Jalan

Kali ni kisah Tulus pendek sebab hanya tu je yang Tulus lalui tapi Tulus guna nama orang lain. Kalau mintak sambung maap ler sebab hanya tu je yang dapat lalui malam ni. Tulus tak tipu.

Bacalah kisah Tulus.

________________________

KEDINGINAN pada malam itu membuatkan Ishrak tidak selesa. Bajunya yang berlengan pendek membuatkannya bertambah sejuk. Diusap beberapa kali tubuhnya untuk memberi kehangatan walaupun buat sementara, namun tidak juga menyenangkannya.

Keadaan jalan sekeliling yang sunyi tiada siapa yang melaluinya membuatkan Ishrak menjadi takut. Malang nasibnya berjalan kaki seorang diri ketika itu. Jika dia mahu menerima pelawaan kawan karibnya sebelum berjalan pulang tadi, sudah pasti perkara ini tidak akan berlaku.

Keadaan yang agak gelap itu menyukarkan Ishrak untuk melihat. Tiada sebarang cahaya yang mampu memecahkan kegelapan ketika itu. Hanya panahan cahaya bulan sahaja yang menemaninya menyeberangi jalan yang sunyi sepi itu.

Ketika itu, kakinya telah laju mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Tidak terkira juga berapa langkah yang telah diutarakan. Penat juga rasa dada yang kadang kala menguncup dan mengembang oleh sebab penukaran gas oksigen berlaku di dalam paru-paru secara kerap.

Tiba sahaja di suatu kawasan yang cukup menyeramkan itu, Ishrak memberhentikan langkahnya. Kemudian, memeliarkan mata melihat kawasan sekeliling sebagai langkah berjaga-jaga. Tangannya pula ligat mengusap tubuh yang terbiar kedinginan itu.

Ketika itu, kedengaran suatu suara anak-anak kecil yang sedang bermain di dalam sebuah hutan berhampiran jalan raya yang dilalui oleh Ishrak. Tup, tup, tup. Beberapa kali bunyi guli yang berlanggaran antara satu sama lain didengari oleh Ishrak. Ishrak terus memasang telinga ke arah bunyi tersebut. Matanya hanya tertumpu ke arah punca suara itu. Namun, langsung tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Suatu tiupan angin kecil yang melalui telinganya dapat dirasakan. Bagai ditiup oleh seseorang. Tangannya lantas melibas-libas di kawasan telinganya. Mukanya sedikit berkerut. Perasaan pelik mula timbul.

“Apahal ni?” ujar Ishrak perlahan.

Tak lama selepas itu, dia mengorak langkah semula. Perlahan-lahan kakinya memijak jalan tar itu. Hanya bunyi serekan selipar ke atas jalan kasar itu sahaja yang dapat memecahkan kesunyian ketika itu. Suara anak-anak yang bermain guli masih lagi kedengaran.

Dalam sebuah semak yang terletak di bahu jalan bergerak-gerak dengan sendirinya. Pantas Ishrak mengalihkan pandangan.

“Woi!” lantang suaranya berkata-kata.

Kemudian, semak itu seperti sediakala tidak lagi bergerak kencang selepas Ishrak cuba menegur. Suara anak-anak bermain guli itu pula makin jelas kedengaran. Langkah yang diutarakan seperti menuju ke arah anak-anak yang bermain. Ishrak menjadi hairan.

Tak lama selepas itu, Ishrak terduduk di atas jalan tar secara tiba-tiba. Dia tidak mampu untuk melangkah lagi. Badannya berat bagai suatu besi berat yang menujah badannya ketika itu. Pandangan Ishrak makin kabur. Suara anak-anak itu makin dekat menghampiri Ishrak.

Kini, tubuh anak-anak yang bermain guli berdiri tepat di hadapannya. Dia tidak mampu berlari pergi dari situ. Perasaan takut langsung terkubur ketika itu. Badannya sudah rebah ke atas tar jalan. Tidak dapat bergerak. Seperti diikat dengan tali. Ishrak merintih, namun tiada siapa yang mendengarinya.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Tulus

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

4 thoughts on “Jalan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.