“Jangan ganggu tempat kami…”

Assalamualaikum semua pembaca FS. Thanks admin sudi approve cerita aku. Apa yang aku nak cerita ni jadi kat aku masa aku join camping under kelab kat universiti dulu. Kalau tak salah benda ni jadi tahun 2011. Aku dengan 3 orang lagi roomate aku decide join camping under satu kelab kat U. Aku sebenarnya dah biasa join camping kat U sebab aku aktif dengan persatuan. Cuma camping kali ini excited lain macam sikit sebab roomate pun join sekali. So hari Jumaat tu, kitorang pun bergerak naik bas U ke tapak camping kat Muar, Johor.

Aku difahamkan tempat camp kitorang ni selalu orang buat untuk BTN. So nampak agak proper lah tempatnya, tak macam tempat-tempat yang aku pernah pergi before ni (sebab aku bayangkan yang kitorang memang akan tidur dalam khemah, tapi tidur dorm je). Dan bermulalah perjalanan 3 hari 2 malam kitorang.

Sepanjang aktiviti berlangsung, aku takde lah rasa pelik ke lain macam ke. Maybe sebab tempatnya yang yang agak ‘proper’, tak macam tapak camp yang aku perrnah pergi before ni yang agak seram. Aku start rasa tak sedap hati masa kitorang buat aktiviti rentas halangan petang hari kedua. Time aktiviti ni, kitorang kena redah masuk ladang-ladang nenas selesaikan task kat setiap checkpoint. Sampai kat checkpoint last, aku ingat lagi kat tempat untuk ‘monkey-swing’.

Boleh bayangkan, kat sebelah tempat nak swing tuh ada 1 kubur lama tinggal. Kat tengah-tengah ladang, bersebelah pulak dengan tempat orang buat monkey swing ada kubur tinggal? Tak kelakar kot. Memang kalau kau tak perasan, boleh terpijak kubur tu. Dan kalau tak silap, memang ada salah seorang peserta kem terpijak kubur tu sebab tak perasan. And guess what? Untuk aktiviti jalan malam, malam nanti, kitorang akan guna trek yang sama. Padan muka kitorang…hahaha.

Malam tu, lepas Isya’ semua peserta pun berkumpul untuk aktiviti jalan malam. Even aku dah selalu join camp, tapi sebenarnya aktiviti jalan malam ni 1st time untuk aku. So, aku tak berapa tahu sangat macam mana perjalanan aktiviti ni. Before aktiviti, fasi bagi sikit taklimat pasal aktiviti. Secara ringkasnya, kitorang akan dilepaskan sorang-sorang untuk cari 5 checkpoint sampailah checkpoint last. Tidak dibenarkan guna torchlight.

Petunjuk dari satu checkpoint ke satu checkpoint adalah lampu merah kelip-kelip. Kiranya, kalau ko dari checkpoint 1 nak pergi checkpoint 2, dari lampu CP1 tu ko kena pusing keliling cari lampu CP2. Then bila ko sampai CP2, pusing lagi cari lampu CP3 dan seterusnya. Antara roomate aku ni, ada 2 orang yang lemah semangat sikit. Lepas habis taklimat, aku tengok diorang macam cemas aku pun turunkan sikit tips and trick fasi. Sebab aku dah biasa handle camp dan jadi fasi before ni, so aku tau yang fasi ni suka pedajal peserta. So aku cakap kat kawan-kawan aku, “Jangan takut, kalau rasa ada benda kacau-kacau ke anggap je tu fasi sebab fasi memang suka kacau peserta lagi-lagi time aktiviti gini…”

Nak dijadikan cerita, beberapa minit before peserta pertama dilepaskan, tiba-tiba ada seorang peserta perempuan menjerit kuat gila. Histeria. Dah pulak, kelam-kabut jap keadaan masa tu sebab budak tu pengsan. Nasib baik, time program ni ada ustaz ikut sekali. So, before aktiviti diteruskan, ustaz masuk dulu trek jalan malam tu ‘cek’ balik. Kitorang dah start risau, tapi aku cuba positifkan kawan-kawan aku “Ini semua rancangan fasi ni…”. Hahha. Lepas ustaz keluar balik dari trek, ustaz datang kat group kecik kitorang. Dia pesan suruh jaga mulut dan cepat-cepat keluar dari trek tu. Fasi pun banyak kali pesan jangan tegur kalau nampak apa-apa. So, bermulalah balik aktiviti malam kitorang. Lama gak nak tunggu turn aku sebab dia lepas sorang-sorang kan.

