Jangan Cakap Nampak Kalau Tak Boleh Nampak

Salam, FS. 1stly, tolong hide profil fb ye. 2nd, Cerita aku ni aku harap korang ambik ikhtibarlah.

Ok, Aku ni dilahirkan dengan kebolehan untuk nampak benda. Senang cerita, hantu lah. Jadi, aku dah lali tengok ‘diorang’. Tapi tak bermakna la aku ni berani sangat sebab benda ni kalau mengacau memang seram jugak. Cuma kalau aku ternampak aku buat-buat tak nampak demi kesejahteraan hidup. Honestly aku cakap, ada kelebihan nampak hantu ni walaupun anugerah agak depressing jugak tapi aku pelik bila ada sesetengah manusia ni yang beria-ria nak berlagak macam dia boleh nampak.

Nak dijadikan cerita, aku lepak dengan dua orang kawan aku, Ano dan Man. Kemudian, datang kawan aku lagi sorang, Jai dengan sorang kawan dia yang kitorang tak kenal, Bidin. Kitorang pun melepak lah minum dan borak, Jai buka cerita pasal Bidin punya kebolehan sama macam aku. Btw,kawan-kawan aku taktau aku boleh nampak kecuali Jai sebab aku dengan Jai dah lama kawan.

Masa dia tengah sembang, aku terpandang ada pasangan pakcik makcik jalan menuju datang ke kedai. Yang menarik perhatian aku adalah macam susuk yang ikut diorang dari belakang. Mula-mula tak jelas tapi bila makin dekat…Aku dah istighfar banyak-banyak dalam hati dah sebab yang aku nampak belakang dia tu macam satu makhluk taktau perempuan ke laki, rambut kusut masai, baju macam kain kotor buruk, tengah jalan tapi badan dia dalam keadaan rukuk dan tangan dia panjang kurus kering. Bila aku dah ternampak tu aku buat-buat pandang tempat lain.

Kitorang melepak ni table kat luar, Korang bayang kan macam jarak melintas jalan raya highway tu, tu jarak table aku dengan tempat parking motor . Then kira, sampai half way dari jarak tu, aku curi-curi pandang macam makcik tu tunjuk-tunjuk dekat benda tu macam signal suruh dia berdiri kat situ. Ahh…sudah. Aku dah fikir macam mana aku nak pergi kat moto aku tu memandangkan aku sorang je park dekat situ dan kawan aku yang lain park dekat tempat lain. Baru je terfikir, tiba-tiba Ano dengan Man cakap nak balik dah. Jai dengan Bidin pon bangun sekali nak balik jugak. Aku dah buntu. Lepastu, aku tarik Jai tepi. Aku cuma mintak dia teman aku pergi kat motor aku. Jai macam faham. So, kitorang berjalan ke motor. Bidin ikut belakang.

Masa nak pergi ke motor tu, aku cakap dekat Jai , benda tu depan ni je. Tapi kau sembang la dengan aku buat bodoh. Jai pon angguk faham. Nasib baik Jai ni jenis cool gila (dengan Bidin pulak aku tak cakap sebab aku expect dia boleh nampak). Aku pandang ke arah lain masa dah berselisih dengan makhluk tu. Berdebar jantung aku. Tapi nasib baik sebab aku buat-buat borak dengan Jai. Tak cuak sangat. Lepas dan melintas benda tu…tiba-tiba. “PTUIH!!”. Alahai…. Si Bidin ni boleh pulak meludah.

Tak boleh blah tu dia meludah betul-betul depan benda tu. Aku automatik tepuk dahi. Aku ingat dia boleh nampak !!! Jai dah tanya-tanya aku kenapa aku tepuk dahi. Masa aku nak cakap tu Bidin dekat kan diri dengan aku dan Jai. Aku dah jalan laju kat motor aku. Sampai kat motor, aku cakap kat Jai, “Kau balik nanti dengan si bengap ni ke?” Jai ye kan je. Bidin muka dah blur je tanya-tanya apesal. Aku curi-curi pandang benda tu…. Kau tau tak tadi mula-mula dia rukuk hadap kedai. La ni, dia rukuk hadap kitorang. Aku terus pakai helmet, aku cakap kat Jai kalau boleh balik lambat sikit. Lepak dulu kat kedai. Baca ayat kursi ke apa-apa yang dia boleh. Lepas tu, aku terus sound Bidin, ‘Lain kali kau tak nampak, kau jangan buat-buat nampak.”. Bidin muka blur dan bengang dengan aku. Aku terus blah dan terpaksa tinggalkan Jai dengan Bidin sebab Jai datang pon naik motor Bidin.

Aku sampai je rumah aku, aku text Jai kalau apa-apa terjadi contact aku balik. Sebab aku memang tak sedap hati dan dapat rasa benda tu akan ikut diorang dan kacau diorang. Dalam beberapa jam lepas tu, Jai text aku mintak tolong datang dekat diorang. Dia send location sekali dekat aku. Aku pon terus siap dan gerak pergi kat lokasi Jai kasi tu.

Aku sampai dekat kedai mamak ni aku nampak Jai dengan Bidin tengah duduk termenung. Dua-dua muka pucat. Aku duduk order minum dan tanya apa jadik. Nak dijadikan cerita, Bidin tadi angin sangat dengan aku dia taknak tunggu, dia nak gerak balik jugak time tu. Jadi Jai terpaksa ikut.

Masa diorang tengah atas jalan, tiba-tiba Bidin menggelabah dan bawak motor laju. Rupaya dia nampak dari side mirror benda tu tengah kejar diorang, sambil lari dalam keadaan rukuk tu. Laju dia lari. Last-last diorang melencong tempat ramai orang dan end up melepak dekat tempat tu. Aku sambil dengar sambil melilau mata tengok keliling, lepas tu baru terperasan benda tu ada lagi tapi tengah berdiri dekat bawah pokok tepi longkang besar yang tak jauh dari kedai makan tu. Tapi aku tak cakap dekat diorang. Last-last kitorang melepak sampai ke Subuh. Lepas azan subuh tu baru lah masing-masing balik.

Bidin dapat belajar kat situ sebab dia punya bodoh tu dah tak pasal-pasal dapat pengalaman paranormal dan dia mintak maaf dekat aku sebab poyo macam tu.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *