Assalamualaikum teman2 FS, ni kali kedua aku post cerita seram di FS nii. Cerita aku sebelom ni tajuknya #2kalimahsyahadah , kalau ada yg ingat laa . Kali ni aku nak kongsi cerita pasal kakak aku pula yang selalu berjumpa dengan makhluk Allah yg menyeramkan ni. Macam yang aku cerita sebelom ni, mata aku ni jenis yang x nampak bende2 ghaib ni. Berbeza pula dengan kakak aku, dia memang boleh nampak bende2 ni dari kecik lagi sampai la sekarang. So, dia selalu cerita dekat aku moment2 dia ngan hantu. Walaupun aku x nmpk, tapi aku lagi paranoid dari dia. Hehee, bukan apa pun sebenarnya, cuma seram sikit, sebab aku tau bende tu pun ciptaan Allah SWT. Tapi yalah nama pun benda dah m**i, memang la menakutkan sikit. Nama aku bagi untuk cerita kali ni memang x berapa nak seram, thap seram tu korang nilai la sendiri yer hehee. Selamat membaca guys XD
Okey, lets begin. Ceritanya camni, time kakak aku dekat asrama dia di Sandakan, macam besa lah kalau asrama, confirm ada ja hantu yang tak tenteram duk situ. So ceritanya macam nii, dalam pukul 3.30 pagi macam tu, kakak aku pegi laa bilik mandi. Niat dia cuma nak cuci kain sebab tak mau ramai orang guna bilik mandi kalau lepas subuh. Memang lama dah buat aktiviti macam ni, tapi tak juga berjodoh jumpa dengan bende tu. Mgkin nasib dia x berapa baik kali ni, jadi terjumpa la makhluk Allah yang menyeramkan. Dia pegi ambil baldi berisi kain, masa tu bilik dia jauh sikit dari bilik mandi, but its okay, x laa sampai beribu marhalah pun, masih lg tingkat yang sama antara bilik dia ngan tandas. Cuma tandas tu terletak di hujung sekali.
Sampai ja dia dekat sana, dia pun letak la baldi dekat lantai kejap. Aip kejap, aku cerita dulu kedudukan bilik air, bilik air tu jenis 4 segi tapi memanjang macam bentuk rectangle camtu dan tempat air paip yang rendah tu bertentangan dengan tandas. Pintu bilik air yang utama pula berhadapan dengan cermin singki. Kiranya kalau kita berdiri dekat cermin singki, kita bole nampak bilik mandi dengan tandas dekat kanan, pastu air paip yang rendah dekat kiri dan pintu keluar utama dekat belakang. Pandai2 laa korang bayangkan yerr takkan aku nak lukis hahaa.
So, masa dia masuk tu. Dia nampak air paip dekat dengan pintu utama tu terbuka dan menitik-nitik la air paip. Dia abaikan memula pastu dia letak dia punya baldi dekat air paip yang dekat hujung sekali berdekatan dengan singki. Pastu dia rasa macam sayang pula membazir air, acah2 prihatin kejap so dia pun patah balik pi dekat paip terbuka tu pastu dia tutup. Then, dia pun pegi la tempat baldi dia tu semula, pastu cuci kain macam besa. Tengah syok cuci baju tu, dia tak perasan air paip dekat hujung terbuka balik. Yalaa, kan dia pun pasang air paip untuk cuci kain. Siap cuci kain tu, terdetik pula hati nak buang hajat kecil. Tapi sebelom masuk tandas tu, dia pegi tutup lagi kali kedua dekat paip hujung.
Masa tu dia fikir, mungkin kepala paip tu longgar tu dia pi tutup balik. Pastu selambe laa pi tandas, masa dalam tandas tu.
Air paip tu terbuka lagi, kali ni bunyi air paip tu kuat. Macam hantu tu marah pula sebab kakak aku asyik kacau dia main air paip. Kakak aku dalam tandas tu pun apa lagi, seram sejuk satu badan. Rasa menyesal pun ada sebab tutup air tu hahahaa.. Siap ja buat urusan dalam tandas tu, dia straight pi dekat dengan singki untuk ambil baldi dia dengan kain dah siap cuci tu, di situlah dia terus nampak benda tu disebalik pantulan cermin dekat singki. Pakai baju putih kuning2 tapi memang nampak lusuh sangat, pastu rambut panjang kusut dan sambil bercangkung, muka tak nampak sebab dia menghadap ke arah paip, yang nampak pun sisi gambar profil jaa belah kanan. Tapi disebabkan rambut dia dah panjang tutup muka, so tak nampak laa muka hantu tu. Kakak aku masa memang takut tapi x laa tahap nak pengsan.
So, dia pun beranikan diri ambil baldi tu. Tapi kan, pintu utama nak keluar terpaksa jugak lalu dekat paip tu. Kakak aku pun bisik dalam hati, “M**i laa macam ni. Jangan la benda ni berpaling time aku lalu belakang dia, tolong la jangan. Kalau dia berpaling aku xtau mau buat apa, kalau dia melompat ka depan aku, pegang kaki aku, abis laaa” . Kakak aku berdiri depan cermin tu lama jugak la hampir 30 saat camtu. Nak keluar, terpaksa lalu belakang benda tu, karang kalau tak keluar, tak tau apa hantu tu buat. Nak tak nak, terpaksa juga dia lalu. Dia ambil baldi dia, dan terus meluru laju dekat pintu utama nak keluar tu sambil cakap, “Jangan kacau aku, aku tak kacau. Aku nak lalu jaa. Jadi jangan kacau aku”.
Padahal dia dulu yang kacau hantu tuu main air, tapi dia warning macam tak bersalah jaa hahahah. Dia pun jalan laju dan selamat laa benda tu tak toleh belakang, terbang ka melompat ka. Hantu tu duk mencangkung ja main air paip tapi dia buka air paip tu lebat kali ni. Masa kakak aku lalu tu, memang kakak aku nampak dia betul2 duduk mencangkung kat situ, bukan disebalik cermin lagi dan ada bau busuk macam orang m**i. Bukan macam, memang mayat pun yang main paip tu hihi. Sampai ja dekat bilik dia, kawan dia ada laa sorang yang bangun. Terus la dia cerita dan dia tak berani cuci baju lagi pagi2 buta. Menyesal lah tu hahahaha.
Moral of the story, jangan la gatal nak kacau benda2 yang terbuka sendiri, bergerak sendiri, terbang sendiri ka sebab kita kena tahu benda tak bernyawa jadi mustahil boleh bergerak sendiri. Mesti ada ‘benda’ lain yang gerakkan kecuali kalau ringan laa, angin pun bole gerakkan. Just be careful and be prepare jaa dengan apa2 yang berlaku. Benda tu kadang2 tak nak kacau pun manusia, jadi manusia pun jangan la kacau hantu yerr hahaa. Sekiannn.. Kalau ada cerita lagi, insyaa’Allah aku kongsikan lagi. Wassalam…
-Ms Penguin-
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
salaam dik.islam kata hantu bukanlah roh org yg dh m**i.makhluk hidup jgk mcm kita, cuma alam yg xsama.bau, rupa mcm org dh m**i tu semua permainan species ni utk menipu/deceive manusia..
hantu tu boneka ja. macam anak patung budak kecik dok main2 tu. sebalik hantu tu bru jin aka tok dalang nya. hantu berupa orang yg dah m**i, konfem2 topeng ja. *kredit* to brader yg kongsi cerita berkawan dengan ifrit.
nasib hantu tu main paip je..hihi