Jam Loceng, Cik Ponti dan Pemandu Tak Berwaah

Salam admin & pembaca FS sekalian. Terima kasih admin sebab sudi publish cerita aku ni. Cerita yang aku nak share ni adalah cerita-cerita yang pernah dialami oleh aku sendiri & kawan-kawan.

Cerita 1: Jam Loceng

Masa ni tahun 2006 aku form 5 duduk asrama salah sebuah sekolah kat Klang. Kat asrama aku katil single & setiap katil ada divider kayu untuk letak buku atau barang peribadi. Divider ni yg pisahkan antara katil aku dengan katil member sebelah. Aku nak explain macam mana pun tak reti harap korang boleh imagine. Atas divider tu aku selalu letak jam loceng untuk kejutkan aku pagi2. Aku selalu kunci jam pukul 5.30pagi sebab aku suka mandi awal, tak payah berebut nak mandi kat toilet favourite.
Ceritanya bermula pada satu pagi ni..macam biasa jam loceng aku bunyi pukul 5.30pagi. Tapi hari tu aku rasa macam malas sangat nak bangun pagi. Berat je rasa badan ni. Kebetulan time tu aku period, aku pikir kalau mandi lambat pun takpe la sebab takyah kejar subuh. Masa aku bangun nak capai jam loceng tiba-tiba berdesuppp ada “seseorang” terpacak berdiri sebelah jam loceng aku. Oh ye, member katil sebelah aku takde dia tidur kat dorm member dia sebab overnight study kot. So katil dia kosong la masa tu. Aku dalam mamai2 tu ingat ada member lain yang nak tolong tutupkan alarm jam so aku buat tak kesah jela pastu sambung tidur balik.

Pagi tu masa tengah bersiap2 nak pergi sekolah, aku tanya budak2 dorm, siapa yang bangun pagi tadi nak tolong tutupkan alarm jam aku, nak cakap sorry la kan sebab maybe jam aku mengganggu tidur dorang ke ape. Tapi dorang kata tak dengar pun bunyi jam aku pagi tu. Hmm aku pun duk teringat kat “seseorang” yang aku nampak masa mamai2 pagi tu. Aku tak nampak muka dia sebab gelap, tapi aku boleh cam susuk tubuh dia macam orang biasa je. Pakai tshirt lengan pendek, rambut paras bahu. Aku cerita la kat dorang apa yang aku nampak pagi tu. Dorang kata maybe aku mengigau dalam mimpi. Tapi..sebenarnya ada salah sorang budak dorm aku yang kebetulan terjaga masa jam loceng aku bunyi & dia pun nampak apa yang aku nampak. Dia kata memang ada “seseorang” berdiri kat situ. Jeng jeng jeng..

Cerita 2: Kena tegur dengan hantu.

Cerita ni kat asrama aku jugak, jadi kat kawan aku. Rutin asrama aku, lepas solat maghrib berjemaah kat surau, semua student akan terus pergi prep. Member aku ni dia tertinggal pencil case kat dorm. So dia decide nak balik ambik kat dorm. Member aku ni jenis berani, so dia balik dorm sorang2 je. Dorm dia dah la yang paling hujung, sebelah toilet pulak. Tapi dia jenis berani, apedehal kan? Hehehe. Masa dia nak balik dorm tu, dia ternampak cik ponti ke ape taktau lah, tapi memang hantu la pakai baju putih rambut gerbang2 duk mencangkung kat atas pili bomba. Member aku ni buat tak nampak je, dia masuk dorm ambik barang dia lepas tu terus pergi prep.

Member aku ni dia memang selalu nampak benda-benda camni tapi dia simpan je tak cerita kat member lain sebab taknak kitorang takut. Malam tu dia tidur macam biasa, pastu dia mimpi..dalam mimpi tu dia tengah jalan nak pergi surau, tetiba rasa ada orang tepuk bahu dia dari belakang. Bila dia pusing, guess what? Benda yang dia nampak tadiii..ohmyyyy..benda tu goncang2 bahu member aku, benda tu kata, “kau dah nampak aku, kenapa kau tak bagitau yang lain?”..Member aku ni terus terjaga dari tidur nangis2. Dia kata muka benda tu scary gila, hodoh! Lepas pada kejadian tu dia takde dah nampak benda tu. Selamattt.

Cerita 3: Pemandu tidak berwajah
Kejadian ni jadi kat housemate aku masa study kat Seri Iskandar. Masa tu housemate aku ni pergi rumah classmate dia siapkan bahan untuk presentation. Dia balik dari rumah classmate tu tengah malam dalam pukul12 macam tu laa. Zaman aku study dulu tahun 2007 kalau pukul12 malam ke atas memang sunyi la kawasan situ.

Masa ondaway balik rumah, member aku ni bawak kereta drive sorang2. Bila sampai satu simpang perumahan kat situ, member aku berselisih dengan satu kereta kancil. Member aku nampak pemandu tu pakai tudung, tapi muka takde. Dah la tingkap kereta member aku tak tutup masa tu. Terus dia pecut laju sampai ke rumah. Esok tu dia tak pergi presentation sebab demam panas. Cerita ni takde la seram sangat, tapi kalau aku kat tempat member aku ni kecut perut jugak la.

Sekian cerita aku.

Humaira

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4]

4 thoughts on “Jam Loceng, Cik Ponti dan Pemandu Tak Berwaah”

  1. Cerita awak ni semua seram tapi ada yang jadi macam kelakar sebab cara awak menulis tu kot. Pandai la mengolah ayat. Ringkas tapi kesampaian ceritanya. Terima kasih kerana kongsi pengalaman ya. Kongsi lagi, okay?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.