JAM 3 PAGI

Assalamualaikum readers FS, salam sejahtera untuk non-muslim. Nama aku Elly. Aku dah banyak baca cerita dalam FS, maka aku rasa nak share dengan peminat FS berkaitan dengan cerita seram kuku aku nih. Ni kali keempat aku submit, hopefully admin FS publish cerita tak seberapa aku nih. Thanks admin FS. Hehehe.

Kejadian ini berlaku dalam tahun 2002, sewaktu masih menuntut di salah sebuah universiti swasta di jalan Kajang-Puchong. Masa kejadian aku dah masuk semester ke 3 rasanya, duduk di student apartment dalam universiti. Sesiapa yang biasa guna laluan untuk ke Putrajaya dari Kajang, student apartment di tepi jalan je, langsir kaler merah atau belang merah-krim. Semester tu aku duduk di apartment aras 3, satu unit rumah ada 4 bilik, tapi kami berlima. Aku namakan housemate tu si A, B, C dan D. Semuanya kawan-kawan dari sem pertama lagi. Setiap bilik seorang, tetapi si D, duduk di ruang tamu (masa ni isu lambakan student tak dapat bilik, so ruang belajar di ruang tamu dijadikan tempat tidur). Aku penghuni bilik pertama, dalam bilik ada satu tingkap mengadap highway Putrajaya-Kajang. Masa tu, Putrajaya masih belum membangun sangat, Alamanda pun takde lagi. Maka waktu malam, laluan tu tak sesibuk sekarang.

Pada suatu malam, sewaktu aku tengah tidur, tetiba terasa titik-titik hujan. Aku dapat rasa sebab aku suka tidur buka tingkap bilik, langsir aku selak ke tepi. Katil pula aku rapatkan ke tingkap. Jam dah jam 3 pagi rupanya. Aku pun pisat-pisat bangun tutup tingkap. Masa aku nak tutup tingkap, ternampak kain telekung kawan aku si B yang dia basuh malam tu, melayang-layang di tiup angin. Oleh kerana semangat kekawanan tu tinggi, aku pun keluar untuk mengangkat kain tersebut di balkoni jemuran, nak hujan la katakan. Sewaktu pintu dibuka, ternampak di seberang highway, ada kuil yang meriah sangat, penuh lampu-lampu. Dalam hati terdetik, “wahhh, dah pukul berapa ni, meriah lagi ke?”. Tapi aku buat tak tau je dan teruskan niat untuk mengangkat telekung di jemuran. Sebaik aku pusing untuk masuk kembali ke rumah, baru terfikir yang kuil seberang jalan tu tak siap lagi, malah kuilnya tak la sebesar segah yang aku nampak. Terus terasa lain macam. Cepat-cepat aku melangkah masuk ke bilik. Aku memang tak pandang belakang la kann.

Sangkaan aku, sampai situ je lah perasaan seram-seram, rupanya tak. Ibu selalu berpesan, tidur mengiring. Macam biasa aku akan tidur mengiring, membelakangkan tingkap. Langsir masih terbuka, hanya tingkap di tutup. Dalam mamai-mamai nak lena, terasa tilam tempat tidur aku di bahagian hujung kaki, seperti dipijak seseorang. Aku masih bersangka itu perasaan sahaja, tetapi benda tu seolah-olah berjalan perlahan dan mula mundar mandir di belakang aku. Korang boleh bayangkan tak bila ada orang berjalan-jalan di atas tilam yang kite baring, mesti terasa kan. Tilam pula jenis yang spring, adakala terdengar bunyi besi spring berlaga macam seseorang tengah pijak. Aku membatukan diri. Dalam hati macam-macam surah dah di baca.

Setelah beberapa ketika, benda tu berhenti setara di belakang kepalaku. Mungkin dia tak puas hati kot aku membatukan diri. Terasa meremang sangat, terutama di bahagian leher. Bagi mengurangkan kadar meremang dileher, aku buat-buat mengeliat, dan terus letak tangan kanan di leher. Ingatkan aktiviti benda tu dah berhenti, rupanya lagi dahsyat pulak dia kacau aku. Sangat jelas didengari dengusan di belakang kepala.

Benda tu bertindak lebih berani! Jarinya cuba mengangkat jari hantu tangan kanan yang aku letakkan di leher tu. Memang sangat terasa ade jari yang besar cuba mengangkat jari ku. Aku cuba untuk tarik jari, tapi dia seolah-olah melawan tarikan tersebut. Setelah cubaan menarik jari berkali-kali tidak berjaya, dia mungkin merapatkan mukanya dengan sisi muka aku sebab aku dapat rasa dengusan nafas dia yang suam-suam panas di leher melalui celah jari yang dia angkat tadi. Perasaan masa tu? Hanya Allah swt je yang tahu. Dalam dua tiga minit jugak lah dia bermain di situ.

