Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebb approve story saya. Kisah ini benar terjadi dalam hidup saya buat pertama kali. 2012.
Bermula nya saya ghost hunting ni bila saya berkenalan dngn budak2 kereta. Nama saya iman.
Satu malam kawan saya ajak lepak minum. Masa ni saya tak tahu nak pergi bukit putus. Lepak2 sampai pukul 1 pagi then kawan2 yg lain ajak gerak. *ingatkan nak balik rupanye mencari benda tu*.. Ada 3 kereta 6 orang. Setiap kereta 2 orang. Mula2 saya naik kereta a.
Berhenti di petronas jalan pilah utk mengisi minyak. Semasa mengisi minyak kawan saya di kereta b memberitahu
*man kalau ada barang kunci kan. (aku tak faham apa maksud dia ketika itu). Aku pun buat lah dunno. Tetiba kereta a ni pula mnta aku tukar ke kereta b. Aku tnya *korang nak pergi mana ni ?
*”kita nak pergi bukit putus cari hantu”. Kata si b..
Aku dah fucked up sbb takde siapa nak hantar balik. Layan kan jela.
Masuk je bukit putus tu tempat berlampu last sekali di restoran stafresh (best kedai ni cuba laa).. Lepas je restoran ni memang gelap gelita. Kereta si b didepan sekali. Start masuk dlam hutan lampu kereta je menerangi kegelapan hutan n lampu kereta menyuluh satu pokok pisang.. Ape yang aku nampak ada satu bayang putih kabur2. Aku terus alihkan pandangn aku ke arah lain. Hati aku dup dab dup dab. Aku bca doa ape yg patut mnta dijauhi perkara tak elok. Kawan aku hanya diam seribu kata.
Perjalanan diterus kan sambil dengar lagu b.y.o.b dari system of down.
Sampai di satu selekoh, kami agak terkejut kerana satu bas berplat kan T 18** sdang lalui jalan tu. Aku agak pelik kenapa tengah pagi buta bas lalu jalan ni sedang kan jalan baru dah siap and jalan ni memang tak ramai yang lalu kecuali bdak2 nak cari hantu, cari port utk projek n mnta nombor dan celah mana pula dtg bas plat terengganu buat disitu.
Aku tanya si b ni
” weh kau nampak tak bas tu.
“shhhhhh jangan tegur man” kata si b ni..
Aku mula dah seram sejuk. Bulu roma naik hingga ke tengkuk. Bila nak p****g dia macam tak kasi. Nak p****g je dia macam halang then kereta si c ni turbo. Aku rasa dia pun koyak then terus p****g. 3 kereta kami bila lalu pandang ke bas tu. Kami agak terkejut bila tengok takde siapa pun penumpang bas tu. Hanya pemandu saja tetapi pemandu tersebut hnya pandang bawah saja. (Dapat tengok sebab ada satu lampu meter tu memang ke muka nye…) Kereta si c n a p****g dan terus membelok ke “selamat datang ke pilah” and ada tanjak disitu. Kereta kami dibelakang.
Bila kereta kami sampai aku tngok diaorng lepak sambil gelak2 n menghisap rokok. Hanya lampu kereta saja yg menerangi kesuraman hutan tu.
Aku sound diaorng. “korang main langgar je kan kot anak2 dia tengah main futsal ke. Jangan buat hal”.. Semua pandang aku senyap then rancak berborak balik. (hahaha cibai mereka ni)
Aku nak pergi ke arah mereka, bila aku buka je pintu ada satu angin macam bebola bermain diketing aku. Memng aku rasa tpi utk taknak takut kan diaorng aku buat cool(seram gila time tu) dan pergi ke mereka. Aku tngok sekeliling dan hanya gelak tawa kami saja yg didengari..
Tetiba je si b ni menjerit
“dah2 jom blah jom blah”..
Semua terkejut dan terus gerak ke kereta masing2..
Dia bawa agak gelabah (kitaorang patah balik jalan permulaan bukan nye khatam jalan tu) ..
Setiap sekeloh si b ni jerit “Allahuakbarr !! Allahuakbar !! Allah allahh”.
Dia menjerit seolah2 ada benda depan dia dan setiap selekoh juga laa hampir terbabas. Aku dah panik dalam kereta tu. Aku tak ingat kali ke berapa nak terbabas. Kali terakhir aku pandang kawan aku. Tangan dia mencengkam stering kereta, mata hitam nye seakan putih. Aku dapat melihat air mata nye mengalir. Aku cakap “weh kau ok tak. Kau jangan aku lompat dari kereta ni nanti” then aku tenang aku tarik nafas then baca ayat qursi n alfatihah kemudian aku tepuk belakang nye. Alhamdulillah di tersentak. Even aku dah kenal dia, aku tnya latar belakang utk mengalih perhatiannye. (baru aku faham apa yang dikata kan oleh dia dipetronas tadi) Kereta si a dan c seperti peka ape yg berlaku. Kereta a didepan c pula dibelakang. Kereta kami ditengah. Sampai je di restoran starfresh itu dia berhenti dan tarik nafas dalam2 sambil memejam mata. Bila dia tengok kedepan “allahhuakbar” dia masuk gear terus lecut laju. ( berdepan starfresh ni ada bengkel kereta di luar bengkel ini ada satu kereta usang.
Semuanye berhenti di stadium sambil pekena winston sebatang n sembang balik ape yg kena tadi.