Malam agak gelap malam tu, cuma cahaya bulan agak terang sebab bulan penuh. So, bila sampai turn aku macam-macam doa aku baca before gerak. Sampai kat lampu CP1, aku macam blur nak pergi mana. Ada lah dalam 10 saat aku berdiri depan lampu tu (lampu merah macam lampu siren, letak kat kayu pacak atas tanah).

Tetiba dengar suara dua tiga orang “Belok kiri, belok kiri”. Aku pelik dah pulak mana datang suara ni, bila tengak betul-betul kat bawah lampu tu ada 2, 3 fasi tengah dok tercongok tengok aku. “Aku dah agak dah fasi tak kan tinggalkan kitorang punya”, dalam hati aku cakap. Lepas aku belok kiri nak cari CP2, aku perasan kat belah kanan aku macam ada lembaga hitam berbaris 1 barisan, macam mengiringi aku berjalan. Alah pernah tengokkan kalau askar kahwin, kiri kanan ada orang berbaris. Haa macam tuh lah kiranya, tapi ni kat belah kanan jek. Dalam hati aku sempat puji fasi-fasi ni, bagusnya siap upah RELA lagi nak pastikan kitorang selamat.

Cuma aku pelik, yang berbaris tuh bukan berdiri tegak macam biasa. Korang bayangkan orang tengah bertinggung dengan lutut kanan kat atas, lutut kiri kat lantai, tangan kat atas lutut kanan sambil tongkat dagu. Boleh bayangkan tak? Yang aku pelik, yang berbaris semua buat gaya yang sama dan semua tengah tengok tajam aku jalan. Ya, semua! Dan yang pelik gak, lutut dorang yang aku cakap ke atas tu, lagi tinggi dari aku.

So boleh bayangkan tak betapa tingginya makhluk ni? Tapi aku tak tahu kenapa aku sangat positif time ni, sebab aku bayangkan yang dorang bertinggung ni kat atas satu platform (pentas) sebab tu tinggi. Tapi gila apa orang letak platform kat tengah ladang? Sepanjang trek pulak tuh? Yang buat aku lagi positif, ingat tak aku cerita ustaz masuk trek balik lepas budak histeria tu? Even aku dah tak sedap hati, tapi aku sedaya upaya yakinkan diri dengan anggap yang ustaz masuk trek tadi tu nak cek balik ‘orang-orang’ dia dalam ni.

Yang paling aku ingat, sampai je kat CP3, aku nak cari CP4. Pusing-pusing, tak jumpa lampu CP4. Dalam hati dah doa janganlah ada yang gelapkan mata aku dari nampak lampu CP4. Aku dah tak sedap hati sebab memang tak nampak langsung bayang lampu CP4. Then aku nampak kat lampu CP3 tu ada 2, 3 orang tengah pandang aku.

Bukan pandang lagi, dah tahap macam orang tengah cangkung sambil tongkat dagu, tenung tajam muka aku. Ingat tak kat CP1 tadi ada fasi yang bagi arahan kat aku? So, aku pun dengan selamber tanya kat CP3 “nak kena belok mana ni ye?”. Aku bukan lupa arahan fasi supaya jangan tegur apa-apa kat dalam tu, tapi aku macam yakin yang tu fasi. Masalahnya, kali ni takde orang yang jawab soalan aku. Makin aku tanya makin dekat pulak dia hulur muka kat aku. Sampai satu tahap jarak muka aku dengan muka 3 ‘orang’ tuh tinggal berapa sentimeter jek.

Jadi dah tak sedap hati pulak. Dan yang aku perasan, yang hulur muka ni semua muka sepesen. Takde muka! Macam alien, nampak bentuk muka hitam, dengan dua bulat mata jek. Tapi aku sedapkan hati maybe sebab malam gelap sangat dan aku pun tak pakai spek mata, so maybe sebab tu aku tak nampak sangat. Tengah sedap dok tanya-tanya, tiba-tiba aku nampak makhluk lain pula lalu sebelah kiri aku. Pakai tudung putih laju je jalan. Yang kali ni aku yakin peserta gak. Sebab aku tengok kaki jejak. Aku tegur tanya nampak tak lampu CP4, eh makin laju pulak budak tu jalan. Aku tahu budak tu takut, so aku ikut jek belakang dia tak banyak bunyi. Memang patut aku tak jumpa lampu CP4, sebab lampu tu kat tengah semak yang tinggi gila lagi, tinggi dari aku. Nak dijadikan cerita, aku ikut jek budak tu sampai lah kat finishing line. Sampai finishing line baru lah budak tu berani toleh belakang dia. Hahha…

