Nama aku jijie (bukan nama sebenar). Kisah ni berlaku masa aku sambung study di Politeknik Sarawak( Politeknik ada 2 kat sarawak, jadi biarlah rahsia ).
Waktu aku di semester 3, aku duduk sebilik dengan 3 orang senior final year yang aku kenal masa aku semester 2. Kami jadi akrab dah mcm adik beradik walau pun waktu bersama kurang sebab diorang dengan final projek dan aku plak kalau dah sorang2 dalam bilik memang xkan lama. Aku akan merayau melepak ke bilik kawan2 @ lepak kat meja bulat sampai jam 2 3 pagi. Hari ahad jer kitaorg berempat boleh luang masa sama2.
Nak di jadikan cerita, selepas maghrib kakak2 senior dah takda dalam bilik, gi bengkel sambung buat final projek dan aku plak dah selesai mandi lepas balik dari pusat sukan untuk training (aktiviti aku waktu petang setiap habis kelas dan hari sabtu kalau takda program lain). Aku pun baring2 main fon dengan suasana bilik yang mendayu2 lagu hindustan (aku peminat tegar hindi), dalam sejam dua lepas tu aku rasa bosan dan x fikir panjang aku ‘sleep’kan jer laptop aku manggakan pintu bilik dan join ntah sapa geng2 lepak di meja bulat kat depan asrama.
Aku ni mana2 sapa2 yang aku kenal memang aku redah lepak jer, perkara biasa jumlah budak perempuan yg ambik engineering ni bukan banyak mana pun, 3 blok asrama perempuan yang lain full dari aras 1 ke 5, blok kitaorang xyah cakap la. Sampai aras 3 jer. Tu pun aras 3 belasan bilik jer di huni.
Borak punya borak, ketawa2, makan kuaci (ini memang wajib ada), sorang senior nama sheila (bukan nama sebenar) dok tengok aras 4 dengan muka hairan penuh dengan tanda tanya.
Aku : kau kenapa tengok atas siap x kedip mata ni?
Sheila : aku baru perasan lepas kira aras blok kita ni! Cuba kau tengok, bilik sebelah toilet aras 4 tu!
Lampu terbuka weh..
Dengan muka excitednya dia siap tunjuk. Aku pun jadi hairan selama ni sebab last guna aras 4 tu masa aku semester 1 dulu lepas tu manada lagi.
Aku : jom! Kita p naik atas! Kita tengok siapa yg curi2 guna bilik tu, mesti diorang xbagi balik kunci spare ni. Mungkin ni port diorang lepas gian berasap (merokok), boleh gak aku kamceng join port mereka. (walaupun aku aktif sukan, tebiat merokok memang xleh hilang walaupun merokok tu satu kesalahan disiplin kat asrama, ada aku kesah)
Sheila : jom!
Waktu tu yang naik pi atas cuma 4 orang daripada 9 yang kitaorang lepak tadi. Aku, sheila, jaja dan ain. Kitaorg berdiri depan pintu masuk aras 4, si jaja ngan ain ni poyo berlagak cam berani tapi sebenarnya x. Semua diam kaku. Last2 aku bersuara sebab rasa annoying ngan budak 2 ekor yang sama sem ngan aku ni. Si Jaja cuba on kan suis lampu koridor di dinding sebelah dia tapi xda guna, xhidup pun. Rosak!
Aku : berdiri sini buat apa? Dah penat2 naik jadi security pintu plak kita berempat ni, kita g bilik tu la. Sheila, komfim kan bilik yang sebelah toilet trus tu kan?
Sheila : a’a..bilik tu. Jom ar g. Bukan jauh mana pun lurus depan tu jer bukan belok2 mana pn.
Ain : ala, xpayah la. Lampu koridor pun rosak gelap kot. Ntah pa xpatut nampak kita nampak. Cukup kat sini jer la kita memang komfirm xdak orang tinggal aras ni. ( dengan sifar semulajadi gedik si ain ni cakap untuk kaver takut )
Jaja : btul2! Xda masalah buat masalah plak nnti.
