Jalan Maghrib

Suatu senja…2019

Assalamualaikum semua…
Kali ni nak cerita sedikit cerita seram yang entah macam mana ye? Seram ke tak seram? Teruskan baca…

Awal tahun tu, aku tak ada kerja tetap, jadinya kereta aku jadi sumber pendapatan untukku. Ya, aku jadikan kereta sewa untuk angkut anak-anak jiran pergi dan balik sekolah. Memanglah agak leceh, isnin hingga jumaat tak boleh cuti. Full komitmen. Sabtu ahad free tak buat apa. Duk rumah saja. 3 bulan pertama tu semua ok, lepas 3 bulan tu, ada sekali saja gangguan.

Ambik budak sekolah ni 2 sesi, pagi dan petang. Yang sesi pagi 2 org, petang 3 orang. Sesi pagi tak ada masalah. Sesi petang tu yang masalah. Semua yang aku ambik budak sekolah menengah. Dari tingkatan 3 hingga 5. Yang sesi pagi tinggal tak jauh, area pekan saja. Yang petang tu 3 orang semua tinggal dalam estet yang sama. Lebih 10 kilometer dari sekolah. Hantar balik tu okey, masih cerah sebelum jam 6 petang. Balik tu dah gelap

Nak di jadikan cerita, mungkin rezeki nak tengok benda tu yang dah bertahun aku tak jumpa. Ia muncul juga. Sebaik semua turun dari kereta dan beri salam, aku bergegas pandu balik. Seram tengok pokok sawit kiri kanan. Lampu jalan memang tak ada. Dah dekat jam 6.30…malam. Gelap. Bawa perlahan saja sebaik masuk ke jalan besar. 60km sejam. Buka radio. Terdengar suara azan Maghrib. Aku ikut jawab azan dalam hati sambil mata fokus.

Sebaik melalui satu kawasan yang tidak berpenghuni dan hanya di huni batu nisan, hati sedikit berdebar. Aih…berbulan aku lalu sini. Kawasan perkuburan Islam ni berada di tepi jalan. Tak pernah rasa seram sejuk. Mata melirik cermin sisi kanan. Kepala terasa kembang sekejap. Aduh!!! Akhirnya…..
Selepas berbelas tahun akhirnya bertemu semula BENDA ITU. Kaki jadi sedikit kaku. Pujuk hati…biarkan. Ini bukan kali pertama.

Mata fokus semula pada jalan raya tapi mata tetap melirik. Kain putih bergayut pada cermin tingkap belakang sebelah pemandu. Bau busuk yang kurang menyenangkan menusuk tiba-tiba. Spontan jariku tekan butang cermin. Tutup. Bau tetap masuk. Kain putih buruk lusuh ada kesan tanah masih melekat di belakang. Kawasan sekeliling tak ada rumah. Kalau ada memang nak berhenti sekejap. Otak memang tidak sempat untuk proses baca sebarang ayat suci. Mata melirik cermin. Masih di situ berkibar kibar. Lajukan sedikit kereta. Lagi 300 meter kawasan perkampungan.

Sebaik masuk kawasan perkampungan, lirik lagi cermin. Dah hilang!!! Cuma bau busuk masih memenuhi ruang dalam kereta. Segera buka semua cermin tingkap kiri kanan. Baru perasan tangan sedikit gegar pegang stering. Barulah dapat mengucap panjang. Parking sekejap di bas stop. Turun kereta. Berdiri tepi pintu. Tenangkan diri. Teguk air yang berada di belakang seat kereta.
Capai telefon. Dail seseorang.

” Assalamualaikum Ji” salamku di sambut. Fozi teman baikku berada di hujung talian.
” ya kenapa Jan? Lain macam suara? ” nada suara bertanya.
” ya…ada gangguan sikit ni” ceritalah apa yang baru berlaku. Fozi ni sedikit pandai untuk perkara ghaib.
” hehehe dia nak berkenalan tu…nanti dia tak ganggu dah tu tenang saja” Fozi gelak di hujung talian. Aku sengih sendiri. ” nanti jangan terus masuk rumah, duduk luar kejap ye….” sempat dia berpesan sebelum tutup talian. Aku ikut saja sarannya tanpa banyak soal.

Sampai rumah, parking duduk di kaki tangga sekejap. Adalah dalam sepuluh minit. Masih terbayang kain tadi. Hmmmm…
Selepas kejadian itu, memang betul kata Fozi, aku tidak di ganggu lagi sehinggalah hampir setahun buat kerja tersebut.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fozan Hadi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4]

1 thought on “Jalan Maghrib”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.