Jam Antik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pambaca FS. Tq admin kerana sudi menyiarkan kisah aku kali ini. Biar aku perkenalkan diri dulu. Nama aku Sha (nama samaran). Kisah yang aku ingin ceritakan kali ini adalah tentang sewaktu aku di universiti dulu. Waktu itu aku baru masuk semester 1. Aku tinggal dekat asrama dengan roommate / kawan baik aku, Ida.

Ok,ceritanya bermula dari dalam 3 minggu aku masuk asrama. Pada suatu haritu, aku dengan Ida tengah buat revision dekat library. Sewaktu kitaorang tengah khusyuk membaca, tiba2 macam ada bunyi kecoh dekat luar library tu. Aku dan Ida pergilah keluar kejap nak tengok apa yang kecoh sangat kat luar library tu. Bila kitaorang dah keluar, tengok dekat luar takde orang pun. Hairan lah, tadi bunyi macam kecoh sangat dekat luar. Bila dah keluar pulak takde orang langsung. Kami berdua je kat library masa tu. Pelik, tapi buat tak tahu jer. Haha. Part ni takde kena mengena pun dengan cerita ni.

Lepas habis kitaorang buat revision kat library, kitaorang balik lah ke bilik. Bila sampai depan pintu bilik, terkejut kitaorang tengok ada sebuah bungkusan. Besar jugaklah bungkusan tu. Kitaorang peliklah, sapa yang hantar. Nak kata family, takde pun diaorang cakap apa2 nak pos barang ke apa. Barang yang kitaorang beli online pun tak. Tapi, kalau pos pun, mana ada sampai depan pintu bilik. Kitaorang bukaklah bungkusan tu nak tengok apa yang ada dalamnya (rasa b0d0h lah pulak masa tu).

Lepas je kitaorang bukak, terkejut kitaorang tengok sebuah jam antik yang tak pernah lagi kitaorang jumpa jam antik macam tu, dahlah cantik. Apa lagi kitaorang masa tu, gantung terus jam antik tu dalam bilik. Tak fikir dah sapa yang hantar. Cantik punya pasal.

Menjelang malamnya pulak, masa tu kitaorang tengah bersiap nak tidur. Baru je nak lelapkan mata, bunyi tik-tok jam antik tu mengganggu tidur kitaorang. Kuat betul bunyi tik-tok jam antik tu. Kitaorang sampai rasa nak pecahkan je jam tu. Tapi, jam antik tu macam tahu je apa kitaorang rasa. Tiba2 je berhenti bunyi jam tu. Peliklah kitaorang, tapi ngantuk punya pasal, syukur je lah jam tu dah tak berbunyi.

Paginya pulak, kitaorang tengok jam antik tu macam pelik. Dia berhenti tepat pukul 12:00am. Patutlah dah tak berbunyi waktu tu, rupa2 nya berhenti. Kitaorang try lah cek, kot2 ada rosak ke apa. Baru je nak angkat jam tu, tiba2 dah elok balik. Elok dia bukan pukul 11:59pm lagi, pukul waktu pagi tu (dah tak ingat dah pukul berapa waktu pagi tu). Makin pelik lah kitaorang. Tapi time tu dah nak kelas,terus lupakan pasal hal jam tu.

Dah habis kelas, balik bilik dan mandi. Rilek jap. Penat tu bukan penat badan, tapi penat otak. Dari pagi sampai ke petang. Rehat pun waktu lunch time je. Tapi tak dinafikan lahkan. Biasalah, bukan nya tiap2 hari kelas sampai petang. Ok, sambung cerita. Dah habis mandi tu, rilek jap sambil tengok jam antik tu. Tiba-tiba je kepala aku pusing dan pappp, gelap.

Suara ustaz kedengaran di telinga aku. Mata aku silau dengan cahaya lampu yang menerangi bilik aku dan Ida. Aku bangun dan pelik melihat Ida, ustaz Fakrul (bukan nama sebenar) dan beberapa lagi warden asrama dalam bilik aku dan ida masa tu. Aku tanya apa yang dah jadi. Diaorang cakap yang aku baru lepas kena rasuk. Ida cakap yang tadi, dia baru lepas mandi masa tu dan tengok kelakuan aku macam pelik. Dia tanya aku yang aku dah kenapa masa tu dan tiba2 je aku serang dia. Dia jerit, student yang seblok dengan aku terus panggil panggil warden dan ustaz. Ustaz rawat aku, dia cakap yang aku asyik cakap “Kalau dia tak ambik aku, aku takkan kacau dia”. Pastu, bummm, pengsan balik.

Ustaz tanya aku, aku ada ambik barang apa2 yang bukan milik aku ke? Pastu aku jawab, takde. Tiba2 Ida ingatkan aku tentang jam tu. Baru aku teringat dan kami berdua Ida ceritalah dekat ustaz tu tentang jam tu. Dia pun cek jam tu ada apa2 ke tak. Takde apa2 pun, tapi dia pelik satu je. Ukiran jam tu. Ada bentuk benda pelik2 macam kepala orang, asap, kapak, biji (entah biji apa), dan ada lagilah, tak ingat dah apa. Pastu ustaz tu cakap, dia ambik jam tu dan bawak ke masjid dalam universiti aku tu. Dia nak selidik tentang jam tu. Warden pun dah tanya dengan student2 bilik lain yang seblok dengan bilik aku ada nampak siapa2 yang ada hantar barang dekat bilik aku dan Ida, semua cakap takde.

