Jalan Sumpitan (Shortcut Grik-Taiping)

Hai guys pembaca setia FS.Terima kasih to admin kalau sudi siarkan kisah aku ni.Nama aku Dek Eee(pelik kan ?).Kisah aku ni bukan pasal asrama or plkn tapi aku pernah jgk gi kem kat plkn.Alhamdulillah tak kena kacau maybe kem tu ramai budak tahfiz.Tapi aku teringat aku pernah gi toilet sorang2 sebab takdak kawan,seram kot.Ok dah la intro tu ?.

Cerita aku nak share ni berlaku kat family aku.Korang mesti tau jalan Sumpitan,iaitu jalan shortcut Grik-Taiping yang memotong banjaran titiwangsa.Jalan tu sememangnya teramat sangat sunyi even siang dan terkenal dengan kisah seramnya.Kalau lalu kat situ peluang nak terserempak kenderaan lain adalah 0.001%.

Dipendekkan cerita mak sedara aku 3orang,opah aku dan bapak sedara gi Kelantan tuk konvo mak sedara aku.Satu kereta and sorang je lelaki.Malam tu diorang terus nak balik Taiping dari Kelantan.Tengah malam opah aku call mak aku cakap diorang tengah ketakutan tak selisih sebijik pun kereta kat jalan Sumpitan.Esoknya opah aku pun bukak cerita.

Malam tu diorang balik ingat nak ikut highway tapi taktau kenapa terikut Sumpitan.Pak sedara aku yang bawak kereta maybe dia xtahu menahu pasal jalan tu.At first nak masuk Ipoh, kebetulan kereta diorang satu2nya kat situ.Diorang nampak ada satu kereta ni,terus ikut belakang sebab nak berteman.Konon lega lah.Sekalinya kereta tu ikut Sumpitan,yang dalam kereta semua senyap tak bercakap langsung.Diorang follow jelah kereta tu.Yang peliknya kereta tu sekejap slow,sekejap laju.Then pak sedara aku p****g dia,pastu dia p****g balik.Aish main2 lah pulak.Lepastu kereta tu masuk satu lorong nih.Lepas je kereta sedara aku masuk,kereta tu terus hilang.

Masa tu semua pakat kecut perut.Bayangkan satu2nya kereta kat tengah2 hutan belantara tu.Pastu jalan yang diorang masuk tu taktau jalan apa.Kiri kanan ada bangunan tapi sunyi sepi.Ada hospital,masjid..Tiba2 pulak mak sedara aku yang sorang tu rasa lapar sangat.Sorang lagi sakit perut,sorang lagi nak terkencing.Semua pakat tak tahan tapi opah aku tak bagi stop.Dia suruh jalan jaa,tahan ja teruk macam mana sekalipun.

Lepas keluar je dari jalan tu,elok pulak semua.Tak rasa nak gi toilet pun.Mak sedara aku yang mcm kebulur tadi pun senyap.Lepastu kan jalan Sumpitan tu kena naik bukit.Time tu rasa berat sangat,payah nak naik.Diorang baca2 apa yang ingat n pasang surah2.Opah aku kata benda tu nak bergurau ja.Nasib baiklah takde penampakan ke apa ke.Nasib baik jugak diorang tak turun kat tempat tadi,kalau tak taktaulah jadi apa.Fyi,tempat yang diorang jumpa masjid,hospital etc tu tak wujud pun.Mana ada Hospital Sumpitan kat Malaysia ni.Lepastu kereta yg diorang follow tu pun nth betul ke tak.

Wallahualam.Kalau korang nak jalan kat sana mohon fikir banyak kali.Tempat tu bagi sesapa yang tak tahu, tempat tu tempat orang buang mayat dan buang “benda”.Banyak kes pembunuhan berlaku n mayat dicampak kat situ sebab sunyi sangat takkan ada org yg boleh nampak.So thats my story.Thanks sudi baca.

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 13 Average: 4.8]

26 thoughts on “Jalan Sumpitan (Shortcut Grik-Taiping)”

  1. 1. Mmg kawasan tu xde org lalu.. pernah ada kes pembunuhan kerabat diraja.. tempat buang benda tu dulu2 je la skrang dh xde.. nak kata bhantu tu taktau la sbb x de pgalaman lg jumpa kt situ.. hanya dari mulut org saja.