Tetiba aku terdengar kriuk katil besi diluar bilik. Dia terus melepaskan jari aku dan senyap. Aku cuba buka sedikit mata, ternampak bayang-bayang dari celah bawah pintu seseorang melintas di depan bilik. Beberapa saat selepas itu, terdengar bunyi pintu toilet di tutup. Aku yakin, itu kawan aku si D yang tidur di ruang tamu. Sebaik pintu toilet ditutup, terasa benda tu berlari dan melompat turun dari katil. Sebaik benda tu aku yakini telah pergi, terus aku bingkas bangun dan berlari untuk switch on lampu bilik. Aku buka pintu bilik dan pandang ke arah toilet, kebetulan si D baru keluar dari toilet, sempat lagi aku sapa dia. Setelah rasa sedikit tenang, aku sambung tido dengan lampu bilik terpasang sampai subuh. Hehehe.

Masa kami bersarapan, aku pun bercerita pasal kejadian tu dengan housemate, dan mereka marahkan aku sebab baik sangat nak tolong angkat kain telekung dari ampaian pepagi buta tu. Huhuhuhu. Ingat lagi kata kawan aku si B, kalau hujan lebat pun, biarkan je, tak payah angkat. Malam tu kami buat bacaan Yassin selepas Maghrib untuk elakkan keadaan yang sama berulang. Alhamdulillah, sepanjang tinggal di student apartment tu, tiada lagi perkara extreme macam tu berlaku, just gangguan dari luar je sesekali. Sekarang ni pun aku masih suka tidur buka tingkap, tapi semenjak terjebak dengan cerita kat FS, baru sedar diri untuk tutup tingkap sebelum Maghrib. Hahahaha.

Cerita aku tak la seram macam kebanyakkan cerita kat FS ni. Next time aku cerita pengalaman waktu kecil. Diceritakan oleh mami dan arwah opah aku berkaitan kehilangan aku sewaktu kecil. Nanti ye aku cerita.

Miss Elly

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

11 thoughts on “JAM 3 PAGI”

    • Hahaha.. Well.. Byk kenangan kat situ.. Minggu pertama daftar situ pun dah ade dgr cerita.. Bkn blok murni, tp blok cendikiawan.. Member lelaki ckp masa beratur kat tmpt parking mereka beramai2 nmpk awek pakai skirt putih terjun dr tgkt ats sekali.. Memasing jerit, faci & ustaz warden g tgk, xde ape.. Mula2 ingt diorg reka citer, lps tu masa kami berkumpul kat dewan ketua faci ade pesan sblm bersurai, kalo ade nmpk org terjun pun, buat tak tau je, jgn menyibuk! So kitorg yg girls percaya. Huhuhuhu

      Reply
    • Yup… Lgpun area situ ade bggunan tu je tepi highway kjg putajaya tu.. Skrg sy duk ptrjy, tiap kali lalu situ, mmg teringat.. Dulu bkn mcm skrg dah ade jualan kat tepi tu.. Jalan yg ade jualan tu dulu, port best incik gula2 main.. Huhuhu

      Reply
  1. Dulu pon sy duduk asrama.. Sejenis yg tdo mmg suke mengiring n letak bantal atas kepala.. Bantal time tu mmg jenis yg keras punyer n xlembik, so mmg brbentuk segi empat sama.. Satu malam, sy trjaga then sy dapat rasekan ade sesuatu yg tgh brtenggek atas bantal.. Disebabkn bntal tu mmg keras so saya dapat rasekan bantal yg mghipap kepala sy tu berat dua kali ganda.. Xsemena2 tetibe rasa berat tu beralih kebahagian kanan bantal dan tiba-tiba ke kiri bantal pula.. Sy fikir nasib baik sy tido mengiring, kalau buatnya saya tido menelentang dgn bantal atas muka, mmg dah arwah dah sbb memang rasa ade yg tgh memijak dari bhagian atas bantal.. Nak bergerak mmg tak boleh seakan2 badan nih membeku.. Hanya mampu baca surah ape yg patot jer..Sehinggakan saya terasa penat bergelut seorang diri.. Alhamdulillah after 10 mnit, kepala rasa ringan dan badan boleh brgerak semula..

    Reply
      • Penah dulu.. saya tido mengiring kanan… kena tindih.. pastu tersedar, pusing ke kiri lak.. lepas tu kna lagi tndih… pastu tersedar pusing kanan balik… kna jga..

        last2 rsa marah.. hilang rasa takut… bgn trus duduk sound benda tu… “aku nak tidoq! Esk nk skolah… hang pi kacau jiran seblah plak, aku bengang ni…” pastu xkna kacau da.. seb bek msa kna tndih tu xlama kna.. baca ayt kursi skali je dia da lepaskn… tp tension la.. nk duk tindih je.. masa zaman2 skolah menengah boleh kata tiap2 hari kna tndih… smpi tahap boleh nampk diri sndiri tgh tido.. n nmpk bnda tu pnya tgn dan blakang…

        Reply
  2. Nak elak kena tindih selain mengiring ke kanan, tidur je berbaring dan bantal letakkan atas dada. Dulu saya slalu kena tindih even dah tidur mengiring ke kanan, tapi Alhamdulillah lepas tidur berbaring sambil bantal atas dada, dah takkena tindih sampai skrg. Hee

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.