Malamnya pulak, alhamdulillah, ok je takde gangguan.Tidur pun lena.Keesokan paginya,kitaorang dikejutkan dengan histeria seorang student lelaki berdekatan dengan masjid selepas waktu subuh pagi tu. Ustaz Fakrul cakap lelaki tu cerita dekat dia lepas kena histeria yang masa tu, dia baru lepas solat subuh dan nak balik ke bilik Dia ada nampak kelibat seseorang dekat kawasan luar masjid tu. Dia ingat kawan dia yang sama solat dengan dia. Tapi baru je dia nak panggil, benda yang dia ingat kawan dia tu zuppp, lari ke arah dia dan gelap semuanya (kena histeria). Ustaz tu bagitahu lagi yang jam tu sebenarnya jam kepunyaan nenek tua yang tinggal dekat kampung aku. Yes, kampung aku. Jam tu dah disihir. Ada benda dalam jam tu.

Ustaz tu berinteraksi dengan empunya jam tu. Dari situ lah dia tahu. Aku pernah dengar jugak orang kampung cakap yang sebenarnya dekat kampung aku tu, ada tinggal seorang nenek tua (lebih kurang nenek kebayan). Aku tak percaya cerita diaorang. Bahkan,orang kampung pernah nampak lagi nenek tu. Tetap jugak aku tak percaya. Tapi sekarang, baru aku percaya. Ustaz tu pun cakap, nenek tu cuma nak aku percaya yang dia ada. Bukan rekaan orang kampung. Jadi, aku fikir, mungkin ni sebagai pengajaran lah bagi aku.

Sampai sini sajalah cerita kali aku kali ni. Ustaz cakap yang dia tahu apa nak buat dengan jam tu. So, jangan risau. Pasal lelaki tadi pulak, sebab jam ni lah. Aku rasa mungkin ustaz Fakrul dia bakar kot jam tu. Entahlah. Lepastu takde lagi dah peristiwa berlaku. Semuanya back to normal. Alhamdulillah,sekarang pun aku dah berkerja. Maaf, kalau cerita ni tak berapa seram bagi korang ,tapi ia menjadi pengajaran buatku.

Sekian,
Terima kasih kerana sudi
membaca kisahku.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pambaca FS.Tq admin kerana sudi menyiarkan kisah aku kali ini.Biar aku perkenalkan diri dulu.Nama aku Sha (nama samaran).Kisah yang aku ingin ceritakan kali ini adalah tentang sewaktu aku di universiti dulu.

Waktu itu aku baru masuk semester 1.Aku tinggal dekat asrama dengan roommate/kawan baik aku,Ida.Ok,ceritanya bermula dari dalam 3 minggu aku masuk asrama.Pada suatu haritu,aku dengan Ida tengah buat revision dekat library.Sewaktu kitaorang tengah khusyuk membaca,tiba2 macam ada bunyi kecoh dekat luar library tu.Aku dan Ida pergilah keluar kejap nak tengok apa yang kecoh sangat kat luar library tu.Bila kitaorang dah keluar,tengok dekat luar takde orang pun.Hairan lah,tadi bunyi macam kecoh sangat dekat luar.Bila dah keluar pulak takde orang langsung.Kami berdua je kat library masa tu.Pelik,tapi buat tak tahu jer.Haha.Part ni takde kena mengena pun dengan cerita ni.

Lepas habis kitaorang buat revision kat library,kitaorang balik lah ke bilik.Bila sampai depan pintu bilik,terkejut kitaorang tengok ada sebuah bungkusan.Besar jugaklah bungkusan tu.Kitaorang peliklah,sapa yang hantar.Nak kata family,takde pun diaorang cakap apa2 nak pos barang ke apa.Barang yang kitaorang beli online pun tak.Tapi,kalau pos pun,mana ada sampai depan pintu bilik.Kitaorang bukaklah bungkusan tu nak tengok apa yang ada dalamnya(rasa b0d0h lah pulak masa tu).Lepas je kitaorang bukak,terkejut kitaorang tengok sebuah jam antik yang tak pernah lagi kitaorang jumpa jam antik macam tu,dahlah cantik.Apa lagi kitaorang masa tu,gantung terus jam antik tu dalam bilik.Tak fikir dah sapa yang hantar.Cantik punya pasal.