    2. kalo dari kelantan nk ke ipoh kalo kata ikut highway tu bukan jalan grik tapi jalan gua musang – simpang pulai. jalan gerik ni jalan raya biasa saja.

    3. kalo kata lalu ikut sumpitan lepas ada simpang, itu dh masuk area klian gunung.. mmg ada massjid depan pd tu masjid kampung ijok. lepas tu kata naik bukit tinggi… kemungkinan ke jalan selama sebab tu jumpa hopital mmg jalan tu pun sunyi kalo dari ijok ke selama ikut jalan kem plkn tegas mesra.

    Reply
    • Pernah lalu situ masa tu memang tak tahu tempat tu keras dari KL nk hantar mak menakan OKU nk ke Grik sampai betul atas bukit tayar kereta pecah ya Allah ja tau perasaan waktu tu turun je kereta terus dengar puntianak mengilai masuk dalam kereta baca doa apa yang tau… Dok dalam hampir 30minit tiba2 datang sebijik kereta naik 4X4 yg pelik dia siap bawak tayar dengan rim sekali sama plak tu saiz .. dia bagi je tanpa mintak duit apa pun… Dia cuma cakap pergi cepat tggal tempat ni bahaya sikit…. Sampai sekarang aku selalu pikir siapa yang hantar tayar dan rim tu tengah pagi2 buta… Kereta dia 4×4 kereta aku bawak waktu tu Mazda lama… Sampai skrg pikir memang tak logik tapi Klau Allah nak hantar bantuan dalam MCM2 cara boleh sampai…. Cerita aku ni takde reka2 demi Allah berlaku dalam hidup aku…

      Reply
  2. Lintasan Gerik – Taiping tu Banjaran Bintang..bukan Titiwangsa..Banjaran Titiwangsa tu jalan Gerik – Jeli..jalan tu mmg sunyi..lalu siang je laa..mlm mmg x lalu situ..guna jalan gerik – kuala kangsar..

    Reply
  3. xde apa yang seram pun itu semua mainan syaitan je saya jalan ikut jalan tu untuk balik kampung xde apa2 yang pernah berlaku pun \

    Reply
  4. Lintasan Gerik Taiping melalui sumpitan tu sangat cantik pemandangannya, memang tak banyak kenderaan guna laluan tu, tapi waktu siang ada je kereta atau lori. cantik view, ada air terjun dan lembah hutan yang sgt cantik. tak de lah dengar kes pembunuhan banyak kat situ, ada sekali je, bab buang hantu ke situ wallahu alam.. tapi serious bagi orang yang suka nature, laluan tu memang cantik, mesmerizing

    Reply
    • Betul tu. Laluan ni aku kerap lalu in shaa Allah x de apa lr. Kalau nak tau sepanjang jalan ada kebun le. Dan kalau nak tau tengah2 hutan tu ada sebijik rumah askar pencen. Dia suka cara hidup hutan dan hanya guna generator je. Kes b***h bini muda raja dihilir Perak tu memang betul, lokasinya kat jambatan ke dua tu.

      Reply
    • Memang menipu tu. Aku berulang tiap hari ikut jalan tu pagi2 banyak je kereta. Malam ada lalu cuma jarang2. Lori ayam mmg betul banyak lalu situ.

      Reply
      • Bro, hang biasa lalu memang x rasa apa dah. Utk org yg x biasa lalu memang rasa semcm ja, nak2 1st time masuk jalan sumpitan. Rasanya x perlu kot nak kata pencerita tu menipu sbb penceritaan tu berdasarkan pengalaman masing2. Aku pnh jugak lalu jalan ni time remang2 senja masa penghujung Januari dulu dari KB. Agak sunyi tp still ada org dok kat kebun, yg buat kerja2 baik pulih tanah runtuh. Ada je berselisih kereta dalam 2-3 buah. Utk 1st timer slightly horror jalan tu unless kerap lalu, dah tau lap, lubang, area seram then ko x peduli dah.