Habis program masuk balik dorm terus aku buka cerita. Aku tanya peserta-peserta lain nampak tak makhluk dalam trek tuh. Ada yang nampak ada yang tak. Nasib baik roomate aku 2 orang yang lemah semangat tu tak nampak. Roomate aku lagi sorang nampak. So aku describe bentuk makhluk tu kat roomate aku yang nampak ni, apa yang aku cerita memang sama dengan apa yang dia nampak. Kitorang decide nak sambung cerita esok pagi atau lepas balik dari kem jek. So, esoknya masa dalam perjalanan balik ke U semula kitorang semua termasuk fasi buka cerita balik. Sebenarnya:

1. Yang budak histeeria tuh memang betul histeria.
2. Lepas budak histeria, ustaz masuk dalam ladang tu (trek) jumpa dengan ‘penduduk’ situ. Memang betul ‘diorang’ marah sebab kitorang masuk kacau tempat ‘diorang’ (petang aktiviti rempuh halangan tu). So, yang budak histeria tu ‘dorang’ bagi amaran awal.
3. Ustaz buat perjanjian dengan ‘dorang’, malam tu cuma nak tumpang lalu jek, tak kacau. ‘Dorang’ bagi lalu dengan syarat takde yang dok lama dalam trek tu. ‘Dorang’ tak bagi jaminan apa akan jadi kalau ada yang stay lama dalam trrek tu.
4. Sebabkan syarat tu gak, fasi cuma dibenarkan kat CP1 (yang suruh aku belok kiri mula-mula tu memang fasi) dengan finishing line je. Sebab CP1 belum masuk dalam kawasan ‘dorang’ lagi. CP lain tu tempat ‘dorang’ so tak boleh kacau.
5. Lembaga hitam yang aku nampak dalam tu adalah ‘dorang’. Sebab tu bila aku tanya kat CP3 takde jawapan. Aku tak boleh bayang kalau lagi lama aku dok kat CP3, dan kalau budak yang aku follow tu tak lalu laju-laju.
6. Trek yang kitorang lalu tu sebenarnya bukan trek yang digunapakai peserta BTN. Kira trek buat sendiri lah.

Apa yang aku cerita ni memang tak berapa seram, tapi cukup untuk bagi kesan kat aku. Lepas dari kem ni, aku dah tak mampu nak fikir positif sepenuhnya kalau pergi kem. Hahaha…

Cuma apa yang aku nak ingatkan, kalau korang antara orang yang jadi fasi, atau handle kem-kem tolong banyakkan komunikasi dengan masyarakat setempat atau tuan punya tempat. Dorang lagi tau tempat mana yang boleh tempat mana yang tak boleh. Jangan pandai-pandai sendiri sebab kita pun datang tempat orang, tak boleh main ceroboh jek masuk. Kita pun tak suka kan kalau orang luar ceroboh masuk tempat kita buat kacau?

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 thoughts on ““Jangan ganggu tempat kami…””

  1. tringat pulak pngalaman night tracking dulu kat hutan simpan air hitam..walaupun xde ape2 yg xdiingini berlaku, tapi 1st time pngalaman tu memang takut sbab jalan sorang2 dalam hutan yg gelap..huhu

    Reply
  2. aku teringat laa dulu masa pi kem dekat mana entah..ada jga nite walk. itulah pertama kali lalui,alhamdulillah tak ada apa berlaku. ada sesetgh dlm cerita mcm aku punya cerita

    Reply
    • tp klau setengah kes nk xnk kne jugak, mcm dlm cite ni trpaksa janji ngan syaitan sbab nk menjaga keselamatan peserta tu pun cuma nk lalu kwsan dia je, yg x elok tu contohnya dia nk harta benda dia g buat perjanjian ngan syaitan utk dapatkan smua bnda yg dia nk, yg tu mmg x boleh

      Reply
    • Ini bukan perjanjian untuk berkhadam ke apa.. kita kan orang Islam wajib beriman pada benda ghaib. jadi kita kena yakin adanya makhluk lain di dunia ni selain kita. Jadi bila ustaz pergi check tu dia baru tahulah tempat tu perkampungan diorang kan. So takut kalau tiba tiba cakap program tu kansel kan ada yang panik pulak.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.