Aku : korang 2 xnak sudah! Kalau nak turun, turun sendiri. Kalau nak stay kat cni, stay! Aku nak g sana juga lagipun toorchlight ni guna nya apa? Nak suluh lubang hidung korang? ( torchlight kecik ni keychain kunci bilik aku yang aku letak masa awal sem )
Sheila : on!
Kami dua jalan sempoi santai dan berdiri betul2 depan pintu bilik tu. Aku buat bodoh dengar bunyi toilet tu ada bunyi air paip dr singki.
Pintu bilik ni bermangga! kunci! Haishh, geram pulak aku sebab cam sia2 jer naik. Si sheila ni main suluh sana sini kaki dia nak gerak ke toilet tapi aku rentap tangan dia sebagai tanda jangan. Lalu, aku cangkung depan pintu masukkn jari2 tangan ku yang kecik halus ni bawah celah pintu.
Aku : ila, sejuk jugak dalam ni, macam kipas on..
Aku ketawa kecil. Sheila masih berdiri diam tiba2 bersuara.
‘ jom! Kita chow..’ Dengan muka gelisah sheila bagi arahan kat aku, aku berdiri dan kitaorang 4 turun balik ke tempat lepak yang dah takda geng2 yang lain sebab jam dah 12 lebih tengah malam so xboleh merayap lagi. Belum panas lagi duduk makcik guard datang halau balik bilik. Hampeh! Baru nak buat konklusi! Kacau! Sebelum kitaorang chow ke bilik masing2 sempat gak aku dengar sheila ni report kat makcik guard tentang bilik tu.
‘ biasalah tu, kalau dah lama xda penghuni, ada la yang check in kat situ. ‘Dia’ pun nak belajar jugak, janji xganggu korang sudah..hahaha ‘ boleh plak ketawa sambil pagi keterangan mendalam tu. Nasib baik xterlepas cakap kitaorang naik p sana..
Jam 1.20 pagi, aku masih segar lagi bertemankan assignment engineering math dan lagu hindustan (siap aku nyanyi). Dalam hati ‘ xlama lagi balik lar mereka dari bengkel..’ Seolah2 aku dah hafal jadual mereka balik tiap2 malam. Memulas2 plak perut ni. Aku bukak almari, ambik sebatang rokok dan lighter sepantas kilat masuk toilet untuk ‘melabur saham’. (Jam2 macam tu memang waktu sesuai untuk hisap rokok dengan bebas sebab warden guard xkan merayau lagi, budak2 satu aras semua xsibuk hal orang. Selesai hajat aku jalan nak masuk bilik, selekoh nak masuk bilik, mata aku gatal plak nak tengok aras 4.
Alamak!! Macam kena renjatan elektrik plak ada ‘kakak cantik’ bersantai d ampaian sebelah bilik tadi degan muka x jelas. Aku memang xleh tunggu. Rasa dekat jer bilik di sebab kaki macam melangkah longkang besar..’ bang!! Pintu yang bapak punya keras langgar meja milik mas yg merupakan senior sebelah katil aku. Baju aku basah dengan peluh seolah2 lepas balik pusat sukan.
Mas, thirah & icha blur melihat aku dah macam apa dah. Nasib baik si icha baru selesai solat isyak. Kalau x, naya aku kena bom sebab bunyi tadi. Mereka tanya aku dah kenapa. Aku cuma senyum kambing sambil ketawa hehe mampu gi tau xda papa. Kalau aku cakap apa2 sal ‘kakak cantik’ lagi parah nanti coz mereka ni semua lemah semangat yang amat berbanding aku yang ada hati keras.
Memandangkan esok ahad, thirah dah plan continue movie kisah benar ‘wujud 3’ (masa tu famous) kat lappy aku, tapi bantahan dari kami bertiga sebab dalam tu ada bacaan pemujaan ‘memanggil’ dan penah terjadi few days ago ada suara dari belakang bilik kitorang tu(hutan) seperti ikut pemujaan tu. So lampu meja on, lampu utama off. Semua tido. Aku tido2 ayam trus xsedar dunia nyenyak tido..