        Reply
  5. Aku pertama kali lalu situ. Nk pendekkn crita aku dri kb nk ke taiping tpi kna ikut kuala kangsar rsa jauh dgn hujan lgi. Jdi aku cuba ikut jalan sumpitan nih sbb nk cepat..(dri dlu lgi nk try lalu msa dgn kwn nk g jauh bila sorng bru gatal nk lalu) tetiba dh sekerat jalan rsa laen mcm.. dh laa naek moto pulak.. mujo rs150. Time isyak.. ad juga krta lalu.. ingt dh tkdk rmh kmpung dgn minyk 3 bar jaa.. smpai stu tmpt nma kmpung ijok alhamdullilah dpt isi minyk.. dan seterusnya aku ikut lgi jalan tuh.. singbord tulis selama 7km taiping tah berapa jauh g.. tpi aku follow krta bnyk ikut selama. Dh serik nk pergi tmpt sunyi jdi follow krta.. alhamdullilah jumpa bndr selama & highway plus & trus ke taiping.

    Aku nk pesan kt korng yg sorng klu nk lalu jalan sumpitan nih.
    1. Pastikan minyk sentiasa pnuh sebelum msuk & lgi bgus bwk extra minyk
    2. Klu lalu mlm jalan nih sngt2 gelap sbb hutan kiri knan tebal jdi pstikn lmpu kenderaan sentiasa berfunsi
    3. Hati2 jalan berliku
    4. Amaran jgn brti dri mula msuk smpai jumpa kmpung ijok
    5.jgn risau jalan oke tk berlubang sngt cuma kbus jaa.

    So hati2 guys.. alhamdullilah aku dh smpai rmh.. next time tkkn guna dh jalan nih pda wktu mlm.. pgi no hal.

    Reply
  6. Saya orang kampung berasal dari Kampung Sangkut, Ijok tu…

    Untuk pengetahuan semua;
    IJOK adalah sebuah mukim, terdiri dari beberapa buah kampung. Ada pekan kecil (koboi) di Kampung Masjid berfungsi sebagai pekan transit untuk ke Taiping, Selama & Bagan Serai, Perak.

    Ijok mempunyai sebuah stesyen minyak mini, Masjid, Homestay dan kedai2 runcit dan kedai makan masakan melayu. Penduduknya hampir keseluruhan beragama Islam. Bahasa digunakan kebanyakannya dialek Melayu Pattani (Seperti digunakan di Kupang, Baling & Sik di Kedah serta sesetengah tempat di Lenggong & Grik di Perak)

    Sebagai panduan;
    Sumpitan/Lenggong ke Ijok (& sebaliknya), 31.6KM (35 minit melalui A6, laluan sempit+berliku+berbukit+sunyi)…. Awas haiwan liar melintas. Pandu perlahan.
    Ijok ke Taiping, 47KM (59 minit melalui A113 & A5, laluan Pantai Besar – Jelai – Batu Kurau-Kamunting)
    Stesyen minyak Shell & ATM BSN di Batu Kurau
    Stesyen minyak Shell, Petron, Caltex, Petronas & ATM Pelbagai di Kamunting

    Ijok ke Selama, 46.6KM (56 minit melalui A113 & A5, laluan Redang Panjang – Bagan Baru – Selama)
    Stesyen minyak Petronas, Shell & Caltex & ATM BSN, Maybank, Agrobank di Selama

    Ijok ke Bagan Serai, 50.2KM (57 minit melalui A6, laluan Redang Panjang – Bagan Baru – Kubu Gajah)
    Stesyen minyak Petronas, Shell & Caltex & ATM BSN, Maybank, Agrobank di Selama

    Semoga membantu

    Reply
    • Aku dulu berulang alik keja dari Kamunting ke Lenggong naik motor ikut jalan ni. Ok je x de apa cuma kalau hujan sikit je kompem ada kabus.