Apa yang kitaorang nampak dan rasa :
Mula2 masuk tu aku dah nampak bayang putih samar2 dipokok pisang. Kemudian dalam bas tu aku dapat rasa penumpang tu semua nye benda halus n bukit putus memang tempat orang buang saka hantu and macam2 lagi. Aku rasa angin di keting kaki aku. Aku ingat aku je kena. Si b ni nak turun tapi ada angin main dikakinye. Dia tk jadi nak turun. Dia hisap rokok tangan diluar terasa seperti orang memegang tangan dia tpi dia steady lagi. Then dia pandang sekeliling n kat tanjak tu. Dia nampak ada benda muka takde tpi pakaian seragam pakai baju m daud kilau. Baju kilau2 tngah pandang dekat kami. Itu sebab dia menjerit “jom blah. Jom blah”..
Ingat tak aku cerita setiap selekoh dia nak terbabas. Yea memang betul setiap selekoh ada benda muncul muka takde laa, perempuan hodoh lah. Muka bdan hancur semua muncul disetiap selekoh. Dan paling menggerunkan dia ada budak kecik panggil dia di gaung tersebut. Meminta tolong.
Bila aku tnya dia mcam kena rasuk tu. Dia tak ingat ape pun. Ape yang dia ingat dada dia sakit seperti ada benda nk masuk n ajak dia fight. (dia tuntut ilmu silat tpi ke arah salah punya rasanye). Tempat terakhir dia nampak di depan bengkel kereta tersebut ada benda muka hancur berdarah2 tngah pandang dia.
Tamat
Kesimpulan nye lain kali jangan mencabar benda2 tu. Bersyukur dia tak ikut aku balik. Ada lagi cerita n tempat yg aku pergi, ada masa aku story lagi.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
best! nasib baik x jadi pape
Weyh, seramnya! Aku kalau balik kampung lalu Bukit Putus jugak. Selalu gerak lewat malam.
besttt!!seramnyeee..ade brape selekoh kene lalu?
cari pasal erk korang ni…
Mencaghi sunggh ampa ni..hehehe
xfaham pasal kunci 🙁
Maksudnya kalau ada saka atau penjaga kena simpan/kunci betul2 dalam diri. Lebih kurang macam tu lah
knape? xpaham..huhuuhu
Takut saka dia jadi aktif bila pergi ke tempat2 yg bnyak makhluk halus ni. Macam tu kot. Hahaha
Kawan aku pernah excident motor lalu Bukit Putus ni. Nasib baik tak teruk.
Nama bengkel tu bengkel happy kan?
Haha dh biasa
Dlu aq ad kerja di ladang alam warisan(law) seri menanti,setiap hari time habis kerja jam 7pm aq ngan ad 1 orng(brader M)ni dia pling lama kerja law tu,kitorang setiap kali kalau dh habis kerja akan bergerak ke pd mengambil air ketum ori untuk sakit brader tu,yg paling best nye time balik dekat jam 1am or 2am kdng-ii, mmg rutin kami 2 orng akan lalu kt jln bukit putus(brader M tu bwk hilux putih law ni dlm 40-30km perjam mcm tu la)ni every sbb mata melilau carik entiti,tapi hampeh x pernah jumpa(kecuali isnin,law cuti isnin). So nk dijadikan cerita ad 1 hari ni(khamis mlm jumaat) brader M ni ad tergerak hati dia nk main ngan hantu kt jalan bukit putus ni,then pada hari tu dia ajak lagi 3 orng budk kg kt kwsn seri menanti tu tuk follow skali projek yg dia nk wat ni(tarik hantu),sejam sblum kami berlima lalu di jln bukit putus ni brader M ad beli arang,kemenyan n limau nipis (katanya brg nk tarik hantu apa semua). Oh lupa nk ckp kt korng yg brader M ni sebenarnya banyak ilmu didada and dia salah 1 dri ahli kumpulan ‘Dendang Anak’ dia orng ganu so bab-ii mistik ni dia dh biasa sbb dulu dia bertapa dlm gua 3 ari 2 mlm sebelum dia masuk geng dendang anak ni ,katanya maklus halus or jin apa-ii jenis semua dia dh pernah jumpa ,bab-ii pengubatan islam pon dia expert (ubat guna telur ayam kg),ha itu sja yg pasal brader M ni.
Back to story. Time kitorang dh smpai ke ad 1 restoran starfrest ni kami berlima berhenti dhulu sbb masih awal lagi kata brader M,dia nk tunggu jam 2 am (2am bru ad feel dia ckp). Tepat sahaja jam 2 am dia keluar dri hilux then bakar arang and kemenyan bercampur air perahan limau nipis,lepas ja siap tu brg-ii tersebut dia letak di belakang hilux. Sebelum kami berlima nk gerak ni dia ad baca pendinding lepas tu meludah-ii ni depan blakang and kedua-ii sisi hilux tersebut,selepas dh siap kami terus ja gerak untuk melalui jln bukit putus ni.
Selepas berlalu di ad 1 bengkel ni kereta hilux yg kami naik ni menjadi berat(semua meremang kecuali brader M time tu) 1 persatu selekoh kami lalui memg hilux menjadi sngat berat,bahkan brader M siap tunjuk lagi dia tukar gear 3 n pulas minyak sehabis yg mungkin tapi kereta tetap slow (dlm20-30km perjam time tu).tapi hampeh 1 jenis entiti,jin or mahluk halus pon tidak kelihatan sepanjang perjalanan hingga kami smpai ke tanjak then hilux menjadi ringan semula. Nk tau apa brader M ckp (kita dh bagi dia makan ramai-ii xkan la dia nk takut-kan kita pulak bhabhabhabaabahaha)dalam loghat terengganu nya.
The end