedap, dengar bunyi ‘krekk’ macam kita jalan. Dalam hati dah dup dap dup dap , baca segala surah ruqyah yang ingat ,ayat kursi dalam hati je la. Aku ni tak berani dan takut sangat, aku sedarhana ja. Dan benda tu akan selalu berhenti tepat di siling tempat mak aku tidur. Kadang kadang pi tempat tidur aku,pastu berhenti.berpeluh peluh aku dalam selimut tu.
Esok pagi, baru lah buka cerita dekat mak ayah. Mak aku cakap, dia dengar ja,dia pun buat macam aku.ayah aku pula dia tidoq siap berdengkur lagi.lama juga benda ni berlarutan sampai aku nak gi sekolah pun ngantuk.dah la bising. Aku tutup telinga dengan bantal busuk aku pun still dengar juga.Pastu kadang kadang nampak kelibat laju dekat dapur. Bila pandang , tak dak pula.sebenarnya ada banyak lagi gangguan tapi malas tulis. Hoho.maaf.
Suatu hari tu mak aku ni rajin la nak sapu sawang semua kat bilik tokwan aku.masa mak aku sawang, dia jumpa sesuatu benda yang agak pelik dekat bilik arwah tokwan aku.ia sejenis botol kecil. Hujung botol tu dah pecah mak aku nak pegang tapi entah kenapa tiba tiba bulu roma dia naik.so mak aku pun panggil abang aku yang pertama memandangkan ayah aku tiada masatu. Abang aku yang kedua ada juga, walaupun dia lemah semangat sikit tapi dia ada sedikit deria keenam. Masa abang pertama aku nak buka penutup botol tu, Abang aku yang kedua tu tak kasi sebab dia rasa lain macam sangat.
Pastu ayah aku pun balik dan mak aku pun cerita la kat Ayah aku. Petang tu juga ayah aku nak pergi jumpa ustazah sambil bawa botol tu.
Sampai je rumah ustazah, mak dengan ayah aku pun cerita lah. Pastu kami pun bagi botol tu kat ustazah. Masa ustazah buka botol sambil baca baca surah. Muka ustazah lain sangat sampai berpeluh peluh dibuatnya tapi dia lawan dengan ayat² al-quran.pastu dah okay sikit ,dia tutup semula penutup botol.
Ustazah: saya dah matikan dah.katakanlah kalau korang buka penutup botol tadi kemungkinan benda tu akan masuk kat badan hampa. Terutama yang lemah semangat ni.pembuat tu dari Siam.dia hampir masuk dalam badan saya sampai lebam dibuatnya (sambil menunjukkan tangan yang lebam,sian ustazah)
Mak: ni kenapa ya ustazah?
Ustazah: ni sihir pemisah. Dia nak pisahkan hampa.sebab tu, kadang kadang selalu bertengkar walaupun perkara kecil.sihir ni dia nak buat keluarga hancur.
Mak:betul tu ustazah. Sebab saya pun kadang kadang rasa macamtu juga.bila tengok suami saya,saya benci sangat.entah kenapa.boleh saya tahu,siapa pembuatnya?
Ustazah tersenyum
Ustazah: yang tu biarlah urusan dia dengan Allah .biasalah orang dengki dengan kita ni. Lagipun pembuat ni d***h daging hampa juga.
Ayah: dalam botol tu ada apa ustazah?
Ustazah:macam macam ada. ada jarum,paku, lada.buluh miang.(benda benda yang sakit).
(Aku tak tahu sangat part ayah aku cakap.aku ingat mak aku je.huhu)
Ustazah:sebenarnya ada kena mengena dengan rumah tu juga.
Mak:tu lah ustazah, saya dah suruh suami saya nak pindah. Tak pindah pindah juga. Macam sihir ni nak buat dekat suami saya tak mau bagi keluar kat situ.
Ustazah dengan ayah senyum ja dengar bebelan mak tu.
Kami ucap terima kasih dan minta diri nak pulang. Sebelum tu ustazah kata ,buang botol tu dekat sungai yang mengalir.dah sampai dekat situ,waktu senja dah. aku ikut abang pertama aku nak buang benda tu kat sungai.mak suruh baca surah masa nak buang.lepas je buang dalam sungai tu, entah kenapa aku tertoleh pula semula. Haha. Dan tau tau je la apa yang aku nampak waktu senja tu. Lembaga hitam. Aku syak yang tu hantu air mungkin .
Dan allhamdulillah, sekarang ni tak ada apa apa. Cuma biasa la sisa sisa sikit tu kan.sebab ustazah kata ,ada kaitan dengan rumah ni. Kami nak pindah rumah dalam bulan 5 atau 6. Pastu bila mak kata macamtu dekat adik beradik dia. Mak saudara aku yang aku panggil Jang ni tak setuju.katanya nanti sapa nak tidur rumah ni.nanti orang nak tidur ramai ramai macam mana. Banyak alasan dia, tenyeh cili baru tahu.padahal bukan kacau duit dia pun ,kata mak. Aku pun join la sekaki dengan mak bebal.bila mak say ” apa kat akak pula tidur dekat rumah ni.” Dia diam ja. Tahu pun reti diam.sebab dia tak ada kat tempat kami yang macam macam kena ni.*aku syak macam dia ja buat, tapi kita tak tahu la.wallahua’lam*. Bila je jadi macam ni, ayah aku bincang bincang dengan keluarga belah mak aku, dan akhirnya dia tukar nama dia kepada adik laki mak aku.tapi kan setiap kali bincang pasal ni, jang aku seolah olah tukar topik. Hrmm. Entah la kat dia.kita doakan yang baik baik sahaja.
Kesimpulannya, bila wasiat tu, pembahagian tu tolonglah bagi adil ya.nanti jadi perebutan harta macam ni, kesian tau orang kat dalam kubur.dan kalau dengki tu, tak payah pengecut sangat guna cara halus.tak main la weyh.jumpa depan depan la. Bincang elok elok. Kan senang.selesai masalah. Bagi sel sel otak tu berhubung sikit.ingat kan berumur ni dah matang tapi tak, ada juga main cara kotor macam ni. Allahu.maaf kerana panjang dan terima kasih jika sudi membaca.maaf tak seram pun sebenarnya. Ada masa aku cerita pengalaman lain pula.
-Izzitot-
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Start adik tulis “sebenarnya ada banyak lagi gangguan tapi malas tulis. Hoho.maaf.”
Abang pun mintak maaf pada adik . Abang suka membaca kerana ingin tahu pengalaman seram seseorang.Bukan semata2 dengan cerita panjang lebar. Maaf sekali lagi.
Maaf, sebab first time tulis. Tu melalut kot lain tu.Insya Allah saya akan perbaiki balik.Terima kasih sebab komen .
pasal harta ni mmg macam2 boleh jadi…sampai sanggup berbunuh pun ada.. tabah lah izzitot
apid pengkomen tetap . haha
Die tgh ghajen tuuu…
Tgh berani…
Sat gi kang dtg lutut ketaq die tu, mau senyaaaapppp trs x bunyik2…
Hahahahhaha…