Menjelang malamnya pulak,masa tu kitaorang tengah bersiap nak tidur.Baru je nak lelapkan mata,bunyi tik-tok jam antik tu mengganggu tidur kitaorang.Kuat betul bunyi tik-tok jam antik tu.Kitaorang sampai rasa nak pecahkan je jam tu.Tapi,jam antik tu macam tahu je apa kitaorang rasa.Tiba2 je berhenti bunyi jam tu.Peliklah kitaorang,tapi ngantuk punya pasal,syukur je lah jam tu dah tak berbunyi.Paginya pulak,kitaorang tengok jam antik tu macam pelik.Dia berhenti tepat pukul 12:00am.Patutlah dah tak berbunyi waktu tu,rupa2 nya berhenti.Kitaorang try lah cek,kot2 ada rosak ke apa.Baru je nak angkat jam tu,tiba2 dah elok balik.Elok dia bukan pukul 11:59pm lagi,pukul waktu pagi tu(dah tak ingat dah pukul berapa waktu pagi tu).Makin pelik lah kitaorang.Tapi time tu dah nak kelas,terus lupakan pasal hal jam tu.

Dah habis kelas,balik bilik dan mandi.Rilek jap.Penat tu bukan penat badan,tapi penat otak.Dari pagi sampai ke petang.Rehat pun waktu lunch time je.Tapi tak dinafikan lahkan.Biasalah,bukan nya tiap2 hari kelas sampai petang.Ok,sambung cerita.Dah habis mandi tu,rilek jap sambil tengok jam antik tu.Tiba-tiba je kepala aku pusing dan pappp,gelap.

Suara ustaz kedengaran di telinga aku.Mata aku silau dengan cahaya lampu yang menerangi bilik aku dan Ida.Aku bangun dan pelik melihat Ida,ustaz Fakrul(bukan nama sebenar) dan beberapa lagi warden asrama dalam bilik aku dan ida masa tu.Aku tanya apa yang dah jadi.Diaorang cakap yang aku baru lepas kena rasuk.Ida cakap yang tadi,dia baru lepas mandi masa tu dan tengok kelakuan aku macam pelik.Dia tanya aku yang aku dah kenapa masa tu dan tiba2 je aku serang dia.Dia jerit,student yang seblok dengan aku terus panggil panggil warden dan ustaz.Ustaz rawat aku,dia cakap yang aku asyik cakap “Kalau dia tak ambik aku,aku takkan kacau dia”.Pastu,bummm,pengsan balik.

Ustaz tanya aku,aku ada ambik barang apa2 yang bukan milik aku ke?Pastu aku jawab,takde.Tiba2 Ida ingatkan aku tentang jam tu.Baru aku teringat dan kami berdua Ida ceritalah dekat ustaz tu tentang jam tu.Dia pun cek jam tu ada apa2 ke tak.Takde apa2 pun,tapi dia pelik satu je.Ukiran jam tu.Ada bentuk benda pelik2 macam kepala orang,asap,kapak,biji(entah biji apa),dan ada lagilah,tak ingat dah apa.Pastu ustaz tu cakap,dia ambik jam tu dan bawak ke masjid dalam universiti aku tu.Dia nak selidik tentang jam tu.Warden pun dah tanya dengan student2 bilik lain yang seblok dengan bilik aku ada nampak siapa2 yang ada hantar barang dekat bilik aku dan Ida,semua cakap takde.

Malamnya pulak,alhamdulillah,ok je takde gangguan.Tidur pun lena.Keesokan paginya,kitaorang dikejutkan dengan histeria seorang student lelaki berdekatan dengan masjid selepas waktu subuh pagi tu.Ustaz Fakrul cakap lelaki tu cerita dekat dia lepas kena histeria yang masa tu,dia baru lepas solat subuh dan nak balik ke bilik.Dia ada nampak kelibat seseorang dekat kawasan luar masjid tu.Dia ingat kawan dia yang sama solat dengan dia.Tapi baru je dia nak panggil,benda yang dia ingat kawan dia tu zuppp,lari ke arah dia dan gelap semuanya(kena histeria).Ustaz tu bagitahu lagi yang jam tu sebenarnya jam kepunyaan nenek tua yang tinggal dekat kampung aku.Yes,kampung aku.Jam tu dah disihir.Ada benda dalam jam tu.

Ustaz tu berinteraksi dengan empunya jam tu.Dari situ lah dia tahu.Aku pernah dengar jugak orang kampung cakap yang sebenarnya dekat kampung aku tu,ada tinggal seorang nenek tua(lebih kurang nenek kebayan).Aku tak percaya cerita diaorang.Bahkan,orang kampung pernah nampak lagi nenek tu.Tetap jugak aku tak percaya.Tapi sekarang,baru aku percaya.Ustaz tu pun cakap,nenek tu cuma nak aku percaya yang dia ada.Bukan rekaan orang kampung.Jadi,aku fikir,mungkin ni sebagai pengajaran lah bagi aku.

Sampai sini sajalah cerita kali aku kali ni.Ustaz cakap yang dia tahu apa nak buat dengan jam tu.So,jangan risau.Pasal lelaki tadi pulak,sebab jam ni lah.Aku rasa mungkin ustaz Fakrul dia bakar kot jam tu.Entahlah.Lepastu takde lagi dah peristiwa berlaku.Semuanya back to normal.Alhamdulillah,sekarang pun aku dah berkerja.Maaf,kalau cerita ni tak berapa seram bagi korang,tapi ia menjadi pengajaran buatku.

Sekian,
Terima kasih kerana sudi membaca kisahku.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 25 Average: 4.4]
Sha

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.