      Reply
  7. Aku baru lalu 2 minggu lepas. balik dari dungun pukul 2 petang.. sampai bajaran titiwangsa pukul 6 lebih macam tu… lepas tu sampai area grik.. aku ikut google maps je sebab xtau jalan.. then dia bawak aku ikut jalan ni, .. masa tu dalam pukul 8.00 malam mcm tu.. sbb tadi punya takut lalu titiwangsa sbb kabus dgn hujan aku x berhenti buka puasa aku buka puasa sambil drive ja.. lepas sampai grik ingat Alhamdulillah la xda jalan seram dah.. tapi bila aku msuk jalan 1st simpang sebelum ke kelulut sumpitan tu nampak pokok dengan daun kering banyak gila kat atas jalan.. dalam hati cakap.. piii dahhh.. jalan orang x lalu ni… tapi buat kering ja.. jalan jugak terus sbb dah malas nk patah balik n cari jalan lain.. lepas tu terusss lagi jumpa budak dua orang naik moto ( dalam hati aku kata leganya ada orang ) masuk ja simpang tu terus naik ke atas… macam panjat bukit.. bro.. aku sorang beb.. dengan jalan tak pernah lalu.. memang aku bawak laju.. 2 @ 3 kali jgak hampir terbabas sbb hampir x sempat break.. gila cuak beb.. dengan sebiji kereta pun aku xda selisih !! sebiji rumah pun aku x nampak ( dlm hati aku dah maki macam2) kiri kanan semua hutan… aku sorang plak tu… Allah… nasib bulan puasa beb!! kalau bukan bulan puasa aku dah kencing dalam seluaq sambil drive !! aku ambik jalan tu sbb dia bg utk aku p nibong tebal.. aku nak hantar dokument sebelum balik ke kedah terus lepas tu. Alhamdulillah Allah panjangkan nyawa aku.. sampai di rumah dengan selamat.. lepas makan di nibong tebal terus aku gerak balik rumah.. sampai rumah dalam pukul 12malam. lebih kurang 11jam drive dari dungun ke kedah.

    cuma bagi yang nak lalu sentiasa beringat kalau boleh… kalau boleh cari la jalan lain kalau malam… aku yang lelaki ni pun kembang habis bulu tengkok lalu jalan tu…

    Reply
  8. Semalam (30/6/2018) aku lalu dgn member.. kami dari Kedah nak balik Kuala Kangsar, aku dah lama dengar cerita2 kat jalan ni, so sebagai penyelidik memang dah lama teringin nak lalu… so kami pun buat kerja gila lalu jalan tu. Isi minyak apa semua, naik wira 1.3 je… start masuk dr Alor Pongsu dah pkul 12 tengah malam… memang agak seram, jalan agak gelap,hujan renyai dan kilat, berkabus tp jalan still ada kereta, kampung masih ada orang sbb org tgk piala dunia..

    Sampai dekat pekan Kampung Ijok rasa macam ok dah sikit, makan burger kejap… cerita kat bro beger tu cakap nak terus ke arah lenggong ikut jalan sumpitan berbekalkan Google map je.. bro tu macam tergamam jgak la.. sbb dah pkul 1 pagi lebih time tu.. hujan masih renyai dan berkilat serta berkabus.. bro th kata ok je jalan tu (dalam keadaan pelik).. so kami gerak, mmg xsangka jalan tu cross banjaran, serius bahaya, adventure dan seram… 2 kali bertembung dengan kumpulan kerbau liar…bahaya betul,kalau jumpa gajah or pak belang xtahu la…

    Paling scarry aku nampak something, dekat satu rumah last sebelum naik banjaran, dibawah gaung ada sesuatu yang pelik.. masa nampak rumah last tu aku ingatkan bawah tu kampung.. aku cakap “oo, bawah ni ada……” aku matikan ayat tu kat member.. aku ingatkan kampung bawah gaung tu sbb ada lampu2… tp pelik, lampu tu macam funfair, banyak sangat, ada warna merah, kuning, hijau, biru, ada yg besar, kecik, dan ada yg berkelip, ada yg statik, dan yg pelik ada yg bergerak ikut kami…

    Member aku xperasan, so aku diam je… scarry weh, aku lebih banyak membisu masa drive tu… serius aku rasa kadang2 kereta berat, kadang2 ringan, masa cakap pun aku perasan kadang2 suara kami macam bergema, kadang2 bergaung padahal tutup tingkap dan pasang aircond… aku bukak mulut pasal tu kat mmber lepas dari Lenggong baru cerite kat die.. masuk jalan sumpitan dalam pkul 1.45 kut, kluar maybe dalam pkul 2.15 pagi…

