Jane, Pelajar Aku Meminta Izin ke Tandas. Selepas 20 minit Ini yang Terjadi

Salam sejahtera warga Fiksyen Shasha. Saya disini ingin berkongsi pengalaman anak didik saya pernah lalui ketika saya bertugas di Sarawak. Disebabkan benda dah lama berlaku, saya cuba cerita setepat-tepat yang saya ingat. Ya, seperti warning yang pernah diberi oleh penulis-penulis FS sebelum ini; pengalaman saya tidak ada unsur hantu dan seram tetapi hanya pelik. Semua nama-nama dalam ini bukan nama sebenar walaupun karekternya wujud dan berlaku, dan mohon maaf kalau cerita tidak mengikut selera anda.

Boleh panggil saya Madam Aina dan kejadian ini berlaku beberapa tahun yang lepas ketika pusat pengajian yang saya bertugas baru berpindah ke kampus baru. Semasa itu, saya terpaksa buat kelas ganti untuk pelajar saya disebabkan silibus kami masih belum habis dan penghujung semester pun hampir tiba. Setelah berbincang dengan pelajar, kami ramai-ramai bersetuju untuk buat kelas ganti pada pukul 5 petang sehingga 7 malam bertempat di salah satu kelas bersebelahan dengan tandas wanita.

Sebelum itu, saya terangkan dahulu struktur kelas-kelas di level kami guna ini. Awak imagine tandas tu berada di tengah-tengah, ke kiri dari tandas ada empat buah kelas yang saya panggil wing kiri; dan ke kanan dari tandas ada empat lagi buah kelas yang saya panggil wing kanan. Kami menggunakan kelas yang pertama di wing kiri, yang betul-betul sebelah tandas tu. Boleh agak ya apa yang saya maksudkan?

Kembali ke kelas tadi, semasa lecture saya sedang berlangsung salah seorang pelajar saya iaitu Jane meminta izin untuk ke tandas. Saya beri izin dengan syarat jangan lama sangat. Jane ni pelajar yang baik. Kalau dalam kelas dialah duduk paling hadapan, sopan santun, selalu cuba jawab soalan yang saya lontarkan kalau takda sapa nak jawab, dan selalu bersedia dengan kerja rumah kalau saya minta. More or less, dia ni memang budak baik.

Selepas lima belas minit mengajar saya perasan si Jane ni belum lagi balik. Ya la, dekat kot tandas wanita tu. Keluar pintu berapa langkah sampai dah pintu tandas tu. Kira kalau kes perut emergency jangan risau lah, confirm sempat! Mesti ada tertanya apalah Madam Aina dengan cerita tandas ni, sebab disinilah yang peliknya berlaku.

Selepas agak-agak dalam dua puluh minit-setengah jam (saya tak berapa ingat tepatnya tetapi lama jugak la) Jane keluar, tiba-tiba telefon bimbit ketua kelas pelajar saya, Ahmad berbunyi. Semasa tu saya rasa irritated jugaklah sebab saya tidak suka budak-budak main telefon bimbit ketika lecture.

Tetapi Ahmad tetap angkat telefon dia. Setelah dia berbisik kat telefon dia terus bangun dari tempat duduk dan bagitahu saya “Madam, saya keluar sekejap, nak cari Jane… dia tak jumpa kelas!” Pelajar-pelajar saya terus gelak selepas Ahmad maklumkan kepada saya. Ahmad terus pergi ke luar pintu kelas dan tengok ke kiri dan ke kanan macam mencari orang. Selepas dia melihat ke arah kanan dia pun panggil “Woiiiii! Shushhh! (buat bunyi)” sambil melambai-lambai tangan panggil orang jauh. Kira-kira dalam 30 saat kemudian, Jane ni pun tiba ke kelas. Muka dia agak berkerut macam orang sakit kepala dan dalam keadaan diam. Saya pun mengusik si Jane “Aik Jane, nak kena tambah power cermin mata awak tu ke? Cemana tak jumpa kelas?” Pelajar-pelajar semua tergelak dengar komen saya tapi Jane hanya mendiamkan diri sehingga kuliah tamat.

Keesokan harinya saya terserempak dengan Jane yang sedang menunggu di luar kelas. Muka dia tidak berkerut susah hati seperti semalam. Saya pun bersapalah dengan Jane dengan joke lama saya. Kali ni kami berada bertentangan dari kawasan kelas-kelas semalam. Saya tanya “Ha Jane! Apa jadi semalam? Memang cermin mata awak kena tambah power ke?” Terus Jane buka cerita dengan penuh semangat menceritakan apa yang terjadi. Lain dari sikap menyendiri dia semalam. Takpe, bagi chance.

“Bukan Madam!!!! Saya pergi ke kelas semalam dan selepas saya buka pintu saya tengok takda orang dalam kelas!!!”

Semasa ini saya masih kurang percaya apa yang Jane sampaikan, tetapi melihat Jane bersungguh-sungguh explain dengan gerak geri tangannya menunjukkan aksi bukak pintu bagai, saya pun dengarlah penjelasan dia.

Nak dijadikan cerita, pintu kelas-kelas kami sentiasa berada dalam keadaan tertutup. Pintunya jenis pintu berat yang akan tertutup sendiri selepas orang buka. Oleh itu, selepas Jane buka pintu nak masuk kelas kami, dia lihat tidak ada seorang penghuni pun di dalam kelas tersebut. Padahal kelas saya ramai pelajar ketika itu. Kami dalam dua puluh lebih orang kot di dalam kelas. Memikirkan kami telah pindah kelas tanpa memaklumkannya, Jane pun bukalah pintu kelas lain di wing kiri. Semua kelas dia lihat tidak berpenghuni dan tiada kesan kami pun. Mengikut Jane, bukan sekali dia cek kelas di tepi tandas tu, beberapa kali dia cek dan dia tidak nampak pun batang hidung kawan-kawan dia dan juga saya.