‘ ish! Geli lah! Xnak teman. P suruh mas g teman p toilet. Ngantok xnak bangun’. Mata aku tutup sambil cakap camtu. Aku memang dah biasa kalau best2 tdo si icha ni selalu bangunkn temankan dia g toilet. Aku ni ada sikap ‘cepat panas’ kalau ada spesis xpaham bahasa ni. Aku masih rasa geli di bahu belakang membelai. Aku bukak skit mata. Icha nyenyak tdo sebelah thirah. Mas plak berdepan aku sebelah kanan.! Dengan anak mata aku tengok ckit belakang aku. Si ‘kakak cantik’!! Alaahai..
Aku bungkus satu badan dengan selimut, mulut kumat kamit baca ntah papa dah, gigil sampai tertdo. Esok pagi aku bangun belakang badan sakit pedih macam kena cakar..ah! Mungkin mengigau kot semalam!
2 minggu lagi study week. Saat dinanti para student balik. Bukan belajar. Dalam 2 minggu tu juga aku bukan aku. Aku jadi pendiam, mudah marah, malas, tido petang habis kelas sampai malam. ( xingat maghrib). Bila malam berjaga seperti mengcangkung goyang2 badan sampai subuh. Tido berapa jam jer, terus g kelas sambung tdo. Bukan belajar. Roomate dah perasan dah perubahan xnak cakap apa2. Mereka takut aku ngamuk ke apa ker..
3 hari sebelum study week. Mak aku call aku mintak aku balik rumah kalau boleh hari tu juga kalau sempat dan dia dah siap bank in semua duit belanja tambang aku untuk balik. Mula2 aku melawan xnak tapi last2 aku balik juga hari tu mengejut dengan alasan ada hal keluarga. Aku duduk dalam bilik aku sebijik betul mcm gaya aku berjaga waktu malam di poli tapi kali ni waktu maghrib. Aku nak duduk dalam gelap sambil mendengus marah xsuka balik rumah. Malam yang sama mak aku pekik panggil aku g ruang tamu bawah. Aku menurut turun ke bawah tapi dengan perasaan yang sama td. Aku di suruh duduk di sejadah, di selimutkan kain putih macam kain kapan berdepan dengan seorang lelaki berkopiah berjubah dalam 50an. Mulut nya kumat kamit membaca ayat2 surah. Aku senyum tajam, ibu jari kaki kanan di tusuk sedikit dengan lidi aku meraung sakit!! Lepas tu di picit ibu jari dan aku pengsan..
Aku bukak mata tengok sekeliling. Mak, abang dan adik, keluarga rapat yang lain. Lepas tu laki tadi. Lemah sakit lenguh badan aku cuba untuk bangunkan diri.
‘Itulah, rumah orang jangan di ceroboh sesuka hati xmintak izin. Kan tuan rumah dah marah. Mak kamu ni xsedap hati, ingatkan kamu saja dari minggu lepas, aku yang suruh dia panggilkan kamu balik..’ kata lelaki tua tu sambil minum kopi yang tehidang. Aku tunduk diam sebab bersalah akibat sikap terlalu berani ambik risiko. Menyesal pun ada juga. Kan dah dapat ‘habuan’. Padan muka aku! Lepas kes tu aku dah xnak ambik risiko walaupun sikap berani tu masih ada. Aku kena bataskan semua tu dan aku ada kebolehan yang dapat ‘merasakan’ kalau sesuatu tempat tu ‘xelok’ dan ‘kewujudan’ nya. Mintak2 xnak nampak serik!
Itu cerita waktu aku zaman belajar dulu 2014. Sebenar nya banyak benda jadi. Lainkali la aku ceritakan. Yang ni pn dah sekian alam ceritanya. Maaf yer kalau panjang sangat dan xmenarik..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
cerita mcm best.. tp guna bahasa sms.. aku baca separuh je
sama lah baca separuh pastu stop. rasa penat
Cite best.cuma Satu jer akak nak pesan-merokok membahayakan kesihatan.pmpn kan?? Bhuhu j la….
pempuan hisap rokok?