    Aku sangat tak rekemen orang lalu jalan tu waktu malam, sbb gelap, berkabus, sangat curam, banyak tanah runtuh, banyak haiwan liar… bab hbabu wallahualam…aku just cerita apa yg aku rasa,alami dan nampak… Nanti aku cuba ceritakan balik benda ni kat blog aku, search je kat Google Antropologi Sosiologi Mitologi Kembara dan Kehidupan… in sha Allah aku akan selitkan kisah travel no kat situ….

    Reply
  9. Aku dh guna jalan sumpitan tu 25 tahun… Pesan aku, hati².. selekoh tajam byk, laluan berbukit², kdg² binatang ‘beso’ melintas… nk lbh selamat, sila konvoi..

    Reply
  10. Sis baru lalu jalan tu pd 19 april 2019. Suami yg pandu kete. Balik dr zoo taiping.
    Sumpah, itu yg pertama dan terakhir. Selalu ada dlm mimpi, suasana seram jln tu. Sampai lenggong 6 ptg.
    Hooh, legaaaaa..

    Reply
  11. baru jea lalu dengan wife kat jalan sumpitan sebab nak tengok pemandangan alam 2 hari lepas..jalan tu memang sunyi pun & tak digalakan lalu malam2 even terdesak pun baik jalan grik-kuala kangsar balik..pernah dengar jalan sumpitan tu tempat buang mayat & ada jadi kes pembunuhan kerabat diraja kat situ..tapi tu cerita lama org2 lama asal situ tau la cerita tu..apa yang penting pandangan alam semula jadi kat situ memang mengagumkan & kalau boleh biar kekal sampai bila2

    Reply
    • Pengalaman ngeri first time ikut jalan ni dari grik ke taiping .. google map punya penangan nasib baik siang hari.. mula masuk dah rasa lain mcm tapi malas nak patah balik ikut je sampai kat separuh perjalanan ada jalan pecah tanah runtuh boleh lalu sebelah jalan saja dah la sempit mmg merbahaya. Sampai susur keluar ada signboard jalan ditutup tp ada org alih ke tepi. Rupa nya jalan tu dah di tutup masalahnya masa aku masuk td takda pulak signboard. Alhamdulillah selamat sampai taiping dan aku kaji balik jln ni ikut g.map..rupanya nama jln sumpitan. Tolong jgn masuk walaupun siang. Ada satu tempat tu Jalan runtuh sebelah

      Reply
  12. Pernah lalu tahun 2017… Asal laki nk balik cepat dr tepen k gerik.. Malas lalu hiway tgh jem time tu.. Kul 9 kluar zoo tepen,..pusing2 jap trus gerak balik…minyak kete 1bar,cri petr pump otw nk g mmg xjmp.. Tinggal 1bar j auto plak tu..dgn bwk ank.. Start masuk jln tu laki dh ckp mcm jln kg j nih.. Tapi dye malas nk patah balik follow j smpai maps xgerak dh… Tgk jln dlm 30km lg,..so tawakal redah.. Naik 11pm lbh kurang,.cuaca sejuk cz dh start naik trun bukit.. Spnjang jln jz jmp 2bj hilux n last jmp ladang rusa kot..sy pn xpasti.. Nk smpai kwsn air terjun mmg terase sejuknye lain macam,..udara fresh lg2 ujn renyai2 j time tu…ank tdo lena j kt blakang.. Sy mulut xdiam cz kereta terasa berat,bkn cz naik bukit tp ade y mnumpang..trun bukit pn terase,senget2 kereta tu.. Bile jmp signboard kluar jln besar trus tuju rnr.. Stop lama nk cooldown blik.. Then smpai kg lawin bru isi minyak.. Alhamdulillah xde pape y jd..n ank mmg tdo dr start kluar zoo smpai la k umh..klu x xdapat bygkn cz bnde tu dduk d bonet kiri blkg

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.