Selepas itu, Jane pergi pulak ke kelas-kelas di wing kanan. Satu-satu dia buka pintu dan cek, pun tiada gerangan kami. Sampailah ke hujung kelas di wing kanan di hujung sekali, dia mula panik. Dah la ketika itu waktu petang, kawasan sunyi, pelajar kelas lain pun tiada. Kawan-kawan dia lagilah tak nampak. Mujurlah budak tu bawak telefon bimbit semasa nak ke tandas. Dia pun telefon ketua kelas dia Ahmad dan amat terkejut apabila Ahmad keluar dari kelas di tepi tandas tu. Masuk pula kelas, dia lihat semua kawan-kawan dia ada. Ajaib bin Pelik gayanya. Tu yang muka dia berkerut semasa masuk kelas. Dia rasa pelik kenapa tak nampak sebelum ini.

Itulah penjelasan diberi oleh Jane. Apa yang saya percaya…adalah Jane percaya beliau melalui pengalaman tu. Adakah dia tersilap atau dipermainkan, hanya Allah yang tahu. Lagi pun, waktu kejadian tu berlaku, waktu petang yang hampir senja. Untuk makluman, Sarawak senja dalam pukul 6 petang. Langit ketika itu berwarna oren kemerahan-merahan. Kalau Bahasa romantik, waktu sunset. Ada yang percaya, jika waktu keliling berwarna begini, banyaklah benda tak baik berada di luar tu. Dalam beberapa hari selepas perkara ini berlaku, pelajar-pelajar wanita saya tidak berani nak pergi tandas sendiri. Takut tak jumpa kelas saya…

Kesimpulan yang saya boleh bagi disini kami diantara kena tapok (disembunyikan) atau mata pelajar ini ‘dipermainkan’, ataupun dia memang tidak perasan kami ramai-ramai di dalam kelas tersebut. Wallahualam.

Sekian dari saya.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

43 thoughts on “Jane, Pelajar Aku Meminta Izin ke Tandas. Selepas 20 minit Ini yang Terjadi”

  1. Hokay….mmg misteri …nasib baik la dia bwk hanset…kalo x can citer org tia dulu ckp kena sembunyi ngan hantu ‘susu’ ( k****) x brapa elok nk debut yg betul

    Reply
        • ngok..aku pembaca suka ati aku la nak rate brapa..apsal ?? cerita ni ko yg submit ke? or kalau ko ada submit mana2 cerita cer bg aku baca..FS ada buat rules ke yg orang nak komen ni kena ada submit story?puiik

          Reply
          • Sudah diiktiraf ke bagi markah kat orang ni?? FS sediakan ruang komen untuk pembaca bagi pandangan tentang cerita masing2..Bukan untuk bagi markah..Bila penulis baca komen pembaca,dia tahulah mana salah silap atau kesedapan cerita dia…

          • lol lily flow ko pun sama..suka ati aku la..nak bg point ke nak apa ke..korang je la yg bagi komen secara detail..aku malas nak type panjang2 ni..sebab kang kalau aku yg bg pandangan dengan detail sangat..jenuh korang nak baca..benda ni simple je..korang buat hal korang..aku buat hal aku..aku komen ikut cara aku..bukan ikut cara korang..aku bagi point n x maki2 penulis ngan cerita diorang ni pun da kira baik da kot..ke korang nak aku maki2 baru seronok?..apedah!! bgi point pun x boleh

          • Nape mesti nk rate? X bole ke kalau ckp directly je? Who r u untuk rate dia? Bagi 3/10 je pulak tuh. Dia type pnjg2 kot. Pembaca yg x faham maksud MENGHARGAI

    • ko sabar lah Keju..ni mesti Penulis yang panas buntut.tapi guna nama lain lain
      hahaha.Hak Pembaca nak bagi markah kan.nak terima terpulang lah.
      tiada paksaan untuk terima.kalau kita setakat baca sahaja tanpa ade rate or komen.mcm mana nak bagi Penulis tu jadi bertambah hebat dalam penulisan kan.

      Kritikan tu buat kita makin kuat untuk berusaha!

      Reply
      • kong,betul la dia ni GILA SAKIT JIWA.sampai sini die hentam komen lama.
        hahahahhaha.

        malang betul siapa jadi awek dia,betul2 anak setan direjam.hahahha

        Reply
    • Penulis lain takut nak submit sebab komen yg scary and juri yg x membina…komen kene niat utk bagi semangat n cara baik..baru ramai berani nak submit cerita…

      Reply
    • u get wat u give..lps ni jgn bising admin dok ulang cerita lama..xde sape nak anta citer baru if perangai pengkomen mcm die yg perfect.

      Reply
        • Kau mana tahu. Ntah2 kau TERcakap sesuatu kt komen yg bole membuat dosa ke. Siapa tahu kan? Ntah2 kau punya komen menyakitkan hati penulis ke an? Nobody knows and nobody perfect

          Reply
  2. Nice story. agaknya dua2 hijab di tutup, aku x nmpk ko .. ko x nmpk aku. Awal2 penulis dh ckp tiada unsur seram or mistik only pelik. jalan cite just nice n x de ayat dak2 wicet yg harus di kecam. Ada jg yg acah2 otai kt sini sukati dia nk bg rate kt cite org, nk baca .. baca je la, klu tggu cite ko smpi mampos pn x de!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.